(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
SPECIAL CHAPTER

Bab 59

11.6K 337 39
By Reyshaaziz

Angin sepoi sepoi bahasa yang meniup dari beranda rumah seakan tak dapat menenteramkan mood aku. Sudahnya dari semalam lagi aku tahan keinginan yang satu. Nak bagitahu bimbang menyusahkan. Tak bagitahu aku gelisah sendiri.

Haihlah anak! Kau punya mengidam bukan biasa biasa. Aku mengeluh berat. Perut yang mula memboyot aku usap sayang. Ini dia tanda cinta aku pada Ray. Aktif membesar dengan jayanya.

"Sayang.. Kenapa termenung ni?"

Ray muncul di muka pintu. Aku pandang wajah dia dengan senyuman sehabis manis. Walau hati aku tak iklas sangat.

"Tak termenung pun. Maira tengah menikmati udara yang nyaman ni. Abang tak kemana mana ke hari ini?"

Ray berjalan menghampiri aku. Punggung nya di labuhkan betul betul di tepi aku. Duduk merapat dan bahu aku dia peluk kemas. Sebuah kucupan dia hadiahkan pada pipi aku.

" Tak. Abang duduk rumah je. Kat office sekarang dah tak ada kerja sangat. Lagipun semenjak baba dah start kerja balik abang dah kurang sikit sibuk. Pekerja pun dah ramai untuk handle bahagian yang perlu. Abang sekarang milik Maira sepenuhnya."

Dia tersenyum bahagia. Dan dengan itu senyuman aku juga turut mekar pada kedua ulas bibir aku.

" Abang....."

Panggil aku meleret leret. Wajahnya di tepi aku pandang tunak. Suara di kepitkan sedikit manja dan merenggek. Jari jemari aku tunjal dada dia yang tak berlapik baju. Terjongket kening kiri Ray.

"Ni dah kenapa? Nak ajak masuk bilik ye? Jom..."

Ray berura ura mahu bangun. Aku tarik tangan dia untuk duduk semula. Semangat lain macam untuk benda yang satu tu. Eeee!

"Abang.. Bukan benda tu lah. Gatal. Tahu fikir pasal tu je ke?"

Aku geram. Orang serius sempat lagi dia main mainkan aku. Menyampah.

"Oo bukan eh? Abang ingatkan benda tutttt..."

Dia mengekek ketawa. Orang lelaki.. Aku pernah baca kajian orang Amerika sana yang mengatakan otak seorang lelaki akan sentiasa memikirkan soal hubungan intim melebihi dua tiga kali sehari. Entah ye entah tak. Tapi dah lumrah lelaki. Begitulah kejadian dia. Fokus utama mereka pada nafsu.

"Sayang nak minta abang buatkan something untuk Maira boleh tak?"

Aku senyum. Dia menyandarkan belakang pada sofa kayu rotan dan menarik badan aku agar menyandar pada dadanya.

"Sayang nak apa? Insyaallah abang cuba. Kalau Maira nak bintang sekalipun, abang rela terbang ke cerekawala. Tapi bila abang dah balik Malaysia nanti, abang dah kertu. Maira nak ke abang macam tu?"

Aku juling mata ke atas. Ayat dia..

"Kertu tak apa. Orang cakap orang tua ni gagah lain macam tau."

"Aaa.. Aa.. Baby jangan dengar. Mama cakap kuning kuning melon.. Auchh!"

Ray terjerit kecil dengan ketaman aku yang super lazat. Memandai je dia. Siap di tekupnya perut aku dengan telapak tangan dia yang besar tu. Macam lah dia tahu tang mata telinga si anak tu duduk.

" Cakap kat orang.. Yang kita selalu lepas mulut cakap merapu tu tak apa pulak. Abang tekap tangan macam ni, abang tahu ke celah mana telinga baby kita?"

Ray senyum. Kedua tangannya di gosok pada kiri dan kanan perut. Sesekali terasa perut aku terasa di tendang-tendang perlahan.

" Mestilah tahu. Anak papa kan. Naluri seorang bapa ni lain macam tahu. Dan abang yakin anak kita nanti akan membesar menjadi sehebat abang, dari luar dan dalam. Ye tak, kesayangan papa?"

Ray tunduk sedikit. Mata dia memandang tepat pada perut aku. Serta merta itu juga perut terasa di tendang lagi. Kali ini lagi kuat dari tadi dan mengena sisi perut kanan aku dengan tangan Ray masih menekap di situ. Senyuman dia melebar.

" See.. Baby siap buat high five lagi. Good baby. Good. Like father like son."

"Like son? Bukan kita tahu papanya jantina anak ni apa. Memandai dia je cakap baby boboy. Buatnya dia gegirl ke?"

Tahap keyakinan Ray memang mantap. Tahu tahu sahaja dia. Walaupun kandungan sudah mencecah 7 bulan, aku masih belum tahu lagi jantina anak sendiri. Bayangkan setiap kali pergi scan, siap scan 3D/4D lagi dia selalu tak bagi kerjasama. Suka sangat tutup kat tuttt dia tu. Tapi mengikut ami dan maklang, dari gaya perut yang nampak lonjong begitu tak salah mereka aku memang sedang hamil anak lelaki.

Entah ye entah tak? Aku pun tak faham dengan bentuk perut sendiri. Lonjong ke bulat ke aku pun tak pasti. Apa aku buta bentuk ke apa? Tak kisah lah jantina apa pun, yang pasti dia sihat sihat sahaja.

Jari jemari kami tersulam kemas. Aku dan Ray bagaikan satu irama yang indah. Aku dongak kepadanya.

"Maira.. Jangan bagi abang ulang ayat abang tadi.."

Dia tersengih sengih.

"Ye.. Ye.. Naluri bapaknya. Like father like son. Nanti masuk lapan bulan kalau kamu tak bagi kerjasama baby, mama gigit gigit papa awak."

"Dah kenapa nak gigit abang pulak?"

Aku dongak kepala tepat padanya.

"Dah like father like son sangat. Kalau dia main mainkan mama, makanya abang lah yang patut kena nya. Dah kenapa topik kita pasal ni pulak. Maira kan nak mintak something dengab abang tadi."

Yelah. Dok melayan topik baby, sampaikan niat asal aku dah lari jauh pada tujuannya. Ray tersengih.

"Maira dan baby sebenarnya mengidam sangat nak makan sate rusa. Dari Semalam lagi Maira teringin. Tapi Maira malu nak cakap kat abang. Lagipun Maira tak nak susahkan abang."

Ray mengelus rambut aku perlahan lahan.

"Maira.. Kan abang dah cakap Maira kalau nak apa apa. Nak makan ke apa ke cakap je. Nanti abang carikan. Maira isteri abang. Yang kat dalam ni anak kita. Susah ke apa ke Insyaallah abang akan cuba carikan sebaiknya."

Senyuman aku makin melebar dengan kata kata Ray. Alhamdulillah di kurniakan suami tak seromantik dalam novel, tapi prihatin dan memahami pun aku dah bersyukur gila.

" Ok. Lepas ni Maira cakap kat abang."

Pelukan kemas dia terasa melingkar pada badan aku.

"Macam tu lah kesayangan abang. Nanti kejap lagi abang pergi beli kat kedai Abang Jali. Maira nak banyak mana? Kita balik rumah ami dan baba jela eh. Boleh makan sama sama."

Aku mengangguk setuju. Rumah ami dan baba pulak tidak lah jauh sangat dari rumah kami. Boleh lah singgah dan berbagi makan sama sama.

" Tapi abang..."

Aku gigit hujung bibir. Nak cakap ke tidak?

" Tapi apa sayang?"

Dia senyum. Handphone di atas meja dia capai.

"Maira tak nak yang abang Jali. Maira nak abang yang buat sendiri. Abang bakar.. Abang perap dan abang buat sos kacangnya."

Ternganga Ray di buatnya. Dia pandang aku lama lama.

"Maira tak bergurau kan?"

Aku mengangguk. Mestilah tidak. Aku bab makan mana pernah nak bergurau. Batu dengan kayu pun aku akan makan, jika ianya boleh di makan. Aku pulak bukan sejenis perempuan yang suka memilih makanan. Aku melantak apa yang aku rasa enak di makan. Memilih? Ermm.. Nasi lauk kosong pun aku makan je.

"Mana abang nak cari daging rusa tu. Masak tu Insyaallah abang boleh buat. Tapi tang rusa tu abang tak tahu nak cari mana."

Ray garu garu kepala dia. Handphone di tangan dia tekan tekan. Aku tahu mungkin susah. Tapi naluri aku ni tetap nak makan daging rusa tu jugak. Semalam aku tengok seorang kenalan Facebook aku masak sate daging rusa. Ya Allah, air liur aku meleleh masa tu jugak. Sedapnya.. Dan aku mula membayangkan daging sate tu aku ratah ratah gelojoh. Daging dia yang sangat juice tu, Masya Allah deliciouso.

Tertelan air liur aku.

"Ermm.. Cuba abang tanya Reza.. Dia.."

"Kenapa nak tanya dia?"

Amboi, cemburu ler tu. Pantang betul bila aku sebut pasal Reza. Nampak sangat, jeles dia tu tak berkurangan walau dah nak jadi bapak orang. Tu lah. Aku ni bila tengah mengandung makin berseri seri. Itu pun orang yang cakap. Rasa tak senang duduk ler tu.

"La.. Kan dia ada kandang bela rusa. Dia ada upah sepupu dia yang uruskan. Dia pernah cakap kat Maira, dia selalu membekalkan isi daging rusa yang fresh pada restoran restoran mewah. Takpun hotel."

Aku tarik handphone Ray di tangannya dan mula menekan nekan no telefon Reza. Tunggu nak bersoal jawab dengan Ray bila masa Reza cakap macam tu  memang lambat lagi lah aku dapat daging rusanya. Tengok pada muka yang tak puas hati Ray tu memang aku tahu sangat apa yang ada dalam kepala otak dia.

Aku bolayankan. Handphone di tangan aku bawa tekap ke telinga.

Tutttt!

Sekali!

Tutttt..

Dua kali!

Tutttt!

Tiga kali!

Masuk kali keempat nanti kalau dia tak angkat memang aku tak akan call dah dia. Haaa.. Betul betul ni bukan ugutan main main.

Tuttt....

4 kali deringan baru Reza angkat.

" Hello!"

Lemah sahaja suara Reza kedengaran di telinga aku. Nasib baik kau angkat. Kalau tak memang mendapat lah kau nanti. Aku bambu bambukan.

Aku dongak memandang Ray. Wajah dia masih masam. Tapi tangan dia semakin melingkar di pinggang aku.

"Assalamualaikum Tuan Reza.."

Aku dengar dia jawap salam sambil menguap. Tak senonoh betul. Nyaring pulak tu bunyi nya. Sampaikan aku kena larikan sedikit handphone dari telinga aku.

"Ada apa Kayla yang kau call aku petang petang ni.. Aku nak tidur lah. Ngantuk."

Dan dia menguap sekali lagi. Aku senyum senget. Sikit sikit Mikayla. Bila orang cakap yang dia ada hati kat Mikayla tak nak mengaku. Cakap musuh mana boleh jatuh cinta. Aku benci lah apa lah. Kesudahannya dia jatuh suka dalam senyap.

" Ehem.. Apa suara aku ni dah serupa suara Mikayla ke pulak?"

Aku sengih sendiri. Dia diam. Aku tahu Reza mungkin tengah  menghadam suara aku atau dia dah mula sedar dari mamainya.

"Oh kau Maira.. Ada apa call aku? Kang Ray kau jeles pulak."

Screttt!

Memang kena pada tunaknya. Ray yang mendengus aku dongak ke arahnya. Tak suka orang tahu rahsia hati dia. Kiki.. Comel betul Ray ni. Dah nama lelaki. Mestilah diaorang tahu soal hati masing masing. Kawan pulak tu.

"Kau ada kat mana sekarang?"

Reza menguap lagi. Memang mengantuk sangat sangat dah ni. Sikit sikit menguap. Dalam dua tiga patah kami dok bercakap ni, dia asyik dok menguap sahaja. Naik geram aku jadinya. Pantang betul aku bila orang menguap tak tutup mulut. Nampak tak sopan tahu. Macam sengaja nak bagi tunjuk anak tekak dia. Ingat orang lain tak ada anak tekak ke?

Entah apalah yang dia buat malam semalam sampaikan siang hari mengantuk teruk macam ni.

"Aku ada kat KL ni lah. Pagi tadi aku sampai. Tu yang mengantuk gila ni."

Aku senyum. Nampaknya keinginan aku untuk makan sate rusa macam kesampaian sahaja. Kali ini tokey besar dia sendiri ada. Lagilah senang kan. Kalau kena cara mana tahu dapat daging free. Reza semenjak aku mengandung ni, pantang aku cakap mengidam. Ada je yang dia belikan untuk aku. Siap nak bersaing dengan Ray lagi. Nasib lah dalam cemburu Ray tu dia masih boleh bertolenrasi. Aku bimbang dia hangin je, kang bertinju pulak dengan si Reza tu.

Aku faham naluri si Reza. Dia teringatkan arwah anak dan isterinya. Dia tak sempat nak merasai suasana arwah isterinya sedang mengandung. Kesian aku pada dirinya. Tapi itu semua kehendak takdir. Hendak tak hendak kita kena terima.

Beruntunglah baby, kau dapat semua orang yang sayangkan kau. Tu belum masuk angah lagi. Bertambah haru. Macam macam dia belikan buat aku dan baby. Dari katil baby, baju yang comel comel sehinggalah baju aku pun dia belikan sama. Katanya itu trend terkini lah, fashion ibu mengandung yang paling trendy lah. Dia tahu dari mana aku pun tak tahu.

Angah teruja gila bila dia dapat tahu yang aku mengandung. Mata dia siap bergenang airmata lagi tahu. Katanya akhirnya rumah maklang bakal ada orang baru. Mereka tak akan sunyi dah. Cara dia cakap macam dia nak menduda sampai ke tua. Tak nak ada anak sendiri. Adoi, bengap betul angah aku ni.

Makan semut banyak ke apa?

"Macam ni, aku nak beli daging rusa sikit. Nak bagi Ray buat sate. Ada yang dah di sembelih ke atau dah sejuk beku tak... Aku.."

Belum sempat aku sudahkan ayat Ray dah rebut handphone dari tangan. Aku jeling dia tajam.

"Reza.. Aku nak seekor daging rusa. Nak buat BBQ lah juga."

BBQ? Wow, langkah kanan betul aku hari ini. Minta sate dapat BBQ.

"Haa, kau jemput lah datang."

Ray terangguk angguk.

"Malam ni.. Sebab kau kena bakar sama dengan aku."

Aku sempat dengar Reza mendengus sedikit. Tak suka bila kena arah. Tapi bila Ray cakap aku yang mengidam nak makan cepat sahaja dia setuju. Itu pun dalam keadaan masih lagi menguap luas.

Si Ray ni pun Kemain dok mengarah. Buat macam Reza tu kuli dia. Yang kat talian sana pun sama. Dok mengiakan sahaja. Protes.. Tapi protes dalam diam.

Memang orang lelaki ini tak suka cakap banyak eh bila dalam handphone. Sepatah dua, ye.. Sepatah lagi pun ye...

Aihh bosan!

Aku ni bila bergayut kat handphone selagi bateri tu tak berbunyi ting tong memang tak berjumpa lah aku dengan butang end call. Contohnya Mikayla. Pagi kelmarin baru je jumpa, malam tu Kami punya sembang macam seminggu tak jumpa. Banyak gila topik kot di kupas. Sampaikan handphone jadi panas kat cuping telinga.

"Haa.. Ok.. Malam ni. Ok.."

Dan hanphone terus di letak. Kan dah cakap. Lelaki! Terlalu detail. Seminit dua dah siap cakap. Terang dan jelas.

"Ala... Kenapa dah letak.. Orang nak cakap lagi."

Ray tenung aku tajam tajam. Tak suka betul dia aku menyembang lebih lebih dengan Reza. Entah apa yang di cemburukan kan dia pun tak tahu. Padahal sama sama baka Turki. Sama sama polis. Sama sama kacak. Eh, Ray lagi kacak lah.

" Amboi! Dengan Reza nak sembang sembang. Sembang dengan abang sudah.."

Pelukan di perkemaskan. Aku senyum.

"Tapi kalau nak buat sate kenalah perap dulu, takkan daging rusa tu nak sampai malam ni?"

Walau BBQ tu sedap. Tapi sate itu keutamaan yang aku perlu rasa.

"Kejap lagi pekerja dia hantar lah daging tu ke rumah kita. Nanti kita perap dulu. Malam ni bakar sekali dengan daging BBQ boleh?"

Aku angguk. Suka sangat hati ni bila dapat apa yang di ingini. Dalam kepala aku sekarang, aku dah aim berapa banyak sate yang bakal aku lahap.

" Abang tak rasa ke kita kena call keluarga kita? Takkan kita nak makan berdua je?"

Dia tepuk dahi sendiri. Mungkin hal itu baru terlintas di benak fikiran dia.

"Yela.. Kejap lagi abang call ami dan baba. Maklang satu keluarga. Atalia dan keluarga dia.. Khai pun free malam ini rasanya."

"Abang.. Kalau Maira nak call Mikayla boleh tak? Maira nak kena kan si Reza sikit."

Sempat lagi aku fikir pasal tu. Dah kira baik apa Reza mudah sangat bila mintak tolong, sekali aku plan nak kenakan dia pulak. Haha.. Sekali sekala. Suka tengok muka dia yang menyinga bila depan Mikayla. Singa singa juga, mengaum je lebih.

"Bijak Maira.. Bagus.. Abang suka.."

Dia tersengih sendiri. Dalam kepala angin kami, kami tetap punya satu persamaan iaitu dalam mengenakan orang. Minggu lepas aku dan Ray sepakat nak kenakan angah. Aku cakap kat dia Atalia dah di risik orang, minggu ni diaorang datang pinang. Apa lagi mencicit angah lari ke rumah Atalia. Siap di heretnya maklang lagi. Maklang yang tak tahu hujung pangkalnya hanya mengekor. Dah lah masa tu aku dan Ray memang ada kat rumah Atalia. Plan nak makan tengah hari dengan keluarga mereka. Kami tak menyangka pula yang angah akan datang mengejut macam tu. Aku hanya nak tahu reaksi angah je. Apo, dia buat kami pula yang terkejut besar.

Angah siap cakap, kalau orang tu baru merisik, angah bawa meminang terus.

Atalia yang tak tahu apa apa kemain lah terkejut. Tak sangka yang angah datang mengejut. Siap bawa cincin lagi. Kak long, mama si Atalia dan abang long lagi lah tak tahu. Sudahnya terkulat kulat angah malu. Muka dia hari itu tak payah nak cerita dah serupa tomato ranum. Merah gila sampaikan ke telinga dia pun memerah.

Lepas tu siap dia beri aku pandangan tajam penuh berapi api.

Kenapa aku buat macam tu?

Nak harapkan angah pergi pinang elok elok Atali memang lambat lagi lah. Hati kata sayang. Tapi jual mahal. Bila orang buat macam tu tahu pula dia nak  gelabah.

Dah lah dia punya tahap merajuk tak makan pujuk. Bila pujuk mintak macam macam. Nak jersi Arsenal original lah apa lah. Aku siap kena cari personal shopper lagi tahu. Gila, harga bukan 50 sen benda tu. Beratus ratus juga. Nasib baik Ray sponsor. Aku ni kedekut. Sayang duit.. Kikiki..

So, hari itu jadilah angah dan Atalia tunangan secara sah. Walaupun secara mengejut kira ok lah kan. Angah tetap nak tanda hari itu juga. Ma kat kampung apa lagi, bising lah. Ajak balik kampung buat kenduri tunang sekali lagi. Aduhai, orang Kelantan..

Sentiasa meriah dengan kenduri kendara. Majlis tunang pun kemain gempak tahu. Ada khemah khas, makanan gulai kawah dan pelamin pun ada yang gah macam pengantin terus. Itu yang aku tengok masa kat sana lah. Orang Kelantan ni jenis suka merai.

Dah lah banyak sangat juadah nya. Dari satu ke satu. Nak makan pun pening nak memilih.

"Abang..."

Ray yang sedang menekan nekan handphone di tangan mengalih pandangan ke arah aku.

"Ye.. Ada nak tambah makanan lain ke? Kejap lagi abang keluar beli barang, ke Maira nak ikut sama?"

Aku angguk laju laju. Boleh pulak dia nak ke kedai sorang sorang tanpa ajak aku. Aku ni pantang berjalan tahu. Semua tempat nak pergi. Bila boleh pergi pasaraya lagi lah aku suka. Mata aku akan bersinar gembira bila melihatkan makanan, jajan, barang barang basah. Sebabnya aku suka makan. Nafsu aku sepanjang mengandung ni pun makin bertambah tambah.

Adudu!

Namun di sebalik kegembiraan yang kami perolehi hari ini, siapa sangka kami dah tempuh pelbagai liku liku kehidupan. Sebelum balik ke Malaysia, aku dan Ray ada berjumpa dengan auntie Laila. Mulanya Ray memang membentak tak nak pergi langsung berjumpa dengan dia. Puas aku pujuk dengan macam macam cara semuanya tak berkesan. Last sekali aku cakap kalau dia nak baby cepat cepat, dia kena ikut aku pergi jumpa auntie Laila.

Apalagi aku belum siap dia dah siap tunggu kat luar rumah. Adui, stress aku dengan perangai dia. Nak kata tak matang dah tua. Nak kata budak budak pun dah tua. Apa ingat sifat kematangan seseorang itu boleh di ukur dengan umur dia ke?

No..

"Ray!"

Auntie Laila memanggil nama Ray perlahan. Ray diam. Sedikit pun dia tidak menyahut. Apatah lagi ingin memandang wajah auntie Laila. Airmata auntie Laila kelihatan bergenang di kelopak mata. Dia memandang lirih ke arah kami. Kedua tangannya di gari kemas. Dan di hujung bilik yang menempatkan perjumpaan kami ada tiga orang pengawal penjara wanita sedang mengawasi kami. Walau dia telah di gari, tak mustahil dia boleh hentam kami guna lengan ataupun siku dia kan. Aku duduk dalam keadaan berjaga jaga. Mental seorang banduan kita tak boleh nak agak macam mana keadaannya.

"Auntie minta maaf..."

Setitik airmatanya mengalir lesu pada pipinya. Matanya yang indah tampak berkaca kaca dengan genangan airmata yang bakal menitis lagi dan lagi. Aku paling pada wajah Ray di tepi. Jemarinya yang berada di atas pehanya aku tarik dan gengan kemas.

Bibir Ray tersungging dengan senyuman sinis. Mata tajam dia di kalihkan memandang tepat kepada auntie Laila.

"Maaf? Maaf untuk apa? Tembak aku? Buat baba aku tempang, hampir hampir kena strok atau sebab sebab kau lah puncanya ami aku jadi gila? Untuk itu ke?"

Suara dia sedikit keras. Seakan membentak tapi masih dalam nada yang terkawal. Memandangkan kami sedang berada di penjara, segala syarat dan peraturan yang di kenakan kepada kami haruslah di ikuti sebaiknya.

Terasa jemari aku berbalas dengan gengaman dia.

"Auntie.. Auntie... Ray.. Ye. Auntie tahu, auntie tak boleh nak di maafkan. Tapi auntie tetap nak minta maaf juga. Ampuni auntie.. Sampaikan rasa maaf auntie pada Fahd dan Rehan. Auntie tak patut buat macam tu.. Auntie.."

"Dah habis cakap ke? Atau ada lagi?"

Auntie Laila tergamam. Hentakan telapak tangan Ray yang mengegarkan membuatkan auntie Laila terdiam seketika.

"Ikutkan hati aku ni.. Aku tak nak pun jenguk kau. Patutnya aku biarkan je kau mati sendiri. Tapi hati aku ni kata, aku nak tengok muka kau buat kali terakhir. Nak tengok macam mana rupa kau sebelum kau ke tali gantung nanti. Aku nak di mata kau hanya ada muka aku sebelum tali gantung menjerut leher kau kuat kuat. Aku nak kau rasa berdosa sampai sedutan nafas kau yang terakhir. Sungguh, aku benci kau teramat sangat. Benci aku memenuhi rongga yang ada di sini..."

Ray tepuk kedua dua dadanya. Mata dia bersinar garang. Rahang dia terketap ketap. Aku sentuh bahu dia. Mengusap lembut. Cuba menyedarkan dia agar tak terikut dengan hasutan nafsu amarah.

Ray capai jemari aku di atas bahunya. Sebelum dia kucup lembut. Dia tarik nafas dalam dalam. Cuba menenangkan diri.

"Cukuplah sampai di sini Laila. Selamat melayari sisa sisa hidup yang kau ada. Minta maaflah kepada Allah. Bukan pada aku."

Ray bangun berdiri. Tangannya menarik tangan aku untuk berdiri bersama. Dia pandang wajah auntie Laila lama lama.

"Selamat tinggal auntie Laila. Sayang sekali kau pilih jalan yang kotor. Kalau lah kau ini tak buat keputusan yang sia sia ni tentu kau akan mendapat setinggi tinggi penghormatan dari aku."

Suaranya di lembutkan sedikit dan dia segala memusing ke belakang. Tangan aku masih dalam gengaman dia.

" Ray! Ray!!!"

Auntie Laila menjerit nyaring. Memanggil Ray dan aku agar kembali padanya. Sampaikan dia terpaksa di tenangkan semula oleh pegawai penjara.

Selamat tinggal auntie Laila... Dan itulah kali terakhir kami berdua melihatnya.

Laila Ebrahim.. Tinggal dalam kenangan. Sebagai kenangan yang sangat menyakitkan.

Beb.. Ini last chapter ye. Maafkan Sha. Tapi Insyaallah korang tetap akan jumpa Maira dan Ray dalam cerita Reza. Well, mereka kan kawan Reza. So. Akan ada part part tertentu dalam cerita Reza. Mana lah tahu korang nak tahu jantina anak Maira lelaki ke perempuan kan?

Dan Sha dah update bab 1 untuk Reza. Harap korang boleh support macam mana support Ray dan Maira.

Thanks a lot beb. I love you all.

Continue Reading

You'll Also Like

559K 27.2K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
1.5M 57.5K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
1.1M 2.2K 80
sekadar berkongsi
70K 6.1K 52
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...