:(3

6 0 0
                                    

"Eili, penat.. "

"Iya, penat jugak."

"Penat dah?Satu check point pun belum sampai," kata abang Peot.

"Sorry la bang, badan tak fit. Lemak keliling pinggang," kata Memey.

"Haha, tu.. Macam akak kat belakang tu lah," kata abang Peot sambil jarinya dituding menunjuk ke arah seorang fasilitator perempuan di belakang sekali yang berjalan sambil memegang sebelah pinggangnya dengan nafas yang tercungap cungap.

"Woi, aku dengaq la Peot hang mengata aku. Kurang asam betui!"

Jerit Kak Cheah dari belakang.

"Hahahaha"

Eili dan Rita tertawa melihatkan ragam mereka.

"Tulah hang, aku ajak jog petang petang tak nak. Nak jugak lena kat aspuri tu. Maka hasilnya di bawah dagu yang bergantungan tu lah," usik
abang Peot lagi.

"B*b* hang Peot. Hang tunggu nanti. Aku pekena hang abis abis sampai sekolah satgi."

"Yelah, what ever. Sambung jalan dulu. Jom adik adik, jalan.. Jalan. Kita harus menang"

Mereka meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di check point pertama.

"Okay, abang nak hampa jawab teka teki kat sini, ada tiga teka teki.. Kalau hampa tak leh jawab, ada denda yang menanti. Kalau hampa boleh jawab ada markah, 10 markah. Kumpulan yang dapat markah tertinggi akan jadi pemenang."

Kesemua mata fokus pada abang fasilitator yang menjaga check point itu.

" Okay, seorang pilih,abang akan baca nanti, "kata abang fasilitator itu sambil menyuakan balang yang berisi gulungan kertas ke hadapan.

" Meh la aku yang gi amik, "tawar Faidz.

" Okay, "kata Memey.

" Baca jampi sikit Faidz, "kata Anis.

Faidz menunjukkan jari ok.

Dia bergerak ke hadapan, menyuakan tangan ke dalam balang itu. Satu gulungan kertas dipilih dan diberikan kepada abang fasilitator  di hadapan itu.

" Okay.. Dengar betul betul k. Azmin keluar bersiar siar,tiba tiba hujan turun. Dia tidak membawa payung dan juga tidak memakai topi ketika keluar. Pakaian Azmin basah kuyup akibat hujan, namun tiada sehelai pun rambutnya yang basah. Bagaimana ini berlaku?1 minit ja, sila jawap"

"Eemm.. Haaa, dia pakai raincoat."

Shila mencuba.

"Salah. TET"

"Ada orang tolong payungkan dia."

Anis pula mencuba.

"Salah"

"Dia pakai songkok"

"Salah"

"Dia letak plastik kat kepala"

"Salah"

"Dia botak"

Semua mata memandang Eili dengan wajah yang pelik.

"What? I just try," kata Eili.

"Betul.."

"Yeayyy"

Memey menepuk tangannya. Eili hanya tersenyum. Faidz tersenyum manis sambil menunjukkan thumbs up kepadanya.

"Heiii, jangan suka lagi. Ni ada dua teka teki lagi"

Faidz menyeluk tangannya lagi ke dalam bekas dan memberikan gulung lan kertas pada abang fasilitator.

"Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?"

Semua diam, memikirkan jawapan.

"Jatuh pokok kelapa boleh kena kelapa, jatuh perigi tak kena apa"

Faidz mencuba.

"Salah"

"Jatuh pokok kelapa sakit, jatuh perigi mati"

Memey pula mencuba

"Salah"

"Jatuh pokok kelapa terlentang, jatuh perigi terduduk"

Amin mencuba

"Salah"

Semua diam menyepi.

"Ada 30 saat lagi"

"Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh. Kalau naik perigi, jatuh dulu baru naik."

Satu suara lelaki dari belakang yang berbunyi.

"WOW, RIZ CAKAP DUH. FIRST TIME NI AKU DENGAR RIZ CAKAP"

Fikri terkedu.Yang lain juga kelihatan terkejut.

"Isy kau ni," Faidz menyiku Fikri kuat tanda suruh dia berdiam.

"Adui, sakit lah"

"Betul jawapan tu"

"Okay okay. Cepat sikit. Soalan last ni biar abang yang pilih okay"

Abang fasilitator itu menyeluk kan tangannya ke dalam bekas itu dan menarik tangannya keluar bersama satu gulungan kertas.

"Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?"

"Alah senang ja ni," kata abang fasilitator itu.

"Haaa, teksi"

Teka Shila.

"Betul"

"Okay disebabkan semua betul, tak kena denda."

Krik krik.

"Ala bosannya hampa ni. Yeay la sikit"

"Yeayyy"

Bunyi sorakan dari mereka.

"Okay okay , boleh gerak ke next check point dah"

Kesemua mereka kembali berjalan.

"Erm,Memey"

Eili menegur.

"Iya, why Eili? "balas Memey dengan lembut.

" Betul ke Riz tu tak pernah cakap? "

" Hahaha, kau percaya apa yang Fikri cakap tu? "

Eili menangguk bersungguh sungguh.

" Adalah dia cakap jugak. Tapi sepatah dua patah la. Hari ni yang paling banyak dia cakap, "kata Memey.

Eili ketawa kecil.

" Kenapa kau gelak? "

" Taklah, dia tu lawak lah duh. Tadi, aku nampak dia tersepak batu.. Pastu kan, dia control macho wei. Dia macam acah tak sakit padahal sakit. Pastu dia pusing kiri kanan tengok ada orang usya tak.. Memang tadak yang usya, aku gelak tunduk kepala. "

" Ala kau ni, kenapa tak cerita kat aku time tu? "

" Eh, hehe.. Sorry lah, aku duk sibuk control gelak. Kesian dia malu satgi kalau tau aku nampak "

" Ish kau ni, aku pun nak tengok gak reaction dia time tu, "kata Memey sambil memuncungkan mulutnya. Dia menyilangkan tangannya, memeluk badannya.

" Ala, sorry la,"pujuk Eili sambil tangannya memegang lengan Memey.

" Merajuk. Bye. "

Memey mendaki laju ke hadapan meninggalkan Eili.

"Hmph"

Eili menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.






LoVe You LiKe A LoVe SoNgWhere stories live. Discover now