LoVe You LiKe A LoVe SoNg

Galing kay PaZalMM

40 0 0

~Kerana aku keliru, kau ialah satu mimpi atau realiti?..~ How can it be only a dream if my mind can remember... Higit pa

:(1
:(2
:(3
:(4
:(5
:AUTHOR'S WORD)
:(7

:(6

1 0 0
Galing kay PaZalMM

KRING KRING KRING

Eili menutup jam locengnya. Dia melihat jam locengnya itu. Baru pukul 5. 15 pagi.Dia menarik selimut kembali.

"Argh, nanti terlajak.."

Dia segera bangun. Selimutnya dilipat. Tuala mandi yang disidai di hadapan katil digapai. Kakinya menyarung selipar sebaik saja keluar dari dorm.Toiletris diambil dibawa menuju ke tandas yang berada di hujung sekali. Tandas yang tersedia untuk kegunaan semua penghuni aspuri (asrama puteri) terletak di hujung sekali di setiap aras. Jadinya kalau mereka bangun lambat, mereka terpaksa bersesak  sesak untuk menggunakan tandas dan tandas selalunya dipenuhi dengan senior pada waktu itu.

Kebanyakan junior akan bangun awal bagi mengelakkan bertembung dengan senior senior di tandas.

"Argh, puasnya mandi.. Air laju," kata Eili lalu segera masuk ke dalam dormnya.

Dia melihat jam locengnya lagi.

"Pukul 5.40,Memey suruh kejut 5.45..Halalla."

Eili masuk ke dorm sebelah melalui ruang kecil yang ada di tepi katil.

Kakinya dibawa menuju ke katil Memey di hujung sekali.

"Memey, bangun.. Dah pukul 540 ni."

Eili menampar perlahan bahu Memey.

Tiada.

Tiada reaksi yang ditunjukkan Memey.

"BANGUN"

Dia menonyoh bahu Memey dengan agak kuat.

"Huh, ayam seketul lagi nak habis makan ni.. Sekejaplahh," kata Memey mamai mamai.

"BANGUNNN"

Eili menampar nampar bahu Memey.

"HEY KAN AKU DAH CAKAP SEKEJAP AYAM AKU SIKIT LAGI NAK ABIS MAKAN NI!"

Marah Memey dengan mata yang tertutup sambil duduk melunjur di atas katil.

"SHHHH"

Bunyi dari dorm Eili.

"Woi, diam lah sikit"

"Kaulah, bukannya nak sabar kan aku cakap sekejap," kata Memey sambil mengelap air liur basi di hujung bibirnya.

"Dah bangun gi mandi"

Memey mengangguk. Dia segera bangun.

Melihatkan Memey yang sudah bangun, Eili segera menuju ke katil.

"Baru pukul 6,ada sejam lagi. Period hari ni boleh tiduq lama sikit"

Eili segera menutup matanya.

CHIRP, CHIRP.

Bunyi burung berkicauan.

Eili membuka matanya apabila ada cahaya yang menyuluh matanya.

"Ish, kacau ja"

Eili menggapai jam locengnya yang berada di tepi bantalnya.

Dia membuka matanya.

"Alah, baru pukul 8"

Kata Eili mamai mamai.

"WHATTT?? PUKUL LAPANNN"

Eili segera terjun dari katilnya.

"Mampuslah aku."

XXXXXX

Eili berjalan laju laju menaiki anak tangga.

Dia melintasi seorang senior lelaki yang sedang menuruni tangga. Bau senior itu menusuk ke dalam hidungnya.

BAU ITU! BAU YANG SENTIASA BERLEGAR LEGAR DI KEPALANYA.

Eili berpusing melihat ke arah senior itu.

Matanya sempat menangkap tag nama senior itu.

"Amir"

"Woi Eili, dah la datang lambat.. Pastu termenung pulak tu," tegur Keysha.

Eili tersedar dari lamunannya.

"Tuu, sebut nama lelaki mana pulak tu?

Eili berkalih melihat ke arah lain.

" Sibuk ja hang ni"

"Guys guys.. Eili kan dia ada pakwe"

Kata Keysha kuat kuat.

Eili menampar lengan Keysha.

"Apa hang ni?Dah la, malas aku nak layan hang ni," kata Eili lalu menyembamkan mukanya di meja beralaskan lengannya.

Ada sepasang mata yang memandang Eili dari luar kelas.

"Dia dah berpunya?"

xxxxxxx

"Eili? Eili?!"

Eili tersentak dari lamunannya.

"Ehem iya kenapa?"

"Makan lah cepat. Satgi kita nak pegi masjid pulak ni," kata Rita.

"Kau termenung apa ni? Sejak semalam lagi aku nampak kau termenung. Teruk sangat kau termenung ni. Semalam aku nampak kau cium pintu dorm lah.. Kau cium loker lah  . Bila nak cium aku pulak ni?" kata Memey sambil mengenyitkan matanya.

"Amboi Meii.. Menyempat hang. Aku report kat Mail satgiii," kata Rita.

"Kenapa Mail?"

"Aku pergi letak pinggan dulu k," kata Eili lalu segera bangun.

"Alah, hang ni lupa daratan lah. Kawan hang waktu kecik kecik."

Sesaat, dua saat.. 15 saat. Memey masih blurr.

"Weyh, weyhhh.I get it.Kurang ajar kau," kata Memey sambil tergelak.

"Hahaha, lambat lambat. sel sel otak hang ni lambat sangat berhubung. Minum lah sustagen. Diyakini dapat membantu tumbesaran anak anda," kata Rita dengan gaya mengajuk iklan di tv.

"Hahaha ish kau ni."

Memey menampar lengan Rita.

"Jom pergi masjid"

Mereka berjalan bersama menuju ke masjid. Pada hari itu, hanya tingkatan 1 perempuan yang pergi ke masjid untuk menghadiri kelas mengaji khusus buat pelajar tingkatan 1 pada setiap hari Isnin malam.

"Wei, hampa pernah dengar cerita senior tak pasal bangunan LK dekat hujung tu?" tanya Rita

"Tak, tak pernah," balas Memey.

"Cerita lah," kata Eili.

"Senior cerita lah. Dulu, depa pernah ada kelas malam kat situ. Pastu, depa nampak, ada bayang bayang askar Jepun berjalan dekat bangunan tu."

"Ui, scary nya duh,"kata Memey sambil memeluk badannya.

" Tulah, bangunan tu pun nampak macam lama, dah la kaler putih . Dengan dikelilingi hutannya. Memang scary. Hang cerita macam tu, lagi scary dibuatnya. Memang kalau pergi masjid, aku tak usya dah belah sana, "kata Eili.

Rita berhenti di hadapan mereka.

" WEI, aku nampak ada sesuatu duk peghati kita dari bangunan tu, "kata Rita.

Rita segera membuka langkah besar, berlari

"Sial la hang ni Rita."

Eili dan Memey ikut lari di belakang.

Mereka berhenti sesampai sahaja di masjid. Mereka bernafas tercungap cungap.

"Penat aa wei," kata Eili dengan nafas tercungap cungap.

"Rita lah ni. Pasni, tak mau dah pergi masjid ngan dia," kata Memey.

"Hahaha, baru ja lari sikit.Ish,ish wahai anak muda," kata Rita sambil menggelengkan kepalanya.

"Dah, dah.. Jom masuk cepat. Panas ni"

Mereka menuju ke rak kasut, meletakkan kasut mereka di rak yang tersedia lalu segera masuk ke dalam masjid.

xxxxxxx

"Wei, sedap duh azan Isyak tadi. Aku dengar dengar orang cakap tadi senior yang azan,"kata Memey.

" Iya, nama dia apatah.. Nama dia Tengku Amir Shah kot. Mesti hensem wei, "kata Rita dengan penuh excited.

" Untung batch kita. Senior tingkatan 5 kita hensem hensem bukan macam senior tahun lepas, kak Najuwa cakap kat aku, "kata Rita lagi.

" Tu lah wei, walau dapat melihat wajah mereka ni sekilas ja pun.. Dah membuatkan semua bebanan home work dan segalanya pergi, "kata Memey sambil menggenggam kedua belah tangannya di dada. Matanya berkedip kedip melihat ke hadapan.

" Ahahaha. Hampa duaa ni... "kata Eili sambil menggeleng geleng kepala.

" Adik, adik... "

Eili beralih melihat ke belakang.

" Sejadah jatuh ni. "

Eili melihat tangan yang menghulurkan sejadahnya.

'Bau ni lagi!'

Eili mengangkat kepalanya perlahan lahan melihat rupa insan di hadapannya itu.

"Ni sejadah adik kan?" tanya senior lelaki itu.

Eili merenung lelaki itu lama.

"Wei, abang Tengku Amir Shah tu," kata Memey di belakang perlahan. Dia dengan Rita berfangirling di belakang.

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

1.2M 36.1K 65
Ailee ate her ice cream licking every bit of it and then Xavier pushed his cup infront of her. She looked confusingly at him. "Eat." "No you eat. Its...
659K 33.7K 33
1ST BOOK OF BRIDE SERIES✨✨ Don't do this, leave my parents, don't ruin my life, I will die. She was begging infront of him joining her both hands. Th...
2.9M 174K 77
Nobody ever loved him; she was the first who loved him. He did not have a family and then one day she entered into his life and became a world for h...
1.8M 120K 76
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...