Saya sayang awak, Miss Blushi...

By f_miszyana

199K 8.9K 180

Tengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazri... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Sorry
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Epilog
Author's note...
Author's note (again)

Bab 11

4.2K 199 0
By f_miszyana

Siku yang tercalar sedikit dibelek-belek. Mikayla bangun lalu menuju ke sebuah kotak first aid kit yang sudah disediakan di dalam bilik itu. Cecair antiseptik disapukan ke siku dengan menggunakan cotton bud. Pedih menguasai diri saat cecair itu terkena kulitnya. Akhir sekali, plaster comel bercorak bunga ditampal bagi melindungi kulit Mikayla.

   Paling penting, dia melakukannya tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuk ibu bapanya. Dia bernasib baik kerana Puan Ailinda langsung tidak mengesyaki apa-apa ketika dia pulang dari sekolah tadi. Apatah lagi Dr. Azim yang pulang pada pukul 6 petang nanti.

   Jam dinding yang terletak di bahagian atas pintu dilihat sekilas. Baru pukul 4 petang. Masih banyak lagi masa untuk menanti hari esok. Kotak first aid kit diletak di tempat asal. Kaki dihayun pula ke arah meja belajar yang berwarna biru muda itu.

   Buku rujukan sejarah di capai dan dibuka. Highlighter berwarna merah jambu dicapai dan Mikayla mewarnakan beberapa point penting. Dia berhenti setelah beberapa ketika. Fikirannya melayang.

   Kejadian buli tadi menjadi topik hangat di minda. Kenapa Pinky Girls memilih buli sebagai hiburan mereka? Mereka menganggap dengan cara itu mereka dihormati oleh pelajar lain. Tetapi, bukankah banyak lagi cara untuk dihormati? Menjadi pelajar bijak adalah salah satunya. Mikayla tiada jawapan untuk soalan itu.

   Semua guru-guru terpaksa senyap walaupun berkali-kali menerima laporan kes buli ahli Pinky Girls. Dato' Azman, bapa Nissa merupakan penderma utama sekolah. Guru-guru tidak mahu mengambil risiko kehilangan penderma utama sekolah apabila menghukum Nissa Zazrin, satu-satunya zuriat Dato' Azman yang amat disayanginya.

   Begitulah hakikatnya yang tidak seindah yang disangka. Realiti sememangnya menyakitkan. Mikayla mengeluh sendiri memikirkannya.

                         💗💗💗💗💗

Waktu rehat menjelma lagi membuatkan para pelajar bersorak riang. Mikael dan Zafrel memilih untuk berehat digazebo yang sedikit tersorok. Mikael makan dua peket roti berperisa jagung dan coklat. Zafrel pula membawa bekal yang disediakan oleh ibunya iaitu mee goreng.

   "Hei, Mika! Kau dah putus asa ke?" jerkah Zafrel tiba-tiba. Mikael yang sedang mengunyah roti terus tersedak. Terbatuk-batuk jadinya. Habis merah muka putih mulus Mikael.

   Zafrel menghulurkan sebuah botol air mineral miliknya kepada Mikael. Mikael terus minum bagi melegakan tekaknya. Setelah lega, dia memandang Zafrel. Tajam!

   "Kau nak bunuh aku ke apa?!"

   "Err.. Sorry lah. Aku tak sengaja,"

   "Tiada maaf bagimu,"

   "Mikael.... Aku nak tanya je tadi,"

   "Tanya apa?" kasar sahaja suara Mikael ketika bertanya. Merajuk lagilah tu. Ehekss..

   "Kau dah putus asa ke dengan Mikayla tu? Senyap je sekarang," tanya Zafrel. Dia menghabiskan suapan terakhir mee gorengnya sebelum mencapai air mineral.

   "Aku? Putus asa? Perkataan itu tak pernah wujud dalam kamus hidup aku, okey?" tegas Mikael. Plastik roti yang sudah habis isinya ditentukan lalu beredar menuju tong sampah berdekatan. Kemudian, dia kembali.

   "Dah tu. Kau nak buat apa?" tanya Zafrel lagi. Dia mengangkat sebelah keningnya kepada Mikael.

   "Entah. Tengoklah keadaan. Kalau ada jodoh tak ke mana, Zaf,"jawab Mikael.

   "Entah?"

   Pertanyaan Zafrel tidak terjawab apabila Mikael meninggalkannya sendirian di situ. Zafrel segera mengejar Mikael.

   "Tunggulah!"

                        💗💗💗💗💗

Seperti biasa, Mikayla menjadi orang yang terakhir keluar dari kelas. Ketika berada di pintu, dia memandang ke dalam kelas. Matanya difokuskan ke arah tempat Mikael yang kosong tiada orang tetapi beg galasnya masih berada di situ.  Mikael dipanggil oleh Cikgu Aini, seorang guru pengawas. Ya! Mikael seorang pengawas.

   'I'm sorry, Mikael,' detik hatinya.

   Mikayla mula menghayunkan langkahnya untuk pulang ke rumah. Dia mendengar satu suara yang memanggilnya ketika melalui kelas 4 Usaha. Oh, my! Kelas tu memang puaka.

   "Kau tak habis lagi dengan aku, Mikayla!"

   Mikayla meneguk air liur mendengar suara itu. Terfikir-fikir juga apa nasibnya selepas ini. Baik atau buruk?

   "Nissa, please! Tolong jangan kacau aku," rayu Mikayla. Malangnya, rayuan itu langsung tidak didengari Nissa. Mikayla ditolak ke dinding dengan kasar.

   "Kau nasib baik sebab aku seorang hari ini. Dapatlah aku buli kau puas-puas," ujarnya dengan senyuman sinis tidak henti-henti.

   "Nissa, aku tak faham kenapa kau jadi macam ni? Kenapa kau kejam sangat?!" Mikayla menjerit di penghujung ayat. Air mata sudah mengalir keluar.

   "Shut up!"

   Nissa cuba untuk menampar Mikayla namun tangannya di tahan seseorang. Mikayla yang sudah terpejam-pejam matanya membuka mata perlahan-lahan. Ingin melihat siapa heronya.

   "Mikael?"

   

  

Continue Reading

You'll Also Like

271K 17.8K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
7.5K 386 42
"Hana, just like the flower." * * * Jalan cerita untuk percintaan seorang gadis bernama Hana....amatlah sukar untuk ditafsir. Memang susah pun!! Lela...
798K 36.1K 42
Orang tua selalu kata, ada beberapa pantang antara lelaki dan perempuan. Antaranya, jangan gaduh kerap sangat. Nanti ketemu jodoh. Dan kata kata itu...
344K 19.5K 60
Cover by @NurdiniQistina7 Start: 3.3.2017 End: 31.3.2018 Puteri Nur Qiesya Qaisara seorang gadis yang muka cantik hati keras garang dan seorang yang...