Dia Pemilik Hati [C]

By LeannaRose_

4.7M 187K 27.3K

[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan German yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang... More

ʜᴀʀʀᴀᴢ | ᴀᴜʟɪᴀ
BAB 1🌹
BAB 2🌹
BAB 3🌹
BAB 4🌹
BAB 5🌹
BAB 6🌹
BAB 7🌹
BAB 8🌹
BAB 9🌹
BAB 10🌹
BAB 11🌹
BAB 12🌹
BAB 13🌹
BAB 14🌹
BAB 15🌹
BAB 16🌹
BAB 17🌹
BAB 18🌹
BAB 19🌹
BAB 20🌹
BAB 21🌹
BAB 22🌹
BAB 23🌹
BAB 24🌹
BAB 25🌹
BAB 27🌹
BAB 28🌹
BAB 29🌹
BAB 30🌹
BAB 31🌹
BAB 32🌹
BAB 33🌹
BAB 34🌹
BAB 35🌹
BAB 36🌹
BAB 37🌹
BAB 38🌹
BAB 39🌹
BAB 40🌹
BAB 41🌹
BAB 42🌹
BAB 43🌹
BAB 44🌹
BAB 45🌹
BAB 46🌹
BAB 47🌹
BAB 48🌹
BAB 49🌹
BAB 50🌹
BAB 51🌹
BAB 52🌹
BAB 53🌹
BAB 54🌹
BAB 55🌹
BAB 56🌹
BAB 57🌹
BAB 58🌹
BAB 59🌹
BAB 60🌹| ENDING
AUTHOR TALKS
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER 4
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟭
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟮
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟯
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟰

BAB 26🌹

73.3K 3.7K 179
By LeannaRose_


SEBUAH kereta BMW X6 sedang memasuki perkarangan Teratak Fatimah. Dah masuk hampir 40 tahun usia rumah itu, namun teratak itu masih kukuh utuh.

"Awak saya nervous ni." Aulia dah tak senang duduk di kerusi penumpang.

Harraz hanya senyum sambil meraih tangan Aulia. Tangan Aulia dan ksejukan. Nervous sangat isterinya. "Jangan lah nervous sangat. Tokma tak makan orang la."

Aulia menjeling geram. Boleh buat lawak bodoh pulak Harraz ni. Dia tengah seram sejuk ni.
"Awak kalau saya nak patah balik boleh? Tak ready la saya nak jumpa tokma."

"Merapu apa you ni. Kita dah depan rumah tokma. Tokma tak garang la. She's so nice woman. Lagipun saya ni cucu kesayangan dia of course siapa pun pilihan i dia terima. Trust me." Harraz masih memujuk.

Rasa tenang sikit hatinya mendengar kata-kata Harraz. Nak jumpa nenek Harraz je pun, dah menggelabah lebih kau ni Lia.

"Saya ni pilihan awak ke? Kalau bukan sebab kita kena tangkap basah, rasanya kita tak kahwin lagi kot sampai sekarang." Saja Aulia nak mengusik.

"Kalau dah memang jodoh kita sayang, kita tetap akan kahwin walau apa cari sekali pun. And now you're the best thing i've got in entire life. My priority number one." Harraz senyum kacak. Sempat dia mencuit dagu runcing Aulia.

Aulia senyum manis. Allah boleh bolak balik kan hati manusia. Siapa sangka dari rakan sekerja sekarang dah jadi rakan sebantal. Eh sebantal?

"Jom keluar, tokma dah ready tu nak sambut kita." Mereka keluar dari kereta. Kelihatan seorang wanita berusia sedang berdiri di depan rumah sambil mengukirkan senyuman tak terhenti.

"Assalamualaikum tokma." Harraz memberi salam sambil menghulurkan tangan.

"Waalaikumsalam cucu tokma. Lama tokma tak jumpa kamu Haz." Tubuh tegap Harraz terus dibawa kepelukannya. Sungguh dia rindukan cucunya.

"Tokma sihat?" Pipi yang makin dimamah usia itu dicium.


"Sihat orang tua je la Haz. Ini ke isteri kamu?" Matanya dilirik pada gadis cantik yang bersama cucunya.

Aulia mengukirkan senyuman paling manis.
"Apa khabar tokma?" Gilirannya untuk bersalam dengan Hajah Fatimah.

Tanpa kata terus Aulia dipeluk erat. Aulia hanya membalas pelukan orang tua itu. "Sihat alhamdulillah. Cantik sangat isteri kamu ni Haz. Nama kamu siapa?"

"Aulia. Panggil Lia je tokma."  Aulia tersipu-sipu malu dipuji dengan wanita itu. Tak sangka dia akan disambut baik. Dia kira Hajah Fatimah tak akan menyukainya kerana berkahwin dengan Harraz pun tiba-tiba.

Rupanya sangkaan dia meleset. Tokma sangat menyenanginya. Hilang segala gementarnya. Sekarang ni dia jadi tak sabar untuk kenal tokma lebih dalam lagi.

Harraz hanya senyum. Alhamdulillah rezeki dia dapat isteri secantik Aulia.

"Eh mari la masuk. Buat apa pula sembang kat luar lama-lama ni kan."  Tangan gadis itu diraih.

"You masuk la dulu, i pergi ambil beg kejap." Harraz membuka bonet kereta dan mengambil beg bagasi.

Aulia hanya angguk. Mereka menuju ke sofa. Ya Allah akhirnya dapat juga dia merasai suasana kampung ni macam mana. Aulia tak dapat sembunyikan wajah seronok dia.

"Harap la Lia selesa la duduk kat sini, maklumlah rumah tokma ni rumah kampung je. Tokma takut Lia tak selesa pulak nanti."

"Ish tak ada apa la tokma. Lagi pun Lia suka suasana kampung macam ni. Lia tak pernah ada nenek. Nenek dah meninggal sejak Lia kecil lagi. Dapat tumpang rasa ada nenek dengan Harraz pun Lia dah bersyukur sangat."

"Ish apa cakap tumpang-tumpang nenek ni. Sekarang ni Lia cucu tokma sama macam Haz. Jangan cakap macam tu lagi." Hajah Fatimah terus memeluk cucu menantunya.

Mata Aulia dah berkaca. "Terima kasih tokma."

"Lia pergi la rehat dulu, mesti penat kan jalan jauh. Sini tokma tunjukkan bilik kamu berdua." Mereka menuju ke bilik yang dimaksudkan.

"Tokma nak pergi sambung masak untuk tengah hari ni. Nanti tokma panggil makan. Kalau ada apa-apa panggil tokma tau."

"Takpela Lia tolong tokma masak." Aulia mahu mengikuti langkah wanita tua itu namun dicegah.

"Takpe Lia rehat je dulu. Lagi sikit je tu nak kena masak. Lain kali je tolong tokma masak.

"Okay la kalau macam tu." Aulia terus masuk ke kamar. Dia duduk di tepi katil. Tak lama kemudian Harraz muncul sambil menolak beg bagasi mereka ke dalam.

"So how? Masih nervous dengan tokma?" Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Tak lagi dah. In fact dia layan saya baik sangat."

"See. I've told you before. You je nak risau lebih." Hidung Aulia dicuit.

"Mana saya tak risau masa awak tunjuk gambar tokma semalam, saya dah kecut perut tau. Sebab tokma nampak garang. Tapi bila dah jumpa depan-depan takde la nampak garang mana pun." So don't judge book by it's cover. Tak kenal maka tak cinta. Tak gitu kan?

"I dah cakap semua ni kat you kan? Silap-silap nanti title cucu kesayangan dapat kat you bukan i lagi dah."

"Okaylah saya nak mandi kejap." Aulia bangun. Beg bagasinya diselongkar mencari tuala, tak lupa juga toilettes.

"Bilik air kat luar ke dalam?" Soal Aulia.

"Seriously sayang? You ingat ni zaman jepun ke toilet kat luar rumah. Tu hah bilik air kat dapur belah kiri."

"Mana la tau..." Aulia dah berjalan menuju pintu.

"Btw, habis mandi kejut i. I nak tidur kejap. You tak nak join i dulu baring atas katil ni?" Harraz dah terbaring atas katil sambil memberikan senyuman mautnya, senyuman menggoda.

Aulia menggeleng. "Baringlah awak sorang-sorang atas katil tu."

Niatnya nak baring sekejap je. Tup
tup matanya terus terlelap. Letih memandu jarak jauh agaknya.


            *****************


"Alhamdulillah kenyang. Lama tak makan masakan tokma." 2 pinggan dia makan hari ni. Masakan tokma paling terbaik dalam dunia ni. Jarang dia tak bertambah kalau tokma yang masak.

"Itulah kalau tokma tak telefon Haz memang tak balik la kan? Asyik-asyik sibuk memanjang." Bebel Hajah Fatimah pada cucunya.

"Sorry tokma. Haz memang sibuk sikit dekat office tu. Nak jenguk tokma pun kadang-kadang tak ada masa. Ni sementara Haz cuti kahwin ni boleh la balik kampung sekejap." Harraz rasa bersalah.

Dia dah beberapa kali ajak wanita itu untuk tinggal bersama mereka di KL tapi tak mahunya. Dia risau akan wanita tua itu lagi-lagi duduk seorang diri di rumah ini. Tapi orang tua kan, mana suka duduk bandar. Lebih selesa duduk dekat halaman sendiri.

"Itulah Haz ajak tokma duduk kt KL, tokma tak nak. Haz risau tau tokma sorang-sorang kat sini."

"Tak nak la tokma. Ni rumah peninggalan atuk kamu. Tokma tak nak biarkan rumah ni kosong. Lagipun tokma tak suka duduk bandar."

Agak dah jawapan tu. Tak larat dah nak memujuk tokma. "Suka hati tokma lah."

"Ni Haz kenapa tak bawa Lia pergi bulan madu dulu? Korang kan baru kahwin. Kesian isteri kamu tak pergi bercuti. Kampung ni bila-bila je boleh balik."

"Eh tak apa tokma. Lagi pun kami berdua tak ada cuti panjang. Ni pun dapat cuti seminggu je." Aulia memang tak kesah pasal honeymoon tu.

"Ala tokma, kat bilik pun boleh honeymoon. Lagi best. Kan sayang?" Sampuk Harraz.

Aulia tepuk peha Harraz. Sengal punya suami.

"Auch. Betul lah sayang. Nak buat anak tu kat rumah pun boleh. Tak payah tunggu honeymoon pun."

"Kamu ni Haz, cakap tak berlapik sungguh. Tengok isteri kamu dah malu tu."

Aulia terus mengutip pinggan kotor dan dibawa ke dapur untuk dicuci. Naik pijar pipinya sebab tokma dah tersengih-sengih. Susah dapat suami tak tahu rasa malu ni. Main lepas je apa yang dia nak cakap.

Mata Harraz ralit memerhati tingkah isterinya. Tiba-tiba bahunya ditepuk. "Ishh tengok isteri macam tak pernah tengok perempuan. Seram pulak tokma tengok kamu ni."

Harraz sengih kerang. Kantoi usyar isteri sendiri.

"Ni tokma nak tanya sikit ni."

"Tanya apa tokma?"

"Lia tu warnakan rambut ke? Perang semacam je tokma tengok. Kamu Haz kenapa tak tegur isteri kamu tu, berdosa warnakan rambut."

Harraz hanya senyum kecil. Agak dah tokma mesti akan tanya pasal warna rambut Aulia.

"Tokma, untuk pengetahuan tokma Aulia tu orang German. Daddy dia German muslim. Itu pasal la rambut dia perang semacam tu. Rambut asli tu, bukan warnakan la."

Lagi pun zaman sekarang boleh je nak warnakan rambut asalkan bahan perwarna yang digunakan itu halal dan sah untuk solat. Tapi biasalah kan pemikiran orang tua, asal warnakan rambut je haram.

Hajah Fatimah angguk faham. "Orang German rupanya, patut cantik sangat Aulia tu. Pandai kamu pilih calon isteri, sopan santun, baik, lemah lembut, tutup aurat, hah semua la. Tak macam si siapa tu bekas kekasih kamu dulu tu?" Berkerut dahi Hajah Fatimah cuba mengingati nama bekas kekasih Harraz.

"Natasya." Jawab Harraz tanpa perasaan.

"Hah Natasya. Tokma cukup tak berkenan dengan dia tu. Nasib baik kamu tak ada jodoh dengan dia."

"Benda dah lepas pun tokma usahlah dikenang." Dengar nama perempuan tu pun dah buat dia loya tekak.

"Itulah. Berbeza betul ye perangai dia berbanding dengan isteri kamu." Hajah Fatimah masih memuji cucu menantunya.

"Haih tokma, puji melambung Aulia ni dah jadi cucu kesayangan ke?"

"Haruslah."

Tanpa dua beranak itu sedar, Aulia yang sedang menghampiri dua beranak itu, terdengar perbualan mereka. Hmm dia pun tak ada la baik sangat seperti yang dipuji Hajah Fatimah. Dulu dia pun seksi jugak, baju tak berlengan itu dah biasa baginya. Rasa tak layak dipuji berlebihan seperti itu.

                ******************

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan pasangan itu dibuai perasaan indah dan tenang. Aulia dan Harraz sedang duduk di pangkin bawah pokok pelam sambil menikmati angin pada petang itu. Rasa tenang duduk di kampung.

"Selalu ke awak bawa Natasya balik kampung?" Aulia bersandar di bahu suaminya.

"Jealous?" Harraz angkat kening ke atas. Kepalanya ditunduk sikit pandang Aulia dari atas.

"Tak. Saja tanya."

Harraz senyum kecil. Kalau cakap 'saja tanya' tu sah-sah la tengah cemburu. Cuma Aulia je ego nak mengaku. Tangan kanannya memeluk tubuh Aulia dan menggosok lengan gadis itu.

"Sekali tu je sayang, tu pun sebab i ada kerja sikit kat Perak ni dan kebetulan dia nak ikut i sekali waktu tu. So alang-alang i dah kat Perak, i singgah la rumah tokma sekejap." Memang sekejap. Baru duduk tak sampai setengah jam, perempuan tu dah menggeletis nak balik.

"Oh. Perempuan mana lagi awak pernah kenalkan kat tokma?"

"Ya Allah tak ada dah sayang." Perempuan kalau cemburu memang suka tanya soalan macam ni ke?"

"Hehe. Saja je tanya." Aulia merenung sawah padi yang kekuningan tu balik. Sumpah dia tak pernah rasa tenang macam ni. Dari kecil sampailah besar macam sekarang ni hidupnya dihabiskan di bandar yang tak pernah berhenti sibuk.

"Sayang nak cuba sports baru tak? I guarantee you tak pernah cuba main lagi game ni."

"Sports apa pula? Awak tak kenakan saya kan?"

"Tak. I serious ni. You tunggu sini jap. I nak pergi rumah kat seberang jalan tu jap." Harraz dah melangkah pergi meninggalkan dia yang dah terkebil-kebil kat sini.

Aulia hanya mengekori langkah suaminya dengan ekoran mata. Rumah tu tak jauh sangat cuma 50 meter jaraknya.

15 minit Harraz dah kembali dengan sebatang joran biasa. "Look at what i've got!" Laung Harraz sambil batang joran itu diangkat tinggi.

"Nak buat apa dengan joran tu?" Aulia kerut dahi.

"Nak pancing you la sayang. Biar you tak kena kebas dengan orang lain."

"Hah?" Aulia blur.

"Joran ni dicipta untuk apa sayang?"

"Untuk mancing ikan lah.

"Dah tu tanya lagi? Dah jom ikut i. I nak jadi orang kampung hari ni." Mereka pergi ke bawah rumah. Rumah tinggi macam ni lah.

Sebatang cangkul diambil dan terus diangkat tinggi dan terus jatuh ke tanah. Harraz tengah korek cancing untuk dibuat umpan.

"Gemuk-gemuknya cacing ni." Harraz tunduk mengutip cacing-cacing tu. Matanya tercari-cari bekas untuk letak.

Aulia hanya berdiri di tepi Harraz. Dari tadi dia hairan entah apalah yang Harraz sedang buat.

"Sayang, tolong ambilkan tempurung kelapa tu. Ambil satu je." Jarinya ditunjuk ke arah satu longgokkan tempurung kelapa.

Aulia mengikut arahan suaminya. "Nah."

"Thank you sayang."

"Nak buat apa dengan semua ni? Kenapa awak korek tanah?"

"Ni tak nampak cacing-cacing gemok ni? Nak buat umpan untuk mancing ikan lah sayang." Satu cacing terus dibaling di kaki isterinya.

Aulia apa lagi terus mengelejat lah tak tentu arah. "Awak tak nak lah! Saya geli lah! Eww."
Aulia menjerit-jerit.

Harraz ketawa terbahak-bahak. Kelakarnya tengok Aulia ketakutan plus kegelian tu.

"Sayang tu ada cacing tengah berjalan kat kaki you!" Harraz masih sakan mengusik.

Aulia terus buka selipar dan kakinya digoyangkan. "Mana tak ada pun?"

Harraz masih sakan bergelak. "Mana adalah sayang. You ni senang sangat kena tipu."

"Harraz Danial! Awak jangan tidur dengan saya malam ni."

"Hey mana boleh!"

"Ya Allah kenapa dengan korang berdua ni? Dari atas tokma dah dengar suara riuh korang." Tokma tiba-tiba muncul di tangga. Kepalanya dijenguk ke bawah rumah.

"Harraz ni tokma! Dia baling cacing kat Lia." Ngadu Aulia.

"Kamu ni Harraz sudah-sudah lah usik isteri kamu. Nak menangis dah tokma tengok Lia tu." Hajah Fatimah gelengkan kepala. Walau cuma ada dua orang cucu je sekarang ni, dah cukup nak buat satu rumah riuh rendah.

"Ala tokma. Haz usik sikit je." Harraz mencebik.

"Tu nak buat apa ngan cacing tu? Nak masak menu baru ke? Ke nak buat mee goreng untuk menu petang ni?"

"Ish tokma ni. Haz nak bawa Lia mancing kejap kat sawah depan tu hah."

"Mana pula dapat pancing tu?"

"Pinjam kat Pak Deris tadi."

"Yela, mancing tu elok-elok. Jangan lama-lama sangat mancing tu. Dah pukul 5.30 dah ni. Tokma nak masuk dalam dulu."

"Baik tokma." Harraz buat tabik hormat.

Aulia masih mencuka. Dia masih merajuk dengan suaminya.

"Ala sayang, i nak bergurau je la tadi." Nasib baik tangan tengah kotor sekarang ni. Tidak dah lama dia cuit muka masam isterinya. Comel.

"Okay fine. Saya tak marah dah. Tapi yang saya cakap tadi tu memang saya maksudkan ye. Saya nak tidur dengan tokma malam ni."

"Then, how about me?" Harraz protes.

"Tidurlah dengan cacing-cacing gemuk awak tu." Aulia jelir lidah.

"Dengan cacing pun cacing lah." Harraz pasrah.

"Dah jom mancing. Saya tak sabar dah ni."

"Eh dia pulak yang melebih. Okay jom."

Harraz pilih kawasan yang dia rasa banyak ikan. Dia duduk di rumput-rumput kering kat tepi parit kecil.

"Sayang selesa tak duduk kat situ? Kalau tak selesa i pergi ambil kerusi dalam rumah."

"Ish okay je lah. Ingat saya ni perempuan bandar sangat ke?" Aulia turut melabuhkan punggung sebelah Harraz.

Cacing dah dicucuk di mata kail dan Harraz terus melontarkan umpan itu.

Ckit! Ckit! Beberapa keping gambar Harraz di ambil secara candid. Harraz toleh ke sisi. "Handsome kan lelaki kampung tu?"

"Hah memang handsome pun." Sumpah Harraz nampak lain sangat bila di kampung. Hilang terus auranya sebagai CEO. Yang ada sekarang macam orang kampung sejati dengan topi kebunnya.

"Saya tak tahu pula awak pandai mancing. Ingat tahu pegang pen je."

"Eh mancing ni antara hobi i tau. Arwah atuk yang ajar i dulu." Harraz terbayang kenangan lama. Kalaulah atuk masih ada, mesti sekarang ni atuk yang ada kat sebelahnya. Mancing bersama-sama. Ya Allah rindunya.

"No wonderlah tak kekok langsung."

"Tapi tu la bila dah duduk KL, busy pula dengan hal office. I terpaksalah kuburkan je hobi i."

"Eh awak pancing awak bergerak tu." Aulia teruja. Dia dah berdiri.

Harraz turut bangun. Pancing ditarik ke atas. Ada seekor ikan puyu bersaiz sederhana sedang meronta-ronta di tali.

"Yeay awak dapat ikan!" Aulia terlompat-lompat. Pertama kali dia rasa moment-moment macam ni. Dan dia sangat seronok.

Ikan puyu dah dicabut buang dari mata kail. Dia letak dalam tong kecil. Harraz lempar lagi mata kail.

3 minit. Umpannya di makan lagi.

"Awak ikan apa tu? Kenapa dia ada misai?"

"Ikan keli sayang." Penuh berhati-hati dia nak cabut dari mata kail.

"Saya nak pegang boleh? Macam comel je misai dia." Aulia dah nak mencucuk jarinya kat ikan tu laju saja Harraz menghalang.

"Sayang jangan berani-berani nak pegang. Ikan tu ada sengat."

"Yela."

Hampir sejam jugalah mereka berkhemah kat situ.

Mereka pulang dan terus menuju ke pintu belakang.

"Ya Allah yang kamu berdua ni dah kenapa comot-comut ni? Kamu pergi mancing ke kamu jadi kerbau berkubang dalam tu. Hah Harraz? Yang kamu seret Lia sekali masuk dalam tu dah kenapa?"

Mereka berdua hanya menunduk. Tahu dah tokma akan mengamuk. Ni semua Harraz punya pasal. Ada ke lelaki tu ajak bermandi manda kat sawah tu.

"Jangan berani masuk selagi badan korang tu penuh dengan lumpur. Mandi paip kat luar tu dulu. Tak sedar ke yang korang tu dah boleh jadi mak bapak budak. Perangai mengalahkan budak-budak." Walau Hajah Fatimah dah masuk rumah pun, wanita tua itu masih tak berhenti membebel.

Aulis cubit ketam lengan Harraz ni. "Awak lah punya pasal ni, kan tokma dah marah."

Harraz sengih tak bersalah. "You kan tak pernah mandi kat 'swimming pool' tu sayang. I bagi lah you pengalaman. Nanti you juga teringat bila dah balik KL nanti."

Paip dibuka. Air diratakan diseluruh badannya. Sambil tu dia menggosok kesan lumpur yang melekat di bajunya. Elok baju tu warna putih dah bertukar warna coklat. Memang baju tu terus masuk tong sampah ceritanya.

Muka yang penuh dengan lumpur dibersihkan. Harraz hanya memerhati tingkah isterinya.

"Sayang, sini i tolong pegangkan paip getah tu." Paip getah dah bertukar tangan.

Mula-mula memang lah Harraz curahkan air betul-betul kat badannya. Tapi lama-lama Harraz dah halakan air pada mukanya.

"Awak janganlah main-main! Nanti tokma marah lagi macam mana." Aulia tutup mukanya dari terkena percikan air.

Harraz masih sakan memancutkan air tu. Aulia makin hilang sabar. Dia ambil satu baldi kecil
yang berisi penuh air terus disambahkan pada suaminya. Baldi dicampak tepi dan dia terus berlari menjauhi suaminya.

"Sayang!" Cis dia kena balik.

"Paid off! Catch me if you can Harraz!"

"You jangan cabar i Lia!" Mereka terus main kejar-kejar mengelilingi rumah.

Terbukti langkah lelaki lebih besar, cepat sahaja Aulia masuk dalam pelukan Harraz.

"You ingat you boleh lari dari i ke sayang!" Aulia digendong tinggi.

Aulia tertawa bahagia.

Hajah Fatimah muncul lagi sambil tangan pegang senduk. "Astaghfirullahalazim aku tak tahu lah dua orang cucu aku ni umur nak masuk 30 tahun ke baru nak masuk 5 tahun. Lain yang aku suruh buat lain pula yang korang buat. Dah masuk cepat. Dah nak maghrib dah ni."

"Baik tokma!" Jawab suami isteri itu serentak.

Arh bahagianya hidup.




————————————————————————


*Vote banyak-banyak korang ! 🤪

Continue Reading

You'll Also Like

7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
260K 8.3K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
564K 6.9K 9
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-𝐀𝐑𝐙𝐄𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑 Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...
97.3K 3.4K 70
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...