Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49.6K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 3

1.3K 153 24
By Un__Name

"Woah... Bau apa ni? Busuknya..." Kata Tornado semasa menghampiri asap tebal itu. Aku dapat syak mungkin mereka gunakan sesuatu untuk menghalau makhluk liar menghampiri tempat berehat mereka.

"Hah! Dia cuma mahu berikan kuasanya pada aku semestinya tidak mahu korang pergi sama," kata Volcano yakin sambil menutup hidungnya. Aku hanya mengeluh melihat gelagat Volcano.

"Kau berpeluh Volcano, kenapa kau tutup hidung?" Soalku dengan wajah tidak berperasaan. Volcano tersenyum pahit.

"Hehe, ini sebenarnya satu cabaran untuk melayakkan aku menerima kuasa tu sebab itulah dia uji aku, tapi... Ini semua cuma cabaran kecil, mari ikut aku," kata Volcano yakin dan menyambung perjalanannya menuju ke tempat itu. Aku juga turut terkesan dengan bau itu namun aku masih mampu bertahan.

[You obtain new skill: poison resistant]

"Volcano nanti!" panggilku menghentikan mereka. Volcano menghentikan langkahnya memandangku pelik. Racun? Udara ni ada racun.

"Volcano... Aku tak sedap perut," ucap Blizzard tiba-tiba sambil terbaring dan seakan menahan dari muntah. Aku memandang wajahnya yang berpeluh dingin.

"Volcano, kita kena jauh dari sini. Dia terkena racun," arahku sambil cuba mendukung Blizzard tapi kerana saizku yang kecil badannya agak berat bagiku.

"Bila kau sebut, aku pun rasa tak sedap badan," kata Tornado lalu mendukung Blizzard di belakangnya. Volcano turut rasa serba salah.

"Aku bawa Blizzard balik," kata Tornado lalu laju sahaja dia berlari. Volcano turut mengikutnya dari belakang tapi kami tertinggal jauh kerana Tornado sangat laju dan kakiku agak kecil untuk berlari dengan lebih pantas. Tiba-tiba satu panah diarahkan pada kami tapi aku sempat mengesannya, aku terus melompat ke arah Volcano menghalang dia dari terkena panah tersebut.

Aku melihat arah panah itu rupanya ada seseorang yang berupa manusia sedang cuba memburu kami membuatkan aku membutangkan mata.

"Lari Volcano!" Jeritku laju dan berlari ke arah satu batu besar.

"Kita perlu balik ke sarang segera," kata Volcano cemas.

"Tak boleh, bukan sekarang!" Jeritku lalu memerah otak untuk mencari cara untuk melepaskan diri.

"Kenapa? Mama akan tolong kita," kata Volcano risau.

"Tak boleh, kalau kita bawa mereka ke sarang nanti akan lebih ramai datang dan bahaya untuk mama dan kita semua," kataku tegas membuatkan Volcano ingin menangis. Aku dapat pastikan mereka pengembara, dan naga adalah mangsa buruan mereka. Ia cuma akan bahayakan kita semua kalau aku terus balik ke sarang.

"Kau duduk sini, aku tarik tumpuan mereka. Selepas semuanya selesai, kau lari dan pergi ke sarang dan panggil papa. Pastikan tiada siapa ikut kau," arahku tegas. Volcano ingin menghalang tapi aku terus keluar dari situ membuatkannya teragak-agak.

"Duduk sini," kataku tegas sebelum keluar. Aku berdiri di atas batu menayangkan diriku dan melihat tiga orang pengembara yang sedang mencariku. Salah  seorang dari mereka menunding ke arahku dan menjerit sesuatu yang aku tidak fahami. Mungkin dia katakan 'itu dia!'

[You have learn new skill: Translate]

"Bagus, sekarang aku akan faham apa yang mereka cakap," kataku sendirian. Tiba-tiba bola api terbang ke arah laluanku dan menghalangku dari terus berlari, aku sempat mengelak daripada terkena bola api itu dan terus berlari jauh dari sarang.

[You obtain new magic: Fireball lvl3]

"Dia mungkin berlari balik ke sarang, biarkan dia berlari dan kita akan tahu di mana sarangnya," kata salah seorang dari mereka.

"Baik kapten!" Balas mereka berdua.

"Heh, aku dah agak kau akan cari di mana sarang aku," kataku sendirian dan terus berlari sehingga aku jumpa jalan mati. Aku kembali menghadap mereka.

"Kapten dia tak balik ke sarang," kata yang memegang busur yang menyerang kami tadi.

"Jadi, mungkin sebab dia sendiri sesat. Kita bawa sahaja dia balik dan jadikannya peliharaan atau jualnya," kata kapten.

"Tengok dari warna dia dan coraknya dia nampak seperti naga yang sangat sukar dijumpai, kalau dibela mungkin kita juga beruntung," kata lagi seorang yang memegang tongkat magik.

"Kalau dijual pun harganya pasti tinggi," kata kapten sambil tersenyum sinis. Aku mencuba magis yang aku dapat tadi.

'Fireball!' Aku menembak ke arah mereka namun mereka dapat menghalang. Disebabkan asap yang dikeluarkan membuatkan aku dapat melihat satu kesempatan untuk melarikan diri dari dikepung. Aku berlari di antara kaki mereka semasa asap itu masih menghalang pandangan mereka.

"Oho, naga ni pandai," kata kapten. Mereka terus mengejarku, sampai sahaja di satu dahan aku menarik dahan itu ke belakang sebelum mereka mendekati. Apabila mereka dekat, aku terus melepaskan dahan itu untuk melibas mereka namun kaptennya merupakan seorang pemain pedang jadi dengan mudah dia memotong dahan itu menjadi dua.

"Bijak," katanya sambil tersenyum sinis. Aku mengetik lidah dan terus berlari. Aku rasa aku sudah kepenatan mungkin sebab tadi aku gunakan magik yang lagi tinggi tahapnya dari aku. Aku menyorok di bawah akar pokok yang gelap. Di situ sememangnya tempat yang aku rasa selamat untuk berehat sementara waktu.

"Huh... Huh... Betapa cemburunya aku dengan pengembara, aku patutnya jadi pengembara bukannya binatang. Huhu..." Kataku kesal sambil cuba menyorok.

"Kenapa aku jadi binatang?!! Arghh!! Patut aku jadi pangembara yang ada [cheat] dan OP! Arghhh!!!," jeritku tak puas hati sehingga aku dapat mendengar bunyi tapak kaki mereka dan berhenti di tempat persembunyianku.

"Shit, mereka jumpa aku ke?" soalku sendirian sambil cuba untuk senyap. Badanku mula menggeletar ketakutan. Secara tiba-tiba akar pokok itu terapung dan mereka tersenyum sinis kepadaku. Aku tanpa menunggu terus melarikan diri walaupun sudah penat. Satu bola api berjaya mengenai sayapku dan membuatku tergolek ke bawah bukit.

"Apa kau buat! Kalau dia cacat macam mana!" Kata kapten lalu memukul kepala yang melancarkan magik tadi.

"Maaf kapten saya tersasar, saya cuma nak halang dia dari berlari tapi dia bergerak," katanya meminta maaf. Dia melihatku di bawah bukit dan aku hampir tidak sedarkan diri. Aku memaksa diriku bangun biarpun aku dapat rasakan sayapku cedera lagipun aku masih tak dapat gunakannya lagi.

"Kalau kita bela, harga sisiknya pun dah cukup tinggi untuk dijual," kata kapten lalu cuba turun dari bukit itu untuk mendapatkan aku.

"Ma-maaf kapten," kata ahli magik tadi menggeletar. Sewaktu kaptennya mahu turun tiba-tiba langit menjadi gelap, dan satu daya yang kuat turun mendekatiku sehingga tanah itu bergegar kuat seakan gempa bumi. Mereka semua terkejut dan beku di tempat mereka. Mereka kelihatan ketakutan malah cuba melarikan diri.

"Papa..." Sebutku lega. Aku tak mahu jadi haiwan peliharaan mereka yang tamak ni dan aku tak mahu dijual huhu... Padan muka kau bitch! Kali ni habislah kau ahahahhahahah!

Naga besar itu kelihatan amat marah, dan semua jenis magik yang cuba dilepaskan tidak berhasil. Pada mulanya, aku fikir naga itu datang hanya untuk menakutkan mereka dan menghalau mereka dari sini tapi itu salah sama sekali. Tanpa belas, naga itu terus menangkap mereka dengan rahangnya dan menelan mereka hidup-hidup tanpa sempat mereka untuk melawan balik membuatkan aku membutangkan mata terkejut.

Aku patut tahu... Ini adalah semula jadi seekor naga tapi aku dah lupa sebab kini aku juga seekor naga. Naga itu memandangku yang masih ketakutan, wajahnya memapar raut sedih lalu lembut mengangkatku menggunakan giginya yang masih berdarah. Aku dapat melihat sisa tangan manusia yang berada di celahan gigi naga itu membuatkan aku terdiam.

Setibanya di sarang, papa meletakku lembut dan terus mama mendapatkanku dan melihat keadaanku. Volcano, Blizzard dan Tornado duduk di sudut gua ketakutan mungkin baru sahaja dimarahi. Leavy dan Snowy juga turut duduk bersama mereka dengan rapat. Hehe... Pertama kali aku tengok mereka takut macam tu, sekarang siapa yang penakut ha??? Ehehehehe...

"Anak mama macam mana? Ada cedera ke?" Soal mama kepadaku dan aku tersenyum.

"Saya yokei! Tak ada masalah!" Kataku yakin dan memandang mereka semua dengan berlagak tapi aku rasa macam penat pula sekarang ni tapi muka mereka sekarang lebih dari rasa takut buatkan aku risau.

"Sayap..." Kata mama tiba-tiba. Aku melihat sayapku yang cedera tadi yang melondeh mencium tanah. Hmm... Cedera sikit sahaja mungkin nanti akan sembuh. Komon... Setakat cedera macam ni, aku dulu dah banyak kali patah kaki sebab aktiviti lasak.

"Saya o-" belum sempat aku membalas mama mencakar pipi papa. Papa hanya berdiam tidak membalas membuatkan aku terkejut. Papa hanya menunduk kesal.

"Apa yang awak buat Thunder! Anak kita dah cacat! Dia takkan dapat terbang lagi! Apa yang awak buat?! Awak patut sampai lagi awal!" Kata mama sambil menangis membuatkan aku kepelikan. Aku memandang Volcano dan lain-lain yang kini turut menangis. Oh man... Ini susah ni macam mana aku nak tenangkan mereka semua.

Bersambung...

............ ................ .............. ..............

Info tambahan
Sayap anak naga di minggu pertama sangat lembut dan memerlukan penjagaan rapi. Sepanjang dua minggu sayap anak naga sangat sensitif dan jika ia tercedera dalam dua minggu tersebut, tulang sayap akan gagal menyembuh dan naga akan mengalami kecacatan kekal.

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Continue Reading

You'll Also Like

1K 127 21
Respons 'Fight or Flight' memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat pilihan, sama ada hendak berlawan atau melarikan diri dalam situasi genting. P...
213K 15.7K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
267K 1.7K 6
Kisah kehidupan pasangan muda yg berjiran
170K 15.2K 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang han...