Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

S P E C I A L C H A P T E R 4

7.3K 382 94
By nuggetcaramel_

P/s: INI CHAPTER SEMPENA BULAN PUASA YA. Sorry gais author tak leh move on, malam ii termimpi Airiel. Sebenarnya Airiel tu ex author. Eh tk de la tipu je hehehehe

Tit! Tit! Tit!

Bunyi deringan alarm membuatku terjaga. Tanpa membuka mata tanganku terus meraba-raba mencari dimanakah telefonku berada. Setelah aku jumpa, aku perlahan-lahan membuka mata.

Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Tangan Airiel yang memeluk perutku erat aku usap lembut. Suka betul dia pegang perutku apabila mahu tidur. Lagi-lagi bila aku sedang berbadan tiga ni.

Sekarang aku sedang mengandung anak kembar. Memang sukar bila mengandung masa bulan puasa ni. Nasib baiklah aku baru mengandung 6 bulan, jadi tiadalah penat sangat.

Aku ketepikan tangan Airiel dengan perlahan lalu aku bangun. Aku tidak mahu kejutkan Airiel kerana aku tahu dia penat sangat. Dia baru saja balik dari outstation 2 minggu di Dubai.

"Hmm.. Sayang...." ucap Airiel perlahan. Aku mengusap kepalanya. Mesti dia tahu yang aku nak tinggalkan dia.

Airiel memang perangai dia sama saja dari baru nikah sehingga sekarang. Anak dah nak masuk 3 orang dah. Anak pertama kami yang sudah berumur 2 tahun 1 bulan adalah lelaki. Namanya ialah Tengku Aidil Naufal .

"Kenapa ni? Orang nak mandilah. Nak basuh baju, nak sidai baju, nak kemas bilik, kemas dapur. Kau bangun cepat tolong mandikan Naufal," ujarku sambil memukul lembut dadanya.

"Sekarang pukul berapa?" tanya Airiel sambil menggosok matanya.

"Pukul 9 dah,"

"Kau nak masak apa berbuka nanti?"

"Kau nak makan apa? Tomyam je boleh tak? And with telur dadar? And sayur kailan?"

"Boleh je. Tak kesah pun. Kalau malas nak masak kita pergi rumah ummi je. Lama kita tak balik sana," ujar Airiel lalu dia mengesot ke arahku. Perutku di usap lalu dikucupnya.

"Anak daddy buat apa tu? Tengah menari ke?" tanya Airiel sambil telinganya ditekup ke perutku. Aku tersenyum melihatnya begitu.

"Anak daddy suruh daddy dia buat kerja rumah sebab daddy dia dah seminggu tak buat kerja rumah. Outstation lama sangat," balasku berbaur perlian. Airiel menjelingku.

"Aku buat pergi outstation lama, buat kerja juga. Kau kan tak kerja dah," Airiel meraih tanganku. Aku tersenyum kelat sambil tunduk merenung perutku. Dia mengeluh.

"Janganlah macam ni. Kalau rasa susah nanti kita ambil maid," Airiel mengusap pipiku. Aku terus menepis tangannya dengan pantas.

"No, I won't. Nanti kalau dia suka kau macam mana?" balasku tidak setuju dengan cadangannya. Aku memang tak setuju nak ambil pembantu rumah. Aku tak suka!

"Saf, cuba fikir positif. Nanti senang kau boleh duduk-duduk je. Tak adalah letih sangat nak kena jaga Naufal yang dah pandai berlari sana sini. Dengan kau tengah mengandung nanti,"

"No. Aku lebih rela penat jaga anak macam ni, dari sakit hati tengok kau bawa bini kedua nanti," balasku tanpa memandang matanya. Aku tak tahulah kenapa tapi untuk beberapa hari ni aku memang sangat sensitif dengan semua benda, lagi-lagi pasal Airiel

Aku risau masa Airiel outstation dia terjumpa perempuan lain. Memanglah Airiel tak pernah curang. Tapi, semua manusia boleh berubah. Bila-bila masa saja dia boleh digoda dan dirampas.

Airiel memetik jari di depan mataku menyentak lamunanku.

"Jauh termenung. Aku tak tergoda la. Kalau kau rasa takut, kita boleh ambil maid yang umur dah tua sikit. Yang tu mesti kau tak risau aku curang," ujar Airiel memberi cadangan lagi. Aku mengeluh.

"Tengoklah nanti macam mana. Aku takut kalau yang dah tua sikit, nanti dia terlepas pandang dekat Naufal. Nanti kau apa-apa jadi dekat Naufal,"

"Kalau maid boleh buat kerja rumah, kau boleh jaga Naufal. Macam mana? Nak tak?" tanya Airiel lagi.

"I don't know, Airiel. Banyak sangat benda negatif dekat dalam kepala aku ni," ujarku sambil mengurut kepala. Banyak sangat perkara yang ingin kufikirkan.

Nasib baik aku dah berhenti kerja 2 tahun lepas selepas beranakkan Naufal. Kata Airiel, aku kena bersedia. Baik aku fokus jadi ibu saja dulu. Kalau aku tak berhenti kerja, mesti aku sibuk sangat sampai tak bagi perhatian dekat Naufal.

Airiel memetik jari sekali lagi.

"Haih. Termenung lagi," tegurnya. Aku menjeling tajam. Sibuk je!

"Kita berbuka rumah mama ke ummi?" tanyaku padanya.

"Ummilah. Lama tak balik sana. Minggu lepaskan kau dah duduk rumah mama," balas Airiel.

Masa Airiel outstation , aku duduk rumah Mama iaitu Puan Helena. Sekarang aku jarang berjumpa dengan Puan Suhaila sejak aku berhenti kerja. Puan Suhaila pun akhir-akhir ni sibuk dengan butik yang dia baru buka. Makin maju syarikatnya. Selepas produk kosmetiknya terkenal dan laris dijual, dia mula menjual beg bagasi dan beg tangan jenama sendiri serta baju yang trend.

"Tak apalah. Kau pergilah mandi. Aku pergi ambil Naufal dulu. Dah lama dia tak mandi dengan Daddy dia. Malam tadi aku balik pun dia tak tahu kan?" balas Airiel. Aku mengangguk ringan.

"Kita pergi rumah ummi lama ke?"

"Kita tidur sanalah 1 malam. Esok kita balik sebab aku pun ada kerja sikit dekat office," jawab Airiel. Aku mengerutkan dahi memandangnya pelik.

"Bukan kau dah cakap dengan PA kau nak cuti 3 hari ke?" tanyaku lagi.

"Aku kan baru lantik PA baru. PA lama berhenti kerja sebab mengandung. Jadi PA baru ni banyak lagi benda dia tak tahu," jawab Airiel.

Hatiku terasa sakit. Kenapa aku tak tahu langsung yang dia ada PA baru? Jadi dia pergi Dubai dengan PA baru?

"Kenapa kau tak bagitahu aku pun? Dia dah kahwin ke belum?" soalku geram. Mataku kecewa memandangnya.

"Aku lupa nak bagitahulah. Dia belum kahwin,"

"Lupa apanya? Siap pergi Dubai dengan dia, tu pun masih lupa lagi? Patutlah 2 minggu pergi outstation. Kau outstation ke honeymoon?" aku merenung Airiel geram. Dia mengetap gigi kerana aku cepat sangat fikir bukan bukan.

"Safiya,"

"Aku tengah mengandung anak kau pun boleh pergi honeymoon dekat Dubai,"

"Safiya,"

"Kalau aku tahu aku gugurkan saja kembar ni,"

"SAFIYA ZAHRA!" panggil Airiel meninggikan suaranya kepadaku.

Kedua belah tangannya mencengkam bahuku. Geram dia mendengar aku selamba bercakap perkara yang tak patut. Aku mendiamkan diri.

"Melampau tahu tak! Kenapa cakap macam tu ha? Tak sayang ke anak kau sendiri?! Kalau nak gugurkan, gugurkanlah anak orang lain!" balas Airiel tanpa berfikir.

"Nak gugurkan anak siapa? Anak kau dengan PA baru ke?" soalku lagi memerlinya.

Airiel geram lalu terus mengucup bibirku lama. Aku menolak-nolaknya tidak mahu dikucup. Selepas aku mengalah, barulah dia melepaskan bibirku. Aku mengelap bibirku sambil menjeling Airiel.

"Kau cakap benda merepek lagi, kembar tiga dalam perut tu nanti. Pergi mandi," arah Airiel. Aku menjelingnya lalu terus mengatur langkah ke bilik mandi.

*****

Di dalam kereta, aku dan Airiel masing masing tidak bertegur. Radio pun tidak dibuka sebab memang setiap kali bergaduh kami tidak akan buka radio. Dah lah tak ada mood, takkan tiba-tiba nak menyanyi.

Selalunya kami akan berpegangan tangan di dalam kereta. Tetapi kali ni tidak, aku sedikit terkesan dengan cara Airiel melayanku. Dia sangat dingin. Walaupun ini bukan kali pertama kami bergaduh, tapi pergaduhan kali ini terasa lain

Kami berdua masing masing meninggikan ego, dua-dua tidak mahu meminta maaf. Airiel rasa lain sejak aku mengandung buat kali kedua kerana semasa aku mengandungkan Naufal, aku sangat ceria. Selalu positif dan aktif juga.

Tapi, kali kedua mengandung aku banyak menghabiskan masa bersendirian. Tidak bergaul sangat dengan orang. Sampai Naufal pun main seorang diri.

"Daddaaa... Susuu," tiba-tiba Naufal bersuara. Airiel terus memandang Naufal melalui cermin pandang belakang.

"Saf apa tu?" tanya Airiel kepadaku. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas.

"Tulah, sibuk sangat layan bini kedua. Sampai anak sendiri cakap apa pun tak faham," aku memerlinya lagi. Airiel geram lalu menghentikan kereta kami ditepi jalan.

Airiel mengetuk-ngetuk stereng dengan geram. Dia menjerit dengan kuat. Aku memandangnya terkejut. Airiel nampak sangat serabut apabila dia meraup rambutnya kasar.

Naufal yang duduk di tempat duduk belakang terus menangis teresak-esak kerana terkejut. Kereta itu terus bising dengan tangisan Naufal.

"Airiel! Kau ni kenapa menjerit macam ni?! Tahu tak Naufal takut?!" marahku padanya.

"Boleh tak buang perangai kau suka perli orang tu?! Kau tahu tak kalau kau buat macam tu, bukan aku je tak suka. Semua orang tak sukalah, Safiya Zahra! Aku baru balik, penat kerja tapi kau layan aku macam ni! Aku ingat aku balik awal sikit ni dapatlah hilang rindu dekat kau. Tapi, tak. Makin kena marah. Safiya Zahra, kenapa kau jadi macam ni?" Airiel merenungku lama. Air mukanya nampak sangat letih. Mungkin letih dengan perangaiku. Dia mengeluh lalu meraih tanganku.

"I'm sorry okey, Sayang. It's my fault. Aku tahu kau penat, nak jaga anak sorang sorang. Sorry ya. Aku sayang kau," Airiel mengucup dahiku lama.

Perasaan marahku perlahan-lahan hilang bila dicium dan dipeluknya. Pelukan hangat itu betul-betul buat aku tenang. Perlahan-lahan dia melepaskan aku.

"Naufal, jangan nangis ya. Sorry, daddy salah. Shhh," ucap Airieo memandang Naufal di belakang. Naufal masih tidak henti menangis. Aku tersenyum melihat Airiel memujuk Naufal.

"Tak apalah. Aku pergi belakang je," ujarku lalu membuka pintu disebelahku.

"Baik-baik," Airiel menasihatiku.

Sampai di rumah ummi, aku memegang tangan Naufal berjalan perlahan-lahan ke rumah ummi. Airiel pula mengeluarkan beg baju kami dan barang keperluan Naufal.

Harini hanya kereta kami dan abang Zaf yang ada disini, Zarif dan Ayuni tidak balik kerana Zarif sibuk bekerja, abang Wan dan kak Ira juga tidak balik kerana mereka balik ke rumah keluarga Kak Ira.

"Naufal, knock knock pintu cepat," ujarku menyuruh Naufal mengetuk pintu. Tangan kecil itu terus mengetuk pintu itu.

Baru diketuk dua kali, pintu itu pantas dibuka. Terpacul wajah Abang Zaf yang kelihatan seperti baru bangun tidur.

"Eh! Eh! Mak buyung!" ujar Abang Zaf kecoh melihat perutku yang kelihatan sangat besar. Biasalah kembar.

"Bisinglah engkau," balasku memukul bahunya. Abang Zaf mengalih matanya ke arah Naufal pula.

"Apal anak buah uncle Zaf!!!" jerit Abang Zaf teruja lalu mendukung Naufal.

"Ummi mana?" tanyaku sambil melihat ke dalam rumah.

"Ada dekat dapur berbual dengan bibik. Ni Airiel mana Airiel?" tanya Abang Zaf.

"Ni ha ada je," celah Airiel sambil membawa beg kami.

"Pergh orang baru balik Dubai! Ha masuk masuk semua," ujar Abang Zaf lalu bersalaman dengan Airiel. Kami semua terus melangkah masuk ke dalam

Abang Zaf tak kerja hari ni. Abang Zaf bekerja di bawah Walid sebagai pewaris saham syarikat walid. Syarikat kami tidaklah besar, kami menjual barangan keperluan beribadat seperti telekung, songkok, sejadah dan sebagainya. Abang Zaf pula telah membuka butik baju melayu dan kurta di bawah nama syarikat walid iaitu Ashamsu. Dalam bahasa melayu bermaksud matahari.

"Ummi! Ni ha Saf balik ni!" jerit Abang Zaf memanggil ummi. Ummi terus melangkah kearahku dan Airiel.

"Anak ummi!" panggil ummi lalu memelukku. Sudah lama aku tidak memeluk ummi. Rindu yang lama kupendam,kini terubat.

Ummi meleraikan pelukan lalu bersalaman dengan Airiel. Naufal yang didukung oleh Abang Zaf di cium kedua belah pipinya.

"Ish cucu nenek ni! Hensem betullah!" puji Ummi.

Naufal memang hensem. Bulu matanya lebat, matanya juga besar dengan anak mata berwarna coklat, kulitnya juga putih sepertiku.

Ummi tersenyum melihat kami semua. Matanya terhenti ke arah perutku yang nampak besar bukan seperti mengandung yang biasa. Keluargaku masih belum tahu yang aku mengandung anak kembar.

"Saf, kenapa pelik sangat perut Saf? Rasa macam besar sangat," ujar Ummi. Abang Zaf pula baru perasan yang perutku nampak lebih besar dari biasa.

Aku dan Airiel tersenyum malu. Mesti lepas kami bagitahu je, terus kena bahan dengan family.

"Sebenarnya, Safiya pregnant twin," ujar Airiel memberitahu perkara sebenar.

Ummi menutup mulutnya yang ternganga akibat terkejut. Abang Zaf pula ternganga tanpa menutup mulut. Naufal terus memasukkan tangan kecil bermain dengan gigi Abang Zaf.

Naufal ternampak anak tekak Abang Zaf. Dia terus menjolok tangannya ingin menyentuh anak tekak Abang Zaf.

"Eh! Eh! Naufal!" panggilku terkejut lalu mengeluarkan tangan Naufal dari situ.

"Serius ni Saf dapat anak kembar? Macam mana boleh dapat pula ni?" tanya Ummi.

"Tak tahulah ummi. Dah dapat anak kembar. Ikut ummilah ni," balasku tertawa kecil.

"Eh haahlah. Lupa pula Zarif dengan kau kembar. Hahaha!" ujar Abang Zaf lalu ketawa besar.

"Awal-awal memang ada berkenan nak dapat kembar, ummi. Saf pun selalu tengok gambar baby kembar. Tiba-tiba Alhamdulillah Allah bagi kembar," ujar Airiel tersenyum memandangku.

"Subur kau ni Airiel," ujar Abang Zaf selamba. Selamba badak dia je cakap depan anak aku.

"Ish! Kepala otak! Pengotor!" aku memukul bahu Abang Zaf. Aku dah agak dah apa dia nak cakap.

"Alhamdulillah. Kembar berapa ni Saf? Dua ke? Ke tiga? Ke lebih?" tanya Ummi mengusap perutku.

"Kembar dua je ummi. Tu pun dah tak larat sangat nak berjalan ummi. Dengan Naufal yang dah dapat kaki. Semua benda di nak panjat. Semalam pun dia nak panjat tv. Alhamdulillah, tv tu dah pecah," jawab Airiel. Ummi tanya aku, Airiel yang jawab.

"Ya Allah Naufal. Lasak betul cucu ummi ni. Nanti kita kurung dia dekat bilik mainan Zarif dengan Saf. Macam Saf kena kurung dulu," ujar Ummi mencubit pipi Naufal.

"Hahahah. Haahlah ingat lagi Saf dulu takut kena kurung dalam bilik tu. Sampai terkencing dalam seluar," Abang Zaf menggelakkan aku. Aku memukulnya sekali lagi. Tak guna punya abang.

"Kau ni kang. Sengaja betul malukan aku," aku menjeling Abang Zaf.

"Ni penat ni kan? Pergilah naik bilik. Walid sekejap lagi balik lah tu dia pergi jumpa kawan dia," ujar Ummi.

"Okey ummi, Saf dengan Airiel naik dulu. Naufal nak ikut Mommy tak?" Aku mengelap peluh di dahi Naufal.

"Nak shushuu," ujar Naufal lalu menghulurkan tangannya ingin didukung olehku. Aku terus mengambilnya.

*****

"Sayang, Naufal tu tak kencing ke?" tanya Airiel yang sedang berbaring di sebelahku.

"Tak tahulah. Tolong pergi tengokkan dia sekejap. Dia ada dekat bawah main dengan Abang Zaf," jawabku.

"Okey. Tunggu sini eh. Aku pergi ambil Naufal sekejap. Jangan pergi mana-mana," ujar Airiel kepadaku. Dia terus turun dari katil lalu melangkah keluar bilik.

Aku menghela nafas lemah. Rasa sakit-sakit pula badanku akhir akhir ini. Aku terus duduk lalu meregangkan badan sedikit. Bahu pun terasa lenguh.

Ting!

Tiba-tiba telefon Airiel berdering tanda ada mesej masuk. Aku melihat telefon yang Airiel tinggalkan di atas katil. Aku hanya buat tak tahu lalu sambung meregangkan badan.

Ting!

Bunyi notifikasi masuk sekali lagi. Aku tak dapat tahan rasa ingin tahu yang membuak-buak. Tanganku terus mencapai telefon itu. Jariku terus membuka telefon itu.

Jantungku berdegup lalu melihat insan yang menghantar mesej kepada Airiel. Aku terasa ingin menangis.

Whatsapp
Yana Meow
Airiel, I miss you

"Yya, Yana?" Hatiku terasa sakit. Airiel masih simpan nombor Yana? Yana ke PA Airiel yang belum berkahwin tu?

┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

163K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
55.9K 3.2K 47
[𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓶𝓻𝓼. 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 2 ] 𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐤𝐚𝐬𝐲𝐚𝐟 ¦¦ 𝐌𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐭𝐚𝐬𝐡𝐚 𝓗𝓮𝓻 𝓒𝓸𝓸𝓵 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 " Awak!! " FAHI...
668K 27.4K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...