ɴᴀᴜɢʜᴛʏ ʙᴏʏ ᴠs ʜᴇᴀᴅ ᴘʀᴇғᴇᴄᴛ (...

By zurichi_

115K 7.8K 5.9K

✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning ⚠⚠⚠ Yaoi detected!! 😂💢 Dan mempunyai part 🌈 jadi sila hati² ya 😂🦑 Sin... More

N B H P 2 💢
N B H P 3 💢
N B H P 4 💢
N B H P 5 💢
N B H P 6 💢
N B H P 7 💢
N B H P 8 💢
N B H P 9 💢
N B H P 10 💢
N B H P 11 💢
N B H P 12 💢
N B H P 13 💢
N B H P 14 💢
N B H P 15 💢
N B H P 16 💢
N B H P 17 💢
N B H P 18 💢
N B H P 19 💢
N B H P 20 💢
N B H P 21 💢
N B H P 22 💢
N B H P 23 💢
N B H P 24 💢
N B H P 25 💢
N B H P 26 💢
N B H P 27 💢
N B H P 28 💢
N B H P 29 💢
N B H P 30 💢
N B H P 31 💢
N B H P 32 💢
N B H P 33 💢
N B H P 34 💢
N B H P 35 💢
N B H P 36 💢 (END)
Extra (KhaIzo) Part 1 🦆
Extra (KhaIzo) Part 2 🦆
Extra (KhaIzo) Part 3 🦆
Extra (KhaIzo) Part 4 🦆
Extra (KhaIzo) Part 5 🦆
Extra (KhaIzo) Part 6 🦆 (END)
31 Disember 😂 (Ganti tahun lepas punya 💀)

N B H P 1 💢

8.4K 294 103
By zurichi_

6:45 a.m.

Waktu-waktu macam biasanya pelajar-pelajar sesi pagi sudah berada di sekolah dan bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran. Tetapi tidak pada seorang budak bertopi oren yang masih lagi membuta di atas katilnya sambil memeluk bantal busyuknya.

(BAMM!!)

Pintu bilik dibuka dengan kasar dan terlihatlah seorang gadis yang sudah mempunyai aura berapi-api berjalan masuk ke dalam bilik itu seperti seekor raksasa.

"Woi Boboiboy!! Si budak pemalas!! Kau bangun sekarang!!"teriak gadis itu sambil menarik selimut dan bantal busyuk yang sedang dipeluk dengan kasar sehingga Boboiboy terbangun dari tidurnya dalam keadaan terpinga-pinga.

"Ha? Ha? Apakah??"tanya Boboiboy yang masih mamai menjadikan gadis itu sweatdrop dan terus menarik tangan Boboiboy agar dia bangun dari katilnya.

"Buat-buat tanya pula budak ni!! Hari nikan kau sekolah!! Apahal kau masih membuta ha?!! Patutnya kau dah ada kat sekolah sekarang!!"marah gadis itu menjadikan Boboiboy mengeluh. Dia bangun dan baring semula di atas katilnya lantas menutup matanya.

"Alaa akak ni bisinglah... Boboiboy malaslah nak sekolah hari ni... Hari ni dahlah ada subjek cikgu itik tu... Malas betul Boboiboy nak tengok muka dia..."balas Boboiboy dengan santainya menjadikan kakaknya semakin naik angin. Tiba-tiba kakaknya mendapat satu idea.

"Hoo... Tak nak bangun ehh~?"gumam kakaknya berserta senyuman sinis. Dia tahu apa yang patut dibuat.

"Mak!! Oh mak!!"panggil kakak Boboiboy menjadikan Boboiboy automatik bangun dari tidurnya.

"Ya Yaya!! Ada apa?? Adik tu dah kejut ke belum??"jawab mak Boboiboy dari tingkat bawah menjadikan Boboiboy yang mendengarnya panik. Kakak Boboiboy melirik ke arah Boboiboy dan mula membuka mulutnya.

"Boboiboy kata dia tak na--"

"Boboiboy dah bangun!! Nak pergi mandi ni!!"ucap Boboiboy panik sambil mencapai tualanya dari penyangkut dan berlari keluar dari biliknya menuju ke bilik mandi. Manakala Yaya hanya mampu menahan geram melihat adiknya yang seorang itu.

"Ish budak ni... Dengan mak tahu pula nak dengar cakap, kalau dengan aku, sikit takut pun takda!!"gumam Yaya lantas mendengus geram dan berjalan keluar dari bilik Boboiboy.

-10 minit kemudian-

Boboiboy menuruni tangga biliknya dan bergegas ke dapur lantas mencapai sekeping roti bakar di atas meja.Yaya yang sedang bersarapan bersama puan Arina a.k.a mak Boboiboy berasa hairan apabila melihat Boboiboy yang masih tenang walhal dah 7:10 pagi.

"Aik? Selamba nampak? Kau tahu tak kau dah lambat?"soal Yaya datar manakala Boboiboy hanya menjelingnya.

"Ish rilekslah kak... Awal-awal pergi sekolah nak buat apa?"soal Boboiboy balik dengan penuh selambanya membuatkan Yaya yang mendengarnya menggenggam roti bakar yang dipegangnya sehingga roti itu hancur.

"Mak, Boboiboy pergi sekolah dulu..."ucap Boboiboy lantas menyalami tangan puan Arina dan terus berlari keluar rumah.

*Di hadapan sekolah*

Boboiboy sampai di hadapan sekolah dan mendapati pintu pagar telah pun ditutup, seperti yang dijangka dari awal. Boboiboy melihat sekeliling dan dapat lihat dua orang manusia sedang melambai tangan ke arahnya. Boboiboy bergegas ke arah mereka.

"Ha!Sini pun korang!Ingatkan korang dah masuk sekolah dulu..."ucap Boboiboy sambil tersenyum ke arah dua orang manusia di hadapannya.

"Dey, kau ingat aku ni rajin sangat ke nak sekolah?"soal seorang lelaki berbadan gempal dengan nametag 'Gopal' pada uniformnya.

"Samalah, dahlah hari ni kelas pertama kelas si itik tu..."balas orang di sebelah Gopal dengan nametag 'Sai' pada uniformnya.

"Korang kira okay dia cuma ajar PSV, kat kelas aku dia ajar Prinsip Akaun! Dahlah banyak membebel, kalah akak aku..."rungut Boboiboy yang sudah mengembungkan pipinya seperti ikan buntal. Benci benar dengan cikgu itik tu!

"Jadi, pukul berapa kita nak masuk kelas?"tanya Gopal tiba-tiba menukar topik. Sai dan Boboiboy nampak seperti berfikir seketika.

"8:30!"jawab kedua-duanya serentak.

---

8:30 a.m.

Dari jauh Boboiboy dapat lihat papan tanda kecil tergantung dengan tulisan '5 PA'. Boboiboy hanya mampu menghela nafas setelah melihatnya dan semakin memperlahankan langkahnya. Gopal dan Sai sudah masuk ke dalam kelas mereka kerana kelas mereka terletak selang dua kelas sebelum kelas PA.

"Aduu... Malas betullah nak masuk kelas..."gumam Boboiboy malas sambil berjalan ke arah pintu kelas. Apabila sampai, Boboiboy hanya mampu tercengang apabila melihat cikgu yang paling dibencinya sedang mengajar di dalam kelasnya.

"Shitake!! Aku lupa 8:30 ni waktu si itik mengajar!! Arrrghhh!!"monolog Boboiboy sambil mengeluh, tetapi di dalam hati dia sudah terjerit-jerit macam hape dah. Boboiboy rolleyes dan berjalan masuk ke dalam kelas dengan selambanya lantas duduk di tempatnya yang terletak di bahagian belakang sekali.

Pelajar lain malas ingin menegur, dah masak dengan perkara ini. Kang kalau di tegur, tak pasal-pasal kena balik.

"Yang baru masuk dengan pakai topi oren tu nanti jumpa saya kat bilik kaunseling lepas kelas..."ujar cikgu itu yang sengaja menyindir Boboiboy tanpa mengalihkan pandangannya dari whiteboard di hadapannya. Boleh nampak dengan jelas tulisan 'Kaizo' pada 'nametag'nya.

"Kalau tak nak?"tanya Boboiboy dengan selamba sambil menongkat dagu membuatkan Kaizo menggenggam 'marker'nya dengan agak kuat dan segera menoleh ke belakang.

"Kalau tak nak, aku akan denda kau"jawab Kaizo ringkas dengan datar.

"Dendalah, saya tak kisah pun!"balas Boboiboy dan mula menjelirkan lidahnya pada Kaizo.

"Aku bagi kau homework daripada bab 1 sampai bab 5"ugut Kaizo lagi membuatkan Boboiboy tergelak kecil.

"Bagilah, macam saya nak buat!"balas Boboiboy lagi dan mula mentertawakan Kaizo. Kaizo mulutnya mula terkumat-kamit menyumpah Boboiboy, geram dengan budak seekor ni.

"Aku tak kira!! Kau kena juga pergi bilik kaunseling lepas ni!!"marah Kaizo yang sudah hilang kesabarannya.

"Takmohhh!!"bantah Boboiboy yang masih berdegil sambil membuat mimik muka mengejek. Kaizo yang mula naik hantu(?) mencapai rotannya dan bersedia untuk menyebat Boboiboy tetapi Boboiboy lebih cepat membuka mulutnya.

"Cikgu ni... Asyik-asyik nak jumpa saya je, saya ni bukannya someone special pun bagi cikgu. Jangan-jangan... Cikgu suka saya tak?!"soal Boboiboy yang sudah terundur sedikit ke belakang.

"Hoi!! Apa benda kau merepek ni?!!💢 Aku ni--"

"Kalau cikgu suka cakap je suka, saya tak marah, tapi... Saya tak bolehlah nak terima cikgu..."potong Boboiboy membuatkan Kaizo rasa macam nak migrain.

"Berhenti cakap benda yang me--"

"Sebab satu, saya tak suka cikgu yang annoying macam cikgu ni, dua sebab... Cikgu nikan cikgu Khairul punya~!!"potong Boboiboy lagi. Kali ini dengan kata-kata yang membuatkan Kaizo automatik terdiam. Boboiboy berpuas hati apabila melihat reaksi Kaizo.

"Ohh~ Jadi betullah cikgu itik ni ada relationship dengan cikgu Khairul... Ish Ish Ish... Kunyit semakin berleluasa... Hmm... Tobatlah itik..."monolog Boboiboy dan terus mengatur langkah sehingga sampai di pintu belakang kelas.

"Okaylah cikgu, saya chaw dulu! Kalau ada apa-apa nanti tinggal announce kat speaker je... Okay?"ucap Boboiboy dan terus berjalan keluar dari kelasnya.

Kaizo masih lagi tidak mempercayai apa yang baru saja di katakan Boboiboy tadi. Tanpa Kaizo sedari, pipinya telah memerah.

"Cikgu! Pipi cikgu merah! Cikgu okay tak?!!"soal seorang pelajar secara tiba-tiba menjadikan Kaizo terkejut dan segera berdehem untuk cover malu(?).

"Ehem!! Abaikan je si Boboiboy tu, kita sambung pelajaran yang tertangguh tadi..."ucap Kaizo sengaja menukar topik.

Student be like:Jadi betullah apa yang Boboiboy cakap tadi... *sweatdrop*

*Di koridor*

"Hmm... Apalah cikgu tu, elok-elok aku nak masuk kelas dia jadi aku terus malas nak duduk dalam kelas..."gumam Boboiboy yang masih tidak tahu mana arah yang ingin di tuju. Kemudian, pandangannya terhenti pada kantin yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.

"Wah! Kantin dah buka! Boleh aku beli makanan! Yey!"sorak Boboiboy gembira dan terus memecut ke arah kantin seperti halilintar.

To Be Continued

Hmm... Macam tak best jek '(

Continue Reading

You'll Also Like

69.3K 346 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
39.1K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
127K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
958 54 4
Don't be Sad Takemichi✨ . . Seorang pemuda yang lemah lembut bernama Hanagaki takemichi yang disayangi oleh kedua ibubapanya. Takemichi orang yang...