The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

15

12K 1K 28
By izkhai

-I hope that I will be the one who
just thinking 'past is past'
but I'm not that person.
The past give me a lesson
to not repeat what has passed-

HAZELIZZ ZACHARY POV

Aku melangkah masuk ke dalam sebuah kereta berjenama Mercedes berwarna hitam di bahagian penumpang belakang.

"Sorry. I'm late." ucapku dengan senyuman. Aku sudah terlambat lima minit dari perancangan asal.

"Buat apa saja lama-lama dalam bilik itu?" tanya Hailey. Geram betul apabila adiknya itu lambat.

Aku tersengih. Aku menjengul kepala di antara tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu.

"Aku tak jumpa airpod aku." balasku tanpa rasa bersalah.

Nak buat macam mana? Aku terlupa yang aku bawa airpod aku masuk bilik air masa aku nak ambil pencuci muka yang Hailey minta.

"Alasan." Cora menyampuk. Sudah masak dengan sikapku yang sering terlewat itu. Masa itulah hendak hilang macam-macam benda.

"Mia dengan Anna mana?" Aku beralih tempat duduk di tepi tingkap belah kanan. Badan disandarkan manakala siku kananku diletakkan di pintu.

"Dia orang dah tunggu dekat mall." balas Cora. Dia memulakan pemanduan keretanya.

Kereta itu bukan miliknya malah kakaknya dan dia sering memandunya walaupun tidak mempunyai lesen.

Aku terdiam. Seperti ada sesuatu yang tidak kena di dalam situasi kami sekarang. Hailey dan Cora aku perhati dari tempat duduk penumpang di belakang itu.

Cora, Mia dan Anna ialah kawanku dan Hailey. Kami rapat sejak di menengah rendah lagi. Ketika itu, aku berumur 13 tahun. Hailey, Cora dan Anna sebaya, iaitu 17 tahun. Mia berumur 16 tahun dan aku sebaya dengannya.

Aku dan Hailey sangat rapat sebagai adik-beradik sehinggakan kawan juga kami mempunyai kawan yang sama. Dia sudah seperti kembarku. Dia memang kakak yang sangat baik dan memahami.

Tidak lama itu kami sampai di sebuah pusat beli-belah yang terkenal di Paris itu. Aku terlebih dahulu keluar dari kereta. Kami berlima ingin mengisi masa cuti kami dengan melepak di pusat beli-belah sahaja. Biasalah perempuan.

"Mia!" Aku menjerit teruja lalu memeluk Mia.

Antara Cora, Mia dan Anna , aku lebih suka dengan sikap Mia yang lemah lembut. Kalau Cora dia jenis yang agak diva sikit. Anna pula seorang yang panas baran.

"Behave, Hazelizz." tegur Hailey.

Aku tidak kisah malah menjelirkan lidah ke arahnya. Hailey ingin mencubit lenganku tetapi aku sempat mengelak dengan menyorok di belakang Mia. Mia tergelak.

Aku perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan persahabatan kami. Aku tak tahulah perasaan aku atau apa tapi aku merasakan suasana agak hambar.

Namun, aku menunjuk riak seperti biasa. Ceria. Sejak di dalam kereta tadi aku sudah perasan.

"Dah, jom. Kita pergi makan dulu. Selepas itu, tengok wayang. Then..."

"Bowling!" Aku menjerit teruja. Cora memetik jarinya.

"Okey, bowling."

"Next, kita shopping. Of course!" sambung Cora lagi.

"Makan aku belanja." Anna menawar ingin membelanja kami makan.

"Cun!"

Kami berlima berjalan di dalam satu kumpulan. Kami mencari tempat yang sesuai ingin makan. Sempat jugalah kami bertekak hendak memilih kedai makan untuk kami makan tengah hari.

"Nanti time dia orang shopping, kita pergi arcade tahu." bisik aku di telinga Mia. Mia mengangguk setuju.

Seperti yang dikatakan setelah selesai makan, tengok wayang dan bermain bowling, kami akan shopping.

"Kita berpecah, nak? Aku dengan Mia nak pergi kedai buku sekejap." ujarku.

"Okey juga. Kita orang nak pergi kedai kasut. Nanti kita jumpa dekat pintu depan pintu utama tahu. Pukul 5." balas Cora.

Aku dan Mia mengangguk kepala.

"Take care." pesan Hailey kepadaku. Aku mengangguk lalu melihat kepergian mereka bertiga.

"Jom!" Aku dan Mia berjalan berpegangan tangan menuju ke Arcade.

Macam-macam permainan yang kami main di situ. Apabila jam menginjak ke angka 4 petang, Mia mengajakku makan aiskrim di salah satu kafe yang menjual aiskrim sebagai pencuci mulut.

"Kau perasan tak yang Cora, Anna dengan Hailey ada sorok sesuatu daripada kita berdua?" tanya Mia tiba-tiba.

Aku berfikir sejenak. Aku pun ada rasa perkara yang sama.

"Kenapa pula?" Aku sengaja bertanya. Ingin tahu adakah Mia perasan sesuatu perkara yang sama seperti aku.

"Dia orang macam hambar begitu. Macam bergaduh. Anna walaupun dia jenis sensitif tapi dia selalunya gelak-gelak. Hailey pula senyap saja. Cora macam cuba ceriakan keadaan. Dia bukannya yang jenis suka tentukan apa yang kita nak buat selalunya bila hangout macam ini " terang Mia panjang lebar.

"Aku pun rasa benda yang sama." Aku menyandarkan badan di kerusi. Siku kananku direhatkan di tempat letak tangan di kerusiku. Jariku di bawa ke bibir.

"Nanti aku tanya Hailey." kataku. Mia mengangguk lalu melihat skrin telefonnya.

"Dah nak pukul 5. Jom, teman aku beli barang sekejap. Dekat kedai yang dekat dengan pintu utama itu."

"Okey, jom." Kami berdua berlalu keluar dari kafe itu.

"Hailey." Aku menjenguk ke dalam bilik Hailey. Terlihat Hailey sedang berbaring sambil bermain dengan komputer ribanya.

"Yow."

Aku melangkah masuk ke dalam biliknya. Aku berbaring di sebelahnya.

"Do you want to tell me something?" tanyaku tanpa berdalih lagi. Aku ingin tahu perkara yang sebenar. Hailey menggelengkan kepalanya.

"Tak ada."

"Jangan nak tipu aku, Hailey. Kau dengan Anna bergaduh, ke? Aku dengan Mia perasan yang kau orang tak macam selalu." ujarku terus kepada topik utama.

Aku terdengar keluhan daripada kakakku itu. Komputer ribanya di matikan dan diletakkan di meja lampu. Dia berbaring menelentang di sebelahku. Patung unicorn miliknya dipeluk erat.

"Kita orang bergaduh. It's about Mickey." ujarnya. Aku memandangnya yang memandang siling biliknya itu.

"Mickey crush Anna itu? About what?"

"Haah. Mickey crush Anna itu. Minggu lepas, Mickey confess dekat aku."

"Gila. Bukan ke Mickey tahu yang Anna suka dia?"

"Tahu tapi Mickey still nak confess dekat aku. Dia kata dia suka aku. Dia tak suka Anna. Cora tahu lepas itu bagitahu Anna. Anna mengamuk dekat aku."

"Oh gosh! Yang Cora pergi bagitahu Anna itu kenapa? Dah tahu kan yang Anna itu panas baran." marahku.

"Entahlah. Sampai sekarang Anna tak tegur aku. Cora pula selalu dengan Anna berdua. Aku rasa terpinggir juga."

Aku melihat riak Hailey yang agak sedih itu.

"Nanti kau bincanglah dengan Anna." saranku.

Hailey mengangguk.

"Dah bangun sana. Pergi tidur. Esok nak sekolah, kan?" Hailey menyiku lenganku.

"Aku tidur dengan kau lah." Aku terus baring meniarap. Sebelah tanganku di atas badannya.

"Hish dia ini!" marah Hailey.

"Bukan selalu."

"Nyanyikan aku lagu." sambungku. Aku suka mendengar suaranya yang merdu itu. Hailey memang berbakat.

"What kind of song?"

"Your favourite song."

"Sampai macam itu sekali?" tanya Mia tidak percaya. Aku mengangguk.

"Itulah pasal. Sebab lelaki saja pun." Aku menyokong Mia. Mia mengeluh sambil menggelengkan kepala.

Kesal dengan sikap Anna. Hanya disebabkan lelaki persahabatannya dengan Hailey retak. Cora pula seperti memilih kasih. Melebihkan Anna.

"Kau bila nak balik?" Aku sekarang dengan Mia sedang melepak di kantin sekolah. Waktu balik sudah satu jam berlalu tetapi kami berdua masih lagi belum pulang. Sekolah juga sudah lengang.

"Papa aku datang lambat sikit. Ada meeting katanya. Kau pula asal terperuk dekat sini?"

"Hailey kata dia ada hal sekejap. Aku tunggu dia lah ini." Mia mengangguk faham.

"Jom, pergi vandine machine. Aku belanja kau air." Mia mengangkat keningnya beberapa kali.

"Cun! Jom!" Siapa saja tidak suka orang nak belanja, kan? Jimat duit.

Kami berdua berjalan ke mesin air yang berada di luar dewan tertutup itu. Mia ingin memasukkan duit tetapi tanganku menghalangnya.

"Kau dengar, tak?" tanyaku.

Mia terdiam. Kemudian, dia mengangguk kepalanya. Kami berdua memandang dewan itu yang kesemua pintunya tertutup. Terdengar sayup-sayup suara orang berbalah dari dalam dewan.

Aku menarik Mia mendekati salah satu pintu dewan itu. Aku memulas tombol pintu dengan perlahan. Pintu dikuak perlahan. Aku dan Mia melihat ke dalam dewan melalui celahan pintu yang aku buka sedikit itu.

"Itu Mickey, kan?" tanya Mia apabila terlihat satu sosok tubuh lelaki yang dikenalinya. Tubuh itu berlalu pergi beberapa saat selepas itu.

"Haah." Tanganku membuka sedikit luas pintu tersebut. Betul-betul seluas untuk kepalaku dan Mia sahaja. Kepala Mia di bawah daguku.

"Anna dengan Hailey bergaduh. Cora pun ada " ujar Mia. Cepat-cepat aku menarik beg Mia supaya berdiri tegak semula.

Pintu terus ditutup apabila aku melihat Anna meluru ke arah pintu dewan yang berada di tengah seperti ingin keluar.

"Anna!" Anna berjalan laju menuju ke pintu pagar. Cora dan Hailey mengejar daripada belakang. Ketiga-tiganya melintasi aku dan Mia tanpa mereka bertiga sedar akan kehadiran kami berdua.

"Jom, ikut!" Aku menarik pergelangan tangan Mia supaya mengikuti langkah mereka bertiga.

"Anna! Aku minta maaf!"

"Jangan sentuh aku lah!" Anna menepis tangan Hailey yang memegang lengannya dengan kasar. Mereka berhenti di tepi jalan.

"Aku minta maaf. Aku tak suka pun Mickey itu."

"Dasar perampas! Kau dah tahu kan aku suka dia dah lama!"

"Anna. Aku minta maaf."

"Jangan sentuhlah."

"Hailey dah lah." Cora menolak bahu Hailey agar menjauh daripada Anna. Hailey melangkah beberapa tapak ke belakang akibat tolakan itu. Cora mengusap bahu Anna.

"Please, Anna."

"Tepi!" Anna menolak kuat Hailey. Tepat-tepat pada masa itu ada sebuah kereta lalu di atas jalan.

Bam!

"Hailey!" Aku dan Mia menjerit serentak apabila ketika kami mendekati mereka bertiga, Anna menolak kuat Hailey.

Aku menolak kasar Anna sehingga gadis itu jatuh terduduk. Cora menekup mulutnya kerana terkejut.

"Hailey." Hailey yang berlumuran dengan darah itu aku pangku kepalanya. Aku memeluknya sambil menangis.

"Hailey jangan tinggalkan aku." Aku menangis teresak-esak. Begitu juga dengan Mia. Pemandu kereta tadi menelefon ambulans.

"I hate you!" jeritku kepada Anna dengan kasar.

Aku takkan maafkan dia serta Cora. Hanya disebabkan lelaki sanggup mereka bergaduh. Belum tentu lagi Mickey itu akan berkahwin dengan Anna.

"Hailey." Mia memegang erat tangan Hailey yang seperti nyawa-nyawa ikan itu. Hailey turut mengalirkan air mata. Aku mengesat air matanya.

"Aku minta maaf." ucap Hailey perlahan. Hanya didengari olehku dan Mia.

"Kau tak salah." kata Mia dengan esakan di bibirnya. Tangan Hailey digenggamnya.

"Hailey tolong jangan tinggalkan aku. Kau satu-satunya kakak aku. Please, Hailey. Mama dengan papa mesti sedih kalau tahu." Aku merayu dengan esakan.

"Aku minta maaf." ucapnya lagi.

"Hailey."

"Hazel! Hailey dah tutup mata!" jerit Mia perlahan. Aku memandang wajah Hailey yang sudah menutup mata itu.

"Hailey! Bangun hailey! Bangun!" Badannya aku goyang-goyangkan. Tidak lama itu ambulans tiba. Hailey di bawa masuk ke dalam ambulans.

Aku memandang benci ke arah Anna dan Cora yang hanya berdiri di tepi jalan itu. Mia menarikku masuk ke dalam ambulans.

Tiba sahaja di hospital, Hailey di bawa ke wad kecemasan. Aku menelefon kedua ibu bapaku untuk memaklumkan hal itu.

Tidak lama itu Hailey di bawa ke bilik pembedahan. Hampir tiga jam aku dan Mia menunggu di luar bilik pembedahan. Mama dan papa turut menunggu.

"Macam mana doktor dengan anak saya?" tanya Puan Rozy apabila melihat doktor keluar dari dalam bilik pembedahan tersebut.

"Anak puan mengalami retakan di tangan kanannya. Dia juga mengalami pendarahan tadi. Darah beku turut di dapati berdekatan jantungnya dan ada pendarahan teruk di bahagian kepala. Keadaannya sedikit kritikal. Dia juga dijangka akan mengalami koma. Kami akan menempatkannya di ICU sehingga keadaannya stabil dan barulah dipindahkan di wad biasa."

"Bila anak saya boleh sedar doktor?" Encik Zachary pula bertanya. Bahu isterinya yang menangis teresak-esak dipeluk erat.

"Itu kami tak pasti. Mengikut usaha pesakit untuk sedar. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu." Doktor tersebut berlalu.

"Abang. Hailey, abang." Puan Rozy hampir sahaja jatuh terjelopok ke atas lantai tapi sempat di sambut Encik Zachary.

"Ya, sayang. Sabar ya."

"Hazel." Mia memeluk badanku erat. Aku membalas pelukannya. Mia menangis teresak-esak. Tapi tidak aku. Hanya mata sahaja yang mengalirkan air mata tanpa esakan.

Hatiku dipagut rasa sedih mengenangkan keadaan Hailey sekarang. Aku bertambah sedih apabila melihat reaksi yang ditunjukkan kedua ibu bapaku itu setelah mengetahui keadaan Hailey.

Aku mengangkat wajahku apabila terdengar bunyi tapak kasut. Figura Anna dan Cora kelihatan.

Badan Mia ditolak perlahan. Aku berjalan mendekati Anna dengan perasaan yang marah dan benci.

Pang!

"Hazel!"

"Perempuan tak guna! Kau hampir bunuh kakak aku tahu, tak! Sepatutnya yang ada dalam ICU itu kau! Bukan dia! Dasar kawan tak berguna!" Hamburku geram.

Sekali lagi tanganku naik ingin menampar Anna tetapi Mia memelukku dari belakang. Menahanku membuat perkara itu sekali lagi.

"Hazel dah. Cukup, Hazel." pinta Mia. Aku masih memandang Anna dengan perasaan benci. Air mataku turut mengalir.

"Aku minta maaf." ucap Anna perlahan. Cora dan Anna menangis. Tajam mataku memandang Anna.

Manusia. Itulah manusia. Apabila melakukan sesuatu tidak berfikir dahulu akibatnya. Bila sesuatu perkara buruk sudah berlaku, barulah melutut merayu inginkan kemaafan.

Kalaulah semudah ABC maaf dapat diterima tanpa ada kesan di hati, di dunia ini tidak perlu ada undang-undang, polis mahupun peguam. Manusia membuat kesalahan dan kita memberi kemaafan.

"Yang kau hampir bunuh itu kakak aku tahu tak! Kau ingat kau bagus sangat ke!" Kaki aku naik menendang Anna sehinggakan Anna jatuh. Biar dia rasakan. Aku terlalu marah ketika ini. Ikutkan lebih teruk aku belasah Anna.

Ditampar dan ditendang itu tidak setanding dengan apa yang Anna lakukan kepada kakak aku. Itu baru sikit. Hailey lebih teruk. Kakak aku itu sedang bertarung nyawa di dalam ICU itu.

"Kau kalau marah pun jangan nak pukul orang! Melampau!" marah Cora. Anna dibantu untuk bangun. Anna menggeleng perlahan ke arah Cora.

Makin membuak rasa marahku mendengar kata-kata Cora itu. Tanganku menggigil perlahan menahan marah.

Aku menolak Mia sedikit kasar agar melepaskan pelukan. Laju sahaja kaki aku melangkah ke arah Cora. Kini pipi Cora pula menjadi mangsa tamparan aku.

Pang!

"Cuba kalau orang buat darah daging kau macam apa perempuan ini buat! Kau akan duduk diam goyang kaki ke sekarang ini! Kau dengan dia sama saja! Kau pun patut masuk ICU sekali! Dasar talam dua muka!" tengkingku. Mia menarikku menjauhi Anna dan Cora. Kini aku tidak melawan.

Aku perasan wajah Cora berubah riak. Mungkin tidak percaya dengan kemarahanku. Sebelum ini aku hanya menunjukkan sisi ceria aku sahaja dan hari ini sisiku sudah berubah.

"Betul ke kau pindah ini Hazel?" tanya Mia. Aku perasan matanya sudah bertakung dengan air mata. Aku mengangguk lemah.

"Hailey dah stabil. Cuma dia masih tak sedar lagi. Parents aku yang nak pindah. Kalau ada masa kau datang lah lawat Hailey dekat London. Aku tak kisah." ujarku.

Mia memeluk badanku sambil menangis. Aku membalas pelukannya.

Tidak sampai dua bulan kami memulakan persekolahan bagi tahun ini tetapi macam-macam sudah berlaku. Kini, aku sekeluarga akan berpindah ke London.

"Take care. Jangan bagitahu dua orang perempuan itu pasal ini." ucapku.

Pelukan dilepaskan. Jam di pergelangan tanganku dibuka lalu aku meletakkan jam tersebut di telapak tangan Mia. Jam kesayangan aku.

"Tanda persahabatan kita." ujarku.

"Thank you. Take care too. Jangan lupa aku tahu."

Aku menganggukkan kepala. Aku melambai ke arahnya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Mama dan papa sedang menunggu di dalam kereta.

"New life." bisikku perlahan.

Continue Reading

You'll Also Like

6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
46.1K 3.2K 53
✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju...
EVERISA By liz

Teen Fiction

114K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
3K 339 12
[Karya keenam queenzfina] She's beautiful. She's perfect. She has many husbands. And she is me. The Emperor is me! P/s: Saya buat cerita ni santai...