RAHSIA HATI

By ssweetroses

3.8M 67.8K 6.4K

RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tul... More

01 | Ordinary girl
02 | Fired
03 | Desperate
04 | The Deal
05 | New life
06 | Her choice
07 | Decision
08 | Home
09 | Surrender
Preview 10
10 | Again?
11 | Reality
12 | Addicted
13 | Soft side
14 | A special moment
15 | Guest
17 | Happy Birthday
18 | Changed?
19 | Fight
20 | Ignore
21 | Raisha
22 | Confusion
A/N | Important
23 | Escape
24 | His choice
25 | Fate
26 | Leave or stay?
27 | It's too late
28 | Sadness
29 | Her life
30 | A promise
31 | Found you
32 | Crazy for you
33 | Quite hard
34 | Trust me
35 | Stay with me
36 | Am i dreaming
37 | I'm yours
Character Profiles
38 | Just you
39 | Auction
40 | Have faith
41 | Beast
42 | Honest

16 | Nausea

79.3K 1.3K 100
By ssweetroses

Aaira memusingkan tubuhnya dengan membawa pinggan yang berisi nasi dan meletakkannya di atas meja. OBila sahaja dia mengangkat wajahnya, terlihat langkah Megat Ian ingin mendekatinya.

Belum sempat lelaki itu datang ke arahnya, dia terlebih dahulu menghampiri Megat Ian dan mengikatkan tali leher lelaki itu.

Megat Ian memandang wajah Aaira yang berada tidak jauh darinya. Mata gadis itu menatap serius ke arah tali lehernya. Dia menikmati pemandangan ini sejak hari pertama Aaira mengikatkan tali lehernya.

Dia sudah terbiasa keluar dari kamarnya dengan tali leher yang masih bertengek mengelilingi bahunya menunggu Aaira mengikatkan untuknya.

Megat Ian juga tidak pernah marah pada gadis itu karena pilihan warna baju yang salah dengan tali leher yang dipasangkan.

Sungguh, dia tidak tahu mengapa dia menjadi seperti bukan dirinya yang biasa.

"Dah siap." tangan kecil Aaira menolak dada Megat Ian lembut.

Setelah selesai memasangkan tali leher Megat Ian, Aaira melanjutkan tugasnya ingin menuangkan sup yang baru saja dibuatnya.

Keningnya berkerut ketika mencium aroma tajam dari sup itu. Seboleh mungkin, gadis itu menahan desakan di dalam perutnya yang minta dimuntahkan. Cepat-cepat, Aaira  menutup periuk itu.

"Aaira, kau kenapa?" tanya Megat Ian ketika menyedari ada yang tidak kena.

"Saya tak tahu kenapa dengan sup ni. Bau dia lain." adu Aaira pada Megat Ian.

Megat Ian berdiri menghampiri Aaira lalu membuka penutup periuk itu diletakkan di tepi, lalu mengambil bau aromanya.

"Bau dia pelik kan?" tanya Aaira menunggu jawaban Megat Ian.

"Mana ada. Aku bau sedap je." jawab Megat Ian.

"Kau ok ke tak ni?" tanya Megat Ian risau melihat wajah Aaira yang makin pucat.

"Tapi, bau dia buat saya rasa mual." jawab Aaira dengan alis berkerut. Dia cuba menahan rasa mual itu.

Tidak lama kemudian Aaira cepat-cepat mengambil penutup periuk tadi lalu menutup sup itu bila melihat bau sup itu makin membuat dia terasa mahu muntah.

Aaira segera melangkah laju ke kamarnya. Isi perutnya seperti mahu keluar sekarang juga.

'Silap makan ke?' bisik hati Megat Ian pelik.

Tiba-tiba Megat Ian terdiam seketika. Cuba mencerna segalanya. Aaira mual? Aaira dah mengandung ke?

Dia mengingat sejak kebelakangan ini, dia kerap menyentuh gadis itu. Menyedari Aaira yang sudah lama tidak datang bulan mengukuhkan lagi sangkaannya.

Teringat kembali perbualannya dengan Puan Inara semalam menyatakan yang Aaira makin berisi.

Dia terus mendail seseorang.

"Assalamualaikum Mak cik Aida. Ian ni. Ian nak minta tolong Mak cik Aida belikan pregnancy test sebelum datang sini."

"Ian nak berapa? Nanti Mak cik Aida berhenti dekat farmasi." jawab wanita tua itu seperti sudah dapat mengaggak apa yang terjadi.

"Beli tiga."

"Ok, Waalaikumussalam."

❦ ❦ ❦

"Tahniah puan mengandung dua bulan." ujar doktor wanita itu menghadiahkan senyuman buat pasangan suami isteri ini.

Dia kenal benar Megat Ian ini. Siapa tidak kenal. Pemuda yang berjaya dalam dunia business.

Sikap kerja keras, displin dan berdikari lelaki itu mampu membangunkan syarikat sendiri dalam usia yang muda.

Dia tidak tahu pula yang lelaki ini sudah pun berkahwin. Mungkin tidak mahu announce lagi tentang perkahwinan mereka.

Aaira terdiam dengan membulatkan matanya. Terkejut dengan berita itu. Mengandung? 2 bulan?

Kenapa dia tidak sedar yang dia mengandung selama ni. Kalau bukan disebabkan dia terasa mual mungkin sampai sekarang dia tidak tahu yang dia sudah bawa satu nyawa lagi dalam perutnya.

Perlahan Aaira melirik ke arah Megat Ian. Ingin melihat reaksi lelaki itu.

Megat Ian hanya berwajah biasa, tekun mendengar penerangan Doktor Aslina.

Lelaki itu tidak terkejut seperti dirinya, tapi dia dapat lihat sinaran mata lelaki itu. Bahagia.

"Kandungan dia macam mana?" tanya Megat Ian ingin memastikan bayinya berada dalam keadaan selamat. Dia memandang wajah pucat Aaira yang berbaring di atas katil. Jelas raut keletihan gadis itu.

"Kandungan puan ok. Buat masa ni kena jaga pemakanan. Ambil makanan yang merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau boleh jangan skip sarapan pagi." jelas doktor Aslina sambil memasukkan peralatan kerjanya ke dalam beg bimbitnya.

Aaira sudah mahu terlelap, badannya terasa sangat lemah. Mata kian menguyu perlahan. Tidak lama kemudian dia sudah tidak dapat mendengar lagi apa yang doktor cakap selepas itu.

"Doktor ada tak cara untuk kurangkan rasa loya dan muntah isteri saya." tanya Megat Ian lagi bila melihat Aaira sudah tertidur.

"Isteri tuan kena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan bagi perut puan kosong. Kalau tak, loya dan muntah puan akan makin teruk. Kalau boleh elakkan makan makanan pedas, berlemak atau bergoreng. Banyakkan minum air dan rehat secukupnya. Nanti saya bagi pil multivitamin untuk kurangkan rasa loya."

"Terima kasih doktor."

"Kalau macam tu, saya nak mintak diri dulu."

❦ ❦ ❦

Megat Ian membuka pintu kamar Aaira setelah menghantar doktor yang memeriksa Aaira di depan pintu rumahnya.

Megat Ian meliarkan matanya mencari gadis itu tetapi tidak menemukannya. Tadi sebelum dia keluar, Aaira tengah lena atas katil. Ke mana pula budak tu?

Megat Ian berjalan masuk ke dalam bilik itu. Kemudian dia terdengar suara Aaira dari arah bilik mandi. Dia berjalan membuka pintu bilik mandi itu.

Huek... hueek...

Matanya melebar terkejut melihat Aaira sedang membungkuk di sinki dengan tangan menutup mulutnya.

Wajah Aaira sangat pucat. Dengan cemas Megat Ian menghampiri Aaira.

"Hey, kau ok tak ni?" Megat Ian dengan lembut memegang rambut Aaira dengan mengumpulkan di belakang untuk memudahkan gadis itu mengeluarkan isi perutnya. Dia juga memicit tengkuk Aaira pelan.

Pertanyaan Megat Ian tidak dibalas Aaira, dia hanya mampu menggeleng kepalanya. Dia kini sedang sibuk mengeluarkan isi perutnya tapi satu pun tidak keluar.

Dia rasa nak nangis. Tenaganya sudah hampir habis.

Setelah puas, Aaira terduduk lemah. Megat Ian yang melihat Aaira sudah tidak muntah lagi mengangkat tubuh itu keluar dari bilik mandi. Diletakkan Aaira di atas katil dalam keadaan menyandar pada kepala katil.

Megat Ian mengerutkan alisnya. Dia tidak suka melihat kesakitan yang ada pada wajah Aaira. Orang mengandung memang sakit macam ni ke?

"Biar aku call doktor."

"Eh, tak payah tuan." Aaira memegang tangan Megat Ian sebelum lelaki itu bangun.

"Saya tak apa-apa. Orang mengandung memang macam ni. Dia akan rasa mual. Lama-lama ok la." baru sahaja tadi doktor check dia dan menyatakan dia sudah hamil. Tak akan nak panggil doktor tu lagi. Kesian pula doktor tu kena ulang alik. Dia sudah maklum kalau ibu mengandung, perkara macam ni memang dah biasa berlaku.

"Kau yakin?" tanya Megat Ian inginkan kepastian.

Aaira menganggukkan kepalanya. Dia masih mengerutkan alisnya. Wajah Aaira sama sekali tidak berwarna. Masih terlihat pucat.

"Nah minum air teh halia ni." Megat Ian mengulurkan cawan yang dibawa Mak cik Aida tadi. Air teh halia ini tidak terlalu pekat, sesuai untuk melegakan rasa loya.

Aaira menggelengkan kepalanya lemah.

"Tak nak. Saya rasa mual lagi. Kejap lagi la saya minum."

"Minum la sikit, air teh halia ni boleh hilangkan rasa loya kau. Aku dah suruh Mak cik Aida campur dengan madu tak adalah rasa pahit sangat." ujar Megat Ian tiada nada.

Mata Aaira sudah mula berair. Dia tak tahu kenapa jadi cenggeng macam ni.

"Minum sikit je ok." ujar Megat Ian tersenyum lembut mengusap perlahan pipi gebu Aaira memujuk.

'Masih cantik walaupun pucat macam ni' desis hati Megat Ian.

Akhirnya Aaira mengangguk pelan. Dia hanya minum tiga kali tegukan sahaja. Tidak suka akan bau halia yang terasa kuat itu.

"Good girl." ujar Megat Ian tersenyum lebar. Aaira terpana seketika dengan senyuman itu.

Kalau disebabkan air teh halia madu membuatkan Megat Ian senyum lebar macam ni, dia sanggup minum tiap-tiap hari.

"Sekarang kau rehat, muka kau pucat sangat ni."

"Hmm." Aaira menganggukkan kepalanya.

Megat Ian membaringkan Aaira dan menyelimutkan tubuh gadis itu.

Megat Ian duduk di tepi tempat tidur dan memandang wajah Aaira. Dia tidak tahu pula kalau orang mengandung mual sampai macam ni sekali.

Yang dia tahu, kalau orang mengandung ni perlukan masa 9 bulan untuk melahirkan. Nampak gayanya dia kena buat research.

Tadi dia menelefon semula Mak cik Aida menyuruh wanita tua itu tidak usah membeli pregnancy test. Lebih baik dia call doktor terus bagi memastikannya dan sudah tentu dia menyuruh doktor itu merahsiakan perkahwinannya. Dia percaya doktor Aslina boleh simpan rahsia.

Pelan-pelan, Megat Ian memicit pelipis Aaira membuat gadis itu memandangi wajah Megat Ian dalam diam.

Tiada kata-kata yang keluar dari mereka berdua karena terhanyut dalam sentuhan ringan itu. Ini bukan sentuhan Megat Ian yang biasanya yang membuat Aaira berghairah, tetapi sentuhan lembut yang membuat hati Aaira menghangat.

Merasa nyaman dengan picitan di pelipisnya, gadis itu mula memejamkan matanya. Rasa kantuk menghampirinya dan Aaira tertidur detik berikutnya.

Megat Ian menghentikan gerakan jari-jarinya yang memicit pelipis Aaira setelah memastikan gadis itu betul-betul sudah lena.

Dia mengalihkan kepalanya ke arah tubuh Aaira yang tertutup selimut kemudian tersenyum. Lebih tepatnya ke arah perut gadis itu.

Akhirnya, dia akan menjadi seorang ayah. Hanya memerlukan waktu beberapa bulan lagi untuk Aaira segera melahirkan.

Sungguh dia tidak menyangka sudah dua bulan gadis ini hamil. Tidak sabar rasanya ingin memanjakan anaknya sendiri. Sesuai keinginannya.

Tapi entah kenapa dia merasakan tidak kena dengan apa yang berlaku sekarang ni.

Dia berasa gembira dan pelik. Pelik kerana dia tidak suka melihat Aaira yang muntah-muntah seperti tadi. Dia kemudian menggeleng perlahan.

Mungkin dia risau sebab bayi dalam perut Aaira.

Megat Ian cuba meyakinkan dirinya bahawa kerisauannya sebentar tadi disebabkan bayi yang ada dalam perut Aaira bukan sebab Aaira.

Megat Ian menarik selimut di bahu gadis itu, dia mencium dahi Aaira penuh lembut. Ini pertama kali dia mencium dahi Aaira sepanjang perkahwinanya.

Meresap satu perasaan yang sukar dia tafsirkan. Diperhati Aaira lama.

Megat Ian mengusap kepala Aaira dengan ringan sebelum akhirnya keluar dari bilik.




Finally, she's pregnant! You guys wanna boy or girl?

Continue Reading

You'll Also Like

6.6M 68.9K 49
[C O M P L E T E D] My first babies 。 •́ ● ( TEMPT ) ● •̀ 。 Sinopsis soon
218K 7.8K 27
Suatu malam yang membuatkan masa hadapan Sara menjadi gelap gelita, di mana dia diculik ketika dalam perjalanan pulang dan hampir dirogol oleh seora...
260K 6.5K 84
⚠️ #Rank No.1 in action #Rank No.1 in Cruel #Rank No.2 in perempuansimpanan #Rank No.3 in tuan #Rank No.2 in brutal #Rank No.2 in bestfriend #Rank No...
2M 115K 72
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu...