NOAH VANESSA (Terbit)

By nroseaisyh

98.1K 3.9K 1.7K

Terbitan, Suara Hati Publication. "Burung memerlukan sayap untuk terbang, dan begitu juga saya. Saya perlukan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Jilid 1
Jilid 2

Prologue

8.6K 538 318
By nroseaisyh

HAK CIPTA TERPELIHARA ©

[Tiada bahagian daripada karya ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa alat jua sekalipun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis. Jalan cerita dan watak novel ini hasil ciptaan penulis sepenuhnya.]

Terima kasih.





















15 tahun lepas,

International School Of Berret,
Berret's Town,
89500, New Oride,
Larida.

"Vanessa Willians, baca salah satu syair karya Tim Will Bragston." Puan Gwen memberikan arahan sebelum matanya melilau mencari susuk tubuh bernama Vanessa yang disebutnya tadi. Dikhabarkan bahawa Vanessa Willians itu budak baharu, jadi tak salah untuk dia berkenal-kenalan dengan budak baru berusia 13 tahun itu.

"Vanessa?" Fikiran Puan Gwen mula dihuni tanda soal. Di mana budak itu? Kenapa tak bangun?

Sementara itu, Melissa menoleh ke sisi. Kelihatan remaja perempuan berambut perang lebat dan berwajah persis model remaja itu sedang tekun menulis di atas kertas. Mata Melissa lantas jatuh ke arah lukisan Vanessa itu, dan dahinya terus berkerut seribu.

"Vanessa." Melissa memanggil perlahan. Namun, Vanessa tidak menoleh.

"Vanessa." Kali ini, dia menyentuh lengan Vanessa. Serta-merta Vanessa menarik semula tangannya dan memandang tajam ke arah Melissa. Dalam diam, Melissa menelan air liur. Gerun dengan sikap pasif Vanessa ini.

"Cikgu panggil awak." Kedengaran getaran halus pada pangkal bicara Melissa. Mata tajam Vanessa jatuh ke arah figura Puan Gwen di depan kelas yang masih tercari-cari keberadaan dirinya.

"Let her be. She's not my problem," balas Vanessa dan menyambung semula kerjanya. Melissa mengetap bibirnya, risau jika angin Puan Gwen dilanda ribut kerana Vanessa.

"Vanessa di sini, Puan Gwen!" Vanessa terkejut, dan pantas menoleh ke arah punca suara tadi. Melissa di sebelah turut tersentak, dan menoleh ke arah Fiona yang sedang menuding jari ke arah Vanessa. Lalu, mata Melissa jatuh ke arah tangan Vanessa yang sedang memegang pen.

Vanessa menggenggam pen tersebut sehingga jelas kelihatan urat darah pada kulitnya yang putih mulus itu.

"Vanessa, bertenang. Awak..."

"Vanessa, mari ke sini. Saya belum kenal awak." Puan Gwen mematikan bisikan Melissa kepada Vanessa. Melissa menelan air liurnya perit apabila Vanessa mula bangkit daripada duduknya dan berjalan ke hadapan kelas tanpa membawa sebarang buku syair di tangannya.

"Di mana buku awak, Vanessa? Bagaimana awak hendak baca tanpa melihat pada buku?" soal Puan Gwen namun Vanessa hanya berdiam diri. Mata kosong Vanessa memandang seluruh pelosok kelas dan semua rakan sekelasnya. Tiada apa-apa riak terpapar di wajahnya, walaupun sebentar tadi dia menahan amarah terhadap Fiona.

'Budak ni... dia bukan budak biasa.' Melissa berbisik dalam hati kecilnya. Dari pertama kali dia nampak Vanessa di dalam pejabat sehingga kini, gadis remaja itu langsung tidak membuka suara dan riak wajahnya sentiasa kosong. Tidak gementar, atau teruja, dan hanya beriak kosong.

"A Bright Future, from Tim Will Bragston." Puan Gwen tersentak lalu memandang ke arah Vanessa. Matanya membulat kerana terkejut. Gadis remaja itu akan membacakan syair Tim Will Bragston yang tidak ada dalam silibus pelajaran mereka.

"Vanessa, syair A Bright Future bukan dalam silibus..."

"What happened to the world? What happened to the earth? The human become rough, the desire become hulk. Once before the world a beatific. Beatifically with nature and love. Like the love between Romeo and Juliet." Saat itu, gadis remaja itu senyap.

"Vanessa, baca syair yang ada dalam silibus pelajaran kita." Kata-kata Puan Gwen langsung tidak diendahkan. Fikiran Vanessa sibuk mengingat pada suatu perkara yang lebih utama.

"Specific Term of Neurology, by Romeo Reise and Juliet Chiu." Puan Gwen mengerutkan dahinya, hairan dengan ayat yang baru sahaja Vanessa sebutkan tadi. Bukan Puan Gwen sahaja, malah seisi kelas mula dihujani tanda soal.

"Neurologi, ialah bidang perubatan manusia berkaitan otak." Vanessa berpaling dan mengambil pen marker di tangan Puan Gwen. Penutup pen dicampak kasar sebelum tangannya laju melukis bentuk otak manusia sebesar separuh papan putih kelas.

"Vanessa, apa awak buat ini?" Puan Gwen sudah menjerkah.

"Neurologi juga bidang yang berkaitan dengan sistem saraf manusia. Tulang belakang manusia juga berkait rapat dengan bidang neurologi." Tangan Vanessa melukis pula gambaran tulang belakang di sebelah lukisan otak.

"Neurologi mendiagnosis dan merawat semua kategori keadaan dan penyakit berkaitan dengan sistem saraf pusat atau pinggiran sistem saraf. Neuro, yang berasal daripada perkataan Yunani, neûron, yang bermaksud tali atau saraf, boleh dikatakan akar tunjang kepada kehidupan manusia. Orang pertama yang menemui bidang ini ialah..." Bicaranya dipintas.

"Vanessa, hentikan! Pergi duduk tempat kamu! Ini kelas sastera, bukan sains!" Jerkahan Puan Gwen menyentakkan semua pelajar di dalam kelas itu. Semua terkaku dan terdiam, kecuali Vanessa.

Kelihatan Vanessa memandang ke arah Puan Gwen dengan ekor mata tajamnya.

"I'm not done yet." Suara Vanessa berubah menjadi datar. Puan Gwen terkelu dengan pandangan ekor mata Vanessa yang sememangnya menikam dalam itu.

"Orang pertama yang menemui bidang ini ialah Jean-Martin Charcot dan ditemui pada abad ke-16. Neuro..." Pen marker di tangan Vanessa dirampas sebelum dicampak ke luar kelas sehingga terkena pada dinding koridor. Serta-merta, bicara Vanessa menemui titik noktah dengan tindakan Puan Gwen itu.

"Berdiri di luar kelas, Vanessa Willians! Jangan masuk selagi saya tak benarkan! Saya benci tengok muka kamu! Ini kelas sastera, bukan sains! Kamu keluar!" tengking Puan Gwen dan suasana kelas bagaikan kaku buat seketika. Perlahan-lahan, Vanessa berjalan ke luar kelas dan Puan Gwen mendengus kasar.

"Baik, kelas. Saya minta maaf sebab..." Bicara Puan Gwen terjeda apabila kelihatan Vanessa masuk ke dalam kelas semula bersama-sama pen marker di tangannya. Riak wajah Puan Gwen kembali diselubungi amarah.

"Kamu pekak ke, Vanessa? Saya suruh kamu duduk di luar, jangan masuk selagi saya tak suruh! Ada saya suruh kamu masuk ke tadi?" Tengkingan suara kembali bergema di kelas itu. Pelajar lain di dalam kelas itu sudah kecut perut. Kelihatan Vanessa tersenyum sinis sebelum menapak mendekati Puan Gwen.

"Non disturbarmi quando voglio parlare (Jangan ganggu saya ketika saya mahu bercakap)," ujar Vanessa dan semua mengerutkan dahi tidak mengerti.

"Odio que la gente interrumpa cuando estoy hablando (Saya benci orang mengganggu semasa saya bercakap)." Apa-apa yang Vanessa beritahu dalam bahasa asing itu tadi, langsung Puan Gwen tidak faham walau satu patah haram pun. Kelihatan Vanessa tersenyum sinis sebelum memandang ke seluruh pelosok kelas. Rata-rata mereka memandang Vanessa dengan pandangan gerun dan ketakutan.

"Jangan pandang macam itu." Tangan Vanessa mula menggigil. Bayangan memori hitam itu kembali menghantui fikiran Vanessa.

"Mak... jangan tinggalkan Vans!"

"Dia bunuh mak dia sendiri."

"Aku kata jangan pandang aku sebegitu! Aku bukan pembunuh!" Vanessa menjerkah kepada rakan-rakan kelasnya sebelum mencampakkan pen marker tadi sehingga tepat mengenai wajah Fiona yang duduk di hadapan sekali. Jeritan sakitan Fiona terus kedengaran dan terus, suasana kelas itu menjadi kacau-bilau.

"Diam! Diam!"

"Helo, Sir Jimmy. Tolong saya, kelas saya kacau-bilau sekarang. Budak yang baru masuk itu, dia pelik."

"Diamlah! Aku kata, diam!" Vanessa terus-menerus menjerit sehingga menarik perhatian pelajar dan pendidik di kelas sebelah.

Ini yang dia benci.

Perhatian dan pandangan penuh kebencian.

#

Vanessa hanya duduk diam di dalam kereta. Matanya yang sedang termenung memandang kasut itu beralih ke arah tingkap. Kelihatan bangunan sekolah tersergam indah di hadapan matanya.

Dia sudah melakar sebuah kisah kelam di sekolah itu.

"Cik Vanessa nak makan apa-apa?" Pertanyaan seorang lelaki di kerusi hadapan menarik fokus Vanessa untuk menoleh ke arahnya.

"Tak nak." Tenggelam timbul suaranya dikeluarkan. Dia kembali menunduk sambil tangannya digenggam sendiri.

"Betul? Nanti Tuan Black dah masuk, kita terus balik ke rumah. Tak singgah mana-mana dah," ujar lelaki itu.

"Tak nak." Suara Vanessa semakin kendur. Sesalan yang menyelubungi dadanya terasa sesak ketika itu. Namun, apa gunanya menyesal pada perkara yang telah berlalu?

"Pakcik Ed yakin, Tuan Black tak akan marah Vanessa. Tuan Black bukan jenis pemarah, jadi Vanessa tak perlu risau," ujar lelaki itu dan membahasakan dirinya sebagai Pakcik Eddy. Lalu, dia menoleh ke arah Vanessa yang kelihatan tenggelam dalam emosinya sendiri itu.

"Pakcik faham kamu menyesal, tapi kamu tak boleh biarkan emosi kamu menguasai diri kamu," ujar Pakcik Eddy sambil mengeluarkan sesuatu daripada poket kot hitamnya.

"Hidup ni memang susah, dan hanya orang bertuah saja mampu mengharunginya dengan penuh jaya. Kamu tak nak tergolong dalam 'orang bertuah' itu, Vanessa?" soal Pakcik Eddy, membuatkan Vanessa mengangkat wajahnya. Kelihatan Pakcik Eddy menghulurkan sebatang coklat kepadanya.

"Gembiralah. Pakcik yakin, kalau kamu kuat, hadiah besar Tuhan akan berikan di atas kesabaran yang kamu dah berikan. Asalkan kamu sabar dan terus kuat, pakcik yakin kamu akan berjaya suatu hari nanti," ujar Pakcik Eddy sebelum tersenyum kecil. Vanessa memandang coklat dalam genggaman Pakcik Eddy itu lama.

"Layakkah saya hidup? Kalau hidup saya cuma akan menyusahkan orang, layakkah saya hidup?" soal Vanessa dan Pakcik Eddy tersenyum.

"Vanessa, kamu perlu tahu sesuatu. Pertama, hidup ini memang sentiasa menyusahkan. Sama ada menyusahkan kita, ataupun orang lain. Hidup itu memang sangat-sangat menyusahkan. Kedua, kamu tak patut kata kamu menyusahkan orang lain. Sebab apa? Sebab semua orang dalam dunia ini akan menyusahkan satu sama lain." Pakcik Eddy tertawa sendiri sebelum menyambung bicaranya.

"Ketiga, walaupun kita saling menyusahkan, tapi sebenarnya kita juga saling memerlukan. Kalau hidup ini tak susah, maka kita tak akan perlukan bantuan orang lain untuk bantu kita yang berada dalam kesusahan. Lagi satu, kenapa kita hidup? Tak lain tak bukan untuk diuji, bukan untuk berseronok. Keempat, walaupun kita hidup untuk diuji, tapi Tuhan dah janjikan selepas ujian, akan ada ganjaran. Tak ada pahlawan akan terus-menerus berperang tanpa ada pengakhiran. Setiap perkara akan ada titik tamat. Kamu kena ingat itu."

"Segala-galanya akan berakhir. Asalkan kamu terus sabar dan kuat, kamu akan dapat ganjaran besar daripada Tuhan," ujar Pakcik Eddy panjang lebar. Hati Vanessa dipeluk ketenangan dengan bicara Pakcik Eddy itu. Sungguh lembut memasuki ruang hatinya dan cukup kuat kesannya pada diri dia.

"Terima kasih, pakcik," ujar Vanessa dan mengambil coklat itu.

"Kalau kamu nak lagi, kamu beritahu saja pada Lady Erin. Tahulah nanti dia nak dapat dari mana," ujar Pakcik Eddy dan Vanessa hanya diam saja. Tak lama kemudian, figura lelaki berbadan tegap dengan sut pejabatnya kelihatan sedang menapak ke arah kereta Mercedes Benz S200 itu. Ada seorang lelaki lain di belakangnya, berjalan bersama fail di tangan.

"Tuan Black dah sampai," ujar Pakcik Eddy dan Vanessa menoleh. Baru saja tangan Tuan Daniel, iaitu Tuan Black yang disebut Pakcik Eddy tadi hendak membuka pintu sendiri, lelaki berfail itu membukakan dahulu pintu tersebut untuk Tuan Daniel.

"Fred, saya dah kata jangan bukakan pintu untuk saya melainkan tangan saya kudung." Disebabkan pintu sudah terbuka, Vanessa dan Pakcik Eddy dapat mendengar bicara di antara lelaki korporat dengan setiausahanya itu.

"Sememangnya tugas saya untuk serve tuan. Tuan tak perlu rasa terbeban." Fred membalas.

"Saya takkan bayar gaji lebih untuk ini," ujar Tuan Daniel sambil menuding ke arah Fred. Fred tersenyum kecil saja dengan tindakan Tuan Daniel Black yang sememangnya rendah diri itu.

"Baik, saya akan lakukannya untuk dapat pahala lebih," balas Fred.

"You're good at talking," balas Tuan Daniel sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Tuan Black tak perlu nasihatkan si Fred ini. Sebab dia memang keras kepala," ujar Pakcik Eddy setelah kesemua mereka sudah berada di dalam perut kereta itu.

"Don't badmouth about me like I'm a ghost here." Fred berkata sambil memandang tajam ke arah Pakcik Eddy. Pakcik Eddy sekadar tersengih.

"Kamu pun, Ed. Stop calling me Tuan Black. Saya lagi selesa awak panggil saya Tuan Daniel berbanding Tuan Black," ujar Tuan Daniel dan Pakcik Eddy tersenyum manis.

"Baiklah, Tuan Daniel. Saya akan turuti kata Tuan Daniel, sebab saya tak keras kepala seperti Fred," ujar Pakcik Eddy dan Fred menumbuk bahu Pakcik Eddy yang sedang tertawa itu. Tuan Daniel turut tersenyum kecil dengan telatah mereka berdua sebelum menoleh ke arah Vanessa di sebelah. Tak lama kemudian, kereta mewah itu pergi meninggalkan perkarangan sekolah tersebut.

"Vans okey?" soal Tuan Daniel dan Vanessa angguk kecil.

"Baguslah, lega pakcik dengar. Kelam-kabut pakcik habiskan meeting dan datang ke sini lepas tahu cikgu kamu kata kamu diserang panic attack," ujar Tuan Daniel dan Vanessa sekadar tersenyum tawar saja.

Dia masih membiasakan diri dengan lelaki yang penuh aura seorang usahawan berjaya di sebelahnya ini. Walaupun sudah lebih sebulan dia mengenali lelaki tersebut, dan lelaki ini juga selalu mengajaknya berbual santai, dia masih pasif dan jawab soalan dengan jawapan yang sesingkat mungkin.

Susah untuk dia terima lelaki luar ini, walaupun ibunya dahulu berpesan agar dia mengganggap lelaki itu sebagai bapanya.

"Pakcik ada banyak soalan nak tanya kamu, tapi pakcik akan tanya soalan paling utama dulu." Kata-kata Tuan Daniel membuatkan Vanessa menoleh semula ke arahnya. Dia hanya diam, menanti soalan yang bakal diajukan oleh lelaki itu.

"Cikgu kamu kata kamu lukis gambar otak dan saraf tunjang manusia, dan terangkan tentang bab neurologi dalam kelas sastera. Kamu minat sains ke, Vanessa?" soal Tuan Daniel dan Vanessa diam sekejap.

Dia bukan minat, tapi dia ingat.

Dia ingat segala-galanya yang dia pernah baca daripada buku di dalam pejabat Tuan Daniel sebulan yang lepas. Bukan itu sahaja, malah segala-galanya yang pernah berlaku dalam hidup dia, yang dia pernah lihat, dia pernah dengar, dan dia pernah baca, dia ingat.

Dan tadi, secara tak sengaja, dia mengikut gerak hatinya yang diselubungi emosi. Dia gagal kawal diri dia sendiri sekali lagi.

"Kalau kamu minat, pakcik boleh sediakan perpustakaan khas di rumah kamu dan isi dengan buku-buku berkaitan ilmu sains. Pakcik juga akan hire beberapa private teacher untuk kamu di rumah," ujar Tuan Daniel dan Vanessa tersentak dengan bicara Tuan Daniel itu.

"Saya... tak perlu ke sekolah?"

"Pakcik rasa, lebih baik kamu belajar di rumah saja. Suasana di sekolah mungkin boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan kamu. Kamu mungkin akan berdepan dengan kawan-kawan yang akan memandang hina terhadap kamu, dan pakcik risau kamu akan makin sakit. Jadi, pakcik ambil keputusan untuk berhentikan kamu daripada sekolah dan kamu belajar di rumah saja. Suasana di rumah jauh lebih tenang dan sesuai dengan keadaan diri kamu," terang Tuan Daniel selepas itu, dan Vanessa diam sebentar.

Dunia Vanessa dipenjara. Selama-lamanya, hidupnya akan dipenjara dan dibatasi kerana kekurangan dirinya. Dia tak akan dapat kehidupan seperti remaja lain, kerana kekurangan dirinya.

"Jangan risau, kamu tak akan keseorangan di rumah itu. Kamu ada kawan lain di sana nanti, dan dia akan temankan kamu di sana." Vanessa mengerutkan dahinya dengan kata-kata Tuan Daniel itu.

"Siapa?"

"Kamu akan kenal dia nanti. Sekarang, kamu nak tak kalau pakcik sediakan perpustakaan khas untuk kamu di rumah itu? Pakcik tahu, kamu ada kelebihan luar biasa yang kebanyakan budak lain tak ada. Kamu patut gunakan kelebihan kamu untuk improve diri kamu, dan tutup kekurangan diri kamu," ujar Tuan Daniel dan Vanessa sekadar berdiam diri saja.

"Pakcik anggap itu sebagai ya." Tuan Daniel membuat kesimpulan sendiri. Vanessa malas nak ambil peduli. Biarlah Tuan Daniel nak buat apa-apa pun, itu takkan ubah fakta yang hidupnya akan dibatasi dan terhalang oleh dinding yang dicipta oleh lelaki itu.

Walaupun dia tahu, itu untuk kebaikan dirinya yang sakit.

"Untuk sakit kamu pula, kamu tak perlu risau. Ianya boleh dirawat, dan masih belum terlambat untuk kita rawat diri kamu," ujar Tuan Daniel dan Vanessa hanya diam. Wajah Vanessa kembali beriak kosong, tidak menzahirkan apa-apa riak seperti tadi  seolah-olah yang berada di sebelah Tuan Daniel ketika ini hanyalah jasad, roh sudah melayang.

"Kamu okey, Vanessa?" soal Tuan Daniel dan Vanessa tidak mengendahkan Tuan Daniel.

"Kamu marah sebab kamu sangka pakcik tutup kebebasan kamu ke, Vans?" soal Tuan Daniel lagi, dan reaksi Vanessa masih sama. Dia diam.

"Vans, pakcik buat begini untuk kebaikan diri kamu, bukan sebab nak halang kamu dapat kehidupan dan kebebasan seperti remaja lain. Hidup ini penuh ujian dan dugaan, Vans. Pakcik juga akan pastikan kamu bersedia daripada segala segi supaya apabila kamu keluar ke dunia luar nanti, pakcik tak risau dengan keadaan kamu. Remaja lain jalani kehidupan mereka seperti biasa kerana mereka biasa. Kamu pula jalani hidup luar biasa kerana kamu luar biasa. Kamu kena pandai kawal diri dan fikiran kamu sebelum pakcik biarkan kamu menapak keluar ke dunia sebenar."

"You're special, Vanessa. So, I can't let you go as easy as you want because I don't want you to waste your speciality," ujar Tuan Daniel dan Vanessa menarik nafas dalam sebelum tersenyum tawar.

"Okey," balas Vanessa pendek dan Tuan Daniel tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya, Vanessa memberikan respon. Itu lebih baik daripada Vanessa terus berdiam diri, tidak mengendahkannya dan kekal dengan riak wajah kosong.

"Jangan rasa down sebab kamu lain, Vans. Semua orang ada kelebihan masing-masing, and you should focus on yours, not others. Kalau kita sentiasa lihat pada kelebihan orang lain, kita sendiri akan sengsara dan tak akan rasa puas dengan kehidupan kita yang tak seindah kehidupan orang. Hakikatnya, semua orang ada kelebihan sendiri, dan masalah hidup sendiri."

"Untuk jadi hebat, kamu tak perlu lihat kelebihan orang lain. Lihat diri kamu sendiri dan jadi diri sendiri, kehebatan awak akan terserlah sedikit demi sedikit. Semua orang ada kehebatan sendiri, tapi tak ramai yang dapat serlahkan kehebatan sendiri sebab cuba tiru kehebatan orang lain." Panjang lebar Tuan Daniel menitip nasihat buat Vanessa yang sememangnya masih belum reti dengan kehidupan biasa ini.

Boleh dikatakan bahawa Vanessa dulu bagaikan duduk di bawah tempurung. Langsung tak mengerti apa-apa, termasuklah cara berkomunikasi yang betul dengan manusia. Maka, menjadi tanggungjawab Tuan Daniel untuk menjaga dan mendidik remaja itu, seperti yang dijanjikan dengan mendiang ibunya.

"Okey." Vanessa hanya membalas pendek. Sedikit sebanyak, cara Vanessa itu mengguriskan hati kecil Tuan Daniel. Terlalu pasif dan kurang bercakap sehingga diberikan nasihat pun, hanya dibalas dengan sepatah perkataan iaitu 'okey' sahaja.

Tuan Daniel mengalihkan wajahnya. Tiada guna dia terasa dengan cara Vanessa itu. Vanessa dibesarkan dengan cara yang salah, dan tak seperti kanak-kanak lain. Itu sebabnya dia pasif sebegini. Dalam diam, Tuan Daniel menyimpan tekad untuk mengubah hidup Vanessa.

Dia akan pastikan, Vanessa dapat menikmati hidup seperti manusia biasa.

"Kenapa pakcik tolong saya? Saya bukan anak pakcik. Jadi, kenapa pakcik sanggup buat semua ini untuk saya?" Soalan Vanessa membuatkan Tuan Daniel menoleh ke arahnya. Saat itu, Tuan Daniel diam sebelum tangannya mengusap kepala Vanessa. Ada senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Sebab kamu anak Maria J. Larsen," ujar Tuan Daniel dan dahi Vanessa berkerut.

Continue Reading

You'll Also Like

8.6K 1.4K 10
[REWRITE > IN EDITING] Kenangan Itu Akan Kekal Selamanya Dalam Ingatan. -TENGAH KARANG BLURB BARU- ••• PUBLISHED : 14 AUGUST 2021 ENDED : 3 MARCH 2023
2.2M 132K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...
450K 33.2K 26
Ardean Tufail X Eshal Elzahra
260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...