The Secret

By sarangdungy13

38.9K 4.3K 425

Gerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menj... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Ulangtahun Yang Pertama!
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
69
70
71
72 - FINAL
AUTHORS' NOTES
AUTHORS' NOTES #2
MINTA JASA BAIK KALIAN😭 -updated 2.7.2021

68

399 52 2
By sarangdungy13

Farhana sudah menangis teresak-esak sambil dipeluk anak kesayangannya, Ayeesha. Gadis kecil itu turut mencurahkan air mata tanpa henti melihat mamanya yang tidak keruan.

Memori.

Sebelum menjejakkan kaki ke rumah ini lagi, ustaz Kamil telah mendapat bayangan, atau dikenali sebagai vision oleh orang Putih. Ini lah bayangannya.

Apabila ustaz Kamil dan Mason terperangkap di dalam bilik semasa hendak membakar artifak yang mereka jumpa, syaitan Max telah standby di luar lorong itu hendak menangkap dan menjadikan mereka korban. Ustaz Kamil dan Mason sudah tercungap-cungap dan cemas, barangkali otak juga sudah ketandusan idea hendak merancang apa-apa taktik. Dari dalam lorong itu sahaja cukup untuk mendengar hilaian tawa penuh kejahatan, tentunya datang dari syaitan suruhan Max.

Bilalah dia mahu sedar yang syaitan itu hanya makhluk jua, tidak ada daya kuasa yang lebih hebat berbanding Allah. Tidak mengapalah, Allah lebih tahu segala yang sudah disusun-Nya. Mungkin belum sampai hidayah. Atau mungkin sudah sampai hidayah pada Max, namun tiada taufiq. Ada beza antara hidayah dan taufiq. Ada pendapat mengatakan, hidayah bermakna petunjuk manakala taufiq membawa makna kekuatan. Ibaratnya, apa gunanya petunjuk yang ada jika diri kita sendiri ini tidak mempunyai kekuatan untuk mengikut petunjuk. Kerana itu orang sering mengatakan, wa billahi taufiq wal hidayah yang maksudnya, semoga Allah mengurniakan kamu kekuatan dan petunjuk.

Mason dan ustaz Kamil mula membasahkan lidah dengan bacaan ayat-ayat pendinding tanpa henti. Hanya Allah sahaja yang mampu menciptakan keajaiban tika ini. Hilaian syaitan itu semakin kuat memenuhi lorong itu.

Syaitan tak guna itu mengilai lebih kuat.

"Mencium bau nerakalah kalian, orang agama tak guna! Menyusahkan kerja aku, ya ? Tunggulah sampai aku dapat kau. Memang terus join aku dekat neraka!"

Ustaz Kamil dan Mason sudah menggigil-gigil tangan mereka. Namun hati terus berdoa. Syaitan itu sudah semakin dekat. Akhirnya, ustaz Kamil dan Mason reda kalau nyawa mereka diambil tika ini.

"Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!
ALLAHUAKBAR!"

Laungan takbir itu mampu membuatkan sesiapa yang mendengarnya sebak dan sayu. Bagi ustaz Kamil dan Mason, bulu roma mereka meremang dengan hebat. Dan ada satu perasaan terkejut mengalir dalam darah mereka. Dari mana datangnya suara takbir yang kuat itu?

Namun mereka hanya mampu mendiamkan diri. Terdengar suasana di luar lorong itu sudah riuh, seperti ada pertempuran sahaja bunyinya.

"Kau akan terima balasan atas segala kejahatan kau, syaitan! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Kuasa!"

Suara itu bergema sehingga ke dalam lorong tempat Mason dan ustaz Kamil berada. Suara hilaian syaitan itu juga semakin kuat. Meraung-raung tidak tentu hala.

Mata Mason membulat, begitu juga dengan ustaz Kamil. Mereka tergamam.

"Ustaz, bukankah itu suara Khairani? Apa yang dia buat di sini ?" , Mason membuka bicara setelah dia mengecam suara Khairani.

Ustaz Kamil terangguk-angguk. Ya! Benar, itu suara Khairani. Apa yang dia fikirkan sehingga dia boleh berada di sini. Perlahan-lahan, ustaz Kamil memberi isyarat mata kepada Mason supaya mereka senyap-senyap mengintai apa yang berlaku. Mason tersenyum semangat. Dia mencapai sebatang kayu buruk yang berada di tepi mereka, sebagai persiapan sahaja, walaupun dia tahu kayu tersebut tidak cukup untuk membunuh syaitan itu. Kita kena percaya yang sebarang alat itu hanya wasilah(penghubung) sahaja dalam kehidupan kerana Yang Maha Berkuasa cumalah Allah Yang Esa.

Ustaz Kamil mengambil langkah terlebih dahulu sebelum diikuti dengan Mason di belakangnya. Ya, mereka telah keluar dari lorong tadi. Dari jauh, mereka nampak Khairani sedang bergelut dengan syaitan itu. Khairani tampak keletihan namun ada sinar keberanian dan ketabahan di mukanya. Mungkin Allah membantunya.

Ustaz Kamil mengambil keputusan untuk membantu Khairani dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Mason pula hanya melihat keadaan sekeliling, mencari apa-apa yang boleh digunakan untuk memukul syaitan itu. Aha, Mason menjumpai sebilah parang yang nyatanya sudah usang di celah-celah rak buku di bilik itu.

Khairani dan syaitan itu masih tidak perasan akan kehadiran ustaz Kamil dan Mason. Ini petanda yang baik.

Kini syaitan itu sedang membelakangi Mason dan ustaz Kamil. Khairani yang sedang menghadap ke arah mereka membeliakkan matanya besar. Ya, bagus. Khairani sudah perasan. Mason memberi gerak mulut, "kepit kepala dia ". Khairani yang dapat menangkap gerak mulut Mason terus sahaja mengepit kepala syaitan itu dengan lengannya. Lebih kuat.

"Lepaskan aku! Lepaskan akulah, manusia tak guna! Tunggulah sampai aku bagitau tuan aku! Lepaslah!"

Makin menjadi-jadi pula syaitan ni memekak. Kacau daun betul.

Ustaz Kamil terus berdiri dan menadah tangannya. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tadi ditiup perlahan ke telapak tangannya dan terus dihalakan pada syaitan itu. Syaitan itu apa lagi. Terbakar habis. Mason pula menyerbu dan menyerang dengan parang yang dijumpainya. Kepala syaitan itu ditetak oleh Mason penuh semangat. Allahuakbar, tiada daya kekuatan melainkan Engkau ya Allah.

Khairani yang sedang mengepit kepala syaitan itu jua rebah selepas syaitan itu tumpas. Tangan kirinya terasa lembik, dia agak sudah patah sahaja tangannya. Kemudian terus sahaja dia pejamkan mata dengan sayu. Dia letih. Itu sahaja yang dia tahu. Bayangan Farhana dan Ayeesha menjelma. Bibirnya mengungkap sayu, "Hana, abang sayang Hana. Ayeesha, maafkan papa."

Gelap. Dunianya gelap.

Memori berakhir.

Anehnya, ustaz Kamil beranggapan bahawa bayangan yang dia dapat itu akan terjadi. Namun, tidak. Sangat berbeza dengan kenyataan. Pasti gangguan syaitan sahaja pada hatinya dan fikirannya.

Disebabkan itulah ustaz Kamil berasa hairan, kenapa bayangannya kali ini tidak terjadi. Realitinya sekarang, mereka berjaya melepaskan diri dari lorong itu, cuma sekarang mereka semua terperangkap dalam bilik ini dan syaitan itu semakin hampir. Ustaz Kamil sungguh keliru sekarang ini. Apa makna bayangan dia dapat itu? Dia yakin ada maknanya cuma dia tak jumpa! Kalau dia jumpa, mereka boleh menyelamatkan diri.

Max sudah ketawa terbahak-bahak. Dia sedang memerhatikan wajah ketakutan mereka semua menerusi bebola sihirnya. Bebola itu bercahaya namun bukan dengan cahaya yang cantik, tapi cahaya merah seperti sedang terbakar. Max cepat-cepat menyiapkan segala perkakas pemujaan. Sudah 13 September. Tapi Max yakin mereka semua ini tak sedar tentang tarikh itu. Max sudah merencana semuanya dari awal. Termasuklah perkahwinan anak Pak Mad. HAHAHA. Max ketawa kuat. Dia telah terlebih dahulu menyihir Pak Mad sekeluarga tanpa mereka tahu. Dia sengaja menyihir pemikiran Pak Mad sekeluarga supaya mempercepatkan majlis perkahwinan itu pada 13 September. Asalnya, perkahwinan anak Pak Mad itu akan diadakan pada 20 September, bersempena hari lahir Pak Mad. Tapi Max sengaja menyihir fikiran menantu Pak Mad untuk membentak dan terus majlis itu diawalkan. Ini semua sudah dirancang rapi oleh Max kerana dia tahu Pak Mad sekeluarga pasti menjemput Khairani dan Mason, tak lupa juga Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi. Lagi senanglah kerja Max untuk mengumpulkan mereka semua dan Max tidak cuai untuk tidak meracuni fikiran Ayeesha supaya anak kecil itu teringat akan bunganya. Sungguhlah, syaitan memang musuh yang nyata. Manusia yang dirasuk syaitan apatah lagi! Sudah terang lagi bersuluh.

Semuanya dirancang, dan kini, Max sedang mendidihkan sekawah besar air. Akan direbusnya tulang belulang Khairani setelah dia mengerat tubuh mereka.

Farhana yang masih menangis menbuatkan Max berasa jengkel. Pisau dibenamkan sedikit pada leher Farhana. Lebih tepatnya, gambar Farhana. Terus sahaja terdiam wanita itu. Max tersenyum mengejek. Huh. Lemah. Mana Tuhan yang kau cakap nak tolong kau ?

Ayeesha sudah terdiam. Dia tahu dialah yang Max mahukan kerana jiwa sucinya. Ayeesha berharap semua ini berakhir tapi nampaknya, kehidupan mereka yang akan berakhir.


-Bersambung-
-Vote-
-Comment-

Assalamualaikum awak semua. Maafkan saya sebab lambat sangat update. Jangan marah, nanti tak comel. Senyum je, okay? Semoga membaca dengan tenang. Sekali lagi, sorry. Hiks, terima kasih atas 10K readers. Teruskanlah menyokong kami. Siapalah kami tanpa anda semua. Terima kasih tak terhingga. Titipkanlah doa buat kami semua ya. Moga baik baik sahaja. Oh ya, selamat menyambut bulan Ramadan. Teruskan beramal ibadah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Aamiin..

Salam penuh kemaafan,
Author Seul.

:D


Continue Reading

You'll Also Like

202K 19.4K 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun p...
1.1K 312 20
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘡𝘦𝘯 𝘒𝘴 𝘏², 2024 Warning: Bacaan 15+ sahaja. Kisah mereka bertukar tubuh di bawah langit bersalji Malaysia. Haifa Auliya, gadis yang ber...
102K 4.4K 19
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama kerana tidak dapat balik untuk CUTI SEMESTER. Ini adalah pertama kali mereka terpaksa t...
2.7K 305 10
Badai sekali lagi datang melanda. Tiada siapa yang tahu bila ia bermula atau dari mana datangnya ia. Dalam sekelip mata Pulau Mentani menjadi huru-ha...