Aku jerit lagi.. Seolah olah geram bertongkol tongkol di hati aku. Tapi memang aku geram pun. Selamba kerang abang Zaid simbah aku dengan air oren.
Angah dan Farouk datang kelam kabut. Angah pandang aku dan abang Zaid selang seli.
"Hey adik. What's wrong?"
"Haa Irene.. Kenapa jerit jerit. Apa waiter ni buat kat Irene.."
Uh penuh prihatin Farouk tua ni tanya aku. Cepat pulak dia nak belek belek badan aku. Nasib angah cepat bertindak. Dia rapat kepada aku. I is tak rela dengan orang tua itu.
"Abang... Look what he done to me.. He drop the water on me.. Baju Irene basah.. Ni baju baru.."
Jari telunjuk aku lurus ke hadapan. Menunjuk tepat ke muka abang Zaid. Aku menggedik geli geleman. Kononnya. Terbuntang mata abang Zaid. Tak sangka ler tu.
"Hey you.. Apologies now. Don't you know who is she? She is a millionaire. Apolgy now."
Farouk membentak kuat. Aku rasa suka pulak bila pandang muka abang Zaid yang terkulat kulat macam tu. Adan uke.
"Uncle.. Tak apalah.. Jangan di perbesarkan hal ini. Saya tahu dia mungkin tak sengaja. Marah marah macam ni semua orang pandang kita. Irene.. Enough. Nanti abang belikan dress baru, Gucci punya limited edition."
Mata aku bercahaya. Siapa je yang tak suka dengan brand Gucci tu. Harap harap angah sudi mempertimbangkan. Haha. Bankrap sepupu aku jika beli betul betul.
" Betul ke abang? Yeayyy.. Thank you.. Sayang abang.. Nanti esok kita pergi outlet dia tau. Tak sabar."
Aku bergayut di lengan kekar angah. Saja menggeletis. Manalah tahu dapat. Angah hanya angguk.
"Baba.."
Feroz berjalan menghampiri kami. Dia yang bersuit kelabu yang mengikut bentuk badan itu kelihatan seperti model model yang ada kat Turki ini. Tapi sayang engkau jahat. Nak di bandingkan kau dengan Ray, of course Ray aku lagi hensem.
Feroz pandang aku atas bawah. Sah! Acuan sama. Miang pun sama. Tangan dia selitkan ke dalam poket seluarnya. Style lelaki egois.. Aku diam. Masih kejap memeluk lengan angah.
"Oo Feroz.. Lupa nak kenalkan.. Ni Iskandar dan ini adik dia Irene. Mereka usahawan dan jutawan muda dari Malaysia. Iskandar, Irene ni anak uncle. Feroz"
Dengan bangganya Farouk memperkenalkan kami. Macamlah kalau kami betul betul jutawan aku nak berkerjasama dengan dia. Menyampah.
"Hai.. Feroz.."
"Iskandar.."
Mereka berjabat salam. Dalam masa yang sama mata Feroz tertancap pada muka aku. Setajam tajam pandangan mata dia sikit pun hati aku tak rasa bergetar. Uh, mata Ray lagi tajam. Kalau dia tenung, lutut aku terus lembik. Aduh, Ray..
"Irene."
Aku lambat lambat menyambut huluran tangan dia. Sengaja bagi dia tunggu. Rasa tangan aku di gengam erat. Sama macam bapak. Bapak borek anak rintik.
Ye sesuai sangat pepatah ini.
"And you.. Mind to leave us now?"
Feroz bercakap dengan lagak yang sombong sekali. Menghalau abang Zaid pergi dengan muka bongkak nya.
"I'm sory again miss.."
Abang Zaid tunduk dan berpusing pergi.
"Abang, Irene nak ke ladies kejap. Uncle, Feroz saya minta izin pergi dulu."
Angah hanya angguk memberi kebenaran. Farouk pun sama. Feroz masih dengan riak bersahaja. Menatap aku tanpa jemu.
"Ok now Maira. Kenyit mata pada Feroz."
What??? Ingin saja aku menjerit protes. Tapi memikirkan misi malam ini aku ikutkan saja kerja gila abang Azam. Sambil aku melangkah untuk pergi aku sempat kenyit mata kanan pada Feroz. Apalagi terlopong mamat sombong itu.
"Good Maira.. Jalan melenggang sikit.."
Abang Azam dan Irfan masing masing kemain mengarah aku. Suka pulak diaorang dengan gelagat gedik aku. Aku jalan melenggang penuh menggoda. Sempat aku lirik Feroz di belakang dengan senyuman penuh makna. Aku lihat menggelabah teruk muka hensem dia.
" Bravo Maira. Abang yakin kejap lagi dia ikut Maira. Be prepared to handle him."
Aduh, berdebar pulak aku. Aku berjalan keluar dari pintu masuk dewan. Beberapa orang bodyguard di situ menunduk hormat. Rasanya macam betul betul anak orang kaya.
Aku berjalan perlahan ke arah tandas perempuan di sebelah tepi pintu dewan.
" Irene.."
Berderau darah aku. Feroz di belakang berjalan perlahan mengekori aku di belakang.
"Kan aku dah cakap, jantan miang tu pantang kena goda dengan gadis cantik."
Kemain Abang Irfan mengomen di sebalik sana. Beberapa orang yang bersama mereka ketawa kecil. Geli hati dengan kata kata abang Irfan.
Aku pusing kepada Feroz. Memandang manja. Dan berdiri menanti dia mendekati aku. Ikutkan aku, memang aku dah tinju tinju muka dia tu. Dia tersengih gatal.
"Ye encik Feroz.."
Aku menjawab ramah. Suara pun kemain jadi ayu semacam. Nak termuntah pulak dengan suara sendiri.
"Ish you ni.. Kenapa ber encik encik. Panggil saja Feroz. Encik sound's to formal."
Dia pandang aku tajam. Kami berhadapan. Bertentangan mata. Jujurnya aku tak pernah ada masalah untuk bermain mata dengan orang lelaki. Cuma bila dengan Ray aku automatik tewas.
" Ala you ni.. Nanti apa kata orang lain. Kang orang cakap i tak respect you pulak."
Jari telunjuk aku cucuk cucuk ke lengan kanan dia. Keras. Tanda otot yang menebal. Eh..
Feroz ketawa kecil. Suka sangat bila ada perempuan menggeletis macam tu. Jantan murahan. Ada ke? Ada lah. Salah satunya Feroz ni.
" You ni comel lah Irene.. "
" Aa.. Aaa.. Aaa.. No touching touching."
Aku tepis lembut jemari galak dia yang cuba mencuit pipi aku. Melebih pulak lelaki ini. Dia ketawa lagi.
"Ala sikit je. Tapi i suka perempuan macam you ni. Jinak jinak merpati. I bet you agak liar jugak di katil kan?"
Zupp... Terasa darah aku naik ke kepala. Ikutkan hati aku cepuk mulut dia. Tapi dalam masa sekarang semua benda kena pandai kawal. Kawal emosi.
" Maira jangan naik angin. Control air muka sekarang."
Abang Azam panik. Aku tahu dia bimbang aku akan menlesing Feroz sekuat hati. Ye, itulah yang aku nak buat. Tapi akal aku sekarang penuh dengan rasional.
Aku jeling Feroz penuh manja.
" Urmm.. I nak bagitahu you rahsia sebenarnya. Tapi malu lah."
Aku tunduk malu malu. Dia jongket kening lebatnya. Teruja nak tahu apa rahsia yang ingin aku beritahu. Aku dekat kepadanya. Kaki aku jongket sedikit agar aku dapat berbisik ke telinga dia.
"Actually, I'm still virgin. I never had sex experience."
"Haa.. Jerat dia lagi.. Kejap Maira kan dah kahwin. Takkan dara lagi."
Sedass! Aku rasa abang Irfan kena hempuk dengan abang Azam. Ke situ perginya.
Malu oii!
Rasa malu aku campak tepi. Cakap benda benda macam ni buat hati aku menggelumang dengan rasa marah. Feroz memandang aku dengan riak muka terkejut. Aku tunduk ke bawah. Konon malu.
"Wow... Really? Never had it? Tak rasa nak cuba ke?"
Dia pandang aku atas bawah. Bibir dia ketap. Apa dia sudah membayangkan benda yang bukan bukan ke?
Oh no!
"Rasa nak try juga. Tapi i tak pernah ada boyfriend. Abang i agak kawal dengan ketat. I tak boleh nak berlebih lebih. Teringin je nak rasa macam kawan kawan girls yang lain. Kata mereka, best."
Aku cuba pamerkan raut muka teruja. Padahal aku dah meluat gila babas. Feroz tersenyum nakal. Ni kalau Ray tahu memang dia turut sama melesing Feroz.
" Apakata, i bagi you rasa experience tu? Itu pun kalau you nak lah."
Dia jongket jongket kening dia nakal. Menduga. Ceit.. Bagi lah sehensem mana lelaki pun aku takkan pernah pilih selain dari Ray.
Aku gigit bibir menggoda.
"Urmm.. Betul ke? Tapi macam mana dengan kawan kawan perempuan you kat dalam sana? Tak baik hampakan diaorang tau."
Berubah terus air muka Feroz. Apa dia ingat aku tak perasan yang dia sibuk dengan perempuan perempuan seksi tu. Tangan pulak merayap ke segenap inci tubuh perempuan di situ. Yang perempuan pulak murah betul. Boleh gelak gelak semasa tangan Feroz merayap pada badan terdedahnya.
Dunia akhir zaman, semuanya jadi murah. Walaupun barang melambung lambung harga. Sempat lagi fikirkan topik ekonomi.
"Ala.. Diaorang tu lain. Just one of my flings. You lain Irene. Awak menggoda. Dan I sukakan perempuan yang macam you ni. Jinak tapi susah nak tangkap."
Dia senyum meleret. Aku gigit hujung bibir.
"Gatal you ni. Dah lah I nak ke ladies dulu."
Ye. Baju ni kena di bersihkan sedikit. Feroz angkat kening.
"Tak nak I ikut? Tolong you bersihkan baju tu?"
Aku senyum. Mengada..
"Maira.. Ajak dia.. Jangan risau. Pegawai kita yang lain ada kat dalam tu. Masa ni lah kita nak berkas dia."
Abang Azam memberikan arahan. Aku agak berdebar sebenarnya. Bimbang kalau Feroz cuba melakukan sesuatu pada aku.
"Ermm. Macam mana ye.. Kalau you sudi. Boleh je. I seram juga lewat lewat macam ni duduk dalam tandas seorang diri."
Aku mengerling manja. Dan aku mula berjalan masuk ke arah tandas. Feroz masih berdiri di tempatnya tadi dengan senyuman nakal. Aku perasan dia pandang kiri kanan sebelum bergerak ikut masa bersama.
" Now Maira, get ready. Berjalan ke arah pintu tandas no 2. Tepuk pintu itu sikit. Bagi isyarat kat anggota kita kat dalam sana."
Aku dengar sahaja. Dan aku berjalan ke depan pintu tandas yang di maksudkan. Aku tepuk sedikit pintu yang berkunci itu. Bila aku pusing semula ke depan Feroz tegak berdiri di depan aku.
Menyeringai dengan senyuman dia yang lain macam. Dari mata dia aku tahu dia nak buat sesuatu yang tak baik pada aku.
Aku cuba maniskan muka. Aku berjalan di ruang kat tepi dia dan menuju ke sinki. Paip air di buka. Berura ura mahu membasuh baju yang masih basah itu. Feroz mendekati aku. Dapat aku lihat biasan pandangan mata dia yang memandang badan aku dari atas ke bawah di cermin. Aku segera pusing. Menghadap dia.
"Well, apa yang kita perlu buat dulu ye?"
Dia masih dengan senyuman manis. Selangkah lagi dia mendekat memang aku tendang telur telur dia.
"Ermm. Nak buat apa? Bukan you just nak temankan I je."
Dia ketawa. Suara garau dia memenuhi ruang dalam bilik air. Entah apa yang di senang hati sangat aku pun tak tahu.
"You ni saja saja buat tak tahu kan. Comel sangat."
Feroz juga mendekat.
"Now Maira, tendang hotspot dia."
Abang Azam mengarah. Aku hanya menunggu masa yang sesuai dengan lutut yang pada bila masa sahaja akan aku naikkan menghentak kemaluan dia.
"Aduh! Ke.. Kenapa Irene.."
Dan serentak dengan itu pintu yang bilik air no 2 yang tertutup tadi terbuka. Kelihatan seorang lelaki dengan berpakaian tertutup serba hitam, Bertopeng muka keluar. Sebelum di ikuti oleh dua orang lagi lelaki berpakaian sama dari pintu bilik air sebelahnya.
Feroz yang masih terbongkok bongkok mengerling ke belakang. Muka dia kelihatan pucat. Terkejut dengan kelibat lelaki yang tak di sangka sangka.
"Irene.. Apa semua ni? Siapa kau sebenarnya haaa.."
Feroz naik angin. Dia cuba menerpa ke arah aku. Namun dia bodoh kalau dia terburu buru macam tu. Sebabnya aku dah lama bersedia.
Aku hadiahkan tumbukan sekuat hati mengena pada bawah dagunya. Sebelum aku berputar melibas satu lagi tumbukan mengenai pipi dia. Dan bukan itu sahaja lutut mula naik meninggi dan aku hentak kuat ke perutnya yang berotot. Dia tertolak ke belakang. Sekali lagi aku pusing 360 darjah dengan kaki di angkat setinggi tingginya. Menyepak muka dia dari belah kiri. Feroz terus tumbang.
Aku meletak kaki semula. Senyuman puas terbentang pada bibir aku. Sangat sangat puas hati bila dapat mengajarnya macam tu.
Beberapa orang lelaki aku kira anggota polis yang di tugaskan untuk menangkap Feroz termanggu seketika. Salah seorang darinya kelihatan tersenyum. Memang aku tak nampak. Tapi dari mata dia yang melengkung itu aku tahu dia sedang tersenyum. Mereka mengangkat Feroz.
"Good Maira. Now, masuk balik ke dewan. Pasal Feroz. Yang lain akan selesaikan. Tinggalkan saja."
Aku tersenyum kecil memandang ke arah mereka semua sebelum aku keluar semula dari pintu bilik air. Tangan yang lenguh aku betul betulkan sedikit.
Kaki mula di atur menapak ke arah pintu dewan semula. Pengawal pengawal tadi masih seperti tadi. Menunduk hormat. Aku hanya senyum dan melangkah masuk dengan yakin. Muka cuba di maniskan.
Kali ini mata aku terpaku pada persembahan di hadapan mata. Kelihatan ada seorang lelaki sedang menari tango dengan seorang perempuan di sebelahnya. Langkah mereka sangat tertib mengikut alunan lagu yang sangat rancak.
Aku hanya senyum. Terimbau pula kenangan dulu. Dan aku bolayankan saja. Langkah di atur hendak menuju ke arah angah. Angah kelihatannya begitu rancak berbual dengan Farouk dan beberapa lagi kenalan mereka.
Namun diri ini seakan terpasung saat aku berjalan melintasi mereka, lengan aku di paut kuat dan aku terpusing ke dalam rangkulan lelaki di hadapan aku.
Mata kami berlaga. Dan sorotan lampu spotlight mula menyoroti kami berdua.
Aku ternganga.. Mata lelaki di balik topeng muka berwarna emas ini sangat sangat aku kenali.
Dia!
Alang alang dah tersalah publish chapter 46 tadi. So sha belanja terus chapter tu hari ini.
Well. Korang rasa siapa yang Maira cakap "Dia" tu?
Setakat chapter 46 ni apa yang korang rasa pasal cerita ni?