The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

16

12.4K 1.1K 56
By izkhai

-I wish a miracle will happen-

"Hazel." Theo memanggil nama Hazel dengan perlahan apabila melihat Hazel yang sudah mengalirkan air mata. Masing-masing juga berasa kasihan dengan Hazel.

"Sebab itu aku tak ada kawan dekat Harlley. Aku tak percaya siapa-siapa."
Air matanya diseka perlahan.

"Kenapa pandang aku macam itu?" Hazel tertawa kecil apabila semua mata tertumpu ke arahnya.

"Kau okey?" tanya Lucas dengan risau.

"Aku okeylah." Hazel menarik senyuman nipis dibibirnya.

"Kalau kau nak menangis, menangislah. Kita orang ada dengan kau." ujar Ethan. Hazel memandang Ethan dengan pandangan yang berkaca.

"Aku dah cuba tahan tapi tak boleh." Hazel melepaskan tangisannya disitu. Mukanya ditekup dengan telapak tangannya.

Theo menarik Hazel ke dalam pelukannya. Lucas turut memeluk. Ethan dan Jayden melakukan perkara yang sama. Mereka berpelukan di dalam satu kumpulan.

Masing-masing melepaskan pelukan apabila tangisan Hazel sudah semakin reda. Hazel tergelak kecil.

"Kau orang tak rasa geli ke peluk macam tadi itu?" usik Hazel. Empat jejaka itu tertawa mendengar usikan Hazel itu.

"Group hug pun not bad juga. Walaupun biasanya perempuan yang buat tapi boleh tahan best juga." ujar Lucas.

Hazel tertawa kecil. Sisa air matanya diseka.

"Hazel." panggil Theo. Hazel memandang ke arah Theo.

"Hm."

"Kenapa muka kau macam katak bila kau menangis?" usik Theo. Laju sahaja Hazel memukul lengan Theo. Theo tertawa.

"Eh? Bukan katak lah. Macam kerbau." celah Lucas. Dia juga turut ingin mengusik Hazel.

"She is look even more like a goat."

"Nope. Katak lebih sesuai." ujar Jayden pula.

"Kau orang ini!" rengek Hazel apabila diusik sebegitu oleh sahabat-sahabatnya. Empat jejaka itu hanya tertawa apabila dapat mengenakan Hazel. Hazel turut tertawa.

'They are know how to make me happy again.'

Hazel melambai ke arah Lucas, Ethan dan Theo yang menghantarnya pulang ke rumah. Apabila dia yakin kereta yang dipandu Lucas sudah menjauh, dia menahan teksi dan masuk ke dalam perut kereta itu.

"Saya nak pergi hospital." ujarnya. Pemandu teksi itu memulakan pemanduan menuju ke hospital. Perjalanan hanya mengambil masa setengah jam.

Hazel membayar tambang teksi. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan hospital itu dan menuju ke wad kakaknya.

"Hailey. Aku ini Hazel datang." ujar Hazel setelah punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di sebelah katil.

"Kau bila nak seda,r Hailey? Kau tak kesian ke dekat aku, mama dan papa. Kita orang tunggu kau sedar. Tolonglah, sedar." ujar Hazel dengan perlahan.

Tangan Hailey digenggam erat. Dia melihat dada Hailey yang berombak perlahan. Wajah itu walaupun kelihatan pucat tetapi kelihatan tenang saja.

"Aku bagitahu kawan-kawan aku pasal kau. Tak apa, kan? Kau tak marah, kan?" tanya Hazel perlahan.

"Hailey. Aku rindu kau sangat-sangat. Cepatlah sedar. Aku nak tengok kau senyum macam dulu. Aku nak keluar sama-sama dengan kau. Aku nak tidur dengan kau. Aku nak dengar kau nyanyi untuk aku sebelum tidur macam dulu. Aku rindu nak dengar kau membebel dekat aku bila aku sepahkan bilik kau. Aku nak dengar kau marah aku bila aku sesuka hati rembat unicorn kau. Aku rindu semuanya tentang kau. Sedar, please."

"Hailey. Aku keluar sekejap. Tak lama. Sekejap saja tahu " pamit Hazel. Hazel berlalu keluar. Tangisannya pecah apabila dia mengambil tempat duduk di kerusi menunggu.

Badannya dibongkokkan. Kedua belah sikunya terletak di atas pehanya. Mukanya ditekup dengan kedua belah tangannya sambil menangis. Tiba-tiba seseorang memeluknya. Dia kenal dengan bau minyak wangi itu.

"Shh. Aku ada."

Hazel hanya memerhati Mia yang mengelap tangan Hailey dengan kain lembap itu.

"Kau datang dengan siapa?" tanya Hazel ingin tahu. Selama setahun ini, ini adalah pertama kali dia berjumpa dengan Mia setelah dia berpindah.

"Seorang. Driver aku hantar. Kau sihat?" balas Mia. Dia mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan dengan Hazel.

"Macam ini saja lah. Kau sihat?" balas Hazel.

"Sihat."

"Aku rindu kau." Mia memeluk Hazel erat. Hazel membalas pelukan.

"Aku pun." ucap Hazel perlahan. Pelukan terlerai. Hazel memandang Hailey. Mia turut mengalihkan pandangan memandang Hailey.

"Dah setahun dan masih lagi tak ada perubahan." ujar Hazel dengan perasaan sedih.

"Aku harap sangat Hailey akan sedar." kata Mia. Mia menundukkan kepalanya.

"About Anna and Cora, dia orang..."

"No, I don't want to talk about them."

"Tapi..."

"I say no means no, Mia." Hazel bersuara tegas. Marah apabila dua baris nama itu dibangkitkan di hadapannya. Dia cukup benci mendengar nama itu.

"Sorry tapi aku cuma nak..."

"Mia!" Hazel membari amaran.

Mia menunduk. Hazel mengalihkan pandangannya memandang ke luar tingkap.

"I'm so sorry." ucap Mia dengan perasaan yang serba salah.

"Kau balik bila?" tanya Hazel perlahan cuba untuk mengalihkan topik. Dia cukup sensitif apabila nama Anna dan Cora dibangkitkan.

"Mungkin petang sikit. Parents aku outstation dekat sini. Sebab itu aku nak ikut. Kalau sempat aku nak jumpa aunty dengan uncle." kata Mia.

Hazel mengangguk mengiyakan.

"Jom. Parents aku ada dekat rumah. Hujung minggu kan. Cuti lah." Hazel bangkit berdiri. Begnya disandang ke bahu. Dia berjalan mendekati Hailey. Dahi kakaknya itu dicium.

"Aku balik dulu. Cepatlah sedar. Aku rindu kau. Nanti aku lawat lagi." bisik Hazel perlahan.

Mia turut berbisik sesuatu. Dia mengikuti langkah Hazel. Lengan Hazel dicapai.

"Kau marah aku lagi ke, Hazel?" Hazel tersenyum lalu menggelengkan kepalanya sebagai jawapan.

"Aku tak sanggup nak marah lama-lama. Kawan aku ini." Leher Mia dipeluk. Mia tersenyum. Mereka berjalan beriringan.

"Lagi tadi aku nak tanya. Kaki kau itu kenapa?" tanya Mia sambil memandang kaki Hazel itu.

"Jatuh pagi tadi." Mia menggelengkan kepalanya.

"Jom. Driver aku hantar." ajak Mia.

Hazel mengangguk setuju. Mereka berdua memboloskan diri ke dalam sebuah kereta berwarna putih.

Mereka tiba di bangunan yang menempatkan kondominium dan salah satunya adalah kediaman Hazel sekeluarga. Mereka berdua menuju ke rumah Hazel.

"I'm home!" ujar Hazel. Dia menggamit Mia masuk ke dalam rumahnya. Pintu tertutup dan terkunci semula.

"Ma! Pa! Ada seseorang yang spesial nak jumpa ini!" ujar Hazel. Puan Rozy yang berada di dapur bergegas ke ruang tamu. Encik Zachary yang membelek ipadnya di meja makan turut ke ruang tamu.

"Mia!" Puan Rozy memeluk badan Mia erat. Rindu benar dia dengan gadis itu. Mia membalas pelukan.

"Mia sihat?"

"Sihat. Aunty sihat?"

"Sihat."

Mia menunduk sedikit badannya di hadapan Encik Zachary. Encik Zachary tersenyum tanda menyapa.

"Uncle sihat?" tanya Mia sekadar ingin bertanya khabar.

"Macam ini sajalah."

"Jom, duduk. Aunty buatkan air sekejap." Mereka mengambil tempat di sofa. Puan Rozy pula berlalu ke dapur.

"Mia datang dengan siapa?" tanya Encik Zachary.

"Driver hantar. Parents Mia ada kerja dekat-dekat sini. Alang-alang itu melawat Hailey sekali. Selepas itu, terjumpa pula Hazel dekat hospital tadi. Itu yang Mia kata dengan Hazel nak jumpa uncle dengan aunty." balas Mia panjang lebar.

"Belajar okey?" tanya Puan Rozy yang tiba dengan dulang yang di atasnya terletak sejag air oren dan beberapa gelas. Air dituang ke dalam gelas.

"Okey." balas Mia ringkas.

"Jemput minum." Puan Rozy mengambil tempat duduk di sebelah suaminya. Mia tersenyum sambil menganggukan kepalanya.

"Ini balik bila?" tanya Puan Rozy ingin tahu.

"Kalau driver Mia call nanti Mia baliklah. Kena ambil parents Mia selepas itu baru gerak balik Paris. Lagipun esok sekolah." Puan Rozy mengangguk faham.

"Bual-buallah dengan Hazel. Mesti rindu kan setahun tak jumpa. Aunty nak kena sambung masak ini. Dah nak dekat pukul 6 ini." kata Puan Rozy.

"Terima kasih." ucap Mia.

Puan Rozy menganggukan kepalanya dengan senyuman yang terhias di bibirnya lalu mengatur langkahnya ke dapur.

"Uncle pun ada kerja. Berbuallah." Encik Zachary turut bangkit lalu berlalu pergi.

Hazel dan Mia mula berbual melepaskan rindu. Macam-macam yang mereka bualkan.

Perbualan mereka berdua terhenti apabila loceng rumah kedengaran. Hazel bergerak ke pintu. Dia cuba melihat di skrin yang berada di tepi pintu untuk melihat siapa yang datang tetapi skrin hanya gelap. Pintu dibuka.

"Suprise!" Satu bouquet coklat disua dihadapan muka Hazel.

Hazel tertawa kecil melihat wajah empat jejaka itu. Tidak sampai tiga jam berlalu dan kini mereka berjumpa kembali. Bouquet itu diletakkan di atas meja yang terletaknya barang hiasan.

"Siapa itu, Hazel?" tanya Puan Rozy dari dapur.

"Anak-anak lelaki mama." balas Hazel. Puan Rozy tersenyum lebar lalu melangkah keluar dari dapur untuk menyambut empat pemuda itu.

"Mama!" Theo menjerit teruja lalu memeluk Puan Rozy. Ini baru kali kedua mereka berjumpa tetapi mereka sudah akrab. Puan Rozy membalas pelukan.

"Kenapa nak datang tak bagitahu?" tanya Puan Rozy usai meleraikan pelukan. Encik Zachary pula hanya memandang. Dia tidak kenal dengan empat jejaka itu.

"Saja nak suprise. Lagipun nak lawat orang sakit." balas Lucas dengan sengihan.

"Sakit? Siapa sakit?" tanya Puan Rozy pelik.

Lucas menunjuk ke arah kaki Hazel. Membulat mata Puan Rozy.

"Bilanya berbalut itu? Asal mama tak perasan? Pagi tadi bukan main elok keluar." Hazel memandang tajam Lucas.

Bukan main susah tadi dia sorok daripada pengetahuan kedua ibu bapanya dan semudah itu sahaja Lucas memecahkan rahsianya.

"Luka sebab jatuh." balas Ethan bagi pihak Hazel. Hazel mengembungkan pipinya.

"Theo buat! Marah dia!" sambung Hazel sambil menunjuk ke arah Theo. Theo tersengih.

"Macam-macam lah kau orang ini. Dah pergi duduk sana." Puan Rozy berlalu pergi ke dapur. Sempat empat jejaka itu menyapa Encik Zachary. Encik Zachary tersenyum dan mengangguk.

"Hazel siapa ini?" tanya Theo dengan sengihan. Dipandang wajah Mia dengan senyuman manis.

"Mia. Kawan rapat aku dekat Paris. Aku ada cerita pasal kawan-kawan aku dekat kau orang." balas Hazel.

"Oh Mia."

"Mia ini kawan-kawan aku. Ini Lucas. Ethan. Jayden. The..."

"Saya Theo! Hai!" potong Theo. Theo melambai ke arah Mia dengan senyuman manis. Mia tersenyum dan membalas lambaian.

"Handsome lah kawan-kawan kau ini." bisik Mia perlahan. Hazel tersenyum dan menganggukan kepalanya mengiyakan kata-kata Mia itu.

"Ambillah seorang. Tapi yang dua itu jangan. Lucas dengan Theo. Indah rupa daripada perangai." bisik Hazel kembali.

Mia tergelak kecil.

"Bisik apa ha?" celah Lucas. Dia memandang Hazel tajam.

Hazel menjelirkan lidahnya. Mia mengangkat panggilan apabila telefonnya berdering minta diangkat.

"Okey. Sekejap lagi Mia datang." Panggilan dimatikan. Dia memandang ke arah Hazel yang duduk di sebelahnya.

"Aku dah kena balik." kata Mia.

"Aunty. Uncle. Mia dah kena balik." pamit Mia apabila tiba di dapur. Puan Rozy memeluk sebentar badan Mia. Encik Zachary tersenyum kepada Mia.

"Kalau ada masa datanglah lagi." ujar Puan Rozy. Mia mengangguk.

"Hati-hati. Jaga diri." pesan Encik Zachary.

"Uncle dengan aunty pun jaga diri." pesan Mia. Dia berjalan ke pintu rumah diikuti Hazel.

"Aku teman kau turun." ujar Hazel.

"Kau kan sakit kaki." kata Mia.

"Setakat luka dengan terseliuh sikit saja. Tak apalah. Lagipun kita kan jarang jumpa."

Mia menganggukan kepalanya mengalah. Dia menyarung kasut di kakinya.

"Bye, Mia!" Theo dan Lucas melambai ke arah Mia. Mia membalas lambaian dengan tawanya.

"Tak malu betul." komen Jayden. Ethan tersenyum dan menggeleng kepala.

Hazel dan Mia keluar dari rumah. Hazel menemani Mia sehingga ke tingkat bawah.

"Take care." pesan Hazel sambil memegang tangan Mia.

"Kau pun. Ada masa aku datang lagi." balas Mia dengan senyuman. Tangan Hazel yang menggenggam tangannya ditepuk beberapa kali dengan perlahan.

"Okey, bye." Hazel melambai ke arah Mia.

Mia turut melambai sebelum memboloskan diri ke dalam kereta milik keluarganya itu. Hazel memandang ke arah kereta itu sehingga hilang kelibatnya. Dia berpusing ke belakang.

"Bah!"

Buk!

"Eh Theo! Alamak! Sorry!" Hazel berlutut di tepi Theo yang terduduk akibat penangan tumbukan padunya.

"Sakit, Hazel. Kau tumbuk macam lelaki tahu, tak?" Theo menekup tepi bibirnya. Dia mendesir sakit.

"Itulah kau terkejutkan aku lagi. Kan dah kena. Lain kali buatlah aku terkejut lagi. Entah, entah kaki aku pula naik melekat dekat muka kau." bebel Hazel.

Theo hanya buat muka pasrah. Hazel membantu Theo bangun.

"Jom, naik atas." Mereka berjalan ke arah lift.

"Sakit sangat, ke?" tanya Hazel ketika di dalam lif. Dia tersenyum ke arah beberapa orang yang melangkah masuk ke dalam lif.

"Kau nak rasa? Aku boleh buatkan." Theo mendesir sakit apabila tepi bibirnya terasa sakit apabila dia bercakap.

Hazel tersengih sambil menggeleng laju.

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Seorang jalan terhincut-hincut. Lagi seorang lebam di tepi bibir.

"Yang itu dah kenapa?" tanya Ethan pelik apabila melihat Theo menekup tepi bibirnya. Theo menunjuk ke arah Hazel. Tepi bibirnya ditunjuk. Sudah nampak kebiru-biruan.

"Apa pula kali ini?" tanya Jayden pula.

"Dia terkejutkan aku. Aku tumbuk lah dia. Gerakan nastik. Bukan aku sengaja." balas Hazel dengan sengihan.

"Macam-macamlah kau orang ini." Hazel dan Theo mengambil tempat duduk di atas sofa.

"Lucas mintakan mama ice pack. Ada dekat dalam peti ais." pinta Hazel.

"Asal aku pula?" tanya Lucas tidak puas hati. Dia malas hendak bangun.

"Ethan tengok Lucas itu. Dia tak kesian langsung dekat orang sakit." ngadu Hazel.

Ethan memandang Lucas.

"Pergi sana." arah Ethan.

Lucas mencebik. Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Hazel sambil dia berjalan. Hazel menjelirkan lidah. Pusing sahaja kepala, Lucas terhantuk di dinding.

"Aduh!"

Semua di situ melepaskan tawa termasuk Jayden. Lucas menggosok dahinya. Bukan main kuat dia langgar tadi. Rasanya benjol ini nanti. Dia berjalan ke dapur.

"Mama Hazel nak ice pack. Nak dua." pinta Lucas.

"Dah kenapa pula?" tanya Puan Rozy dengan hairan.

"Theo tepi bibir dia lebam kena tumbuk dengan Hazel. Lucas ini kepala benjol." balas Lucas dengan sengihan. Tangannya masih menggosok perlahan dahinya.

"Abang tengok itu anak dara abang seorang itu. Ada pula ditumbuknya anak orang. Kawan dia pula itu." ujar Puan Rozy kepada suaminya. Dia berjalan ke arah peti ais.

Encik Zachary tertawa kecil. Tergeleng kepala dia dengan tingkah anaknya yang seorang itu. Kadang-kadang perangai seperti lelaki. Ganas semacam.

"Nah ambil ini." Pek air yang sebesar tapak tangan itu diberikan kepada Lucas. Lucas mengucap terima kasih.

"Dinner dekat sini saja boleh? Mama masak lebih." tanya Puan Rozy. Bersinar mata Lucas. Makan percuma!

"Boleh ke mama?" tanya Lucas sekadar inginkan kepastian.

"Ini mama dah pelawa, mestilah boleh." Puan Rozy tersenyum melihat Lucas berlari ke ruang tamu.

"Ambil ini." Satu pek ais dicampak ke arah Theo. Satu lagi dituam ke dahinya.

"Dinner sini tahu, guys. Mama ajak." ujar Lucas kepada sahabat-sahabatnya.

"Gosh! Bisa aja sih!" Theo tersenyum lebar. Dia mendesir sakit. Tepi bibirnya disentuh.

Hazel membuat muka. Habislah rumahnya akan riuh dengan adanya empat jejaka itu.

"Dah lah. Aku nak masuk bilik aku sekejap. Kau orang jangan nak buat rumah ini macam rumah kau orang sendiri." Hazel menyuakan penumbuknya lalu berlalu pergi.

Continue Reading

You'll Also Like

46.1K 3.2K 53
✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju...
32.7K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
1.7M 92.9K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...