(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

De Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... Mais

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 58

7.3K 297 10
De Reyshaaziz

Aku keluar dari bilik mandi. Rasa nyaman sangat badan dapat berendam dalam tab mandi yang berisi air suam. Penat seharian memang melemaukan badan. Penat apalah sangat kan kalau ke butik maklang je hari hari. Eh bukan pergi saja saja tahu. Aku kerja kat sana. Sebagai pereka fesyen untuk setiap keluaran dress, outerwear, dan macam macam lagi.

Tak sangka aku ni berbakat juga dalam bidang fesyen. Aku perasan benda ni dah lama sebenarnya. Tapi bila masuk belajar kat universiti aku dah kurang nak mengolah bakat yang ada. Abah dan maklang memang pandai bab bab melukis, mereka dan benda benda yang memfokuskan seni dan kreativiti ni.

Lepas tu turun kepada angah dan aku. Kakak dia kurang suka benda yang memerlukan dia untuk terlalu fokus ni. Mau kejung urat dia katanya. Lagi lah menambahkan bakat bila arwah mama memang pandai menjahit. Bila nak raya je ada lah rekaan baju yang lain dari yang lain aku persembahkan pada mama. Dan tak lain tak bukan yang menjadi perhatian mestilah kakak.

Dia manis, sopan dan lemah lembut. Jauh panggang dari aku ni. Lelaki tegur je mau dia kena panahan jelingan 15 voltage menyambar bumi. Aku garang dan aku tak sukakan perhatian.

Lepas tu bila maklang tengok, mula lah dia sibuk sibuk nak beli rekaan yang aku ada tu. Siap mama kena ajar balik nak jahit macam mana. Nak cantum macam mana. Well, tak apa lah dapat juga duit dari situ kan. Maklang kasi duit bukan sikit sikit wei. Mahu dekat ribu riban juga. Katanya, Itulah harga nya bagi designer kat luar sana.

So, bila abah tiada. Sedikit sebanyak itulah yang jadi sumber pendapatan aku. Belum campur elaun pencen abah. Duit sewa rumah, duit jualan kebun kelapa sawit memang itu dah terlebih dari cukup. Alhamdulillah! Syukur sangat atas rezeki yang ada. Terlalu banyak apa yang Allah berikan kepada aku.

Dan sekarang dengan menjadi orang kanan maklang lagi lah banyak sumber pendapatan yang aku dapat. Setiap koleksi yang di keluarkan aku akan dapat komisyen nya. Dengan gaji yang dia beri lagi. Fuh, memang aku asyik dok kira duit je.

Ini mungkin rezeki baby juga kan.

Rambut yang masih basah aku kirai kiraikan dengan jari. Sedari tadi bilik agak sunyi. Aku paling ke belakang. Ray tak ada pun. Dari aku keluar bilik mandi lagi. Mungkin dia ke bilik kerjanya. Aku tarik pakaian yang sudah siap aku letakkan di atas katil. Di pakai dengan sempurna dan dengan sedikit semburan pewangi yang masih harta yang aku paw dari angah aku semburkan pada badan.

Rezeki lagi bila mengandung ni aku tak ada alahan yang pelik pelik. Muntah hanya waktu pagi. Bila perut terlalu kosong atau bila nak gosok gigi. Yang lain alhamdulillah ok. Bau badan Ray makin lah aku gemari. Tak dapat tidur celah ketiak dia memang aku tak tidur lah.

Tuala aku sangkutkan pada rak penyangkut tuala. Pintu bilik yang sedia terbuka aku keluar. Kaki di bawa menuju ke pintu bilik kerjanya. Aku kuak sedikit daun pintu. Kan betul telahan hati aku, memang Ray sedang berada di sini.

"Dah siap mandi?"

Ray dengan posisi masih membelakangi aku bersuara. Tahu tahu je dia kelibat aku.

"Macam mana abang tahu Maira kat sini?"

Kaki aku bawa melangkah ke dalam bilik kerjanya. Bilik kerja ini macam macam hado. Ada perpustakaan mini. Katanya Ray khas untuk aku yang suka membaca. Bersebelahan dengan meja kerja dia ada meja kerja khusus untuk aku. Ray sediakan untuk memudahkan aku melakukan sketching design.  Di tepi bahagian sana, ada bed sofa yang boleh laras tu. Kalau penat kami laraskan sahaja kepada tilam. Selesa dan lena kemain tau.

"Telinga abang..

Dia tunjuk pada telinga kanan dia. Ye, aku tahu pada kemampuan yang dia ada tu. Telinga dia sangat peka pada bunyi. Kalau keadaan terlalu sunyi bunyi bunyian kat rumah sebelah pun dia boleh dengar. Lepas tu boleh pulak dia bezakan bunyi tu bunyi apa. Sebab tu bila dia buat keputusan untuk berhenti dari khidmat polisnya, pihak atasan menegah. Dia di beri cuti sebanyak mana yang dia mahu. Dan dia boleh masuk kerja bila bila masa yang dia nakkan.

Cuma jangan berhenti. Sebab dia special. Dan dia selalunya di berikan tugas tugas yang sangat special juga.

"Bau wangian yang Maira pakai pun abang tahu."

Dia paling sekejap pada aku di sisi. Perut yang mula menampakkan baby bump di ciumnya sedikit. Itulah rutin harian dia. Cium baby. Dan aku pun suka.

"Dah tu kalau ada orang menyamar dengan pakai perfume Maira, macam mana?"

Bahu tegap dia aku elus dengan telapak tangan. Mengurut sedikit. Dia bersandar lega. Mata di tutup sedikit. Aku tahu dia letih. Dengan kerja yang banyak. Tanggungjawab pada aku dan keluarga. Memang dia terkejar kejar sangat. Ikutkan hati dia memang dia nak berikan tumpuan dia sepenuhnya pada kerjaya polis nya. Tapi dia dah janji dengan baba untuk naikkan kembali empayar perniagaan baba. Sampailah baba boleh kembali aktif macam dulu dia akan serahkan kembali.

Entah ye entah tak. Sebab aku tengok dia macam dah suka gila dengan kerja baru ini. Sikap tegas dan tekun dia bekerja itu memang membuatkan ramai yang sudi hendak bekerjasama dengan syarikat kami.

"Insyaallah abang dapat cam. Bau perfume Maira bila Maira pakai dia bau lain lah. Bercampur dengan bau badan Maira ia mencetuskan bauan yang lagi lain. Macam mana nak cakap ye, lain lah. Senang gitu."

Aku ketawa kecil. Mata cantik dia terbuka menatap aku dengan gaya mendongak. Senyuman kecil di lakar pada bibirnya.

" Iye.. Iye je abang ni. Ni abang tengah buat apa?"

Aku pandang meja yang berselerak dengan dokumen dokumen yang ada. Tender tender syarikat. Borang apa yang aku tak faham sepatah haram. Dari Turki pun ada.

"Abang tengah cek dokumen dokumen ni semua. Tender ni pun kena double cek. Abang tak nak ada mistakes last minutes. Maira tahu kan cara abang kerja macam mana? Esok nak bagi baba cek pulak."

Ray diam. Kembali menghayati sentuhan aku pada kepala dia. Kesian suami aku ni.

" Abang ni.. Kerja kuat je. Rehatlah juga. Balik kerja dah letih letih. Malam sambung pulak buat kerja. Maira kesian kan abang."

Aku tunduk. Mengucup dahi dia yang licin. Tangan aku lingkarkan pada lehernya. Memeluk sayang.

"Abang tak apalah. Awal awal ni kena kerja keras sikit. Maira rasa tersisih ke dengan abang yang kerja macam ni?"

Dia pandang mata aku dalam dalam. Sedikit keluhan di bibirnya terlepas. Aku senyum.

"Abang.. Maira tak ada rasa macam tu lah. Abang tak pernah sisihkan Maira pun. Pagi kita selalu sarapan sama. Tengah hari lunch sama. Kadang kadang Maira temankan abang kat office, malam pulak abang tak pernah miss makanan yang Maira masak. Cuma ada jelah jarang jarang kalau abang keluar dengan client. Tapi after all, Maira tak rasa tersisih pun. Abang sentiasa ada masa untuk Maira. Dan baby.."

Aku bawa tangan kekar dia menyentuh perut aku. Mata Ray meluas. Aku tahu dia dapat rasakan apa yang aku rasa.

" Baby menendang sayang.."

Dia teruja. Serta merta dia kalihkan badan di atas kerusi betul betul menghadap perut aku. Aku tersengih. Ray nampak kelakar dengan sifat teruja dia tu.

"Yup.. Dia respon agaknya bila Maira cakap yang abang sentiasa ada masa buat kami."

Dia tunduk. Sebelah telinga di lekapkan pada perut aku. Merasa setiap denyutan dan tendangan dari si kecil. Berkali kali tendangan itu terasa pada perut aku. Sampaikan aku jadi geli pun ada. Nakal! Sama macam baba dia.

" Terima kasih baby dan mama sebab faham keadaan baba. Baba love both of you. Sayang sangat sangat. Tak terganti nyawa untuk korang berdua."

Dia kucup lagi perut aku. Dan kali ini tendangan terasa lagi. Seakan memberi tindak balas pada sentuhan Ray. Aku senyum. Haih, rasa berair mata pulak.

" Abang lupa nak cakap, petang tadi Mikayla ada datang ke office. Dia kirim salam. Katanya dia call Maira tak dapat. Dia nak tempah baju untuk event dia minggu depan."

Aku kerut kening. Call aku tak dapat? Aku tepuk dahi.

"Yelah.. Lepas call abang petang tadi handphone Maira terus mati. Tak ingat nak cas. Adui. Dah nyanyuk jadinya."

Ray ketawa lagi. Kelakar dengan reaksi aku.

"Maira ni selain abang apa je yang Maira ingat? Memang dalam kepala tu tak ada tempat untuk ingat orang lain eh!"

Aku senyum. Sempat aku cubit pipi dia.

"Nak buat macam mana. Abang dah menguasai Maira bukan hanya luar dan dalam. Bahkan sampai ke dalam fikiran Maira juga tau."

Ray ketawa. Senyuman dia nampak nakal.

"Auchh Maira! Janganlah goda abang sekarang. Abang nak siapkan sikit lagi ni kerja. Kang kerja tertangguh kang susah."

Mulutnya memuncung. Ye, aku tahu. Kalau kerja tertanggunh huru hara pagi Ray nanti. Hari tu dah jadi macam tu. Saja nak menyakat. Sudahnya Ray kemana aku kemana. Kerja dia pun entah kemana. Adan uke.

" Apanya. Maira cakap benda betullah. Abang tu yang fikiran dia liar sangat."

Aku kulum senyum.

"Yela.. Yela.. Abang je yang macam tu. Bukan Maira bila dah mengandung ni makin ganas ke? Asyik nak..."

Aku tekup mulut Ray. Cakap tak serupa bikin. Buat orang malu je.

"Aippp! Tepuk mulut ni kan. Gatal.. Ee.. Tak nak layan abang lah."

Aku memcebik. Geram dengan perangai dia yang satu ini. Tangan aku lepaskan dari mulutnya.

"Malu lah tu."

Tersungging senyuman manis di bibirnya.

"Gatal! Kayla pergi dengan sapa tadi kat sana?"

Aku duduk melabuhkan punggung ke atas ribanya. Lenguh berdiri. Dah alang alang dia duduk elok. Kita duduk atas dia. Haha.

"Dia pergi dengan Reza. Reza datang nak bincang pasal kes penculikan tu. Kebetulan pulak abang memang nak bincangkan sesuatu dengan Mikayla pasal kerja. So. Dua kerja dalam satu masa."

Dia senyum. Aku tahu pasal kes penculikan yang Reza uruskan tu. Penculikan, pemerdangangan gadis gadis untuk tujuan pelacuran dan macam macam lagi yang buatkan aku sendiri pun seram nak bayangkan. Ingatkan kes macam ni kat luar negara je yang ada. Rupanya kat Malaysia pun dah berlambak.

"Macam mana dengan kes tu abang?"

Dia mengeluh berat. Muka dia di raup kasar.

"Entahlah. Bila Reza yakin dia dah jumpa sasaran dan dalang dia rupanya orang tu hanya konco konco dia. Bayangkan konco konco dia sendiri pun tak tahu mereka berurusan dengan siapa. Apa ke susahnya nak tangkap mereka ni."

Aku diam. Memandang lama wajah tampan dia.

" Abang tak rasa ke abang patut tolong Reza? Well, kerjasama abang dengan Reza mana tahu boleh membuahkan hasil?"

Kedua tangan aku lingkarkan pada leher dia. Membawa bada lagi rapat. Dia pandang lurus ke depan. Menghadap dinding.

"Entahlah. Hati abang berbelah bagi. Abang sebenarnya tak nak sibukkan diri dengan benda tu semua. Tambah lagi Maira tengah mengandung. Abang tak nak tinggalkan Maira sorang sorang. Maira kan tengah mengandung. Lagipun kerja ni semua berisiko. Abang tak nak jadi apa apa pada abang, nanti macam manalah dengan Maira. Maira tahu kan, abang sayang sangat kat Maira."

Dia kucup dahi aku. Lama.

" Maira tahu. Maira pun takut juga. Tapi tu semua terserah pada abang. Abang fikirlah baik baik. Lepas tu diaorang berdua macam mana? Dah ok ke?"

Mengingatkan Reza dan Mikayla seringkali aku jadi tak kering gusi. Mereka berdua selalu sangat bergaduh. Tapi dalam masa yang sama saling memerlukan. Entah diaorang perasan atau tidak.

" Ok apanya.. Sepanjang duduk dalam bilik abang tu tak habis habis dok bertekak. Reza mulut celupar. Mikayla keras kepala. Berangin jugaklah kepala abang."

Aku ketawa kuat. Tak dapat nak bayangkan muka bengang menahan marah Ray macam mana.

"Diaorang tu dah macam diri kita dulu dulu kan. Reza tu macam abang lah. Mulut eee rasa nak kunyah kunyah."

Ray senyum segaris. Dia dengan Reza perangai lebih kurang. Cuma Reza lebih suka melawak dan ada senyum sikit. Kalau Ray.. Hanya orang orang tertentu sahaja. Yang benar benar rapat baru dapat tengok senyuman versi pembunuh dia tu. Itu pun jarang jarang.

" Abang rasa yang Mikayla tu sukakan Reza sebenarnya. Reza je yang tak perasan."

Amboi tahu pulak dia pasal soal hati perempuan.

"Abang tahu dari mana?"

Teringin jugak nak tahu.

"Abang perasan dia pandang Reza dengan pandangan cinta. Cuma Reza tu selalu menjadikan alasan kisah silam untuk menidakkan perhubungan diaorang. Bagi abang Mikayla tu bagus sangat. Jenis kuat. Sebab dia tak ambik hati dengan kata kata Reza. Kalau abang jadi dia memang dah lama abang tinju si Reza tu."

Aku ketawa.. Tahu pulak dia panas hati. Macam mana yang Ray rasa macam tu jugak lah yang aku rasa. Geram dengan perangai Reza. Dah tua tua perangai macam budak budak.

" Ermm. Entahlah. Dia dah tua tahu lah dia fikirkan masalah dia. Kita tengok nanti jadinya macam mana."

Aku diam. Fikiran ku menerawang pada Reza dan Mikayla. Semoga ada sinar bahagia untuk mereka berdua. Dendam lama tak akan kemana. Makin menambah sakit adalah.

Halah halah sebab korang goda Sha jadi Sha update lagi hari ni. Ececeh.. Tapi kan.. Bab seterusnya macam malas je nak publish. Sebab nya urm..

Sebab korang tak baca lagi story lain yang ada kan? Tak vote lagi kan?

Ingat orang tak tahu ler tu. Orang ni nujum pak belalang maa..

Continue lendo

Você também vai gostar

21K 1.2K 37
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
66.3K 2.2K 48
Tengku Ayaaz × Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuany...
628K 23.4K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
524K 22.7K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...