The Stupidos | The Hidden Cure

By izkhai

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... More

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

07

14.1K 1.2K 142
By izkhai

-Just be patient. It's okay. It's
gonna be alright-

"Hazel!" Semua mata di dalam kelas itu
memandang ke pintu belakang kelas. Pelajar perempuan sudah mula bersorak riang melihat jejaka idaman mereka itu.

'Malunya aku.' gumam Hazel di dalam hati. Dia bangkit berdiri lalu berjalan ke arah empat jejaka itu.

"Kau orang ini. Janganlah datang-datang terus jerit nama aku. Ketuklah pintu dulu. Selepas itu kata nak jumpa aku. Ha selepas itu lalu pintu depan. Bukan pintu belakang. Dah macam penyangak pun ada." marah Hazel.

"Bla bla bla bla." Lucas malas hendak mendengar gadis itu memarahi mereka berempat.

Lagi pula dia yang panggil Hazel tadi. Bukan Lucas Harvey kalau jadi baik. Kalau badboy mesti perangai ala ala penyangak sikit. Itulah yang dia fikirkan.

"Nak apa?" tanya Hazel malas. Dia memandang kiri dan kanan. Takut pelajar perempuan nampak.

Lagipun sepanjang dua minggu dia sudah berkawan dengan mereka berempat, ramai yang mengutuknya dan tidak suka dengannya.

You know? Bila kau orang sebelum ini orang anggap sombong nak mati lepas itu tiba-tiba berkawan dengan orang famous mesti ramai yang cemburu dan tak suka.

"Jom hari ini rehat dengan kita orang." ajak Theo dengan ceria. Tangan Hazel dipegang dan digoyang-goyangkan.

"Malas aku. Aku rehat seorang saja dah okey." Hazel menolak. Dia sudah terbiasa rehat seorang diri.

"Alah kau ini. Dulu kau tak ada kawan boleh ceritalah. Sekarang kita orang dah jadi kawan kau. Bolehlah." pujuk Theo. Dia teringin rehat dengan gadis itu. Lagipun dia ingin melepak dengan gadis itu.

"Err..."

"Jom, sajalah." celah Ethan.

Akhirnya Hazel mengalah jua apabila dipujuk-pujuk sebegitu. Siap Theo melutut bagai. Biasalah kaki drama.

Jayden pula sejak tadi menghadap telefon sahaja. Lelaki itu sedang bermain game. Rupa-rupanya lelaki itu gamers teruk.

Dia ingat lelaki itu seperti Ethan. Rupanya tidak. Patutlah ramai mengatakan Jayden seorang yang agak misteri kerana mereka tidak tahu apa yang Jayden suka.

"Okey cun. Nanti aku call kau kalau dah sampai depan kelas kau."

Hazel membuat muka. Apa benda nak call lagi? Boleh terus panggil kan? Dasar Lucas pemalas!

"Eh sekejap. Call?" kata Hazel. Lebih kepada sebuah pertanyaan. Lucas mengangguk.

"Ya lah call."

"Kau nak call aku guna apa?"

"Guna phone lah. Takkan guna kasut aku pula. Kau ini hari ini bodoh sangat kenapa? Mesti sebab makan ayam semalam, kan?" sindir Lucas kepada Hazel.

Theo menjeling. Sibuk bangkitkan pasal ayam. Semalam dia yang belanja mereka makan McDonald's. Nak kata dia jampi Hazel jadi bodohlah itu. Terasa tahu!

"Benda tak ada kena mengena tahu." celah Ethan.

Lucas membuat muka tidak kisah.

"Kau yang bodoh. Masalahnya kau mana ada nombor aku."

Lucas menepuk dahinya. Masing-masing memandang Hazel. Betul juga! Baru mereka berempat perasan.

Mereka langsung tidak meminta nombor telefon Hazel. Masing-masing menghulur telefon ke arah Hazel.

"Seorang sudahlah."

Hazel mencapai telefon Jayden yang berhampiran dengannya. Dia memasukkan nombor telefonnya. Tanpa kata dia terus masuk ke dalam kelas.

"Jangan lupa!" Terdengar jeritan Lucas dari luar kelas. Hazel memandang rakan sekelasnya. Ada yang menjeling. Ha nak mula lah itu sesi kutuk-mengutuk dia!

Hazel malas hendak melayan lalu dia membuang pandangannya ke luar tingkap. Tiba-tiba dia merasa telefonnya bergetar. Dia sudah silent sejak awal-awal.

Telefonnya dikeluarkan daripada poket blazer. Notifikasi dilihatnya. Semuanya daripada WhatsApp. Dia menekan aplikasi perbualan itu.

__________

PERSATUAN JANDA KEBABOM!

Today

You was added

🔒Messages to this group are now secured with end-to-end encryption.
Tap for more info.

__________

Berkerut dahi Hazel dibuatnya. Dia tersesat di dalam persatuan mana pula ini? Dia menekan info grup.

'Zaman bila aku jadi janda pula ini? Kahwin pun tak lagi.' omelnya di dalam hati.

__________

PERSATUAN JANDA KEBABOM!

+73xxxxx
Hoi! Hoi!
Intro kit!
Hoi!
Palau!
Kambing kau!
Hoi!
Kuaja!
Anak tak kenang budi!

+74xxxxx
Kau jangan tiber boleh tak?
😴😴😴

+77xxxxx
Diam

+72xxxxx
Nampak benar kebodohan kau lucas!
Hahahagagaga
Bodoh single!
Single layak kena palau!

__________

Tahulah dia bahawa itu grup mereka berlima. Dia ingat dia tersesat di dalam persatuan janda manalah tadi. Nombor-nombor mereka di simpan di dalam kenalannya. Dia hentam sahaja. Dia meneka saja pemilik nombor tersebut.

__________

PERSATUAN JANDA KEBABOM!

LucasBebal🐒
Hazel mana Hazel?
Hazel!
Hei anak zach ini!

JaydenIce😾
Diamlah
Tak reti diam ke?
Macam monyet

EthanNerdy👻
Aku nak belajar pun tak senang
Bising lah kau ini

TheoSenget🙊
Hazel!
Woi hazel!
On lah woi!
Kurang ajar!
Aku tahu kau on!
Saja tak nak reply!

Apa benda kau orang ini
Bising banget
Dah lah nama grup merepek
Siapa buat?

JaydenIce😾
Aku buat grup
Tapi nama grup Theo letak

TheoSenget🙊
Hoho
Kreatif kan?
Aku tahu😎

Tak langsung

TheoSenget🙊
Sampai hati
😢
Eh Lucas mana Lucas?
Tadi meroyan

You changed PERSATUAN JANDA KEBABOM! to THE STUPIDOS💩


EthanNerdy👻
Setepek betul nama grup
😑

LucasBebal🐒
Wuu aku suka!
Sedap nama grup itu
Sedap smpai menjilat jari
😂😂😂

Tiber

JaydenIce😾
Tiber

EthanNerdy👻
Tiber

TheoSenget🙊
Dah nampak kebodohan Lucas

LucasBebal🐒
Kurang ajar masing masing
Malas aku on
Merajuk!

__________

Hazel tergelak kecil. Terhibur dengan keletah empat jejaka itu. Dia memandang sekeliling kelas yang agak bising itu. Kemudian, dia menunduk semula memandang telefonnya.

Madam Caren cuti sakit hari ini. Selamatlah dia daripada Madam Caren. Kalau tidak pasti dia dirotan lagi. Ada saja pelbagai cara rakan sekelasnya mengenakannya.

Hazel mengangkat wajahnya apabila terasa ada orang memerhatikannya. Beberapa pelajar perempuan memandang ke arahnya.

Kesemua mereka berbisik sesuatu. Kemudian, semua bangkit berdiri dan berjalan menuju ke arahnya.

Hazel memandang sekilas skrin telefonnya. Grup masih lagi bising. Terus dia off telefonnya. Disimpan ke dalam poket blazernya semula.

Mereka semua berdiri di hadapan meja Hazel. Beberapa lagi rakan sekelas mereka sekadar memandang sahaja. Ingin tahu apa yang bakal terjadi.

"Dulu bukan main sombong. Sekarang dah ada kawan. Sekali berkawan dengan budak famous." ujar pelajar perempuan yang berada di tengah, Lucy.

Hazel tidak berkata apa-apa. Hanya diam memekakkan telinga sahaja. Dia langsung tidak memandang wajah rakan sekelasnya itu.

"Aku rasakan. Dia ini pilih kawan. Nak yang paling kaya saja. Yang famous. Dia tak nak perempuan. Nak lelaki saja. So boleh minta harta dia orang." tambah Natalie.

"Kesiannya dia orang. Kena tipu hidup-hidup." Sabrina mula dengan sikap gediknya. Tangan Victoria dipegangnya lalu digoyang-goyangkan.

"Itulah pasal." Victoria menyokong.

"Jahatnya perempuan ini." ujar Sabrina lagi.

Hazel tidak ambil pusing. Kepalanya ditolehkan ke sisi. Membuang pandangan ke arah luar tingkap kelas.

"Kurang ajarlah perempuan ini tak layan. Aku rasa memang betul pun apa yang kau orang kata" kata Lucy. Meja Hazel dihentaknya.

Hazel masih diam. Dia terpaksa menadah telinga mendengar dirinya dikutuk. Tanpa Hazel jangka, Lucy mencapai beg sekolahnya yang digantung di tepi meja.

"Bagi balik lah." Hazel bangkit berdiri. Dia cuba mencapai beg sekolahnya tetapi Lucy mencampak beg sekolahnya ke arah Sabrina.

Hazel cuba mendapatkan beg sekolahnya semula tetapi Sabrina mencampak ke arah Victoria pula.

"Bagilah balik." Dia masih cuba bersabar. Dia masih lagi cuba mendapatkan beg sekolahnya semula.

"Bagi balik."

Kini satu kelas bermain campak-mencampak beg sekolah milik Hazel. Hazel masih lagi bersabar untuk mendapatkan begnya.

"Sini kau orang!"

"Woi! Aku! Aku!"

"Nah!"

"Sini!"

"Ambil ini!"

"Hahaha!"

"Bagi baliklah!" jeritnya kuat. Kini dia berdiri di tengah-tengah kelas. Hilang sudah sabarnya.

"Dia marah guys!" usik Jamie, antara pelajar lelaki yang nakal di dalam kelasnya. Kini lelaki itu yang memegang begnya. Satu kelas mentertawakan Hazel.

"Aku tak kacau kau orang kan!" marah Hazel lagi. Langsung mereka tidak takut. Masih lagi tertawa.

"Okey guys! Stop!" Kelas menjadi sunyi mendengar jeritan si ketua kelas, Dexter. Dexter meminta beg tersebut kepada Jamie. Jamie mencampak ke arah Daxter.

"Kau nak?" tanya Dexter. Beg sekolah Hazel diangkat separa dadanya.

Hazel tidak menjawab. Semua menunggu apa yang bakal dilakukan oleh Dexter.

Dexter melangkah ke pintu kelas. Pintu dibuka lalu beg sekolah Hazel dicampak ke koridor. Dexter membuat isyarat supaya Hazel mengambilnya di luar.

"Woo!" Kelas gamat dengan suara bersorak dan ketawa. Kesal Hazel dibuatnya dengan tingkah rakan sekelasnya itu.

Dia terus melangkah keluar dari kelas. Dia terkejut apabila pintu terus ditutup dari dalam. Dia cuba membukanya tetapi dikunci dari dalam.

"Padan muka!"

"Baguslah kau, Dexter!"

"Cun weyh!"

"Biar dia rasakan!"

Hazel mengeluh. Rakan sekelasnya betul-betul tidak menyukainya. Dia berjalan mendekati beg sekolahnya yang berada di atas lantai koridor itu.

Badan ditundukkan mengambil begnya. Beg yang sedikit berdebu itu dibersihkan. Dia mengangkat kepalanya. Dia tergamam.

Kini matanya bertembung dengan empat lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya. Kedua belah tangannya di bawa ke sisi. Dia mengukirkan senyuman menutup rasa kesal yang dirasainya.


Continue Reading

You'll Also Like

25.9K 2.3K 8
FudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggamb...
EVERISA By liz

Teen Fiction

114K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
2.4K 481 14
FANTASY/ ROMANCE/ MANWHA Sebuah kerajaan haruslah mempunyai seorang pemimpin yang berkuasa, bukan itu sahaja dia juga haruslah berfikiran terbuka, me...
235K 12K 68
Bosan? Tak tahu nak buat apa? Wattpad sunyi? Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya Hanya tekan button READ dan masalah-masalah anda akan hilan...