The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

13

13.7K 1.1K 60
By izkhai

-Smile is the best way to
hide your pains-

Hazel melangkah laju ke sekolah. Sedar dia sudah terlambat hendak ke sekolah. Sudahlah hari ini merupakan hari sukan tahunan di sekolahnya.

"Hazel!" jerit seseorang dari jauh.

Kepalanya menoleh ke belakang. Dia terkejut dan dalam masa yang sama dia teruja. Dia tersenyum melihat kelibat empat sekawan itu. Hazel membalas lambaian Theo dan Lucas.

"Morning!" ucap Theo dengan senyuman di bibirnya itu.

"Morning." ucap Hazel kembali.

Mereka berlima berjalan bersama-sama di dalam satu kumpulan. Theo dan Lucas berada di kiri dan kanan Hazel manakala Jayden dan Ethan berada di belakang mereka.

"Mana motor kau orang?" tanya Hazel pelik.

Selalunya mereka berempat naik motor. Pelik apabila melihat empat jejaka itu berjalan kaki. Sudahlah kedudukan rumah masing-masing jauh. Oh ya kecuali Theo. Rumah lelaki itu tidak jauh dari sekolah.

"Dekat sekolah. Kita orang datang sini jalan kaki. Nak jalan sekali dengan kau." balas Theo.

Tangannya memeluk leher Hazel. Kadang-kadang dia menjadi hairan kerana empat jejaka itu sangat suka memeluk lehernya.

"Seriuslah? Kenapa susah-susah? Aku boleh saja jalan kaki sendiri. Kan menyusahkan kau orang. Dah datang sekolah. Selepas itu, jalan kaki pula pergi rumah aku." ujar Hazel. Dia terkejut dengan pernyataan Theo itu.

"Untuk kau tak ada benda yang jadi susah. Semuanya senang." Si badboy yang bermulut manis, Lucas mula berbicara.

Hazel tergelak kecil.

"Tapi sampai kau saja jadi bala." celah Ethan.

Lucas mendengus geram. Dia berpusing ingin mencekik Ethan tetapi Hazel menahan. Ethan tersenyum mengejek. Pagi-pagi lagi dua manusia itu hendak bergaduh.

"Eh kau dah breakfast belum, Hazel?" tanya Theo kepada gadis itu.

Hazel menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Dia terlambat bangun tadi. Tidak sempat hendak sarapan.

"Ethan." panggil Theo.

Ethan menghulur satu beg kertas yang berisi mangkuk berjenama Tupperware di dalamnya.

"Apa ini?" tanya Hazel pelik. Beg kertas itu disambut. Dia melihat isi dalamnya.

"Breakfast." balas Ethan ringkas.

"Aku punya?" tanya Hazel inginkan kepastian.

Ethan menganggukan kepalanya.

"Khas daripada Chef Ethan." celah Theo.

Hazel tersenyum lebar. Dia mengucapkan terima kasih kepada Ethan kerana telah membuatkan sarapan untuknya.

"Apa ini? Selama 11 tahun aku berkawan dengan kau, tak pernah lagi kau buat breakfast untuk aku." rungut Lucas. Dia menjeling Ethan tidak puas hati.

"Layak ke kau?" balas Ethan sarkastik.

Lucas mendengus geram. Sakit hati mendengar jawapan Ethan itu. Hazel dan Theo tertawa.

Hazel mengerling ke arah Jayden. Lelaki itu sejak tadi hanya diam sahaja. Kalau jejaka itu ada sekalipun, kehadiran lelaki itu sama sahaja seperti tidak ada. Sekadar diam dan hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka berempat.

"Kau orang tak datang awal, ke? Bukan ke kau orang ada acara hari ini?" tanya Hazel pelik. Dia sampai terlupa bahawa mereka berlima sudah terlambat hendak ke sekolah.

"Kita dah lambat nak pergi sekolah ini" sambung Hazel lagi. Kalut dia dibuatnya tetapi tidak bagi empat jejaka itu. Mereka hanya berjalan santai dengan iringan siulan yang dibuat Theo.

"Relax lah. Awal lagi, pretty." ujar Theo. Hazel mengerutkan dahinya.

"Tapi..."

"Shh." Bunyi sahaja lembut tapi tangannya menekup mulut Hazel kuat.

"Umph!" Hazel menepuk-nepuk tangan Theo. Theo tertawa setelah melepaskan tekupan.

"Bisinglah."

Semua memandang ke arah Lucas. Selepas Ethan memberi ayat yang menyentapkan jiwa raganya, terus sahaja dia berubah menjadi si badboy yang terpengaruh dengan perwatakan dingin Jayden.

"Oh gosh! Did you said 'bisinglah' a few seconds ago?" ujar Theo tidak percaya. Si kaki drama memulakan wataknya.

"Shut up!" Theo menekup mulut tidak percaya apabila dimarahi Lucas. Wajah Lucas kelihatan masam sahaja.

"Lucas! Where are you?" Bahu Lucas dipegang lalu digoyang-goyangkan ke depan dan ke belakang dengan laju oleh Theo.

Pap!

"Ha! Kan dah mendapat!" Puas hati Lucas dapat mengetuk kepala Theo. Pening kepalanya dibuatnya apabila digoyang-goyangkan Theo sampai begitu sekali.

"Sampai hati you baby!" Masing-masing membuat muka geli apabila Theo menunjukkan riak ingin menangis dan mengeluarkan suara ala ala maknyah miliknya.

"Drama king." komen Jayden yang hanya diam sejak tadi.

"Ehem." Theo berdehem ingin membetulkan suaranya.

"Agak-agak boleh dapat Music Hit Award tak? Terror kan aku berlakon?"

Hazel membuat muka pelik. Tak tahu lah Theo buat-buat tidak tahu atau memang tidak tahu. Music Hit Award adalah anugerah untuk penyanyi dan lagu terbaik.

"Aku tahu kau bebal tapi jangan tunjuk sangat. Simpan dekat bawah katil untuk masa hadapan. Music Hit award itu anugerah untuk muzik."

Jayden menepuk bahu Theo beberapa kali selepas mengatakan ayat sindirannya itu. Dia melangkah mendahului sahabat-sahabatnya yang lain.

"Woah!" Theo memegang dadanya yang seperti dipanah dengan kata-kata sindiran Jayden itu. Seperti yang dinyatakan tadi. He is a drama king.

"Eh jom cepatlah! Dah lambat!" Hazel berlari anak mengejar langkah Jayden bersama Ethan. Theo dan Lucas sahaja yang berjalan santai sahaja.

Lenggang lenggang kangkung
Kangkung tepi telaga

Theo bernyanyi kecil. Tangan kanan dan kiri dihayun ke depan dan ke belakang dengan senang hati. Lucas memandang Theo lalu menggelengkan kepalanya.

"Cepatlah!" Hazel dari jauh menjerit memanggil Theo dan Lucas yang sengaja jalan lambat-lambat.

"Jalan sajalah dulu!" balas Lucas. Dia malas hendak ke sekolah. Walaupun tak belajar hari ini tetapi dia tetap malas.

"Siapa cepat Ethan belajar makan!" jerit Hazel.

Lucas dan Theo berpandangan. Laju sahaja mereka berlari ingin sampai dahulu.

"Ee kau ini kan." Ethan menyekeh kepala Hazel apabila namanya naik. Habis duit dia. Bukan seorang dia akan belanja jawabnya. Mesti semua sekali dia akan belanja.

Pantang salah seorang dia belanja nanti yang lain mulalah buat muka simpati. Muka minta kaki. Ayat berjauh hati sebab tak belanja dia orang sekali.

"Hari ini kau belanja, eh?" tanya Jayden kepada Ethan.

Ini lagi seorang. Diam-diam ubi berisi. Jayden paling tidak suka menghabiskan duit sendiri. Katanya, 'Ada kawan apa guna? Susah senang mesti bersama-sama.'

Cerita dia sekarang Jayden itu terlebih senang kalau bab duit. Kedua ibu bapanya mempunyai syarikat jenama sendiri. Jadi, celah manakah lelaki itu susah?

"Hm. Ya, lah."

Jayden tersenyum kecil lalu menepuk bahu Ethan. Jimat duit!

"Hazel." Ethan memanggil nama Hazel dengan meleret. Hazel tersengih menampakkan barisan giginya itu.

"Aku sampai dulu!" Theo menjerit.

"Aku yang sampai dulu!" jerit Lucas tidak mahu kalah.

"Tak! Aku lah!"

"Aku!"

"Aku!" jerit Theo kembali apabila Lucas tidak mahu kalah. Dia mula geram dengan lelaki itu.

"Aku ini lagi tua daripada kau tahu!"

"Setakat sebulan pun nak kecoh! Mengalah lah dengan aku yang muda ini!"

"Kau patut hormat dengan aku! Dengar apa aku cakap!"

"Dah lah tua! Pendek pula itu!"

"Ketinggian jangan nak buat main! Kau tinggi 5 cm saja daripada aku!"

"Suka hati aku lah!"

"Kau kena ingat eh aku yang selamatkan kau daripada anjing minggu lepas! Kalau tidak entah-entah kau dah terlantar atas katil hospital sekarang!"

"Eleh! Itu pun nak kecoh! Kau tak fikir pula aku yang cover kau bila kau ponteng sekolah!"

"Tak payah nak mengungkit!"

"Habis tadi kau tak mengungkit ke!"

"Oh my gosh." bisik Hazel perlahan.

Bingit mendengar pertengkaran antara Lucas dan Theo. Jerit-jerit pula itu. Bercakap biasa sudah lah. Bukannya jauh sampai 100 meter pun.

Pap! Pap!

"Aku belanja semua orang." ujar Ethan selepas dia mengetuk kepala Lucas dan Theo. Puas hati dia.

"Mahal tahu kepala aku ini." rungut Lucas sambil menggosok belakang kepalanya. Bukan main sakit lagi. Tangan besi ke apa Ethan ini?

"Habis kepala aku murah, ke? Dekat bundle ada jual, ke?" Ethan menanyakan dengan sarkastik.

Kau orang jangan expect otak genius mulut tak puaka. Berpijaklah di bumi yang nyata. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.

"Eh! Dah jom! Kita betul-betul dah lambat ini!" Hazel menarik lengan Ethan dan Jayden.

Kalau dibiarkan mungkin giliran Lucas dan Ethan pula bergaduh. Lucas dan Theo mengikuti langkah mereka dari belakang.

"Ethan! Good luck!" jerit Hazel dengan penuh semangat. Sekarang adalah acara 4x100 meter untuk kategori lelaki.

Jayden hanya menayang wajah bosan.

Ethan tersenyum dari jauh lalu melambai-lambaikan tangannya ke arah Hazel. Hazel membalas lambaian. Hazel berada di tempat duduk manakala Ethan berada di padang.

"Weyh! Ethan lambai dekat aku!"

"Dekat aku lah!"

"Ethan!"

"Weyh! Aku cair!"

Bermulalah sesi berfangirling bagi pelajar perempuan apabila melihat Ethan melambaikan tangan. Sesungguhnya janganlah terlalu perasan.

"Hazel!" jerit Theo.

Lucas dan Theo berjalan ke arah Jayden dan Hazel yang mengambil tempat duduk di barisan ketiga.

"Tak nak wish good luck dekat aku, ke?" tanya Theo dengan wajah yang sentiasa terhias dengan senyuman itu.

Manis sahaja wajah lelaki itu apabila melihat lesung pipit yang terlihat apabila lelaki itu tersenyum manis.

"Tak nak. Kau rumah sukan lain." balas Hazel. Dia menjelirkan lidahnya.

"Hish! Kau ini, pretty! Geramnya aku! Asal comel sangat!" Theo menarik-narik pipi Hazel yang tidak tembam itu.

"Sakitlah." Hazel merungut perlahan. Pipinya digosok perlahan. Pipinya menjadi kemerahan akibat cubitan itu.

"Nah." Lucas mengalihkan tangan Hazel lalu air mineral sejuk itu bersentuhan dengan pipi gadis itu.

"Wuu!" Theo mengusik. Kedua-duanya menjeling jejaka itu.

"Acara kau orang bila?" tanya Jayden apabila terlihat Lucas dan Theo memakai nombor di baju mereka. Kedua-duanya memakai seluar tight dan seluar pendek di bahagian luar. Sama juga seperti Ethan.

"Lepas acara 4x100 18 perempuan." balas Lucas.

Nombor di bajunya di betulkan sedikit. Mereka berdua masuk acara relay 4x100 lelaki dan perempuan.

"Dah warming up?" tanya Hazel ingin tahu.

"Auch! Caring betul you ini! Mesti tak nak kita orang injured, kan?" Theo mengenyitkan sebelah matanya ke arah Hazel.

"Tak adanya. Kalau belum warming up tak payah lah warming up. Biar injured. Kalah terus."

"Ey! Budak pendek ini!" Pipi Hazel ditarik sekali lagi tetapi kini giliran Lucas pula.

"Jay!" Hazel merengek apabila dianiaya sehingga begitu sekali. Boleh tertanggal kulit pipi dia macam ini. Dah lah tak tembam. Lucas pula makin galak tarik pipi Hazel.

Pap!

Jayden tersenyum sinis apabila Lucas menggosok kekuranya. Merah terus selepas ditepuk kuat oleh Jayden. Theo pula hanya tergelak sahaja.

"Sejak bila kau backup budak pendek ini?" tanya Lucas. Hazel menjelirkan lidahnya. Jayden mengangkat bahunya.

"Blah sana. Pergi warming up." halau Jayden. Kakinya bergerak menendang Lucas dan Theo.

"Kurang ajar budak ini." kata Theo.

Jayden hanya menayang wajah tidak kisah. Hazel pula tertawa melihat wajah masam Lucas dan Theo apabila dihalau seperti itu.

Dia melambai ke arah Lucas dan Theo apabila mereka berdua melangkah pergi. Kedua-duanya membalas lambaian. Sekali lagi pelajar perempuan menjerit apabila melihat Lucas dan Theo pula melambai kali ini.

"Ke garisan! Sedia! Mula!"

Bam!

Bunyi tembakan ke udara kedengaran maka bermulalah larian para peserta. Semua pelajar mula menjerit menyokong rumah sukan masing-masing. Termasuk juga Hazel yang menyokong Ethan yang berlari untuk pusingan yang terakhir.

"Bisinglah." Jayden menegur Hazel yang turut menjerit.

Hazel tidak ambil kisah langsung. Malah sempat dia menjerit ke telinga Jayden. Jayden menutup telinganya menggunakan tangannya.

"Yeah!" Hazel bersorak gembira apabila Ethan mendahului peserta yang lain sehingga ke garisan penamat.

Jayden menekup laju mulut Hazel.

"Bising. Bising. Bising." Hazel menolak tangan Jayden.

"Itu kau suruh bising. Ethan! Ethan! Umph!" Sekali lagi Jayden menekup mulut Hazel.

"Diam, Hazel."

Hazel membuat wajah pasrah. Tangan Jayden ditolak apabila melihat jelingan tajam daripada JJKFC. Susah betul kalau wajah hensem dan ramai peminat ini. Apa sajalah yang ada pada empat jejaka itu sehingga ramai peminat.

"Jom, cari makanan Aku laparlah, Jay." ajak Hazel. Dia masih lapar walaupun sudah makan sandwich tuna dan sandwich telur yang dibuat oleh Ethan kerana Theo dan Lucas sibuk menyendeng mengambil makanannya.

"Jom." Kedua-duanya bangkit berdiri. Jayden berjalan terlebih dahulu.

Pergelangan tangan Hazel digenggam agar gadis itu tidak ketinggalan. Hazel membiarkan sahaja kerana dia sudah biasa begitu.

Mereka berdua berjalan menuju ke gerai-gerai yang menjual makanan. Hazel hanya memandang sekilas sahaja apabila ramai menunjukkan muka tidak puas hati ke arahnya.

"Pergi mana?" tegur Ethan apabila mereka berdua melintasi khemah setiausaha yang berada di tepi trek larian.

Jayden dan Hazel berjalan mendekati Ethan yang berdiri di pagar itu. Kelihatan peluh yang mengalir di muka Ethan dengan rambut yang dibiar jatuh ke dahi. Tersangatlah hensem dan hot.

"Beli makanan. Budak kecil ini lapar." balas Jayden. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket tracksuit Adidas miliknya.

Hazel tersengih.

"Oh! Belikan aku milo ais dengan apa-apa makanan saja. Tak kisah. Aku nak pergi tandas sekejap." ujar Ethan kepada Jayden dan Hazel.

"Okey."

"Duit aku dekat kau kan, Hazel?" Hazel mengangguk laju. Dompet lelaki itu ada di dalam begnya.

Bukan Ethan seorang saja menyuruh Hazel pegang. Lucas, Theo dan Jayden turut menyuruhnya memegang barang-barang mereka. Katanya lebih senang kerana Hazel membawa beg sandang.

"Aku tunggu dekat bawah pokok hari itu." kata Ethan merujuk kepada tempat mereka berlima lepak dua minggu lalu di bawah pokok tepi padang.

Maksudnya pokok itu terletak di bahagian luar kawasan trek larian. Berdekatan dengan bangunan sekolah.

"Okey."

"Dah, jom " Jayden mengenggam pergelangan tangan Hazel semula untuk mengikuti langkah.

Malas dia hendak mendengar Ethan dan Hazel berbual. Masa itu emas.

"Kau orang nak tengok benda yang terbesar di dalam dunia ini, tak? Kau orang takkan expect benda ini." tanya Hazel kepada empat jejaka itu. Siap dia tersengih-sengih lagi.

Mereka berlima sedang melepak di bawah pokok itu sementara menunggu Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, wakil guru, wakil pelajar, VIP, VVIP, VVVIP dan VVVVVIP berucap. Tersangatlah lama.

"Apa benda?" tanya Lucas pelik. Air ditangannya digoncang-goncang sedikit sehingga menghasilkan bunyi air batu yang berlaga antara satu sama lain.

"Jom." ajak Hazel dengan sengihan.

Semua pemenang bagi setiap acara sudah diberikan pingat. Hanya Hazel sahaja seorang di situ yang tidak menyertai apa-apa acara.

Theo memenangi 4 pingat dan satu daripadanya adalah lompat tinggi. Lucas memenangi 4 pingat dan 2 daripadanya adalah acara jarak jauh.

Ethan memenangi 4 pingat dan 2 daripadanya acara lompat tinggi dan lompat jauh. Jayden memenangi 3 pingat emas iaitu acara rejam lembing, lontar peluru dan lempar cakera.

Bercakap tentang acara. Sepatutnya Lucas menyertai acara lumba jalan kaki semalam tetapi dia membuat alasan bahawa dia sakit perut dan pening kepala. Penuh drama sekali. Terpaksa lah Topaz mencari pengganti Lucas.

Mereka berlima berjalan dalam satu kumpulan. Hazel mendahului empat jejaka itu. Mereka melayan sahaja kerenah Hazel itu. Apa sajalah yang gadis itu ingin tunjukkan.

"Ini." Hazel menunjuk ke arah satu pintu bilik khas. Semua mengalihkan pandangan ke arah pintu itu.

"Apa yang kau cuba tunjuk ini, Hazel?" tanya Ethan pelik.

"Ini tengok." Hazel mendekati pintu itu lalu tangan kirinya menutup dua huruf di hadapan manakala tangan kanan menunjuk baki huruf.

"KFC. Ini penemuan ayam yang terbesar pada abad ini." Tangannya menunjuk-nunjuk bilik dihadapannya itu.

"Bijak!" Lucas tertawa apabila dapat menangkap kata-kata yang cuba disampaikan gadis itu.

"Sengal lah budak ini." Theo berkata dengan tawanya.

Ethan dan Jayden hanya menggelengkan kepalanya apabila memahami. Hazel bergurau rupanya.

"Aku ingat apalah tadi." ujar Jayden. Ethan mendekati pintu itu lalu tombol dipulas.

"Tak kunci." Lucas dan Theo menolak Ethan kerana mereka ingin masuk. Ethan sempat mencarut apabila dia hampir sahaja ingin tersungkur.

Jayden menekan suis lampu. Masing-masing sudah ternganga melihat isi dalam bilik itu. Tergamam. Terkedu.

"Seram betul." Lucas menggosok lengannya perlahan apabila bulu romanya naik.

"Asal aku rasa macam kita masuk dalam bilik orang obses ini?" tanya Theo.

Mata memerhati bilik itu yang dipenuhi dengan gambar mereka berempat. Di dinding penuh dengan polaroid mereka.

Bukan mereka berempat sahaja malah ada lagi beberapa gambar pelajar lelaki yang boleh dikatakan agak menarik seperti mereka.

"No. No. No. Ini bilik psychopath." Bantah Lucas sambil menggelengkan kepalanya.

Hazel mendekati dinding. Dia tersenyum jahat. Marker dikeluarkan lalu tangannya menconteng beberapa polaroid.

Ala-ala filter itu. Muka mereka diconteng dengan penambahan telinga kucing, anjing dan segala binatang yang dia terfikir. Misai kucing lah, tanduk lah. Macam-macam.

Beberapa polaroid diambilnya dan disimpan ke dalam beg sandangnya. Sekadar ingin membuat kenangan. Paling pasti gambar buruk turut diambilnya. Boleh buat topik ejekan pada masa akan datang.

"Jomlah, blah. Entah-entah dah habis berucap." ajak Lucas.

Cepat-cepat dia keluar dari bilik itu. Tak sanggup lagi hendak melihat gambar dia yang terlalu banyak di dalam bilik itu. Obses betul pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu terhadap pelajar lelaki yang mempunyai rupa seperti mereka berempat.

"Jom." Ethan menarik Hazel yang leka memerhati polaroid di situ.

Mereka berlima terus sahaja melangkah keluar. Theo yang terakhir tidak menutup pintu mahupun tutup lampu. Tidak sanggup hendak duduk lama-lama di dalam bilik itu katanya.


Continue Reading

You'll Also Like

25.1K 1.4K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
EVERISA By liz

Teen Fiction

114K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
166K 6.2K 31
Start : 20 Dec 2019 End : 7 Jun 2020 Status : Completed PUTERI ALICE ERYNN DANIELLE, Seorang Yang Tegas, Pendiam Dan Tidak Suka Berkawan. Memang Dari...
235K 12K 68
Bosan? Tak tahu nak buat apa? Wattpad sunyi? Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya Hanya tekan button READ dan masalah-masalah anda akan hilan...