Masihkah Ada Cinta βœ”οΈ

By _aneesahlan

425K 13.2K 580

Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah m... More

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
E P I L O G
🌼 NEW STORY 🌼

17

8K 293 14
By _aneesahlan

"Diuji dengan kehilangan orang yang tersayang memang menyakitkan. Kadang masih terasa bahawa mereka masih ada di sisi tapi hakikatnya itu hanyalah mimpi."


ALINA mengoyakkan gambar itu satu persatu seperti orang hilang arah. Dadanya berombak kencang apabila melihat gambar-gambar itu.

"Cantik kan isteri Ariq?! Elok je bertudung manis"  ujar Aqil sengaja ingin melihat reaksi Alina.

"Isteri ? Bila masa Ilhan kahwin? Kenapa Alina tak tahu?!"  balasnya dengan suara yang nyaring.

Aqil angkat kedua bahunya tanda tak tahu.
"itu semua tak penting. Apa yang penting sekarang ni, aku nak kau stop ganggu Ariq. Dan kalau boleh kau stay je lah sana tak payah balik Malaysia lagi!"  arah Aqil sinis. Dipandang tajam wajah Alina yang masih terkejut dengan berita yang dia terima.

"Alina need an explanation! Ariq tak boleh buat Alina macam ni!"  jerit Alina. Dia terus keluar dan menghempas kuat pintu.

Dibiarkan airmata yang mengalir dipipinya mencairkan makeup tebalnya. Dia memandu laju tanpa arah tuju.

Tiba-tiba kereta yang dipandu lajunya hilang arah dan merempuh tiang pembahagi jalan menyebabkan keretanya remuk dibahagian depan. Alina tersandar di stereng kereta dengan keadaan tidak sedarkan diri. Mukanya berlumuran darah.






ARIQ ralit memerhati tingkah laku isterinya yang sekejap ke kanan, sekejap ke kiri sambil tangan disilangkan seperti sedang memikirkan sesuatu.

Seketika dia mengambil tempat di sebelah Ariq. Ariq hanya menunggu apa yang bakal disampaikan oleh Najwa.

"Okay hari ni kita pergi... Mandi sungai!"  jerit Najwa riang. Ditambah gaya terujanya mengundang senyum Ariq. Wanita ini pandai mengambil hatinya.

"Mandi sungai? Kau reti berenang ke?"  soal Ariq. Dia senyum senget.

"Of course! Jangan pandang Najwa sebelah mata taw!"  balas Najwa bangga. Dia menjongketkan keningnya sebelah.

Ariq seraya mendekatkan wajahnya betul-betul rapat dengan muka Najwa sehingga deruan nafasnya terasa di muka Najwa, "will see!".

Ibu dan Ayah yang datang dari arah dapur berdehem perlahan bila melihat adegan tidak senonoh itu. Ibu menampar-nampar lengan ayah perlahan. Janganlah kacau diaorang!

"Eh Ayah, ibu. Hari ni kan, Najwa nak bawa Abang Ariq pergi mandi sungai!"  ujar Najwa cuba mengalihkan topik. Ibu dan ayah tersenyum penuh makna sebelum mengambil tempat di sofa.

"Mandi sungai? Ya lah tapi jangan lama-lama berendam takut nanti ada yang demam. Sejuk air sungai tu"  balas Ayah. Ibu sekadar mengangguk-angguk dan menahan senyum masih memikirkan adegan tadi.

"Okay, Najwa pergi pakai tudung kejap. Abang tolong keluarkan basikal dekat belakang rumah eh?!"  arah Najwa seperti Tuan Puteri. Oh dah berani mengarahkan aku ya!

"Siap menurut perintah Tuan Puteri"  sambut Ariq. Dia bingkas bangun selepas meminta diri dari ibu dan ayah.

Sebaik sahaja kelibat Ariq hilang ke luar rumah, Ibu mencuit lengan ayah perlahan.

"Nampaknya tak lama lagi kita boleh dapat cucu!"  ujar ibu teruja.

"Tu lah awak suka sangat fikir negatif pasal menantu kita tu. Tengok diaorang bahagia je kan"  tambah Ayah. Ibu mencebikkan bibirnya bila kena bebel dengan ayah.

'Ibu dengan Ayah doakanlah Najwa dapat meraih cinta Abang Ariq'  gumam Najwa dibalik pintu. Dia terdengar perbualan ibu dan ayah di ruang tamu











"HAI si cantik!"  tegur Rudi mematikan langkah Nisa yang ingin pulang ke rumah.

"Awak? Awak buat apa dekat sini lagi?!"  soal Nisa. Rudi yang sedang bersandar di boot kereta mewah miliknya terus menuju ke arah Nisa sambil tangannya diselupkan ke dalam poket seluar.

"Kan saya dah cakap saya nak ambil awak. Jom saya hantar"  ajak Rudi mesra. Ditundukkan badannya mencari mata Nisa yang sering kali melarikan pandangannya.

"Tak apalah saya boleh balik naik Grab atau Teksi pun banyak. Saya tak suka menyusahkan orang. Lagi-lagi orang yang saya tak kenal"  balas Nisa sambil membetulkan beg yang disangkut di bahunya.

"Habistu orang yang drive Grab dengan teksi tu awak kenal ke? Dan siapa cakap awak tak kenal saya ? Awak lupa ke yang awak hampir meragut kesucian saya semasa saya menjadi pesakit awak?!"  balas Rudi. Dia sengih kemenangan kerana dapat mengenakan gadis itu. Dia menahan gelak melihat Nisa yang mati kata.

"Bila masa saya cuba nak ragut kesucian awak?! Tak baiklah tuduh orang"  ujar Nisa perlahan hampir tidak didengari. Dia menunduk bermain dengan jari-jemarinya.

"Dah jom masuk. Panaslah berborak kat sini. Dah nak senja. Berborak dalam kereta saya lagi best!"  sambung Rudi sambil mengenyitkan matanya. Gatal!

"Hm kalau awak hantar saya balik, saya kena bayar tambang tak?"  soal Nisa polos. Serta-merta Rudi gelak kuat.

"Hahahaha of course lah free my dear cause  I'm yours"   jawab Rudi bangga. Ei perasannya cik abang ni!

Rudi bergerak ke pintu penumpang disebelah tempat pemandu lantas membuka pintu. Disuakan tangannya kepada Nisa mengarahkannya untuk masuk.

Lambat-lambat Nisa masuk menerobos ke dalam perut kereta. Laju kereta mewah hitam milik Rudi memecut ke jalan raya.









"CEPATLAH sini, Abang! Apa barang rendam kaki kat tepi sungai je!"  ujar Najwa separuh mengejek. Oleh sebab jarak rumah dan kawasan sungai itu tidak jauh, Najwa dan Ariq hanya berjalan kaki. Terpaksa Ariq simpan balik basikalnya.

Ariq yang merasa tercabar terus menuju ke arah Najwa yang sedang duduk di sebuah batu besar di tengah sungai itu. Air sungai yang mengalir deras itu memang sudah menjadi kebiasaan bagi kaki Najwa.

"Sana sikitlah!"  arah Ariq. Ditolak sedikit badan isterinya. Najwa memuncungkan bibirnya. Sibuk je!

"Ingatkan takut air sungai!"  Najwa ajak Ariq gaduh. Dipandang Ariq sengaja menyindir.

"Ini Ariq Ilhanlah! Setakat air sungai ni. Bukan rendam kaki je, sekali dengan badan aku boleh rendam!"  ujarnya seraya menanggalkan baju t-shirt putihnya dan dilemparkan tepat ke muka Najwa.

Ariq terus terjun ke dalam sungai sambil menjongket kening melihat Najwa yang senyum sumbing. Berlagaklah tu!

Sesekali Ariq menolak rambutnya yang jatuh ke belakang menggunakan kedua tangannya. Pertama kali dia melihat Ariq dalam keadaan hanya berseluar jean pendek tanpa baju.

Segala urat kekar ditangannya jelas kelihatan. Kulit badannya yang sederhana putih itu lagi menampakkan warna urat-urat yang timbul.

Ariq yang perasan dirinya diperhatikan membuatkan timbul idea nakal untuk mengenakan isterinya. Dipercikkan air ke muka Najwa beberapa kali sebelum Najwa kembali ke dunia realiti. Menyedari dia yang ralit mengscan tubuh suaminya, dia membalas semua percikkan air ke muka Ariq.

"Suka sangatlah tu dapat tengok body aku!"  ujar Ariq separuh jerit. Bunyi air sungai yang mengalir deras menyebabkan Ariq dan Najwa harus bercakap extra kuat.

"Bila masa saya tengok?! Tak hingin!"  balas Najwa. Lidahnya dijelirkan. Najwa bangun dan berdiri di atas batu. Dibersihkan seluarnya yang ada kesan pasir.

"Nak pergi mana tu?"  soal Ariq apabila melihat Najwa yang sedia berdiri.

"Nak balik lah. Bosan!"  ujar Najwa cuba lari. Namun belum sempat dia membuka langkah, Ariq terlebih dahulu menarik tangannya menyebabkan dia terdorong ke arah Ariq dan jatuh ke dalam sungai menghempap Ariq.

Najwa terpisat-pisat membuka mata dan mulutnya. " Ei apa abang buat ni! Tengok dah basah baju Najwa!"  jerit Najwa. Dia menampar-nampar dada Ariq.

"Mana aci aku basah sorang-sorang!"  balas Ariq. Dia menangkap tangan kecil Najwa yang sedang memukul dadanya.

"Sorry. Aku selalu sakitkan kau. Sakitkan hati kau"  ujar Ariq tiba-tiba. Najwa kembali tenang dan memandang Ariq pelik. Tiba-tiba muka Ariq berubah serius. Tidak dia hiraukan baju dan seluarnya yang semakin lecun.

"Kenapa Abang cakap macam tu tiba-tiba?"  soal Najwa polos. Dia memandang suaminya bingung. Ariq lantas menarik tangan Najwa dan merangkul pinggang Najwa.

Najwa yang terkejut terus rapat ke badan Ariq. Tangan Najwa automatik melekat di dada Ariq. Ariq memandang isterinya dengan pandangan yang redup.

"Terima kasih sebab sabar dengan aku"  ujar Ariq seraya hidung Najwa dicuit perlahan. Najwa mengerdipkan matanya beberapa kali.

Najwa merungkaikan tangan Ariq yang merangkul pinggangnya. Risau dia lama-lama dalam keadaan sebegitu.

"By the way, aku boleh nampak semuanya!"  tambah Ariq sambil merenung Najwa dari atas ke bawah. Pakaian Najwa yang lecun menampakkan semua bentuk tubuh badannya dari atas sampai ke bawah. Lagi-lagi Najwa yang sedang mengenakan t-shirt lengan panjang bewarna putih.

Laju tangan Najwa naik bersilang di dadanya. Dia memandang Ariq tajam, " Pervert!"  jerit Najwa seraya menuju ke tepi sungai. Tidak dihiraukan Ariq yang sedang gelak kuat.








"PATIENT dalam keadaan tenat. Tekanan darah patient rendah. Dan kemungkinan, patient mengalami keguguran!"  ujar seorang jururawat. Doktor Haqim segera meminta nurse untuk menyiapkan ruangan pembedahan kerana berlaku pendarahan beku.


🌸B E R S A M B U N G🌸



Vote
&
Comment


🌈

"Menemukan yang baik tak sama dengan menemukan yang selesa. Semua orang boleh buat baik, tapi tak semua orang boleh buat kita rasa selesa."


Continue Reading

You'll Also Like

433K 30.6K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
329K 20K 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, di...
59.7K 3.1K 54
π‘Ίπ’†π’ƒπ’†π’π’„π’Š - π‘©π’†π’π’„π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’Œπ’‚π’‰ π‘«π’Šπ’‚ π‘·π’‚π’…π’‚π’Œπ’–, π‘¨π’Œπ’– 𝑻𝒆𝒕𝒂𝒑 π‘΄π’†π’π’„π’Šπ’π’•π’‚π’Šπ’π’šπ’‚ Ammar Firhan Haqeem | Tengku Adira Sofia S...
608K 23.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...