ANDRI FEDRIC EDISI RAYA (©)

By CtNorLiana

450K 7K 1K

[Cover by :: @SignorinaRoselle] Kisah Ramadhan dan Syawal bersama Red Evil Mafia musim kedua. Seperti tahu... More

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
EBOOK ANDRI FEDRIC EDISI RAYA

BAB 3

18K 1.4K 239
By CtNorLiana

"BILA masa ubah suai rumah ibu?"

Afya yang duduk di kerusi menoleh sekilas ke arah Andri sebelum dia menumpukan perhatian ke arah Danny. Dia pun agak terkejut ketika sampai di rumah orang tuanya itu semalam. Sungguh berbeza. Walhal baru beberapa bulan saja dia tidak jejakkan kaki ke situ. Perbezaan yang begitu ketara. Dapur luas, ruang tamu luas. Bahkan telah disediakan ruang makan yang meletakkan sebuah meja makan 12 kerusi. Anjung rumah juga sudah berubah. Bilik juga sudah bertambah. Sudah tiada rupa rumah kampung. Nampak seperti rumah mewah saja.

"Lepas je korang balik France, aku ajak ibu tinggal rumah aku. Tapi ibu tak nak. Takkan aku nak tinggalkan ibu sorang kat sini. Jadinya, aku upah orang untuk ubah suai rumah ni biar jadi makin selesa. Okay apa, kan selesa ni. Ibu pun tak ada komplen apa. Ibu cakap yang penting dia nak tinggal sini. Siap ada reban ayam kat belakang rumah. Boleh hilangkan bosan ibu kalau tak ada kerja. Ayam pun boleh jual," jelas Danny panjang lebar.

Andri mengangguk faham. Begitu juga dengan Afya. Ketika itu hanya mereka saja di ruang tamu. Yang lain berada bilik.

"Berapa habis modal semua ni?"

"Tak banyaklah. Alah, aku tak kisah pasal duit. Asalkan ibu happy, Aifa happy, aku tak kisah. Duit boleh dicari. Kebahagiaan susah nak cari."

Andri mengangguk lagi mengiakan kata-kata Danny. Matanya memerhatikan seluruh ruang tamu itu. Sungguh cantik.

"Akak, bila baby keluar?" Aifa yang duduk di sebelah Danny menyoal.

"Hmm tak pasti. Kalau ikut tarikh doktor, lepas raya," balas Afya. Perutnya diusap lembut.

"Wah, tak lama dah. Habistu akak puasa ke nanti?" soal Aifa lagi.

Afya diam sejenak. Dia memandang ke wajah Andri.

"Kalau tak larat, tak payah. Lagipun sayang tu sejak makin sarat ni makin kuat makan," ujar Andri selamba.

Afya tersengih. "Baby lapar."

"Bukan baby lapar, tapi perut sayang. Baby tak ada kaitan. Jangan nak fitnah baby dalam perut. Anak aku baik," bidas Andri.

Afya mencebik. "Habistu awak nak kata saya jahat?"

"Your perut yang jahat. Kerja nak melantak je. I cannot brain ler kalau sejam sekali makan. Gemuk nanti. Tengok tu, double chin sudah." Dagu Afya dicubitnya.

Afya membulatkan wajah. "Seriuslah? Tapi sebelum ni awak kata saya tak gemuk. Awak yang bagi saya makan. Bukan salah saya."

"Habistu salah aku lah ni?" soal Andri.

"Dah tu salah siapa? Saya tak salah," bidas Afya pula.

Danny mula berpandangan dengan Aifa. Masing-masing hanya terkebil melihat perbalahan suami isteri itu.

"Err, akak... Aifa nak pegang perut boleh?" Aifa bersuara sekaligus menghentikan perbalahan kecil di antara kakak dan abang iparnya itu.

"Boleh. Sini lah. Nanti baby tendang."

Bersinar mata Aifa apabila mendengar kata-kata kakaknya itu. Dia terus bangun dan duduk di sebelah Afya. Tapak tangannya terus dilekapkan pada perut bulat Afya. "Baby, ucu ni... Where are you?" soal Aifa sambil mengusap perut kakaknya itu. Sesaat kemudian, matanya membulat. "Baby tendang!" ujarnya teruja.

Afya tergelak kecil dengan telatah adiknya. "Salam perkenalan tu."

"Wow, ganas. Sakit tak kalau baby tendang?" soal Aifa.

"Taklah. Cuma ngeri juga tengok perut bergerak."

Aifa terangguk kecil. "Tak sabarnya nak tengok baby. Mesti comel..."

"Harus comel macam akak."

"Eh, dia kena ikut Aifa. Aifa kan comel. Kan kan?"

"Anak akak, mana boleh ikut muka Aifa. Aifa buat anak sendirilah." Selamba Afya berbicara.

Aifa terkebil-kebil sendiri. Wajah Danny dipandang. Tatkala itu pandangan mereka beradu. Aifa pantas mengalih pandangannya ke arah lain.

"Bro, bini kau nak baby. Bagi jangan tak bagi," ujar Andri seraya bangun dari kerusinya.

"Abang!" Aifa mencapai sebuah bantal dan dilemparkan ke arah Andri.

"Hahaha. Dahlah, abang nak rehat. Jom sayang, rehat."

"Awak, tak boleh bangun." Afya menghulurkan tangannya kepada Andri.

Andri terus membantu isterinya untuk bangun. Setelah itu, keduanya terus melangkah meninggalkan ruang tamu itu.

"Aifa nak baby ke?" soal Danny sebaik kelibat Andri dan Afya hilang dari pandangannya.

Aifa terlongo mendengar soalan suaminya itu. Soalan apakah itu?

"Kalau nak abang boleh je bagi," ujar Danny bersama sengihan nakal.

"Merepek abang ni. Dahlah, Aifa nak rehat. Bye." Sejurus itu Aifa bingkas bangun. Riak wajahnya cuba dikawal. Malu sungguh apabila Danny menyentuh hal baby.

****

MANGGA yang sudah dipotong dicicah pada kicap yang sudah dicampur gula dan cili itu. Afya memasukkan potongan mangga itu ke dalam mulut. Matanya terpejam sedikit.

"Tak masam ke?" Andri yang melihat isterinya mengunyah mangga itu sudah mengerutkan dahi.

"Tak. Sedap sangat. Nak?" soal Afya. Sepotong mangga dihulurkan kepada Andri.

Andri laju menggeleng. "Ngeri aku tengok mangga ni."

"Sedaplah awak. Cubalah rasa. Nah, saya suap." Afya menyuakan potongan mangga yang sudah dicicah kicap itu ke mulut Andri.

"Tak nak. Janganlah paksa. Aku tak suka benda masam." Tangan Afya ditolak menjauhi wajahnya. Masin air liurnya melihat mangga yang masih hijau itu.

"Tak nak sudah," omel Afya. Potongan mangga itu dibawa ke mulutnya. "Hmm, sedapnya..." gumamnya bersama senyuman di bibir.

"Fya, cukup tak? Ke nak lagi?"

Afya mengangkat wajahnya. Danny yang sedang melangkah ke arahnya itu dipandang. Terdapat beberapa biji buah mangga di tangan lelaki itu. "Cukuplah tu. Kalau tak cukup, saya suruh Andri ambilkan."

"Eh, sayang yang nak makan, sayang ambil sendiri. Aku tak ada kena mengena dalam ini cerita. Ada ngerti?" soal Andri.

Afya mengecilkan matanya. Biji mangga dibaling ke arah Andri. "Tak bertanggungjawab! Tahu buat saya mengandung je," ujarnya geram. Potongan mangga disuap lagi ke dalam mulut, mata mencerlung ke arah Andri.

"Kakak makan apa tu?" Aifa yang baru keluar dari rumah segera melangkah ke arah pangkin.

"Mangga. Nak?"

"Nak!" Aifa terus mengambil tempat di sebelah kakaknya. Sepotong buah mangga dicapai lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Seriously Aifa?" Andri sudah membulatkan mata. Adik iparnya lagi dahsyat. Mangga kosong itu dimasukkan ke dalam mulut.

"Why? Salah ke?" soal Aifa polos.

"Tak masam ke?" soal Andri. Mengerikan pula dia lihat dua wanita itu makan mangga muda. Selera perempuan memang pelik ke?

"Haha. Dia selalu je makan mangga muda. Tak peliklah." Danny yang duduk di sebelah Aifa menjawab. Sebiji buah mangga dikupas kulitnya sebelum dipotong sedikit dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Kau pun makan?" soal Andri. Astaga... Pelik-pelik saja.

"Apa? Tak dosa pun. Sedap tahu tak. Mahu?" Danny menghulurkan sepotong buah mangga kepada Andri.

Andri menggeleng laju. Dia turun daripada pangkin. "Ngeri aku tengok korang makan," ujarnya dan terus berlalu meninggalkan tiga manusia itu di pangkin.

"Hahaha!" Afya, Aifa dan Danny ketawa serentak.

"Mama! Makan apa?" Elsa terkedek-kedek berlari ke arah pangkin.

"Mangga. Elsa nak?" Afya mengangkat tubuh kecil Elsa dan diletakkan di ribanya.

"Nak!" Elsa menjawab laju.

Afya mencapai sepotong mangga lalu dicicah pada kicap dan disuap ke mulut Elsa.

Wajah Elsa berkerut sebaik mengunyah mangga di dalam mulutnya itu.

Afya tergelak kecil. "Sedap?"

"Acam..." jawab Elsa ringkas. Namun mulutnya dinganga lagi meminta mangga daripada Afya.

"Wah, makan mangga tak ajak," Nasya yang sedang mendukung Elfian itu bersuara.

"Eh akak, sinilah. Makan sekali. Banyak ni Danny ambil kat pokok tadi."

Nasya terus memanjat ke atas pangkin. Elfian diletakkan di sebelahnya. Mangga yang sudah dipotong diambil dan dibawa ke mulutnya. "Hmm, sedapnya..."

"Andri mana? Bukan dia dengan korang tadi?" Andi yang duduk di sebelah Nasya menyoal. Tangannya turut mencapai mangga.

"Entah dia. Ajak makan tak nak. Geli sangat tengok kitorang makan. Makan mangga je kot. Bukan makan tahi ayam." Selamba Danny menjawab.

"Patutlah. Eh, ambilkan lagi. Sedap pulak."

Mencerlung mata Danny memandang Andi. "Ambil sendiri. Aku dah ambil, dah kupas kulit siap potong. Kau tahu makan je. Aku ambil untuk diorang berdua, bukan untuk kau. Tu, pokoknya kat sana. Pergi ambil."

"Adam, pergi ambilkan aku mangga," arah Andi kepada Adam yang sedang bermain telefon itu.

"Eh, kenapa aku? Ambil sendiri," balas Adam. Satu jelingan tajam diberikan kepada Andi.

Mencerlung mata Andi memandang lelaki itu. Biji buah mangga dicapai lalu dilemparkan ke arah lelaki itu.

"Woi!"

"Eh, pengumuman puasa malam ni kan?" soal Andi bersama wajah tidak bersalahnya. Tidak gerun dengan pandangan tajam Adam.

"Aah. Sebelum Isyak."

"Tak sabar nak puasa. Tahun ni meriah sebab family bertambah. Andri ada bini, kau pun ada bini," ujar Andi. "Dan dia, masih single. Hoho." Jari menunjuk ke arah Adam.

"Apa kau? Lantak akulah nak single. Sibuk," omel Adam seraya merebahkan tubuhnya di atas pangkin itu.

"Aku bersimpati sama kamu wahai Adam. Semoga jodoh anda hadir di bulan mulia ini," ujar Andi selamba.

Yang lain sudah ketawa mendengar kata-kata Andi itu. Wajah Adam mula memerah menahan marah.

"Argh! Tolong!"

Jeritan nyaring itu membuatkan mereka yang berada di pangkin itu tersentak. Masing-masing menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Dahi berkerut melihat Andri yang sedang berlari itu. Dan di belakangnya...

Angsa!

"Tolong aku!" Jeritan Andri bergema lagi.

Mereka yang berada di pangkin itu berpandangan sesama sendiri sebelum tawa mereka meletus melihat adegan kejar mengejar itu.

"Woi! Tolonglah!"

"Hahahahahahahahaha!"

----


Continue Reading

You'll Also Like

487 57 5
cover by @-ayrain "Ian" tangisan menemani panggilan. "Baby girl , hey kenapa menangis ni?" "Ian.. dia..dia dia buat lagi Ian" aduan yang diselangi de...
2.9K 130 19
Najuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang s...
5.3K 360 6
"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumah...
661K 11K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...