(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 56

7K 302 16
By Reyshaaziz

Aku lirik jarum yang berdetik di jam tangan. Sudah hampir ke pukul 5 petang. Namun bayang orang yang bising bising ajak aku temankan dia makan dari tadi masih belum kunjung tiba. Aku dah hangin ni. Sudah lah aku lapar gila. Di buatnya aku menunggu sampai dua jam lamanya.

Ini nak prank aku ke apa?

Haih pantang betul aku kalau orang lambat lambat. Sebab aku sentiasa punctual and on time.

Handphone aku capai. Baru sahaja aku ingin menghantar pesanan WhatsApp yang mengatakan aku pulang dahulu orang yang di nanti meluru laju ke arah meja aku. Tersengih sengih semacam kerang busuk dengan dahi yang basah dan peluh peluh jernih.

Tak jadi untuk pergi. Aku kembali menyandarkan belakang pada kerusi. Tangan aku luruskan ke atas meja. Mata memandang dia dengan pandangan yang sangat tajam.

"Sorry, Iris darling.. Aku bukan sengaja nak lambat sampai. Tadi ada kemalangan sebelum ke sini. Dan aku sebagai anggota polis yang berkaliber mestilah wajib memberikan pertolongan. Dah lah kejadian tu berlaku betul betul depan mata aku.. Aku.."

Aku angkat telapak tangan kanan hampir ke muka dia. Cakap dah serupa kereta api. Pening aku nak menghadam. Dengan suara hampir semput. Tak guna sikit pun kalau aku dengar dia cakap berderet macam tu.

" Maira Iris... Aku minta maaf.. Janganlah marah.. Aku..."

"Boleh tak kau berhenti cakap. Bingit lah. Duduk.. Aku lapar ni.. Jangan sampai aku lingkupkan meja ni sudah.."

Reza yang berdiri di hadapan aku tersengih lebar. Dia tarik kerusi di hadapan aku sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Jaket kulit yang di pakai dia campakkan ke kerusi sebelah. Tangan pula mengibas ngibas muka yang jelas kemerahan. Panas mungkin.

" Kau duduk kau jela? Awek kau kat tepi tu kau nak suruh dia berdiri melangut sampai ke subuh esok ke apa?"

Reza pandang ke tepi. Mata dia terpaku pada seorang gadis yang aku pandang. Dia segera tepuk dahinya kuat kuat.

"Eh duduklah. Lupa pula aku."

Reza pamerkan sengihan tak berasas dia.

"Selfish betul. Penat dia je tahu. Hai. Saya Maira.. Duduklah.."

Aku tepuk kerusi di sebelah aku. Perempuan berambut pendek di potong gaya boyish itu tersenyum manis. Dia nampak agak stylo dengan cermin mata hitam yang tersarung pada matanya. Walau rambut dia pendek macam ala ala gaya Jaclyn Victor, namun dia tetap terlihat cantik.

"Saya Mikayla. Panggil saja Kay atau Kayla. Maaf sebab lambat. Maira mesti dah lama tunggu kan?"

Mikayla sangkut cermin matanya ke leher blouse labuh berwarna pastel miliknya. Muka dia yang ber makeup nipis menyerlahkan kecantikan semulajadi yang dia ada. Aku melirik ke arah Reza. Dia nampak bersahaja. Diam dan ralit dengan handphone di tangan.

" Kau tak nak kenalkan aku ke dengan dia ni?"

Aku sengaja ingin memancing Reza agar bercakap dengan aku pasal Mikayla. Yela, selepas dua minggu pulang dari Turki dia mahupun aku masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Aku sibuk dengan Ray, baba dan ami. Selepas kejadian yang penuh bersejarah itu, Ray dan baba membuat keputusan untuk menjual semua harta yang mereka ada di sana dan balik semula ke Malaysia. Syarikat syarikat yang ada di sana pun turut di bubarkan.

Yang tinggal hanya lah rumah agam milik datuk dan nenek. Itupun baba yang minta bekas tukang kebun lamanya dulu untuk tinggal di situ. Bekerja dan menguruskan rumah. Tak perlu lagi mereka nak tinggal kat tempat lain.

Farouk dan Feroz pula di sabitkan dengan hukuman penjara 40 tahun di atas kes pecah amanah, penggubahan wang haram, mafia, pelacuran serta dadah dan pemalsuan wasiat. Farouk meraung bila tuduhan itu di bacakan di hadapan dia semasa di bicarakan hari itu.

Manakala auntie Laila akan berdepan dengan hukuman gantung sampai mati. Di sebabkan dia bertanggungjawab di atas kematian datuk dan nenek, cubaan bunuh baba dan Ray. Dan juga menculik serta cubaan bunuh pada kami berdua. Dia hanya tenang bila tuduhan itu di bacakan. Tiada sikit pun airmata atau raut wajah yang kesal pada raut wajahnya. Dia seolah olah dalam dunia dia. Khayal tanpa rasa.

"Betullah apa yang Ray suka cakap pada aku pasal kau.."

Reza hempuk tangan aku dengan handphone di tangannya. Meringis sakit aku jadinya. Nak sedarkan orang berangan pun buat lah baik baik. Ni di hempas dengan handphone sakit dooo..

"Sakitlah sengal! Apa yang Ray cakap?"

Aku pandang Reza di hadapan. Dia senyum menyinis.

"Tak ada apa sangat yang dia cakap kan.. Cuma dia ada pesan kat aku bila jumpa kau dan kau asyik berangan je. Sila lah hempuk dia kuat kuat."

Reza terkekeh kekeh ketawa. Seronok dapat mengenakan aku. Ketawanya sedikit mengendur bila pelayan restoran meletakkan juadah makanan yang kami pesan. Mikayla di sebelah aku pandang dengan hujung mata.

" Haa.. Jangan kau ingat aku lupa ye dengan soalan aku yang tak berjawap tadi. Jawab soalan aku. Jangan main konar leper je tahu."

Reza terkulat kulat. Mata dia sekejap memandang Mikayla. Sekejap dia pandang aku. Susah ke soalan aku tadi? Rasanya bukan susah mana pun.

" Ermm.. Macam mana nak cakap ye.. Aku dan Mikayla ni pernah jadi.."

"Kawan.. Dulu dulu.. Saya kawan baik arwah isteri Reza."

Mikayla pantas memotong. Nak tunggu Reza dok berjeda. Dok bermukadimmah mahu esok aku tetap tak tahu siapa sebenarnya Mikayla ni.

"Oo macam tu. Dah korang sebenarnya dari mana lagi?"

Aku pandang Mikayla. Sebelum mata aku labuhkan semula pada Reza. Dia masih diam tanpa kata dan berlagak macam kami berdua ni tak wujud pun depan dia.

"Kami dari Terengganu. Saya baru habis photoshoot kat sana. Kebetulan Reza cakap dia nak balik KL jadi dia ajak saya tumpang dia."

Mikayla tersenyum kepada aku. Dari tadi lagi Mikayla je yang dok pot pet pot pet. Lelaki kat depan ni dah hilang keupayaan untuk bercakap ke apa?

Aku senyum membalasnya.

" Sepanjang dari Terengganu ke sini mulut dia ada tercabut ke atau jatuh kat mana mana ke?"

Aku pandang muka Mikayla. Mikayla mengerutkan kening. Jelas dia tak faham. Aku sengaja jeling muka Reza dengan hujung mata. Barulah Mikayla faham. Dia ketawa kecil.

"Tak kot...."

"Haaa.. Elok sangat lah tu. Jumpa geng nak mengata aku."

Reza tarik muka. Dia jeling tajam pada Mikayla. Entah kenapa aku rasa dalam pandangan Reza ada sesuatu buat perempuan di sebelah aku. Nanti nanti lah aku tanyakan.

Mikayla senyum. Dia tarik pinggan nasi di hadapan nya. Bersedia untuk makan.

"Kayla.."

Dia paling wajah kepada aku. Sesudu nasi di suap ke mulut. Reza di hadapan buat tak tahu. Sibuk melantak. Aku letak sudu di atas pinggan.

"Awak ni model kan? Sebab saya rasa macam pernah tengok awak somewhere. Cuma tak ingat."

Dia senyum lagi. Memang perempuan ni murah dengan senyuman.

"Betullah tu. Tapi saya model cikai cikai je. Awak tengok di majalah ke?"

Dia sambung menyuap. Model cikai cikai? Kalau pernah memperagakan pakaian brand dari luar negara cikai cikai ke tu?

"Rasanya majalah. Tapi tak silap saya awak pernah keluar kat iklan tv untuk Lancome kan? Wow, Kayla itu bukan cikai cikai tau. Awak dah superb sangat tu."

Dia sedut air di dalam gelas. Mata dia kalih ke arah Reza sedikit. Mungkin sedar dirinya di perhatikan. Mata mereka berlaga. Sebelum Mikayla pandang semula kepada aku.

Kan aku dah cakap, mereka berdua ni ada sesuatu sangat.

" Lancome tu salah satu batu loncatan buat saya. Banyak lagi usaha yang saya kena buat. Banyak lagi komitmen yang saya kena galas. Tak mudah Maira nak sampai ke tahap ini. Eh, cakap pasal saya. Awak kerja apa?"

Dia kembali menyambung makan. Aku rasa dia tak tahu pasal aku. Ye, dia tak tahu. Atau mungkin Reza tak pernah bagitahu.

" Saya belum kerja.. Duduk melangut mengira bintang dan bulan."

Dia ketawa. Mata dia bersinar cantik.

" Biar betul awak ni? Comel lah Maira ni.. Awak dengan Reza sepadan sangat."

Dan dan masa tu Reza sedang minum air. Terus dia terbatuk batuk kuat. Muka dia memerah. Padan muka.

" Eh, jangan salah faham. Saya dan Reza kawan je. Lagipun dia kenalan rapat suami saya. Ray Idhlan. Mereka pernah sama sama bertugas."

Dia kelihatan terkejut.

"Yeke? Maira nampak muda sangat. Kayla tak sangka yang Maira dah kahwin. I thought you someone special to him."

Dia pandang Reza dari hujung mata.

"Apa tak laku sangat ke aku ni sampai bini orang pun nak try?"

Dia pandang tajam. Terkulat kulat Mikayla dengan pandangan itu. Nada Reza kedengaran agak menyindir. Dan aku tak sukakan ketegangan yang mula wujud ini.

"Dah kau tak cerita kat dia, mana lah dia nak tahu. Kau ni pun satu Reza.. Tak payah layan dia.."

Aku capai jemari Mikayla. Dia hanya senyum serba salah. Sedaya upaya aku lihat mata dia di bawa untuk tidak memandang Reza. Terasa hati kot.

"Elok lah tu. Buat terus aku macam tugu negara.."

Reza mendengus sedikit. Aku jengilkan mata kepada dia. Dan macam biasa dia buat tak tahu.

"Dah kau yang berat mulut tak nak cakap cakap dengan kitaorang. So, merasa lah kau untuk jadi tugu mahupun tunggul."

Dia pandang aku dengan wajah yang aku tahu. Dia tidak puas hati!

"Ya.. Ya.. Bila perempuan jumpa kawan. Yang lelaki di lawan lawannya."

Aku ketap bibir. Geram. Sengaja nak cari gaduh.

"Kau ni dah kenapa?"

Aku hangin..

"Sikit sikit nak naik angin."

Dia jeling aku. Aku buat tak tahu. Terus paling semula wajah ke arah Mikayla.

"Errr.. Maira cakap tadi suami Maira nama Ray.. Ray Idhlan kan?"

Aku senyum. Mengangguk. Pantang dengar nama suami sendiri mula lah senyuman manis merekah di bibir aku.

"Kenapa? Kayla kenal ke?"

Dia angguk mengiakan.

"Syarikat arwah abang saya pernah berurusan dengannya. Masa tu some of our staff handle it. And bilik pejabat dia itu Kayla yang bagi pelan. Senang citer, selain model. I'm an architect and also a interior designer."

Terus aku melopong. Bilik pejabat Ray yang serba canggih. Nampak mewah dengan hiasan dalaman yang nampak lain dari yang lain itu adalah hasil air tangan dari Mikayla dan syarikat abang dia? Wow.

" Biar betul? Berbakatnya Kayla.. Tak sangka betul Maira dapat jumpa orangnya kat sini. Sekarang Maira memang jeles besar. Dah lah cantik. Berbakat pulak tu."

Dia ketawa lagi.

"Hey, jangan terlalu memuji. Nanti takut makan diri tuan badan yang terkena pujian. Tu semua hanya part timer. Kalau ada masa terluang atau bila kerja tu memaksa Kayla untuk buat. So memang Kayla akan turut serta dalam urusan pejabat."

"Haa.. Memang.. Boleh buat kerja yang lagi bagus kerja entah apa apa juga yang dia gilakan."..

Sedassss! Terus air muka Mikayla berubah jadi keruh. Aku terus jeling muka Reza.

"What? Aku cakap benda betul kot.. Dia ni bukannya vodo vodo. Dia belajar tinggi tinggi tapi lastly pilih kerja yang buatkan dia melaram sini dan sana. Macam tak ada masa depan tahu. Dedahkan badan kat media massa. Uh, is that something that you really wanted for?"

" Sekurang kurangnya aku bangkit dari terus terperuk dalam dunia yang tak nyata. Aku tak hidup dalam kenangan lalu. Aku memaafkan dan aku mulakan hidup baru. Kau apa yang kau tahu? Keep blaming others for nothing."

Aku pandang Mikayla dan Reza. Mata mereka bertembung. Reza dengan rahang yang terketap ketap dan Mikayla dengan mata sayu bening.

" Haa.. Cakap pada orang yang cuba lari dari salah sendiri. Kalau aku tak boleh salahkan korang habis tu aku nak salahkan siapa? Atuk aku? Moyang aku? Atau moyang Maira?

" Hey.. Apa ni? Kena libatkan aku pulak. Kejap.. Kejap.. Apa semua ni. Kenapa nak gaduh gaduh.. Korang berdua ni dah kenapa?"

Aihh.. Naik pening aku melayan perangai entah apa apa. Ikutkan hati memang aku dah tinju muka Reza. Mulut longkang sangat.

"Maira.. Kayla dengan Reza dah lama kenal. I'm bestfriend to his late wife. Zurin.. Dia memang bencikan saya. Sebab arwah abang saya yang telah meragut nyawa isteri dia. So, biasalah tu kalau kami gaduh macam ni. Sorry tau buat Maira rasa tak selesa."

Mikayla tunduk memandang pinggan di hadapan. Nasi yang di makan hanya sedikit sahaja terusik. Kesian dia. Aku jadi makin geram dengan Reza.

" Dah.. Dah.. Kalau kau nak sambung gaduh lagi silakan kejap lagi. Sekarang kita makan dulu."

Aku bulatkan mata ke arah Reza. Mengugut dia untuk diam kan mulut pedas dia tu. Cakap tak serupa bikin. Tak pandang kiri kanan langsung.

Mikayla di tepi masih diam. Tapi dia dah mula menyuap kembali. Lambat lambat nasi di kunyahnya. Aku tahu bila berada dalam situasi macam ni, selera makan pun jadi terbantut sama. Dan ini semua gara gara Reza. Elok pulak dia melantak depan aku. Sampaikan sempat dia cilok cebisan ayam goreng berempah di dalam pinggan aku.

Ni kalau Ray tengok mahu kena luku dia nanti. Ray tu cemburu dia boleh tahan juga. Ini pun kira dah habis baik dia bagi aku jumpa dengan Reza.

"Reza. Yang beria sangat kau ajak aku jumpa hari ini ada apa je sebenarnya?"

Aku suap nasi ke mulut. Restoran kegemaran aku hari ini nampak agak lenggang dari biasa. Iye lah, sudah melepasi waktu tengah hari. Masing masing yang bekerja mestilah sudah masuk ke pejabat semula.

" Saja. Nak lepaskan rindu..".

Screctttt.

Aku pandang dia tajam. Dan dia tergelak kecil. Ee kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni.

"Mr.R. Suruh aku ajak kau makan. Katanya dia ada hal sikit hari ini. Alang alang dia tahu aku nak balik KL so dia bagitahu aku suruh temankan kau makan."

Patut pun tadi beria ria je dia suruh aku keluar makan sorang sorang. Katanya dia ada kerja nak di bereskan. Cara dia macam ada sesuatu yang dia rahsiakan. Bila aku cakap dia tak bimbang ke aku keluar makan sendiri. Dia terus cakap yang aku akan ada teman yang temankan.

Ceit! Teman aku pula yang paling aku meluat. Reza.

Lepas aku tahu dia main main kan aku masa di Turki dulu terus aku buat layan tak layan je kat dia. Jenuh juga dia nak memujuk aku. Yela, senang senang je dia cakap dia datang Malaysia sebab kerja as bodyguard untuk konsultant dari Turki. Padahal dia memang warganegara Malaysia pun. Dah tu celah mananya yang dia hanya tinggal 5 tahun je kat sini.

Aku tahu pun bila aku perasan dia keluarkan kad pengenalan dia dari dompet. Aih aku bengang gila. Sempatlah juga aku meninju dia sebarang dua.

Dan paling yang aku tak sangka dia ni dah kenal lagi lama Ray berbanding angah dan yang lain lain. Dia juga tahu pasal aku dan Mr. R. Sebab dia pun pernah berada di tempat yang Ray pernah ajak aku jumpa. Masalahnya, aku tak jumpa jumpa pun dengan Mr. R hari tu. Dia mainkan aku. Buat aku tercongok berjam jam lamanya di restoran makanan segera burger King. Bayang dia sepatah haram pun tak ada.

Makanya balik sahaja dari situ. Aku terus buat keputusan untuk block dia dari akaun Facebook aku. Dan aku di activated akaun Facebook terus. Padan muka dia. Rasakan.

"Maira.. Errr.. Kayla kena gerak dulu tau. Maira sambung lah cakap dengan Reza."

Mikayla dengan handphone di tangan sedang menekan nekan sesuatu.

"Kayla nak pergi mana?"

Dia nampak gugup. Namun muka dia di maniskan.

"Ermm. Kayla nak balik dulu. Badan ni rasa penat pulak."

"Kau nak balik dengan apa?"

Reza mencelah. Muka dia garang. Lagi garang dari tadi.

"Aku dah WhatsApp grab. Kejap lagi dia sampai. Kau tak payah hantar aku. Bagi sini kunci kereta kau aku nak keluarkan beg."

Mikayla hulurkan tangan ke arah Reza. Aku lihat muka Reza benggang semacam. Mikayla hanya pamer raut selamba. Aku tahu Mikayla berasa hati dengan Reza. Kalau tak takkan lah dia nak balik secepat ini.

" WhatsApp grab tu cakap cancel. Aku yang ambik kau. Aku juga yang akan hantar kau balik dengan selamat.."

"Kenapa pulak? Aku nak pergi tempat lain juga ni. Aku.."

"Kau nak kemana? Ke bulan ke? Aku akan hantar kau tak kira kau nak ke Pluto sekalipun."

Mikayla ketap bibir. Geram dengan perangai mengarah Reza.

"Tak nak lah. Aku nak balik dengan grab."

"Peduli apa aku kau nak ke tak nak. Aku juga yang akan hantarkan kau."

"Aku cakap tak nak. Tak nak lah."

Mikayla merengus geram. Kepala aku mula terasa pening semacam. Macam nak tumbang. Berdenyut denyut dia buatkan aku terasa bagai nak pitam. Kepala mula nampak berpinar. Bagaikan dapat lihat bintang bintang mula mengelilingi kepala masing masing.

" Maira!"

Mikayla menjerit kecil. Sempat badan aku di tariknya dari melorot jatuh ke tepi.

"Ni kau lah punya pasal.."

Mikayla memarahi Reza.

"Apa aku pulak? Kau lah.".

"Kau lah yang sengaja cari gaduh dengan aku. Tengok dia stress sampai pengsan tahu."

Sudahnya hanya perkataan itu yang aku dengar sebelum mata aku terus tertutup penuh. Gelap dan gelap.

Haih.. Reza ni mulut dia boleh tahan. Sakit pulak ati kita yang membaca. Jangan ingat Sha yang tulis story ni Sha tak stress dengan dia tau.

Agak agak korang yang baru baca tu apa yang jadi dengan Maira?

Yang dah tahu tu. Shuhh! Jangam citer. Babap kan.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
627K 23.3K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
131K 5.4K 50
𝐇𝐒𝐬 𝐋𝐒𝐭𝐭π₯𝐞 π€π¦π¨π«πž 𝐗 π‡πžπ« 𝐁𝐒𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐒π₯π₯𝐚 ⊰⊹ฺ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...
21K 1.2K 37
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey Γ— Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ β€’β€’β€’β€’β€’ [ one girl Γ— seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...