ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]

By AnjellHomosapien

1.4M 62.8K 16.4K

Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
TEASER 1
TEASER 2

BAB 20

69.5K 2.9K 662
By AnjellHomosapien

Last chapter on wattpad 

~not-edited~

BAB 20

Cuti Krismas telah pun bermula. Memandangkan cuti hampir sebulan, aku buat keputusan untuk balik ke Malaysia. Tak sabar aku nak jumpa ayah. Rindu. Ayah pun bukan main teruja dia bila dapat tahu aku nak balik. Maklumlah, dah lama kami tak jumpa. Hanya mampu melepas rindu melalui Skype ataupun Facetime.

Rumah sewaku juga kini dah kosong. Hanya aku tinggal sendirian. Semua dah pulang ke kampung masing-masing. Sharifah pula macam biasa, pergi ke rumah keluarga angkatnya di London. Pagi semalam dia ke London dengan menaiki kereta api.

Waktu penerbangan aku adalah pada pukul dua petang besok. Satu rumah aku dah kemas. Maklumlah, nak tinggal lama. Tapi tak banyak barang aku bawa balik. Hanya satu bagasi sederhana besar dan satu beg komputer riba. Di dalamnya terisi juga dua buah buku rujukan. Apa boleh buat. Cuti-cuti juga. Tapi balik je nanti, terus exam. Lepas tu, tamat dah semester musim luruhku. Cepat betul masa berlalu.

Walaupun tiket pukul dua petang, tapi aku kena keluar pagi-pagi lagi dari rumah. Sebab jarak rumahku ke lapangan terbang agak jauh dan aku ke sana dengan menaiki bas. Dan standard untuk setiap lapangan terbang, harus berada di sana beberapa jam lebih awal. Jadi dalam lebih kurang pukul sebelas pagi aku dah kena ada di sana.

Aku pilih untuk naik bas memandangkan tambangnya jauh lebih murah dari teksi. Kalau dulu tiap kali aku mahu ke lapangan terbang, pasti Shahril akan pinjam atau sewa kereta untuk menghantarku. Memang sangat jimat kosnya. Mengingatkannya, adalah juga rasa pilu bertandang. Rindukan memori dengannya. Walaupun kami dah tiada apa-apa, tapi jasa baiknya padaku tetap aku takkan lupa.

Haih.. dah nak balik Malaysia pun boleh pula nak emo! Aku geleng-geleng kepala beberapa kali. Halau jauh-jauh rasa itu.

Dan kini, bila tiada Shahril aku dah tak mahu susahkan sesiapa. Biarlah aku berdikari sendiri. Lagipun aku rasa ramai kawanku yang lain dah balik ke kampung masing-masing. Yang tak balik pun entah-entah dah pergi bercuti. Yalah.. cuti sebulan kut!

Gara-gara rumah bakal ditinggalkan lama, semua barang basah dah dihabiskan. Yang dah tak elok pun aku dah buang semua. Pendek kata, dapur memang dah kosong. Sebab itulah aku akhirnya terpaksa mencari makan kat luar sebelum perutku ni mengganas dengan lebih dahsyat.

Aku buat keputusan untuk makan di restoran Arab yang terletak dalam lebih kurang satu kilometer dari rumahku. Nasib baik dekat. Memandangkan kawasan rumahku ni adalah dikira kawasan bandar Nottingham, memang semuanya mudah. Aku hanya berjalan kaki walaupun cuaca agak sejuk.

Jarang aku makan di restoran ini melainkan kalau Sharifah yang heret. Bukan sebab tempat ini tak sedap. Kalau tak sedap, masakan restoran ini selalu penuh. Cuma tak kena dengan selera aku. Apa boleh buat, aku kurang suka dengan nasi arab. Tekak orang lain-lain. Bagi aku, nasi arab ni cepat muak.

Berbeza pula dengan Sharifah. Mentang-mentang darah dia berketurunan Syed, memang kegemaran dia nasi arab ni. Dan restoran yang diberi nama Sahara itu adalah kegemarannya. Pernah aku suruh dia mengurat anak tuan kedai itu supaya selalu dapat makan percuma. Sebab anak tuan kedai memang kacak habis. Dengan hidung mancung dia. Dengan mata bening dia. Manis dengan senyuman pula tu. Yang pandang pun rasa tak puas. Aku syak tiga puluh peratus orang yang datang restoran itu adalah sebab nak tatap muka handsome anak tuan kedai.

Tapi Sharifah marah aku. Dia cakap jangan nak mengarut. Orang Arab yang warak dan keturunan hebat macam tu takkan pandang orang macam dia. Yalah.. siapa tak kenal dengan keluarga pemilik restoran Sahara ni? Keluarga Al-Kabeer. Kalau tak salah aku kaum kerabat bekas mayor Nottingham ni dulu.

Pengaruh yang kuat. Pegangan agama pun hebat. Mereka juga terkenal dengan sifat pemurah. Beberapa program keagamaan dapat dijalankan dengan sponsor dari mereka. Aku kira itulah salah satu sebab kenapa rezeki mereka murah. Berkat sedekah.

Jadi, kata Sharifah lagi, takkanlah anak tuan kedai itu nak pandang dia yang jelas-jelas nampak jahil agama sedangkan lelaki itu mampu mendapat perempuan yang lebih baik dan hebat? Paling tak pun kena macam aku, barulah lelaki itu pandang.

Tak pasal-pasal nama aku pula kena petik. Padahal aku bagi cadangan tu sebab perasan anak mata anak tuan kedai tu selalu dok mengusyar meja kami masa tu. Salah ke? Sharifah lupa agaknya jodoh pertemuan dan ajal maut semua Allah yang tentukan.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam restoran itu, macam biasa restoran itu tetap ramai walaupun tak sesak. Aku ambil tempat agak belakang yang dikhaskan untuk dua orang. Kat situ kosong memandangkan kebanyakan datang bersama keluarga. Memang aku buat keputusan untuk makan di situ. Senang. Balik nanti perut dah kenyang.

Aku hanya membelek buku berkulit keras yang diberi oleh pelayan tadi. Acah-acah belek tengok apa yang ada. Padahal last-last aku tetap pilih set nasi ayam mandy juga. Itu je la yang kena dengan tekak aku. Dan pesanan ruji aku tiap kali ke restoran ini.

Aku tekan butang untuk panggil pelayan yang disediakan di meja itu. Tak sampai seminit, terasa ada susuk lain berdiri di sebelah mejaku. Dan bila aku angkat muka, aku rasa agak terkejut. Sebab yang berdiri di sebelah mejaku sekarang adalah anak tuan kedai yang kacak bergaya itu. Tak sangka dia yang mengambil oderku!

"Alone today, miss?" Dia menegurku. Hmm.. suara pun sedap! Senyum manis ke arahku.

Alone today? Adakah itu maksudnya dia perasan aku selalu datang berdua sebelum ini? Dia ingat aku? Padahal boleh dikira berapa kali aku ke sini.

Dan bagaikan tahu-tahu kepalaku tengah ligat berfikir, dia sambung lagi.

"Where's your friend? The beautiful girl with long hair."

Oh, pembetulan! Bukan dia ingat aku. Dia ingat Sharifah. Wah.. tak sangka aku! Tak sabar aku nak cerita kat Sharifah nanti. Nak-nak lagi bahagian yang putera kacak ni panggil dia beautiful. Dah boleh bayang muka merah ala-ala pakai blusher Sharifah nanti.

"Oh, she went to London for Christmast break!" jawabku. Jujur memandangkan aku rasa dia orang baik-baik. Terpancar riak kecewa seketika pada wajah kacaknya.

Lagilah aku rasa nak senyum dan tak sabar nak jadi mak joyah kepoh bercerita kepada Sharifah nanti.

"Oh, what would you like to order, miss?" Dia kembali kepada mod profesional. Tapi tetap terukir senyum mesranya.

Macam awal-awal perancanganku tadi, aku hanya memesan set nasi ayam mandy. Air pula hanya teh lemon panas. Aku hanya skrol telefon pintarku sementara menunggu. Log masuk ke Facebook. Dah tentulah pergi menuai. Maksud aku, main game Farm Ville la. Haha.

Tak sampai sepuluh minit, pesananku dah sampai. Pesanan sampai secepat ini walaupun pelanggan ramai maksudnya cuma satu. Servis yang sangat tip top. Melihat menu di depan mata, baru sedar perut lapar gila. Telefon aku letak ke tepi, kemudian dengan bacaan bismillah, aku mula melahap.

-----

Aku berjalan di laluan khas untuk pejalan kaki itu. Walaupun baru pukul empat, tapi langit dah bertukar warna. Beberapa minit lagi akan masuk waktu Maghrib. Begitulah bila dah masuk musim sejuk, waktu malamnya lebih panjang dari waktu siang. Kadang-kadang sampai enam belas jam.

Dan aku harus cepat pulang. Gara-gara waktu siang dan malam yang tak teratur, jarak di antara waktu solat kini menjadi sangat singkat. Mujurlah jarak ke rumahku hanya dekat dan jalan di sini masih terang-benderang.

Tiba-tiba.. aku rasa lagi perasaan itu! Tegak bulu roma berdiri. Yang pasti bukan kerana sejuk. Rasa diperhatikan. Rasa diekori.

Aku ikut gerak hati. Rapatkan baju sejuk ke tubuhku sebelum pusing sedikit untuk melihat ke belakang. Tapi, aku cuba lakukan semuanya dengan selamba. Seolah-olah tak pedulikan keadaan sekeliling.

Dan aku nampak! Aku nampak ada seorang lelaki sedang berdiri beberapa meter dari belakangku. Walaupun gayanya tiada apa-apa yang mencurigakan, tapi hatiku dapat rasakan bagaikan ada sesuatu yang tak kena.

Persoalannya, siapa dia? Dia ikut aku ke? Atau dia hanya orang awam? Hakikatnya, aku jadi curiga dengan semua perkara.

Hormon adrenalin mula dirembes keluar. Jantungku mula berdetak laju. Dan tubuhku juga bagaikan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.

Sekeliling aku perhatikan lagi. Kawasan tak sunyi maksudnya aku masih selamat. Kelihatan beberapa orang turut berjalan kaki di situ. Jalan raya juga masih sibuk. Jadi agak mustahil kalau ada orang nak buat jahat di tengah-tengah khalayak.

Atau mungkin ini semua perasaanku.

Sekali lagi aku pusing ke belakang. Tapi, kali ini lelaki itu dah tiada. Aku tak tahu harus rasa lega atau sebaliknya. Yang pasti, perjalananku diteruskan. Ayun kakiku laju-laju. Aku berdoa semoga semua ini hanyalah mainan perasaanku.

Bila melihat rumahku mula menghiasi pandangan, aku hela nafas panjang. Walaupun semua memilih untuk berkurung di dalam rumah, tapi aku tetap lega. Dah nak sampai! Aku berhenti seketika di bahu jalan untuk mengambil nafas. Agak semput sebab berjalan laju tadi. Macam baru lepas senaman. Hilang semua sejukku.

Kiri kanan aku pandang jalan raya besar itu. Dan bila kosong, aku mula melintas. Berbaki kurang satu meter lagi, tiba-tiba aku mendengar bagaikan bunyi tayar dibrek. Pantas aku menoleh ke arah itu. Kelihatan ada sebuah van putih berhenti betul-betul di depanku.

Semuanya berlaku sangat pantas. Aku melihat ada dua lelaki bertubuh sasa turun dari van itu dan meluru laju ke arahku. Belum sempat aku buat apa-apa, terasa tanganku dipegang lalu ditarik.

Aku mula cemas. Terus menjerit dan meronta. Terasa mulutku dipekup oleh tangan besar, menenggelamkan segala jeritanku. Dan badanku pula diheret kasar. Aku tak putus-putus meronta sekuat hati walaupun tahu usahaku mungkin sia-sia. Hati berdoa semoga Allah menolongku.

"Fiesty little bird. Definitely D'Ambrusio's. Take her!" Aku mendengar satu suara garau. Dari siapa, aku tak dapat pastikan. Terasa tanganku ditarik kasar lagi. Bagaikan nak tercabut sendi ball and socket bahuku apatah lagi bila aku masih cuba menahan semahu hati.

Aku tak tahu apa yang jadi, tiba-tiba aku melihat lelaki yang memegang tanganku itu tersungkur jatuh sambil mengerang kesakitan. Buatkan pegangannya pada tanganku terus terlepas. Terus aku terundur beberapa langkah dari mereka itu. Takut!

Aku melihat ada susuk lain muncul untuk melawan mereka berdua. Dua lawan satu, namun figura yang satu itu agak familiar. Aku melihat mereka bertukar penumbuk. Tubuhku menggigil gara-gara rasa takut yang amat.

Lelaki yang baru muncul itu menoleh ke arahku. Lucca.

"Lari, signorina!"

Lari? Lari ke mana? Rumah aku di depan ni kut.

Bila nampak aku masih jadi tugu negara, Lucca sudahkan penumbuknya pada lelaki-lelaki itu sebelum tanganku disambar. Lantas dia berlari dan memaksaku untuk mengikutnya.

Rasa bagaikan déjà vu! Kalau dulu dengan Dheo, kali ini dengan Lucca pula. Berlari tanpa arah di bawah langit yang hitam. Dikejar oleh entah malaun mana. Atas sebab yang aku tak tahu kenapa.

Tiba di satu kawasan agak sunyi, Lucca melepaskan tanganku. Kami sama-sama sedut oksigen yang macam nak pupus dari paru-paru tadi.

"Siapa dia orang tu? Kenapa dia orang nak culik saya?" Aku soal Lucca bila dah rasa agak tenang.

Lucca angkat kepala pandang aku. Aku hanya merenungnya. Menagih jawapan. Aku yakin Lucca kenal mereka. Pasti ada kaitan dengan keluarga Dheo. Sebab pendengaranku masih elok lagi untuk dengar nama D'Ambrusio disebut tadi.

Tapi, kenapa aku?

"I'm sorry, signorina." Mata Lucca seolah-olah menghulurkan simpati kepadaku.

Sorry? Kenapa?

Belum sempat aku bertanya kenapa, dapatku rasakan bagaikan ada susuk lain yang baru muncul. Lantas aku menoleh ke arahnya. Kelihatan satu susuk hitam menghampiri dan bila semakin dekat, wajahnya dapat aku cam walaupun dalam cahaya yang agak suram.

Dheo.

Tapi ekspresi wajahnya agak dingin. Dapat aku rasakan bagaikan ada sesuatu yang tak kena. Hati kecilku mengarahkanku agar berjaga-jaga. Entah kenapa aku rasa Dheo hari ini bukan seperti Dheo yang selalu aku jumpa. Di sekelilingnya bagaikan ada satu aura gelap yang mampu menghidupkan segala lampu amaran.

"Awak.. macam mana awak muncul?" soalku. Kiri kanan aku pandang. Dia selalu muncul tiba-tiba. Dan kali ini, aku sangat curiga.

Mata berlaga dengan anak mata hitam pekat Dheo. Aku telan liur.

Kaki mengundur ke belakang bila dia mula menghampiri. Wajah Dheo hanya selamba, tapi matanya agak dingin. Aku pandang Lucca pula. Hanya tenang. Tapi masih diam di tempatnya.

"They think you're mine, bella. You know what it means?"

Meremang bulu romaku ketika dia berkata. Laju liur lalu tekak. Lutut pun rasa menggeletar bila menghadap Dheo versi ini. Masih tak tahu apa yang dikatakannya itu. Soalan bukan sebarang soalan. Aku tak tahu sama ada aku mahu mendengar jawapannya ataupun tidak.

Dada berdebar laju.

"What?" Aku kuatkan hati untuk bertanya. Matanya masih cuba kutentang berani.

Aku pandang sekeliling kawasan itu. Berkira-kira. Kalau aku rasa terancam, rasanya sempat untukku buka langkah seribu. Walaupun jauh di dasar hatiku, aku tahu usahaku itu memang sia-sia.

"It means.. you have to be mine, bella."

Seraya itu aku rasa tubuhku dipusing dan dipeluk dari belakang. Sebelah tangannya menekup hidung dan mulutku dengan kain. Reaksi refleksku, aku cuba meronta. Namun terasa pelukannya makin kuat. Ada satu bau pelik yang sempat kuhidu dari kain itu.

Dan setelah beberapa saat, otak rasa berkabus. Mata mula hilang fokus. Dan tubuhku rasa mula memberat. Bagaikan ada sesuatu yang mematikan segala sistem tubuhku. Perlahan-lahan mata terkatup rapat. Terasa tangan Dheo yang menghalang saluran pernafasanku tadi pun turut diangkat.

"Dormire adesso, bella! (Sleep now, beautiful!)" Sempat aku dengar suara garau itu. Bagaikan lullaby untuk menidurkan aku.

Dan sempat juga aku rasa kaki tak jejak tanah. Rasa juga ada tangan yang mencempung tubuhku. Kedudukan tubuhku dibetulkan supaya kepalaku terlentok ke dadanya dan dia mula berjalan. Setelah itu, gelap duniaku.


Yeah.. yeah.. i know.  You 'll hate me after this. Haha. Thank you for reading this book. Thank you for your endless  support. Please pray for the best untuk kelancaran proses untuk siapkan full manuskrip. Ada masa, insyaAllah saya up teaser nanti. 

So long for now. Lots of love from me. 

12/4/2020

Continue Reading

You'll Also Like

101K 3.6K 72
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3M 268K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
485 98 23
Khai seorang rapper dan dancer dalam kumpulan First. Kumpulan First terdapat 6 orang dan apa yang Khai tidak tahu bahawa terdapat seorang lagi ahli y...
79.4K 3.7K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...