The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

887K 56K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

08

13.7K 1.2K 91
By izkhai

-Best friends know how to make
you smile-

"Awal kau orang datang." tegur Hazel apabila empat orang kawannya itu sudah berdiri di hadapannya.

Dia perasan apabila rakan sekelasnya memandangnya dari kaca lut sinar kecil yang berada di pintu. Kaca lut sinar itu boleh menampakkan luar dan dalam kelas.

Hazel hanya diam sahaja. Dia perasan mereka menjelingnya. Theo, Lucas, Ethan dan Jayden perasan tentang itu turut memandang ke pintu kelas.

Mereka berempat membuat isyarat mata antara satu sama lain. Tiba-tiba Lucas tergelak.

"Tak guna! Aku tak faham!" bisiknya perlahan. Masing-masing membuat muka toya.

"Saja datang awal. Aku lapar. Jom." Jayden mencapai beg sekolah Hazel lalu dia menyandangnya dan berlalu pergi. Kalau hendak tunggu Lucas faham isyarat dia orang memang lambat.

"Eh!"

"Dah jom!" Ethan memeluk leher Hazel lalu mereka berjalan mengikuti langkah Jayden.

Theo menepuk belakang kepala Lucas.

"Lembab!" Theo berlari mengikuti langkah sahabat-sahabatnya.

Lucas menggosok kepalanya yang diketuk. Dia membebel perlahan. Kemudian, dia memandang semula ke arah pintu kelas Hazel. Senyuman sinis terhias di bibirnya. Langkahnya di bawa mengikuti yang lain.

"Hari ini kau nak makan apa? Aku belanja." tanya Ethan kepada Hazel. Mereka melihat menu yang ada untuk hari ini.

"Tak apa lah. Aku beli sendiri." tolak Hazel.

Sedikit sebanyak dia termakan dengan kata-kata Natalie. Dia berkawan bukan kerana harta tetapi kerana keikhlasan hatinya.

"No. No. No. Hari ini aku belanja. Aku bukan belanja kau seorang. Aku belanja dengan tiga tenuk itu sekali." Perkataan 'tiga tenuk' itu diperlahankan.

"Aku dengar, Ethan." ujar Theo. Ethan sekadar mengangkat bahunya.

"Dah cepat pilih. Nanti aku bayar. Lucas mana?"

"Ada ini!" Lucas berlari ke arah empat orang rakannya itu. Dia terus memilih menu makanan.

"Kau nak makan apa?" tanya Ethan lagi kepada Hazel.

Hazel berfikir sejenak.

"Spaghetti sajalah dengan air mineral." balas Hazel. Ethan mengangguk.

"Cik. Spaghetti carbonara lima dengan air mineral lima." ujar Ethan kepada makcik kafe itu.

Masing-masing memandang ke arah Ethan. Hanya Hazel yang memerhati menu. Sekadar ingin membaca.

"Ethan kau kata kau nak belanja." ujar Theo.

Ethan mengangguk.

"Memanglah."

"Tapi kita orang tak pilih lagi menu nak makan apa. Alih alih kau dah order."celah Lucas dengan nada tidak puas hati.

"Oh ya ke? Tak apa duit aku. Jimat sikit semua menu sama." balas Ethan selamba. Genius kan? Biasalah.

"Sumpah kau tak guna." komen Jayden.

Ethan tergelak sahaja. Hazel tergelak kecil melihat wajah tidak puas hati masing-masing.

"Nah." Ethan membayar makanan tersebut di kaunter lalu di bawanya. Mereka berlima menuju ke taman sains. Di situ terdapat meja batu yang boleh memuatkan tujuh orang.

Lucas dan Theo berebut ingin mengambil makanan. Tadi marah sangat. Sekarang lain pula.

"Eh sekejap! Jangan makan dulu!"

Tiba-tiba Theo menjerit menyuruh mereka berhenti. Lucas yang sudah memasukkan makanan ke dalam mulut mengeluarkan makanannya semula.

"Gelilah, Lucas." marah Jayden. Lucas hanya tersengih sumbing.

"Jom, kita main game. Siapa menang boleh makan. Siapa kalah dia kena makan lepas semua dah habis makan." Theo mencadang sebuah permainan.
Masing-masing mengeluh.

"Tapi aku lapar." rungut Lucas. Terliur dia tengok spaghetti di hadapannya. Baru dia ingin menyuap Theo sudah menepuk tangannya.

"Jom, kita main game " kata Theo. Dia tersenyum ke arah sahabat-sahabatnya.

"Apa gamenya?" tanya Ethan. Sebelah keningnya diangkat. Theo tersenyum penuh makna.

"Okey! Ready! 1! 2! 3! Go!" Mereka berlima yang tadi berdiri sebaris mula mencangkung. Mereka memancing di kolam ikan yang ada di taman sains itu.

Mereka berlima membuat joran sendiri. Mereka menggunakan ranting, benang dan dawai. Semuanya idea Theo.

"Weyh. Tak pernah di buat oranglah memancing dekat kolam ikan hiasan ini." komen Ethan. Macam orang bebal saja dia orang ini pergi mengikut cadangan Theo.

"Orang tak buat lah, kita buat." kata Theo dengan senyuman.

Hazel buat muka bosan. Jayden sudah duduk di atas simen itu. Lucas pula seperti orang jakun memerhati ikan-ikan yang berenang bebas itu.

Hampir setengah jam mereka duduk di hadapan kolam ikan itu tetapi tiada seorang pun yang dapat ikan.

"Asal tak dapat, ya?" rungut Theo.

"Aku pun dah dapat virus dungu kau Theo. Kita tak dapat ikan sebab tak ada umpan." balas Jayden.

"Haah lah! Kenapa aku tak perasan?"

"Sebab kau itu lembab." Jayden bangkit berdiri.

Jorannya dicampak ke dalam kolam ikan itu. Dia mengambil tempat duduk di meja batu. Telefonnya dikeluarkan lalu dia bermain game.

"Kau pun lembab juga tahu sebab dah berkawan dengan aku lama!" ujar Theo tidak mahu kalah.

Jayden malas hendak melayan lagi. Dihiraukan saja kata-kata jejaka itu.

"Habis sekarang ini macam mana? Sampai bila pun kita tak dapat ikan." tanya Hazel. Dia mengoyang-goyangkan jorannya.

"Kau pergilah cari cacing." arah Theo.

"Nak korek tanah guna apa?" tanya Hazel lagi.

"Guna mulut."

"Selekehlah kau ini!" marah Hazel.

Ethan pula hanya diam memerhati ikan-ikan tersebut berenang sama seperti Lucas. Lucas sejak tadi pula memang tidak berkata sepatah pun.

"Kau orang! Ikan emas itu aku punya tahu." ujar Lucas tiba-tiba.

Semua memandang ke dalam kolam ikan setelah mendengar kata-kata Lucas yang lagi tadi hanya diam kecuali Jayden yang bermain game. Mereka mencari ikan emas. Berkerut dahi Hazel.

"Ikan emas bukan ke duduk dalam akuarium?" tanya Hazel perlahan kepada Ethan.

Ethan menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Mana ada ikan emas dalam kolam ikan. Ikan emas duduk dalam akuarium lah." celah Theo.

Hazel mengangguk setuju. Nasib ada Theo untuk menjawab.

"Itu nemo lah!" sambung Theo.

Hazel menepuk dahinya. Ethan tergelak kecil di sebelah Hazel. Sekejap lagi pasti Lucas dan Theo berbalah. Tunggu sajalah.

"Banyaklah kau! Nemo dalam laut tahu! Itu ikan emas! Sibuk nak betulkan orang tapi sendiri salah!" Lucas dan Theo sudah bangkit berdiri. Mereka berdiri berhadapan.

Seperti yang diagak Ethan, kedua-duanya pasti bergaduh. Hal remeh seperti itu boleh membuatkan dua manusia itu bertengkar mulut.

"Itu nemo lah!"

"Ikan emas!"

"Kau layanlah dia orang. Baik aku duduk dekat sana." Ethan bangkit berdiri. Dia dan Jayden menyaksikan pergaduhan Theo dan Lucas dari meja batu sahaja.

"Nemo!"

"Ikan emas!"

"Nemo!"

"Ikan emas!"

"Itu ikan kaloi lah." celah Hazel. Dia membetulkan kesalah fahaman Lucas dan Theo.

"Tak! Nemo!"

"Tak! Ikan emas!"

Hazel mengeluh perlahan. Dia menunjuk skrin telefonnya yang menunjukkan gambar ikan kaloi.

"Ini. Ikan. Kaloi." sebut Hazel satu-persatu.

Dia mencari gambar nemo dan ikan emas di aplikasi Google lalu ditunjukkan kepada Lucas dan Theo.

"See. Yang dalam kolam itu ikan kaloi bukan ikan emas atau nemo." kata Hazel.

"Tapi...err...itu..." Lucas bagai hilang kata. Theo pula sudah menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal.

"Ikan emas duduknya dalam akuarium. Nemo duduk dekat laut. Faham?"

"Haish ya lah! Ambil lah menang itu!" Lucas mendengus geram.

Hazel menjeling. Dia pula yang kena.

"Ha ambil menang itu!" Theo pula mengatakan benda yang sama. Hazel dengan geram terus menolak mereka berdua dengan kuat ke dalam kolam ikan.

Splash!

"Hazel!"

Hazel tertawa kuat lalu gambar Theo dan Lucas yang terduduk di dalam kolam ikan itu ditangkap. Puas hati dia. Ethan dan Jayden turut tertawa.

"Hazel! Sini kau!" Hazel terus berlari ke belakang badan Ethan dan Jayden.

"Kau orang jangan dekat" Jayden sudah awal-awal memberi amaran kerana kedua-duanya sudah basah dengan air kolam ikan itu.

"Jangan dekat kalau tak nak makan kaki aku." ujar Ethan.

Hazel mencangkung di bawah meja. Beg sekolahnya dicapai. Makanannya turut dicapai. Dia berpusing ke belakang lalu dia bangkit berdiri dan berlari.

"Bye!" jeritnya. Jayden dan Ethan turut bangun dan mengambil makanan mereka dan berlalu pergi.

"Woi!"

Baru sahaja Theo dan Lucas ingin mengejar tiba-tiba Mr. Freddie berdiri tidak jauh dari mereka. Mr. Freddie merupakan pengetua mereka.

"Siapa yang sepahkan kolam ikan saya ini?" marah Mr. Freddie.

Mr. Freddie memandang tajam ke arah kolam ikannya yang bersepah dengan joran yang dibuat oleh mereka berlima serta simen yang basah akibat percikan air.

Dia terlihat anak muridnya di situ. Dia kenal benar dengan Lucas dan Theo. Antara muridnya yang suka membuat masalah.

"Lucas! Theo!"

"Hai, mister." Theo melambai ke arah pengetua mereka itu. Lucas pula disebelah tersengih sahaja.

"Kau main game apa itu?" Hazel melihat skrin telefon Jayden.

Jayden sedang bermain game di sebelah kirinya manakala Ethan di sebelah kanannya. Lelaki itu memang mempunyai banyak aplikasi permainan video.

"Mobile Legends." Terdengar suara perempuan di dalam permainan tersebut.

"Nak main, ke?" tanya Jayden. Hazel menggeleng laju.

"Aku tak main game." balas Hazel. Lagipun kedua ibu bapanya memang melarang dia bermain game. Takut nanti dia terlalu taksub dengan game.

"Theo dengan Lucas mana, eh?" tanya Hazel kepada Ethan dan Jayden.

Mereka sekarang berada di tempat biasa Hazel melepak. Sekarang baru sahaja masuk waktu rehat. Mereka juga sudah siap makan sejak tadi lagi.

"Ada lah itu." balas Jayden.

"Paling-paling kena denda saja. Tadi aku nampak Mr. Freddie. Mesti mister tengah mengamuk sebab kolam ikan dia bersepah." ujar Ethan yang sedang mengulangkaji.

Di mana-mana sahaja lelaki itu akan mengulangkaji. Dia pun tidak sekerap Ethan.

Kalau Ethan di mana-mana sahaja mengulangkaji. Jayden pula di mana-mana sahaja pasti bermain game. Dua lelaki itu tidak pernah jemu.

Hazel meliarkan matanya memandang sekeliling. Dia memejam mata menikmati angin yang menyapa wajahnya. Terasa sejuk sahaja.

Tidak lama lagi musim panas akan berakhir dan diganti dengan musim luruh. Hazel tersenyum mengingatkan pergaduhan kecil di antara dia, Lucas dan Theo tadi. Kelakar pun ada.


Continue Reading

You'll Also Like

12.5K 1.7K 16
Teen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series ••• Luke Harvey - Dia seorang lelaki yang mempunyai gaya hidup bebas. Merokok, pergi...
1.5K 235 25
-- rain gallery 2 ❝ Selamat datang ke Rain Gallery 2 yang membuka tirai ❞ task + achievement + request + collection + diary + tutorial Gallery ni rai...
2.8K 452 14
━ completed ━ Dear Lily, from Flowerpot Lili dapat surat dari budak lelaki yang dia kenal dekat taman permainan. Lepas tu, hari-hari budak lelaki tu...
2M 79.8K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...