Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

S P E C I A L C H A P T E R 6

6.3K 389 96
By nuggetcaramel_

Selesai menceritakan segala apa yang terjadi kepadaku dan Airiel kepasa Ummi dan Abang Zaf, aku terus mengambil tisu lalu mengelap air mata di pipi. Ummi mengeluh lalu memelukku.

Makin galak air mataku mengalir apabila terfikir bagaimana perasaan Airiel selama ini mendengar aku bercerita pasal Khairul. Bagaimana dia masih mampu tersenyum walaupun hampir setiap hari aku mengingati Khairul. Sedangkan baru sekali Airiel cerita pasal Nadhirah aku dah hilang mood.

"Saf, satu je ummi nak tanya. Selama ni, sepanjang Saf kenal Airiel, dari Saf kawan dengan dia sampailah sekarang kamu berdua dah kahwin, dah ada anak. Saf betul betul ke sayangkan Airiel?" tanya Ummi . Aku terkedu kerana lidahku tak mampu menjawab soalan yang mudah sebegitu. Air mataku juga tiba-tiba berhenti mengalir.

Ummi berasa pelik kerana aku tidak menjawab soalan itu. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan. Panas pula hatinya melihatku tak mampu memberi jawapan yang dia mahukan. Abang Zaf juga turut memandangku pelik.

"Saf, Saf kenapa ni? Saf tahu tak dia suami Saf?" tanya Ummi memukul bahuku. Aku menangis lagi.

"Adik, kau ni kenapa? Jawablah. Kau jangan main-main," marah Abang Zaf pula. Jangan Saf kata dia tak sayang sudah.

"Saf tak tahu ummi! Saf tak tahu!" jeritku sambil menangis dengan kuat. Aku tidak tahu mengapa aku jadi begini tiba-tiba. Rasa seperti fikiran kosong.

Abang Zaf dan Ummi ternganga. Sungguh dia tak sangka dengan jawapan yang aku berikan . Ummi terus mengalirkan air mata geram dengan jawapanku.

"Safiya Zahra! Sedarlah Safiya! Ummi tak nak Saf jadi macam ni! Saf tahu tak Saf tengah buat apa ni?!" marah Ummi turut menangis.

"Saf minta maaf Ummi! Saf tak tahu kenapa dengan diri Saf!" balasku menangis teresak-esak. Abang Zaf mengetap gigi melihatku.

"Mana kotak Khairul tu?! Biar aku bakar!" Abang Zaf terus bangun ingin melangkah ke bilikku. Aku terus merentap tangan Abang Zaf.

"Abang Zaf! Tolong jangan!! Saf minta maaf! Saf janji lepas ni Saf tak buat lagi abang! Biar Saf sendiri buang! Saf janji Saf akan buang nanti!" rayuku memegang tangannya dengan kuat.

"Kau tahu tak kau dah berdosa dengan suami kau sebab arwah Khairul?! Bulan puasa ni Safiya, macam mana kau boleh ingat pasal lelaki lain lebih dari suami kau sendiri?!" marah Abang Zaf lagi.  Dia terus melepaskan tanganku lalu pergi dari situ.

"Abang! Abang!!" panggilku. Aku terus berpaling ke arah Ummi yang melihatku dari belakang.

Aku terus berlari ke arahnya ingin memeluknya. Ummi pantas menjauhkan diri dariku.

"Ummi, Saf minta maaf. Saf janji Saf lupakan Khai lepas ni ummi. Saf janji ummi," rayuku melutut dihadapan ummi.

"Bukan ummi yang Saf patut minta maaf, tapi Airiel. Suami Saf yang sah. Yang selama ni mencintai Saf dengan sepenuh hati. Yang terima segala baik buruk Saf. Ummi nak solat Tarawih. Saf pergilah solat. Doa supaya Airiel lembut hati terima Saf semula. Saf jangan cakap dengan Ummi sampai Saf sendiri rasa apa yang Saf buat selama ni salah. Macam mana Saf boleh berani buat macam tu selama ni. Berapa banyak luka dekat hati Airiel yang dia pendam selama ni, Safiya Zahra. Ummi masuk dulu," ucap Ummi lalu melangkah meninggalkanku disitu.

Aku menangis teresak-esak. Ya Allah, apa aku buat selama ni Ya Allah?

*****

Haikal terus menghidangkan latte panas untuk Airiel yang tiba-tiba datang ke rumahnya setelah sekian lama mereka tidak bertemu. Nasib baik Haikal masih belum berkahwin.

"Riel, kau okey tak?" tanya Haikal risau melihat kawan baiknya yang nampak serabut itu. Rambutnya kelihatan sangat serabut dan mukanya pula merah.

"Aku nak tumpang rumah kau sekejap boleh?" tanya Airiel kepada Haikal. Haikal terkejut.

"Em.. Boleh je. Tapi kenapa kau tak duduk rumah kau? Or rumah mak kau?" tanya Haikal pula.

"Aku tak nak Safiya cari aku. Aku tak nak jumpa dia buat masa ni," jawab Airiel sambil mengusap rambut Naufal. Naufal tidur nyenyak di pelukan Airiel.

"Kenapa? Kau gaduh dengan dia ke?"

"Panjang ceritanya,"

"Pendekkan,"

"Ya," jawab Airiel ringkas. Haikal menahan mulutnya dari mencarut. Dia menghembuskan nafas perlahan.

"Pasal apa ni? First time ke gaduh? Selama ni gaduh tak datang rumah aku pun," tanya Haikal lagi.

"Pasal Arwah Khai," jawab Airiel tanpa memandang Haikal.

"Pasal Arwah Khai? Sumpahlah? Lama do dia dah pergi. Kalau aku kira mungkin 14 tahun lepas," balas Haikal. Airiel mengangguk perlahan.

"Ya memang pun. Aku tahu aku tak patut marah dia sebab dia ingat pasal arwah Khai. Tapi, dia dah melampau kadang-kadang. Dia tak fikir ke perasaan aku selama ni kawal emosi untuk dengar dia luahkan rindu dia dekat arwah Khai. Aku suami dia. Kalau dia rindu Khai sangat, kenapa dia cakap dia cinta aku sedangkan hati dia dekat orang lain," gumam Airiel lalu mengeluh. Haikal merenung Airiel yang kelihatan letih.

"Ak.. Aku tak tahu nak cakap apa sebab aku tak pernah kena apa-apa pasal cinta," balas Haikal. Airiel menjelingnya tajam.

"Tak pernah kena apa-apa? Seriously? Kau ingat aku tak tahu dulu kau suka Fathia tapi Fathia suka Khai?" soal Airiel tersenyum sinis.

"Ma.. Mana kau tahu?" tanya Haikal.

"Kau sendiri tulis dekat buku yang kau selalu bawa. Aku terbaca time camping form 5 dulu," balas Airiel. Haikal tersenyum sambil matanya merenung lantai.

"Dah lama dah benda tu. Orang tu pun dah dengan orang lain. Dah ada anak dah pun," ujar Haikal.

"Mesti kau terkejutkan tiba-tiba Rizqin yang dapat Fathia. Padahal kau yang kejar dia lama,"

"Tak terkejut sangat sebab aku dah tahu lama dah Rizqin suka Fathia. Tapi aku terkejut time Fathia kata dia suka Rizqin,"

"Fathia bagi tahu kau sendiri?"

"ya,"

Imbas kembali

Tiba-tiba matanya terhenti ke arah Fathia yang sedang rehat di dalam kelas seorang diri. Haikal tersenyum melihat tiada siapa pun berada di dalam kelas.

Dia terus masuk kedalam kelas itu membawa susu strawberi kegemaran Fathia dari dulu. Pintu diketuk dan mulutnya mula memberi salam.

"Assalammualaikum. Boleh masuk?" tanya Haikal sambil membuka pintu. Fathia memandang Haikal lalu tersenyum.

"Eh Haikal. Masuklah," balas Fathia. Haikal terus membuka kasutnya lalu masuk ke dalam kelas itu.

"Kenapa rehat dekat sini?" tanya Haikal.

"Ouh aku malas nak pergi kantin. Aku sebenarnya tengah tunggu--"

"Nah. Susu strawberi," ujar Haikal menghulurkan susu itu kepada Fathia. Perlahan-lahan tangannya menyambut huluran itu.

"Aaa.. Terima kasih. Tapi, aku dah--"

"Ambil jelah. Aku bukan minum pun," balas Haikal lalu duduk di hadapan Fathia.

"Kau buat homework apa tu?" tanya Haikal melihat buku yang dipegang oleh Fathia.

"Ouh ni bukan homework. Aku kena buat jadual belajar dekat rumah," jawab Fathia sambil menayang jadual yang dibuatnya. Haikal mengangguk lalu berdeham.

"Erm Fathia. Kau free tak esok?" tanya Haikal.

"Erm free kot. Kenapa?" balas Fathia.

"Ak.. Aku nak ajak kau.... Keluar," hatinya berdegup kencang.

"Nak ajak aku keluar?"

"Ya. Kau nak tak?"

"Tta... Tapi kau famous. Kalau aku keluar dengan kau nanti mesti aku kena kecam dengan fans kau,"

"Fathia, aku sebenarnya su--"

Bush!

Tiba-tiba pintu itu dikuak kasar. Fathia dan Haikal terus menoleh kesitu. Terpacullah wajah Rizqin yang membawa 2 roti subway bersama air. Ceria saja dia terlompat-lompat disitu.

"Fathia, sorrylah lambat. Aku suruh abang grab tu beli 2. Dia pergi beli 3. Aku cakap la dengan dia pergi beli 2. Pastu dia pergi beli 2 sekejap. Tu lambat sikit. Tapi tiba-tiba ada 5 roti. Eee geram aku. Aku suruh beli dua beli dua la. Eh Haikal! Hui! Buat apa kau dekat sini dengan bini aku?" ujar Rizqin lalu mengambil tempat di sebelah Fathia.

"Bini?" soal Haikal mengerutkan dahinya.

"Masa bila aku bini kau ha? Aku ketuk karang," balas Fathia mengangkat tangan ingin mengetuk kepala Rizqin.

"Eee aku main main jelah. Jom keluar dengan aku esok. Pergi cinema," Rizqin mengajak Fathia. Fathia membulatkan mata.

"Serius? Kau bayar ke?"

"Yeps,"

"Okey. Jangan lambat tau!"

"Ya, Cik Fathia Nadya," jawab Rizqin menayang sebaris giginya yang putih berkilat. Fathia tersenyum lalu mengambil rotinya.

"Korang date ke?" tanya Haikal yang terasa dipulaukan disitu.

"Date? Maybe. Kenapa?" balas Rizqin. Haikal mendiamkan diri.

"Apa kau nak cakap tadi, Haikal?" tanya Fathia sambil menggigit roti sandwishnya itu. Haikal mengeluh lalu bangun dari situ.

"Ak.. Aku pergi dulu. Longlast dengan Riz. Bye," ujar Haikal lalu terus menghayunkan kaki pergi dari situ.

"Wah. Sadis cerita kau. Tapi kan, dia tak ada cakap pun dia reject kau," balas Airiel setelah mendengar kisah yang Haikal ceritakan.

"Mulut dia tak cakap. Tapi, tengok perangai dia bila dengan Rizqin, aku dah tahu. Dia suka Rizqin. Dia tak pernah banyak cakap dengan orang. Kau tahukan dia tak peramah. Adik dia je yang peramah. Suka tolong orang. Comel," ujar Haikal cuba mengingati Fathia Nadhirah yang sudah sekian lama meninggalkan dunia.

Airieo tersenyum kelat sambil merenung Naufal yang sedang tidur.

"Betullah tu. Baik, kuat, selalu menipu. Cakap okey tapi rupanya tengah tersangkut dengan arwah kakak aku. Selalu menangis. Pandai menghargai," ujar Airiel pula.

"Ha tu kau ingat pasal Nadhirah. Boleh pula? Kenapa Saf teringat pasal Khai, kau marah?" soal Haikal. Airiel terus merenung Haikal tajam.

"Kau saja kan bagi soalan perangkap dekat aku," ujar Airiel mengetap giginya.

"Tak kesahlah aku perangkap ke siapa perangkap ke. Yang aku nak tekankan sekarang ni, Saf ada buat salah dan kau pun ada buat salah. Semua orang layak diberi peluang kedua. Mungkin sebab kali ni kau dah tegur kesalahan dia. Hari lain dia akan berubah," ujar Haikal menasihati sahabatnya.

"Hmm.." Airiel mengeluh.

Tiba-tiba Naufal terjaga dari tidur lalu mengeliat. Dia memandang ayahnya lama.

"Daddy nak shushu," ujar Naufal.

"Nak susu? Sekejap daddy buat," balas Airiel lalu mengambil beg barang-barang Naufal.

"Nanak daddy. Nak mama," ujar Naufal lagi. Airiel mengeluh.

"Esok kita jumpa mummy. Naufal tidur dengan daddy dulu ya malam ni," gumam Airiel lembut. Dia mengusap rambut Naufal. Naufal mengangguk.

Haikal mengeluh melihat Naufal yang sudah rindukan ibunya.

"Airiel, baliklah. Saf mesti rindukan kau macam Naufal rindukan dia dan aku tahu kau pun rindu dia. Bagi dia ruang nak explain Riel," ujar Haikal.

"Hmm. Esoklah. Aku tidur sini dulu. Tak larat nak bawa kereta pergi sana pula,"

****

Aku terus melangkah masuk ke bangunan syarikat Airiel. Semua orang menyapaku apabila aku masuk ke situ. Betul cakap Airiel. Semua pekerjanya tahu yang aku isterinya.

Memang salah aku sendiri salah faham dengan dia. Fitnah dia curang sampai buat dia sendiri hilang rasa percaya dekat aku.

Aku sudah pergi ke rumahku pagi tadi, tapi Airiel dan Naufal tiada. Di rumah mama juga tiada. Mungkin mereka disini. Tapi, siapa yang jaga Naufal?

Aku terus mengorak langkah ke arah kaunter pertanyaan disana. Pekerja itu terus menyapaku dahulu.

"Eh Cik Safiya. Cik Safiya buat apa dekat sini?" tanya pekerja itu mesra.

"Saya cari Airiel. Dia ada dekat sini?" balasku pula.

"Ouh ada. Dia ada kerja sekejap. Sekejap lagi dia baliklah. Cik Safiya nak saya tolong call dia ke?"

"Eh tak perlu. Biar saya pergi atas sendiri. Terima kasih awak,"

"Sama-sama, Cik Safiya,"

Aku terus berlari masuk ke dalam lift yang baru dimasuki seorang pekerja. Pekerja itu mengukir senyuman kepadaku.

"Cik ni Cik Safiya kan? Isteri Tuan Airiel?" tanya pekerja itu mesra.

"Ha'ah ya," balasku lalu menekan butang nombor 10.

"Cik mengandung dah berapa bulan tu? Kembar ya?" tanya pekerja itu lagi.

"Erm baru masuk 6 bulan. Ha'ah kembar," jawabku janggal. Banyak tanya pula dia ni. Aku dah nak cepat.

"Ouh. Saya pun mengandung kembar tahun lepas. Tapi, masih kerja. Memang penat, emosi pun tak stabil. Mesti Cik Safiya penatkan sebab tu Cik Safiya suruh Yana jagakan Naufal. Tapi, cik tak patut sebenarnya suruh Yana jagakan sebab dia tu tak suka budak-budak. Kalau budak-budak main depan dia, nanti dia marah suruh senyap. Depan lelaki belagak pula sopan, depan budak-budak terus jadi jahat. Dasar muna--"

Aku terus menoleh ke arahnya dengan terkejut. Dahiku berkerut.

"Awak cakap apa tadi? Saya suruh Yana jagakan?" soalku. Dia mengangguk.

"Tapi, saya tak suruh dia jaga--"

Ting!

Pintu lift itu terbuka. Aku terus pandang ke hadapan. Terpacul wajah Yana yang sedang menunggu lift itu sampai ditingkatnya sambil mendukung Naufal.

Jantungku berdegup kencang dengan hati yang seakan hancur melihat anakku sendiri sedang didukung oleh bekas tunang suamiku. Aku terus keluar dari lift itu. Naufal yang sedang bermain dengan mainan keretanya terus menoleh ke arahku.

"Mama!" jerit Naufal gembira lalu mengangkat tangan memintaku mendukungnya. Aku terus merampasnya dari Yana. Dia tersenyum sinis.

"Naufal!" ujarku lalu mengucup dahi Naufal.

"Semalam tak mengaku anak. Tiba-tiba hari ni minta balik," perli Yana menyilangkan kedua belah tangannya di dada. Aku menjelingnya tajam.

"Apa kau merepek ni ha? Masa bila aku tak mengaku anak?!" marahku lalu mengusap kepala Naufal.

"Ibu apa yang tinggalkan anak dia sebab teringatkan lelaki lain?!" tengking Yana menolak bahuku ke belakang.

"Eh aku tak tinggalkan dialah. Airiel yang ambil dia!" tengkingku pula.

"Ouh dahlah buat salah tak mengaku. Lepas tu salahkan suami! Derhaka punya isteri! Dah rampas kebahagian aku lepastu tak reti menghargai! Memang patut pun dia ajak aku pergi Dubai hari tu! Isteri dia sendiri pun curang dengan dia," herdiknya menunjal dahiku.

"Tak. Dia tak pergi dengan kau. Dia sendiri cakap dengan aku!" balasku tidak mudah mempercayai kata-katanya.

"Hahaha. Sedih betul kau ni. Kau tak fikir ke? Kenapa dia pergi Dubai tapi tak ambil gambar?" soal Yana tersenyum sinis.

"Aku tak percaya kau. Boleh pergi mampus,"

"Dia tak ambil gambar sebab nanti raya dia sendiri nak kenalkan isteri baru dia dekat kau. Dia tak nak bagi kau terkejut dulu dan untuk pengetahuan kau. Anak kau sendiri dah terima aku sebagai mama dia," ujar Yana tersenyum bangga. Aku pula tersenyum sinis.

"Kau memang tak pandai menipu, Yana. Tak payahlah nak kacau kebahagian orang lain. Macam tak ada lelaki lain sampai suami orang pun nak ambil. Kau ni buta ke apa. Ke duduk dekat gua. Memang Airiel sorang je eh lelaki yang kau kenal?"

"Sekurang-kurangnya, selama 6 tahun aku cinta dia. Aku tak pernah curang macam kau!" tengking Yana kuat. Aku mengetap gigi lalu terus mengangkat tangan melempangnya.

Pak!!

"Argh!!" jerit Yana sambil memegang pipinya yang di tampar.

"Kau jangan mimpilah nak jadi madu aku! Airiel pun tak pernah anggap kau sesiapa dalam hidup dia! Dia sendiri tak nak kau jaga Naufal, engkau yang menggedik!" marahku.

"Safiya Zahra!" jerit Airiel yang melihat kami bergaduh dari tadi. Dia mengetap gigi lalu melangkah ke arahku dan Yana.

"Kenapa ni buat bising dekat sini?" tanya Airiel memandangku serius.

"Kau ke yang bagi Naufal dekat perempuan ni?" soalku. Airiel diam tidak menjawab.

"Ya. Memang dia sendiri suruh aku jaga Naufal," jawab Yana. Aku menjelingnya tajam.

"Tolonglah. Aku tak tanya kau,"

"Ya, memang aku yang suruh dia jaga," jawab Airiel secara tiba-tiba. Aku terus menoleh ke arahnya.

"Kka.. Kau yang suruh?" tanyaku mendapatkan kepastian.

"Aku suruh dia sekejap je, Saf. Takkan tak boleh," jawab Airiel selamba.

"Aku tak pernah benarkan pun perempuan ni jaga anak aku! Dan aku takkan benarkan tangan kotor dia ni sentuh anak aku!" tengkingku merenung Yana tajam. Aku tahu aku dah melampau sebab tinggikan suara dengan suami. Tapi, peduli apa aku.

"Safiya Zahra, aku minta maaf tapi--"

"Minta maaf apa Airiel? Aku tahu aku buat salah tapi jangan buat benda yang aku tak suka!" marahku.

"Isteri apa kau ni tengking suami? Dah lah tak jaga anak! Lepas tu tengking suami!" celah Yana cuba menambah api.

"Eh kau diamlah!" aku terus melibas tanganku ingin menamparnya sekali lagi.

Tiba-tiba kasut tinggi Yana memijak kakiku. Kakiku terasa pedih lalu tiba-tiba Naufal terlepas dari tanganku. Naufal terus terjatuh ke lantai lalu kepalanya yang terhentak. Dia terus meraung kesakitan.

Aku membulatkan mata lalu tunduk ingin mengambil Naufal. Airiel dengan pantas menepis tanganku lalu mengambil Naufal. Belakang kepala Naufal digosoknya.

"Naufal, mummy minta maaf," ucapku dengan mata yang sudah berkaca. Ya Allah apa aku dah buat ni.

"Airiel tolong bagi Naufal dekat aku," pintaku. Airiel tidak menjawab malah memulaukanku.

"Airiel..."

"Balik," arah Airiel senada.

"Apa?" soalku dan Yana serentak. Kami berdua terkejut.

"Safiya Zahra, balik," ulang Airiel. Kalini dia merenungku tanpa reaksi.

"Airiel," panggilku dengan nada yang kecewa dan serba salah.

"No Airiel here. Balik sekarang," balas Airiel.

"Airiel sampai hati kau buat aku macam ni," ucapku dengan air mata yang sudah mengalir di pipi.

"Safiya Zahra go away!" marah Airiel tetapi masih mengawal nadanya. Yana yang berada disitu tersenyum puas.

"Airiel, I'm. Your. Wife!" marahku pula.

"You better go before I get mad. If I get mad later, you won't see your husband," balas Airiel mendatar. Aku menyeka air mataku lalu berpaling darinya.

"One step I leave you here, never dream to meet my baby twins. Then, I won't tell them who's their daddy. Cause their daddy tell them to leave him," ucapku dengan penuh sebak. Aku terus melangkah meninggalkannya disitu.

Pintu lift terbuka lalu aku terus masuk kedalam kotak lift tersebut. Wajah Airiel direnung lama sebelum pintu itu tertutup. Aku terus tunduk mengusap perutku. Pintu itu terus tertutup.

***

Yana tersenyum puas melihat Safiya dihalau begitu. Dia pasti yang Airiel kini sudah tiada rasa cinta akan Safiya.

"Tuan, nak saya kejar dia ke?" celah pembantu Airiel yang baru sampai disitu. Namanya Hanif. Eh kurang ajar tertulis nama enemy author.

Nama pembantu Airiel yang baru adalah Farid. Hanif tu bukan ya.

"Tak payah kejar. Tapi, bawa kereta ikut belakang dia," arah Airiel.

"Baik, tuan," ujar Farid patuh dengan arahan Airiel.

"So, I pergi tempat I dululah," ujar Yana tersenyum gembira.

"Kau, si babi. Ikut aku," arah Airiel tegas lalu melangkah ke biliknya.

Senyuman yang tadi terukir di bibir terus menghilang. Dia menelan air liur. Bulu romanya terus berdiri tegak.

'Safiya, aku minta maaf,' getusnya dalam hati.

No maaf for you cuz author marah right now. Dah lah curi ex aku.ndjejfudjdud. fuh Look at my manglish. Happy reading. Eh no happy happy. Angry reading!

Maaaffff andai kau terlukaaaa. maafkuuu tak sengajaaa tanpaaa sedarrrr
Sakitimuuuu. Sesalllkuuuu.

Oh yah. Jangan lupa baca My Beautiful Girl. Ok tata! Happy fasting!

┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

413K 19.4K 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
52.1K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
15K 956 38
Karya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang...
231K 14.6K 49
Highest #1 in action. Selama tujuh belas tahun dia hidup tanpa kasih sayang dari ibu bapa ditambah lagi hinaan, cacian dan pukulan dari abang sendiri...