HEY MR PHOTOGRAPHER ยฉ

By taeferol

98.3K 11K 2K

๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐ฌ๐ž๐š ๐จ๐Ÿ ๐ฉ๐ž๐จ๐ฉ๐ฅ๐ž, ๐ฆ๐ฒ ๐ž๐ฒ๐ž๐ฌ ๐ฐ๐ข๐ฅ๐ฅ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐Ÿ๐จ๐œ๐ฎ๐ฌ ๐จ๐ง ๐ฒ๐จ๐ฎ หŽหŠ - โ”โ”โ”โ”โ”โŠฑ... More

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 1 2
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 1 7
B A B 1 9
B A B 2 0
B A B 2 1
B A B 2 2
B A B 2 3
B A B 2 4
B A B 2 5
B A B 2 6
B A B 2 7
B A B 2 8
B A B 2 9
B A B 3 0
B A B 3 1

B A B 1 8

2.7K 333 30
By taeferol

Aku tak percaya... betul ke ni bukan mimpi. Lagi sebulan aku akan kahwin. Betul ke? Kalau ni mimpi, adakah dikategorikan mimpi indah atau mimpi ngeri? Tolong kejutkan aku sorang!!

Perbualan aku dengan keluarga Haikal 2 hari lepas terngiang-ngiang di telinga.

"Rissa. Mama dengan Papa kalau boleh nak percepatkan perkahwinan ni sebab nanti kami kena pergi ke UK untuk uruskan hal dekat sana."

Bagitahu mama. Masa tu kami semua sedang minum petang di meja makan. Aku yang mendengar shock seminit. Tak tahu nak balas apa. Lepastu aku hanya angguk terpaksa. Kemudian pura-pura minum air sebab nak cover muka.

"Apa kata kita buat bulan depan nak?"

Uhuk!! Terus tersedak air yang aku minum. Nasib tak tersembur je. Kalau tak mandi free lah kau Haikal. Sapa suruh duduk depan aku.

Terbatuk-batuk aku menahan perit di tekak. Sampai merah muka. What the cushion? Bulan depan? Siyes la? Cepat sangat tu mama. Aku pandang muka mama tak percaya.

"Rissa okey tak? Jangan gelojoh minum tu. Arwah nanti dah tak boleh kawin." Amboi mama nak sangat aku mati awal ke apa?

"Okey mama. Tapi tak cepat sangat ke bulan depan tu?" Masih tak boleh terima. Nak bangkang depan-depan kang, aku tak berapa berani.

"Cepat tu memang lah cepat tapi nak buat macam mana lagi. Mama dengan papa kena pergi UK pulak lepastu. Entah bila pulak balik Malaysia. Sebab tu kena buat awal-awal."

Jelas mama lagi. Aku pulak cuba memerah otak cari alasan lain nak bangkang.

"Tapi sempat ke nak buat preparation tu semua? Bukan senang nak buat." Nasib jumpa idea. Nampak tak betapa tak mau nya aku kawin cepat.

"Itu Rissa jangan risau. Biar mama, papa, umi dengan abi Rissa je yang buat persiapan kahwin tu. Rissa hanya perlu sediakan diri Rissa je. Kami pun dah excited ni. Kan abang?" Bukan main mama siap tepuk lengan papa lagi.

Papa pulak angguk sekadar melayan.

"Awak tu apa je yang tak excited. Cuba cakap? Jangan layan sangat mama ni Rissa. Macam budak-budak je." Kutuk papa selamba. Sekarang aku dah tahu mana Haikal dapat perangai selamba dia tu. Kutuk orang tak pandang kiri kanan.

Masam muka mama. Dia siap hadiahkan sepit ketam lagi dekat tangan papa. Aku dengan Haikal tertawa kecil melihat gelagat mereka.

Ketukan dimuka pintu bilik aku menghentikan lamunan 2 hari lepas. Amirul Fahmi. Adik bongsu aku melangkah masuk bilik, bila aku mengizinkan.

"Akak.. Abang Haikal dah sampai." Bagitahu Fahmi. Aku dah boleh agak sebenarnya.

Harini kami merancang untuk pergi ke butik kawan mama untuk try baju pengantin. Lagi 3 minggu gais. Debar dia lain macam. Lebih daripada debar nak SPM.

Aku bangun betul-betulkan baju blouse yang tersarung di tubuh. Mata menilik cermin buat kali terakhir untuk pastikan tudung terbentuk elok. Perfect. Sling beg diambil dan disangkut dibahu.

"Jom turun, baby boy." Aku memaut bahu dia. Aku memang suka manjakan adik aku yang sorang ni. Sebab dia baik dengan aku HAHA. Maksudnya sentiasa menurut perintah kakak lah hoho.

Sampai je kat tangga paling bawah, aku dah nampak susuk tubuh Haikal yang tengah berbual dengan Umi dan Abi. Selepas bersalaman kami beriringan ke kereta.

Bila nak sampai dekat kereta, cepat-cepat dia melajukan langkah meninggalkan aku dekat belakang. Kenapa dia ni? Kena kejar dengan hantu ke?

Aku pusing belakang untuk tengok kalau-kalau ada hantu sungguh kejar dia. Aku pun nak lari sekali. Sebab nak pergi hempuk dia yang sanggup tinggal aku.

Bila aku pusing depan dia dah berdiri tepi pintu kereta penumpang yang dah terbuka. Dia laju-laju tadi sebab nak pergi bukak pintu ke? *tepuk dahi sendiri*

Tangan dia mempersilakan aku masuk kedalam kereta. Acah-acah gentleman pulak. Aku hanya ucapkan terima kasih.

5 minit perjalanan aku hanya senyap. Fikiran hilang entah ke mana. Sekarang ni cepat benor fokus aku hilang tak tahu kenapa.

"Kenapa senyap? Tak sudi berbual dengan aku ke?" Dia menegur aku dahulu. Sambil mata sekejap-sekejap menjeling aku.

"Bila masa saya tak sudi?" Aku tanya dia balik. Pandai-pandai je jump to conclusion.

"Jadi kau sudi lah ni?" Banyak tanya pulak mamat ni. Aku gam mulut tu baru tahu. Aku juling mata keatas tanda malas melayan.

"Do you miss me sweetheart?" Sikit-sikit tanya pasal rindu. Boring la dia ni. Tak rock langsung.

"Tak." Jawab aku senada. Padahal baru jumpa 2 hari lepas nak rindu benda.

"But I miss you every second sweetheart."  Dia senyum mengusik dekat aku. Sorry bro tak terkesan dah.

"Malas nak layan. Tidur lagi baik." Aku lentokkan kepala ke arah pintu kereta. Pejam mata pura-pura tidur. Penat-penat ni syok tidur.

----

Terasa ada sesuatu sedang mencucuk bahu aku. Dan sayup-sayup kedengaran orang panggil aku... sayang. Jap. Sayang?

Terus aku tersedar dari lena. Masha Allah tak perasan tertidur sungguh. Haikal disebelah dah ketawa terbahak-bahak. Kenapa dia ni dah sewel ke?

Ke ada air liur basi dekat pipi aku. Cepat-cepat aku sapu. Takde pun. Aku pandang pelik dekat dia. Tapi tangan gosok bahu yang terasa pedih sikit.

"Muka kau lucu gila masa bangun tidur tadi. Macam anak kucing terkejut sebab ekor dia kena pijak haha." Dia sambung gelakkan aku. Kurang ajar.

Kemudian aku terpandang sesuatu ditangan dia. Chopstick? Dia buat apa dengan benda tu. Kemudian aku baru terpikir sesuatu. Jangan cakap mamat ni cucuk aku dengan chopstick tu. Double kurang ajar.

"Awak kejutkan saya guna chopstick tu ke?" Aku kacip gigi aku tahan marah.

"Haah. Takkan aku nak sentuh kau pulak. Harom. Nasib baik aku simpan lagi chopstick ni dalam dashboard haritu. Berguna jugak." Selamba dia cakap sambil simpan balik chopstick tu dalam dashboard.

Kemudian aku teringat sesuatu. Terus pandang muka dia tajam. Dia pun tergamam tengok aku macam tu. Tiba-tiba berubah.

"Awak panggil saya apa tadi?"

"Bila?"

"Tadi masa kejutkan saya."

"Apa? Aku panggil apa?" Dia acah-acah innocent sambil muka dikerutkan. Rasa nak tonyoh-tonyoh je muka tu dekat cermin kereta.

"Sayang." Kata aku sepatah.

"Aku tahu kau sayang aku tapi takyah la cakap sekarang. Malu aku." Dia berpura-pura malu kerbau. Argh tension nya aku layan mamat ni.

"Btw, kau nak satu benda tak?" Dia dekatkan diri dia dekat aku. Pura-pura berbisik.

"Apa?" Aku pandang dia curiga. Bukan boleh agak akal mamat ni nak kenakan aku.

"Tadi masa kau tidur kau mengigau panggil nama aku."

"So?" Aku angkat kening. Betul ke mamat ni. Kalau betul jatuh la maruah aku beb.

"Kau cakap... kau rindu aku." Kemudian dia senyum senget dekat aku.

"Penipu." Aku still tak percaya. Tunjuk muka marah dekat dia.

"Tak percaya sudah. Tu la tadi aku tanya tak nak mengaku. Kan dah terbawak-bawak dalam mimpi. Sapa yang susah sekarang? Aku jugak." Dia bercakap sorang-sorang.

"Awak ni demam ke harini? Pelik semacam je." Aku pandang dia atas bawah.

"Haah. Demam cinta." Dia ketawa lagi. Penat aku layan dia ni baik aku keluar.

Bila nampak aku keluar dari kereta tanpa tunggu dia, dia melaung panggil aku.

"Sayang, tunggu abang!" Dia cepat-cepat tutup pintu kereta. Manakala aku pulak dah terkaku diatas jalan tar.

Dia panggil aku apa tadi? Dan dia bahasakan diri dia apa tadi? Aku pandang dia yang dah berdiri ditepi aku. Tajam macam nak kasi tembus.

"Boleh tak jangan panggil macam tu?"

"Kenapa?" Tanya dia.

"Tak selesa. Gedik semacam je bunyi dia." Aku buat muka geli.

"Nanti kau kena biasakan jugak sayang. Mula dari sekarang. Orang kata apa? Practice makes perfect dear." Dia kenyit mata dekat aku. Aku mendengus geram.

"Dah sayang, jom masuk. Aunty Anne mesti tengah tunggu kita kat dalam." Dia ajak aku jalan tapi aku tak bergerak walau seinci pun.

"Tak. Nak." Aku dah start tunjuk perangai tak matang aku. Muka masam dipamerkan.

"Kenapa?" Pelik dia pandang aku.

"Kalau awak panggil saya macam tu lagi, saya tak nak masuk!" Nampak dia tepuk dahi.

"Adoi budak ni. Orang panggil sayang pun susah. Kalau aku panggil sayang dekat mak cik tu, jeles pulak. Tak paham aku." Dia merungut sorang diri sambil tangan tunjuk mak cik yang tengah berjalan di kaki lima. Hampir tergelak aku dibuatnya. Tapi dicover sebaik mungkin.

"Ye la ye la. Jom masuk Ariana Arissa." Dia mengalah akhirnya. Akhirnya terburai jugak ketawa aku. Saja nak kenakan dia.

"Amboi.. seronok kau kenakan aku kan. Kau tunggu kita kawin nanti. Aku kenakan kau cukup-cukup." Ayat last dia berbisik perlahan di telinga aku.

Terus mati ketawa aku. Darah rasa naik ke muka. Eee dia ni tumbuk kan. Dia terus ketawa sambil tinggalkan aku yang tengah geram.

p/s : maaf jika amat hambar.. sis takde idea huaa 😭 idea lari entah kemana 😢 harap enjoy, vote and komen apa2 yang patut ya ♥♥😚

Continue Reading

You'll Also Like

108K 5.2K 54
Dia terkenal.Ramai peminat.seorang senior kat sekolah. Tapi dia juga seorang yang dingin,beku dan tak ada perasaan. Veronica vie ilara. student spm...
109K 3.2K 20
"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mam...
220K 9.7K 18
APA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami...
571K 19.6K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...