Billionaire vs Millionaire |...

By CikAiZa243

244K 8.9K 357

πŸ†#1 ranking Romance (29.10.24) πŸ†#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) πŸ†#1 ranking Islamik (06.06.23... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
BAB 99
BAB 100
BAB 101
BAB 102
BAB 103
BAB 104
EPILOG
Special Chapter
Coming up next!

BAB 14

2K 78 3
By CikAiZa243

HUMAYRAA melihat sekeliling. Hmm... dah bersih! Gadis bermata biru itu tersenyum lebar. Dia mengesat peluh yang mula terbit di dahi menggunakan belakang tangan. Mata birunya sekali lagi melilau memandang ke serata arah. Mana budak-budak yang lain? Berkerut sedikit dahinya. Sekadar beberapa orang awam sahaja yang ada di situ.

Humayraa berjalan ke arah tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah-sampah yang dikumpulnya. Sekali lagi dia memandang sekeliling. Mana semua orang? Pelik.

Dia mengorak langkah menuju ke kawasan utama yang terasa sudah jauh ditinggalkan. Tanpa sedar dia sebenarnya sudah jauh melangkah sehingga terasa begitu hampir dengan kawasan punca air terjun. Hatinya tiba-tiba berasa tidak enak. Sudahlah telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Langkah Humayraa semakin besar. Kekalutannya menyebabkan dia terlanggar seseorang. Gadis bermata biru itu hampir-hampir terjatuh.

“Maafkan saya,” ucap Humayraa sepantas bahunya terlanggar seorang lelaki yang sedang menjawab panggilan telefon. Lelaki itu memandangnya sekilas sebelum mengangguk sekali. Pantas sahaja dia melangkah pergi meninggalkan Humayraa di situ.

Entah mengapa, melihatkan lelaki itu, Humayraa terdiam dan fikirannya tiba-tiba menjadi kosong untuk beberapa ketika. Baru sahaja dia ingin kembali melangkah, kakinya terpijak sesuatu. Pantas sahaja gadis itu menunduk untuk melihat.

“Eh, ini...” sebuah keychain cantik yang sudah agak kotor di pegangannya. Humayraa membersihkan sedikit tanah-tanah yang melekat pada barang itu.

“Mesti barang ini terjatuh masa dia terlanggar aku tadi,” dia berbisik sendirian.

Humayraa bangkit. Baru sahaja dia ingin mengejar lelaki tadi, tiba-tiba jalannya dihalang oleh sekumpulan gadis yang sepertinya pernah dilihat sebelum ini. Wajah salah seorang daripada mereka membuatkan Humayraa terkejut dan mengundur setapak ke belakang. Degupan jantungnya bertambah laju. Tangannya mengenggam erat keychain tersebut.

.....

“BAIK, mama. Aril nak baliklah ni.” Fahryil sudah penat memberitahu mamanya yang asyik risau akan dirinya. Terkadang terasa rimas diperlakukan sebegitu. Seolah-olah dia masih lagi kanak-kanak kecil yang tidak mengenal dunia.

“Hah, okey. Bye.” Talian dimatikan.
Fahryil pantas membuka pintu kereta BMWnya. Dia segera masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin. Perlahan-lahan, keretanya bergerak keluar dari kawasan air terjun itu. Dia langsung tidak perasan bahawa sesuatu yang disayanginya telah hilang.

Pemanduannya sudah hampir ke jalan besar. Walaupun radio dipasang, namun sedikit pun hatinya tidak tertarik untuk mendengar. Fikiran Fahryil melayang jauh sehingga ke Milan, Itali mengenangkan Juvieya yang berada di sana. Namun dalam masa yang sama juga, Fahryil teringat akan suara lelaki ketika dia menelefon buah hatinya tempoh hari. Mengenangkan hal itu, dia mengeluh halus.

“Vieya, I dah penat mempertahankan cinta kita. Bila you nak balik?” Seperti orang yang sudah hilang kewarasannya, Fahryil berkata seorang diri. Sekali lagi dia mengeluh halus.

Lampu trafik kini berwarna merah. Perlahan-lahan Fahryil memberhentikan keretanya. Saat yang tertera di sebelah lampu berwarna merah itu menunjukkan bahawa lampu trafik itu baru sahaja bertukar warna.

Lelaki itu membelek telefon bimbitnya. Dia kembali terkenang akan gadis model yang sedang sibuk dengan kerjayanya di Itali. Fahryil membuka bahagian kandungan video lalu memainkan sebuah video yang berada di senarai paling atas.

Hi, Danny! You tengah buat apa tu? Jangan rindu I tau! Next week I balik. Nanti kita keluar sama-sama. Comel tak keychain yang I buat tu? Special tau I buat. You...” Fahryil terus membelek kunci BMWnya untuk melihat keychain pemberian Juvieya. Terkejut besar lelaki itu tatkala mendapati bahawa barang hiasan tersebut sudah tiada lagi di tempatnya.

Mana? Mana? Lelaki itu menjadi cemas. Tetapi ingatannya segera terimbau akan kejadian tatkala dia terlanggar seorang gadis berwajah Arab tatkala dia mahu pulang. Mungkin di situlah barang itu terjatuh.

Lampu trafik bertukar hijau dalam masa beberapa saat. Pantas sahaja kereta BMW itu memecut laju membuat pusingan U. Fahryil mahu kembali semula untuk mencari kraft tangan kesayangannya itu yang telah hilang.

.....

FATEH yang leka melayan perasaannya tersedar apabila dia mendengar suara seorang pelajar perempuan yang mendekati tempat duduk Nisyha. Mereka kini berada dalam perjalanan pulang ke sekolah.

Gadis itu melabuhkan punggungnya di kerusi kosong yang sepatutnya merupakan tempat duduk Humayraa. Nisyha yang membuang pandang ke arah jalan raya mula menoleh apabila terasa ada orang duduk di sisinya.

"Nisyha, Humayraa mana?" Gadis itu bertanya.

"Dia dah balik dulu. Ada emergency," ringkas sahaja Nisyha menjawab tanpa mengulas lebih.

"Ooh... Kalau macam tu, aku nak minta tolong kau pulangkan handphone dia ni nanti, boleh? Masa awal tadi handphone dia habis bateri, jadi dia tumpang charge dekat powerbank aku. Tapi dia lupa nak ambil semula. Aku pun terlupa handphone dia dalam beg aku. Nak minta tolong kau boleh ya?"

"Sure. Boleh je,"

"Thanks, Nisyha." Ucap gadis itu sebelum dia kembali ke tempat duduk asalnya.

Mendengarkan perbualan itu, Fateh Imann terdiam seribu bahasa. Dia terkedu. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Ingatannya pantas teringat pada nota yang diterimanya. Di situ, Humayraa mengatakan bahawa ibunya menelefon gadis itu dan memberitahu bahawa neneknya sakit tenat. Dia terpaksa balik dengan segera.

Fateh menelan liur. Wajahnya terasa pucat.

Tanpa sebarang amaran, Fateh segera mengambil tempat di sebelah Nisyha di mana tempat itu sepatutnya diduduki oleh Humayraa. Pantas wajah gadis itu dipandangnya dengan satu pandangan yang serius. Nisyha yang terkejut dan mahu bersuara pantas dipotong oleh Fateh.

“Nisyha, Humayraa kata Cik Imah call dan datang jemput dia sebab nenek dia tiba-tiba sakit,” pantas sahaja ayat itu meluncur keluar daripada mulut Fateh. Melihatkan reaksi wajah Nisyha, hatinya menjadi semakin cemas. Degupan jantungnya kini semakin kencang.

Seriously? Putri kata handphone dia habis bateri. Lagipun setahu aku, Humayraa tu mana ada nenek!” Ujar Nisyha separuh menjerit kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

Tanpa menunggu lama, Fateh segera mengeluarkan nota kecil yang disimpan di dalam poket seluarnya. Nota itu dihulurkan kepada Nisyha dan sepantas itu juga Nisyha menyambut dan membacanya dengan segera. Kening gadis itu berkerut.

“Pelik. Ini memang tulisan dia. Tapi, Humayraa biasanya gunakan ‘Salam’ bukan ‘Hi’. Dan… yang paling obvious surat ini fake, macam mana Cik Imah boleh call dia sedangkan handphone dia off? Cik Imah pun tak ada call aku. Hmm… missed call pun tak ada,” Nisyha menghidupkan dan memeriksa telefon bimbit Humayraa.

Fateh sudah terdiam tidak terkata apa-apa. Mukanya terasa sejuk. Tangannya juga menjadi sejuk serta-merta. Seram sejuk. Pernafasannya kini menjadi tidak teratur. Fateh meraup mukanya banyak kali.

“Aku nak turun,” Fateh mula berdiri. Berkerut dahi Nisyha.

“Fateh, tolong jangan nak merepek.” Serius sahaja wajah Nisyha. Pandangannya dibalas dengan pandangan tajam Fateh. Serius benar wajah lelaki itu.

“Nisyha, kau ada nampak aku tengah merepek ke sekarang ni? I’m serious!” Wajah tampan lelaki itu menjadi tegang. Sedikit sebanyak menimbulkan rasa gentar di hati Nisyha.

Okay, fine! Aku tahu kau sangat risaukan Humayraa sekarang. Tapi cuba bertenang, fikir dulu betul-betul. Lagipun kita dah jauh dan dah nak sampai sekolah dah pun,” Nisyha bersuara lembut, berharap agar Fateh dapat bertenang walaupun sejenak. Bertindak seperti kebiasaannya dia seorang ketua pelajar. Tenang dan matang.

“Nisyha, cuba kau fikir. Sekarang ni Humayraa tengah seorang diri dekat sana. Bersendirian dan dia tu perempuan! Kalau apa-apa jadi dekat dia, siapa yang susah? Siapa yang risau? Siapa yang akan bertanggungjawab?” Kata-kata itu membuatkan Nisyha terdiam.

Fateh melangkah ke hadapan dan berkata-kata dengan pemandu bas itu. Lama juga perbincangan mereka berdua sebelum bas itu berhenti di bahu jalan.

“Nisyha, tengokkan budak-budak ni. Dan… cuba cari budak yang bagi nota ni, okey?” Sempat Fateh berpesan sebelum terus menyambar begnya lalu turun ke tanah. Nisyha hanya diam dan mengangguk.

Kedengaran pelajar-pelajar yang lain sudah mula bising dan berbisik-bisik sesama sendiri, tidak mengetahui situasi yang sebenar. Masing-masing terpinga-pinga apabila bas yang mereka naiki berhenti di bahu jalan dan Fateh meluru keluar.

Lelaki kacukan Belanda itu segera mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuat panggilan. Wajahnya terpancar garis-garis kegusaran. Perlahan-lahan bas itu pergi meninggalkannya. Nisyha memandang Fateh dengan pandangan kosong sebelum gadis itu mengalihkan pandangannya ke arah lain.

~

Continue Reading

You'll Also Like

48.7K 484 26
DISCLAIMER: INI CUMA PAPARAN BAGI TUJUAN PROMOSI. Untuk membaca naskhah penuh, sila dapatkan naskhah ini di pasaran bermula Februari 2016. <3 DARI...
2.5M 66.2K 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahw...
322K 7.5K 54
[ FIRST ROMANCE SERIES ] SEBELUM BACA FOLLOW DULU AMARAN : 100% FIKSI : PENULISAN YANG MASIH BANYAK KESALAHA...
750K 12.2K 32
Bila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglo...
Wattpad App - Unlock exclusive features