The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

887K 56K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

20

11.5K 1K 32
By izkhai

-The pain is still there, the tears
still run down my face,
and my heart is still breaking-

"Lily." Hazel melambai ke arah Lily yang sudah bersiap. Lily tergelak. Dia menggelengkan kepalanya.

"Sorry tahu Lily tak dapat teman Hazel sampai esok. Cikgu Lily tiba-tiba saja nak buat latihan." ujar Lily.

Katanya sebuah pertandingan nyanhian sudah semakin hampir, jadi dia dan rakan-rakannya perlu berlatih.

Keluarga Lucas merupakan keluarga yang berdarah seni. Ayah Lucas merupakan CEO di sebuah syarikat hiburan dan seorang komposer lagu serta penulis lirik. Ibu Lucas ialah seorang pelakon. Lucas dan Lily mengambil jurusan seni muzik manakala Luke ialah teater.

"Lily pergi naik apa? Lucas hantar?" tanya Hazel. Dia memerhati Lily yang sudah menarik bagasi.

"Uber. Lucas tak dapat hantar. Nak hantar macam mana kalau masih terbongkang." Hazel mengangguk faham.

Lily masih tidak tahu lagi yang Lucas mabuk semalam. Kalau Lily tahu, pasti Lily akan memarahi Lucas. Takut saja sampai ke pengetahuan kedua ibu bapa Lucas dan Lily.

"Tak awal sangat, ke?" tanya Hazel lagi.

"Tak. Latihan pukul 9. Dari sini nak sampai sekolah Lily ambil masa satu jam setengah. Kira okeylah ini." balas Lily. Rambutnya dirapikan.

"Jom, Hazel hantar sampai depan pintu." Lily tersenyum lalu mengangguk setuju.

"Jom!" Bagasi ditarik lalu lengan Hazel dipeluknya dengan penuh mesra.

"Dah nak balik, ke? Awal lagi." tegur Ethan yang terserempak dengan mereka berdua.

"Lily ada latihan sekejap lagi. Ethan tolong cakapkan dekat Lucas eh? Bye." Lily melambai ke arah Ethan.

Ethan membalas lambaian. Hazel menghantar sehingga ke pintu hadapan. Dia melambai ke arah Lily.

"Take care!" pesan Hazel sambil tersenyum. Tangan turut melambai ke arah Lily.

"Okey!" Lily memboloskan diri ke dalam Uber. Hazel menutup pintu rumah. Dia melangkah ke sofa. Alat kawalan jauh televisyen dicapai dan dia mengambil tempat duduk di atas sofa.

"Aduh! Aduh!" Cepat-cepat Hazel bangkit berdiri semula. Theo mengangkat kepalanya.

"Asal kau duduk atas aku!" marah Theo. Mukanya kelihatan baru sahaja bangun tidur. Matanya juga dicelik sedikit sahaja.

"Kau tidur dekat sini buat apa? Manalah aku perasan." balas Hazel. Dicampak alat kawalan jauh tersebut ke arah Theo. Hilang sudah niatnya hendak menonton televisyen apabila dimarahi Theo.

"Sakitlah woi!" Hazel mengajuk kata-kata Theo. Dia berjalan ke arah dapur. Tersenyum lebar dia melihat Ethan yang sedang memasak.

"Wah! Kau pandai masak!" Hazel menjerit teruja lalu berlari anak menuju ke arah Ethan. Dia menjenguk sedikit untuk melihat apa yang dimasak Ethan. Pancake dan waffle!

"One of my hobby." balas Ethan. Dia tersenyum melihat Hazel yang kelihatan begitu teruja itu.

"Mana maid kau?" tanya Hazel apabila tidak melihat mana-mana pembantu rumah di situ.

"Cuti." balas Ethan ringkas. Pancake dialihkan ke pinggan. Kemudian, waffle pula.

"Kau belajar daripada siapa masak?" tanya Hazel ingin tahu. Dia mengikuti langkah Ethan ke kitchen island.

"Mak aku kan ada hotel. Masa yang sama dia jadi chef. Jadi aku belajar daripada my mom." balas Ethan. Buah berry diletakkan di atas pancake dan waffle.

"Nak yang mana?" tanya Ethan kepada Hazel.

"Waffle." balas Hazel dengan senyuman.

"Coklat ke madu?"

"Coklat tapi sikit saja." Ethan menuang coklat di atas waffle seperti yang dipinta Hazel. Dia menolak pinggan tersebut di hadapan Hazel.

"Ethan. Nanti teman aku pergi hospital boleh?" pinta Hazel. Dia menikmati sarapannya itu.

"Kenapa? Kau sakit, ke?" tanya Ethan risau. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Hazel. Dia menilik badan Hazel takut-takut jikalau ada luka. Dibelek-belek tangan Hazel.

Hazel tergelak dengan sikap Ethan yang boleh dikatakan agak mengambil berat itu. Abang-abang sangat.

"Tak lah. Aku nak lawat kakak aku. Dah empat hari aku tak lawat. Boleh, kan?"

Ethan mengangguk faham. Dia ingatkan Hazel sakit. Risau dia dibuatnya.

"Boleh. Selepas makan kita pergi." Mereka berdua menyambung menikmati hidangan untuk sarapan itu.

"Yow." Theo dan Jayden mengambil tempat duduk di hadapan Hazel dan Ethan.

"Hazel." Hazel menjeling Theo yang mengambil tempat duduk di hadapannya. Dia hanya menunduk sahaja makan.

"Eleh kau. Dah duduk dekat atas badan aku. Selepas itu dah baling remote dekat aku. Kau nak merajuk pula? Aku jadi confuse siapa yang mangsa sekarang ini." kata Theo dengan tidak percaya. Orang lain pula yang merajuk.

Hazel mengajuk kata-kata lelaki itu. Dia menjulingkan biji matanya kerana menyampah. Theo membulatkan matanya kerana terkejut melihat tingkah gadis itu. Geram saja dia dibuatnya.

Uwek!

Semua memandang ke arah pintu bilik yang berdekatan dengan dapur. Bilik tetamu yang dihuni oleh Lucas untuk semalaman.

Hazel bangkit berdiri lalu berlari ke arah bilik tetamu tersebut. Dia risau dengan keadaan Lucas.

"Lucas!" Hazel menepuk-nepuk belakang badan Lucas. Lelaki itu muntah teruk. Mungkin kerana loya disebabkan alkohol yang diminum lelaki itu semalam.

"Okey tak dia?" tanya Ethan. Tangannya disilangkan ke dada. Dia hanya memerhati saja.

"Macam teruk saja." balas Hazel. Lucas masih lagi muntah. Mulutnya dibasuh dengan air apabila dia sudah selesai memuntahkan segala isi di dalam perutnya.

"Aku okeylah." Lucas berdiri tegak semula. Dia menarik nafas lega. Hilang sudah rasa mualnya.

"Itu lah kau. Kenapa minum alkohol kalau tahu kau tak tahan?" Hazel sudah mula ingin membebel.

"Sebelum kau membebel baik keluar. Aku nak mandi." arah Lucas. Malas hendak mendengar Hazel membebel.

"Ya, lah." Hazel mengalah. Dia menepuk bahu Lucas beberapa kali sebelum mengikuti langkah Ethan yang keluar dari bilik tetamu itu. Theo dan Jayden pula masih lagi di dapur.

"Kau dah siap makan, ke?" tanya Ethan setelah keluar dari bilik tetamu itu. Hazel mengangguk kepalanya sebagai jawapan.

"Dah."

"Kalau macam itu pergi lah siap. Aku tunggu."

"Tapi pinggan..."

"Nanti aku kemaskan." Hazel tersenyum lebar. Dia mengangguk kepala lalu naik ke tingkat atas.


"Asal dia orang ada sekali?" tanya Hazel apabila melihat Lucas, Theo dan Jayden yang keluar dari kereta BMW milik ayah Lucas itu. Rasanya dia ajak Ethan saja tadi.

"Dia orang nak ikut." Ethan mengangkat bahunya.

Hazel mengeluh. Jangan dia orang buat hal sudah. Lima sekawan itu melangkah masuk ke dalam bangunan hospital.

Baru sahaja Hazel ingin menguak pintu wad kakaknya itu, pintu terkuak sendiri dari dalam. Hazel mengetap giginya. Matanya tajam memandang dua figura di hadapannya itu.

Lucas dan Theo yang sejak tadi kepoh berbicara terdiam apabila melihat ketegangan itu. Empat jejaka itu memandang dua figura gadis yang masih belum keluar dari wad itu kerana Hazel yang berdiri di hadapan pintu wad.

"Kau orang buat apa dekat sini?" tanya Hazel. Perlahan tetapi kedengaran begitu tegas sekali.

"Lawat Hailey." balas Anna ringkas. Dia membalas pandangan Hazel tanpa rasa gentar.

"Siapa bagitahu kau orang Hailey dekat sini?" tanya Hazel. Matanya cukup tajam memandang Anna dan Cora, bekas kawan yang dahulu begitu rapat dengannya.

"Mia yang bagitahu kita orang." balas Anna lagi.

"Mia?"

"Ya Mia. Kenapa kau tak percaya, ke?" tanya Anna.

"Aku tahu yang Mia takkan tikam belakang aku. Tak lain tak bukan kau orang mesti paksa Mia, kan?" Hazel mula serkap jarang. Kelihatan bahang-bahang kemarahan Hazel.

Anna dan Cora kelihatan gugup.

"Mana ada. Dia yang bagitahu. Kita orang tak paksa pun." Hazel menggepal penumbuk. Ditarik kuat Anna dan Cora keluar dari wad tersebut. Pintu ditutup rapat.

Empat jejaka itu tergamam melihat kemarahan Hazel itu. Tidak pernah lagi mereka melihat sisi Hazel yang satu itu. Nampak begitu lain sekali apabila sisi ceria itu bertukar kepada kemarahan yang bakal saja meletus.

"Kau tak payah nak menipu aku lagi." ujar Hazel dengan amarah yang ditahannya.

"Salah ke kita orang nak lawat best friend kita orang sendiri?" celah Cora. Dia memandang Hazel.

"Best friend? Dengar sini baik-baik. Hadam dan simpan dalam kepala otak kau orang. Best friend itu ialah manusia yang ada masa susah senang kita. Kau orang bukan best friend kakak aku. Kau orang itu cuma kawan yang cemburukan kakak aku sebab seorang lelaki. Aku nak tahu juga. Mamat itu dah jadi belum pakwe kau, Anna?" kata Hazel dan sempat dia menyindir Anna.

Anna terdiam mendengar sindiran itu. Dia menunduk. Cora pula mengetap bibirnya kerana geram. Hazel tersenyum sinis.

"See. Kakak aku kau tolak sampai koma tapi lelaki itu tetap juga tak jadi pakwe kau, kan? Lelaki itu entah ke mana. Bekas kawan kau sendiri terlantar dekat atas katil hospital." ujar Hazel dengan sinis.

"Sorry." ucap Anna. Namun, wajah itu tidak memaparkan sebarang reaksi. Begitu kosong sekali.

"Senangnya kau minta maaf. Agak-agak kalau aku maafkan, kakak aku sedar balik, tak?" kata Hazel dengan begitu sinis sekali.

"Hazel. Kita orang minta maaf. Aku tahu salah aku." Anna sudah mula menangis.

Hazel tergelak sinis.

"Aku tak rasa nak maafkanlah. Sedangkan kau tak maafkan kakak aku masa dia minta maaf atas benda yang bukan salah dia, lagikan aku yang nak maafkan kau yang terang-terang tolak kakak aku sampai kena langgar."

"Kita orang minta maaf." Kini Cora pula yang memohon kemaafan.

"Sorry but not sorry." Hazel tersenyum sinis melihat Anna yang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Nampaknya sisi sebenar gadis itu bakal keluar.

"Maafkan saja lah! Kau ingat kau bagus sangat ke! Kau dengan kakak kau sama saja perangai! Aku jauh-jauh datang sini semata-mata nak minta maaf, kau pula perasan bagus nak sindir orang!" marah Anna.

"Aku dah lama tunggu kau naik baran dengan aku. Aku tak minta pun kau datang buat drama air mata depan aku minta maaf. See Anna. Kau tak ikhlas. Kalau kau ikhlas, kau akan sungguh-sungguh minta maaf tapi kau tengok sekarang ini. Kau naik hantu pula nak tengking-tengking aku. Aku kenal kau, Anna." Bahu Anna ditolak dengan jari telunjuknya. Anna menepis kasar.

"Kau tak payah nak sindirlah. Kau itu yang tak reti nak maafkan orang lain. Kau ingat kau seorang saja ke manusia yang tak buat salah dalam dunia ini sampaikan bila orang minta maaf kau tak nak maafkan." Kini Cora pula menunjukkan sisi sebenarnya.

"Macam mana pula kalau orang yang tak bersalah minta maaf tapi maaf dia tak diterima? Jangan nak tunjuk yang kau pula mangsa keadaan." sindir Hazel lagi.

Pang!

Hazel tergelak kecil. Pipinya yang terasa pijar dia biarkan. Empat jejaka itu yang ingin mara ke hadapan ditahan. Dia memandang Anna yang menamparnya tadi.

Hazel marah ke hadapan. Tangannya diangkat tinggi ingin membalas balik perbuatan Anna tetapi Ethan menghalang dengan memegang lengannya. Hazel mendengus geram.

"Nasib ada yang halang. Kalau tak mungkin dah bengkak pipi kau makan penampar aku untuk kali kedua." kata Hazel.

Pang!

"Kau apa hal!" Hazel sudah naik angin apabila pipi kirinya pula menjadi mangsa tamparan Cora. Kini dia benar-benar marah.

"Rasakan. Apa yang kau bagi kau dapat balik."

Hazel ingin menampar Cora tetapi Ethan menariknya ke belakang. Hazel menahan sabarnya.

Ditolak Ethan menjauhinya lalu dia mara ke hadapan dan menolak kuat Anna dan Cora sehingga jatuh menyembah bumi.

"Sepatutnya kakak kau itu mati saja!" Anna menjerit geram.

Hazel menggepal kuat penumbuk. Dia cukup marah mendengar kata-kata Anna yang cukup biadab itu.

"Hazel cukup." Kini Jayden pula menarik Hazel untuk menghalang.

Hazel cuba menolak Jayden tetapi Jayden tidak berganjak. Ditarik Hazel masuk ke dalam wad. Dia tidak mahu Hazel di luar batas kawalan.

"Aku nak ini kali terakhir kau tunjuk muka depan Hazel. Kalau tak, kau orang tahulah nasib kau orang." Lucas memberi amaran.

Lucas, Theo dan Ethan berlalu masuk ke dalam wad.

"Lepaslah! Aku nak balas balik! Mulut perempuan itu kurang ajar!" Hazel cuba melepaskan pegangan tangan Jayden pada lengannya.

"Stop, Hazel!" marah Jayden tetapi nada suaranya dikawal. Hazel terdiam. Dia memandang Jayden dengan matanya yang berkaca.

Matanya dipejam rapat dan serentak itu air matanya yang bertakung di tubir mata mula mengalir di pipi. Hazel mencangkung di atas lantai. Dia menangis teresak-esak.

Jayden mengeluh. Dia meraup rambutnya ke belakang.

"Ethan." Ethan faham apabila Jayden memanggilnya.

Jayden tidak pandai hendak memujuk. Dia mendekati Hazel lalu memeluk Hazel. Cuba memujuk gadis itu.

"It's okay. Kita orang ada dengan kau." ujar Ethan perlahan.

Lucas dan Theo hanya memerhati. Sedih melihat Hazel yang menangis itu. Mereka memandang sekujur tubuh yang terlantar di atas katil itu. Hailey Zachary. Itulah gerangan yang dimaksudkan Hazel itu.


Continue Reading

You'll Also Like

73.7K 1.4K 8
Diterbitkan di bawah publisher Fajar Pakeer sempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023. Perlawanan seterusnya bakal bermula...
AMITIÉ By E S H

Teen Fiction

1.5K 172 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. ๑༶----Amitié → Persahabatan ----༶๑ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...
50.7K 3.2K 44
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
175K 6.9K 12
The FairyTale Retelling Series : A Cinderella Retelling [ Book 1] بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ In the name of Allah, the Most Gracious, the...