|√| Blind Fate - JJK

By idaekim-

19.4K 2.9K 1.3K

[idaekim's romance fantasy fanfiction] Completed (2020) Jeon Jungkook X Kim Junghee -takdir yang tidak diseda... More

prologue
s a t u
d u a
t i g a
e m p a t
l i m a
e n a m
t u j u h
l a p a n
s e p u l u h
s e b e l a s
d u a b e l a s
t i g a b e l a s
e m p a t b e l a s
l i m a b e l a s
e n a m b e l a s
t u j u h b e l a s
l a p a n b e l a s
s e m b i l a n b e l a s
d u a p u l u h
epilogue

s e m b i l a n

776 135 32
By idaekim-

Dah fikir teori ke geng?😏

Btw, kat media tu BGM chapter ni. Kalau nak macam lebih feeling ii gituwww, ha bukalah. Kalau tak nak takpa. Tak menjejaskan teori yang bakal menerpa minda anda pun. Grr

Apapun, enjoy tau baca chapter ni. Hehe😉

•••

Jungkook mula menukar pakaiannya kepada pakaian yang terdapat di dalam almari bilik di rumah lelaki tua yang mengau dirinya sebagai ayah kepada Jungkook.

Berkain sutera berwarna biru gelap juga topi di kepala yang sering dia lihat manusia-manusia di zaman Dinasti Joseon ini memakainya.

Setelah merasa selesa akan pakaian yang dipilih dan disarungkan, dia mula melangkah keluar. Kasut disarungkan pada kaki lalu dia mula melangkah keluar dari rumah yang dipanggil Hanok House itu.

Jungkook menendang batu-batuan di tanah sambil menunggu ketibaan Puteri Junghee bersama cahaya lampu pelita yang dibawanya dari rumah.

Bunyi pintu istana dibuka mbuatkan pandangan Jungkook terus diangkat lalu dari jauh, dapat dia lihat Puteri Junghee berjalan keluar melalui pintu tersebut.

Kejap. Kenapa aku nampak dia macam lawa kalau pakai baju golongan diraja macam tu?

.

.

.

Jeon Jungkook! Kau kenapa?!

"Cepat. Kita sudah tidak mempunyai masa yang banyak. Mari berangkat sekarang." Ujar Puteri Junghee sebelum mula mengorak langkah dan diikuti oleh Jungkook.

"Kau tahu ke ayahanda dengan bonda kau pergi perkampungan mana?" Soal Jungkook lalu langkah Puteri Junghee terhenti.

"Alamak. Beta lupa mahu bertanya kepada ayahanda semasa bersantap tengah hari tadi." Puteri Junghee berkata dan Jungkook menepuk dahinya.

"Lepas tu kau berhasrat nak tangkap dalang yang membunuh ayahanda dan bonda kau? Alahai kau ni." Jungkook berkata sebelum pinggangnya dicekakkan sambil sebelah tangan dibawa ke keplaanya bagi mengurut kepalanya perlahan.

Puteri Junghee hanya diam seribu bahasa. Buntu macam mana dia mahu meneruskan hasratnya untuk mengelakkan kejadian itu berulang kembali.

"Tak. Sekarang ni. Takkan takda sesiapa dalam istana yang tahu ayahanda dengan bonda kau pergi perkampungan mana?" Soal Jungkook, cuba mencari cara.

"Ye tak ye juga, kan? Kejap. Beta masuk istana kembali dan bertanya kepada dayang istana Moon." Ujar Puteri Junghee lalu dengan pantas dia berlari anak masuk ke dalam istana semula.

Jungkook hanya mengeluh sebelum mengukirkan senyuman. Comel pula dia tengok sang puteri gelabah sebegitu.

"Cepat. Nanti kita terlepas." Jungkook mula terdengar suara seseorang dari satu sumber yang tidak dia ketahui.

Dia terus memanang ke atas lalu tepat pada masanya dia mengangkat kepalanya, dia ternampak beberapa manusia berpakaian serba hitam melompat dari bumbung satu rumah ke rumah yang lain.

Terus terbuntang mata Jungkook melihatnya. Tanpa berlengah, terus dia mengejar setiap jejak manusia-manusia yang mencurigakannya itu.

Jungkook mula menyembunyikan dirinya apabila dia tiba di satu laluan di mana ada sepasang manusia bersama beberapa orang yang seperti mengawal keselamatan pasangan tersebut.

Jungkook memandang dari segi pemakaian mereka berdua. Memang kelihatan persis golongan diraja.

"Ini ke raja dan pemaisuri? Ayahanda dan bonda Junghee?" Soal Jungkook kepada dirinya sendiri lalu dia menyembunyikan dirinya kembali.

"Argh!" Jeritan seseorang mengejutkan Jungkook sebelum Jungkook melihat kembali ke arah pasangan tersebut dan ianya amat mengejutkan apabila semua di situ kini sudah rebah di tanah dengan darah yang kini membasahi tanah.

Jungkook terkebil-kebil sebelum dia berlari ke arah mereka semua yang tumbang.

Dan, ternyata, benarlah bahawa itu ada raja dan pemaisuri melihatkan pakaian sutera bersalut emas yang dipakai oleh mereka.

Jungkook memerhati setiap susuk tubuh yang kini sudah tidak bernyawa dengan anak panah yang tepat terkena pada dada mereka itu.

"Siapa punya kerja ni?" Jungkook terus memandang ke atas bumbung lalu dia dapat lihat gerangan-gerangan tersebut kini sudah melarikan diri.

Jungkook terus mengejar mereka dan ketika itulah, satu nama naik ke mindanya.

Junghee.

"Tak, tak." Terus Jungkook berlari kembali ke istana selaju Yang dia boleh apabila dia teringat akan cerita Puteri Junghee tentang kejadian malam sebelum sang puteri itu terdampar di tepi pantai pada tahun 2020.

-

"Dayang istana Moon." Panggil Puteri Junghee saat dia dapat menangkap susuk tubuh dayang istana Moon yang bertugas menjaga bondanya itu.

Lama juga dia mengambil masa untuk mencari keberadaan dayang istana Moon itu.

"Ye, ada apa tuan puteri mencari saya? Di mana dayang istana Kim?" Soalnya kepada Puteri Junghee.

"Beta mahu tahu, perkampungan manakah yang dicemar duli oleh ayahanda dan bonda?" Soal Puteri Junghee agak gelabah. Hatinya berharap agar dia sempat ke tempat kejadian dan menyelamatkan ayahanda dan bondanya.

"Perkampungan Gyoda bersebelahan dengan istana sahaja, tuan puteri. Kenapa tuan puteri bertanya? Adakah tuan puteri mahu mengikuti mereka? Jika itulah yang tuan puteri inginkan-" Kata-kata dayang istana Moon itu dipotong terus oleh Puteri Junghee bersama gelengan kecil.

"Tak, tak. Takpa. Beta sengaja bertanya kepada kamu." Potong Puteri Junghee.

"Baiklah jikalau begitu. Patik minta diri dulu." Dayang istana Moon mula meminta diri dan Puteri Junghee hanya mengangguk sekali.

Puteri Junghee tanpa berlengah terus berlari anak menuju ke pintu utama semula namun ketika itulah, dia terdengar jeritan mengaduh sakit dari bahagian pintu utama istana.

Langkahnya terhenti saat dia melihat ramai orang mula masuk ke dalam istana bersama obor api juga pedang dan alat memanah.

Langkah Puteri Junghee mula perlahan-lahan ke belakang sebelum dia memusingkan tubuhnya lalu dia berlari selaju yang mungkin untuk pergi ke pintu belakang di bahagian taman istana seperti yang pernah dia lalui ketika kejadian malam itu berlaku buat pertama kali.

"Itu dia! Tangkap dia!" Jantung Puteri Junghee mula berdegup kencang saat mendengar jeritan tersebut namun lariannya masih dengan kelajuan yang sama.

Jungkook! Tolong beta!

Puteri Junghee hanya mampu menjerit di dalam hati, berharap agar Jungkook dapat menolongnya ketika ini.

Seperti kejadian pada malam itu, dia berlari merentasi sebuah hutan dan tanpa dijangka, tubuhnya ditarik lalu mulutnya ditekup oleh seseorang, menyembunyikan diri mereka di sebalik sebuah pohon tua yang besar.

"Shush. Diam. Nanti diorang dengar kita ada dekat sini." Bisik gerangan yang menyelamatkan Puteri Junghee itu. Puteri Junghee hanya akur.

Tak lama kemudian, suasana mula sunyi sepi apabila semua penceroboh istana itu mula menghilang setelah mereka tidak dapat menjumpai keberadaan Puteri Junghee.

Tubuh Puteri Junghee dilepaskan sebelum tubuh sang puteri dipusingkan menghadap gerangan tersebut.

"J-jungkook. Ayahanda dan bonda beta..." Air mata mula memenuhi tubir mata milik Puteri Junghee.  Bergetar pandangan matanya memandang ke arah Jungkook sebelum kepalanya ditundukkan.

Jungkook dengan pantas terus menarik Puteri Junghee masuk ke dalam dakapannya. Erat dan hangat.

"Menangislah, Junghee. Aku ada untuk kau."

Usai kata-kata Jungkook diungkapkan, tangisan Puteri Junghee mula kedengaran lembut di telinga Jungkook. Sebak mula terasa di hati masing-masing.

Aku akan pastikan kita dapat cari siapa dalang di sebalik semua kejadian ini.

•••

Sorrylah chapter ni agak bosan n masih tidak jelas lagi ceritanya. Huhu😔

Do wait for the next update. Okie?😔💜

Continue Reading

You'll Also Like

21.9K 205 10
⚠️tentacles ⚠️yaoi ⚠️heat ⚠️18+ ⚠️mpreg ⚠️omegaverse kinda random :3 but enjoy!! •All characters are not mine •Semua character daripada Monsta Studio
1.2M 88.9K 51
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
1.6K 160 11
Dani Inayat X Fareehal Dahlia
1.4K 325 20
Rated : 15+ Soft romance + cliche story! Tiga kisah cinta yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Iaitu mencari kebahagiaan. +++ Written b...