ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]

Von AnjellHomosapien

1.4M 62.8K 16.4K

Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose Mehr

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
TEASER 1
TEASER 2

BAB 15

47.1K 2.5K 502
Von AnjellHomosapien

Stay safe everyone ❤

~not-edited~

BAB 15

"You son of a bitch!" Laungan kuat Dheo itu buatkan aku tersedar ke alam nyata. Datang dari bilik terakhir.

Aku melihat pintu dah terkuak. Buatkan aku teringat kembali tujuan asalku ke sini. Sharifah! Aku berada di sini untuk selamatkan Sharifah. Aku terus istighfar sebelum berlari ke arah bilik itu. Terus aku tepis segala yang aku baru lihat tadi. Sharifah lebih penting!

Lega bila akhirnya jumpa apa yang kami cari. Tapi, bila melihat kondisi Sharifah itu, rasa lahar gunung berapi kembali meletus. Sharifah kini sedang dipegang oleh Henry dan seorang lagi lelaki di atas katil. Pakaian Sharifah koyak-rabak.

"Let her go!" jeritku pula.

Tanpa berfikir panjang, aku meluru ke arah mereka. Cuba menolak Henry dengan tenaga wanitaku tapi tak berhasil. Malah, apa yang jadi sebaliknya! Wajah Henry jelas-jelas bengang. Sebelum ditolaknya aku kuat sampai terjatuh. Siku dan lutut bergesel dengan lantai. Aku mengaduh kesakitan.

"How dare you touch her!" Suara Dheo memetir tiba-tiba. Wajahnya garang usah dicakap.

Bersama itu, sebelah tangan beruratnya mencengkam leher baju Henry lalu dilemparkannya ke dinding. Macam baling kertas gayanya. Berdentum bunyinya sebelum aku melihat Henry melorot jatuh. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Padan muka! Kalau patah-riuk lagi bagus.

Aku pula melawan rasa sakitku untuk berdiri. Aku hampiri Sharifah yang terlentang itu. Wajahnya antara sedar tak sedar dan ada bau masam melekat. Arak! Mereka cuba mabukkan Sharifah. Tubuhnya yang terdedah itu aku balut dengan selimut yang berada di situ sebelum aku peluk erat-erat.

Lelaki bersama Henry yang turut menjadi saksi tindakan Dheo itu jelas ketakutan wajahnya. Tubuh menggigil sambil anak matanya bergetar ketika memandang Dheo. Dan bila wajah garang Dheo memandangnya, dia tak tunggu banyak masa. Terus saja bangun dan berdesup keluar dari bilik itu sebelum dia menerima nasib yang sama seperti Henry.

Dan bila lelaki itu pergi, perhatian Dheo kini fokus kepada Henry. Dheo hanya berdiri di depannya, tapi muka Henry macam nak terkucil. Jelas ketakutan. Dan Dheo pula macam kucing yang sedang gula-gulakan tikus. Kalau bukan sebab situasi ni serius, pasti aku ketawakannya. Balasan sebab dah buat Sharifah macam tu.

"Signor!" Lucca muncul tiba-tiba. Entah macam mana, aku pun tak tahu.

Dheo hanya memberi isyarat mata, tapi Lucca terus angguk faham. Dia berjalan ke arah Henry, lalu dipegangnya Henry agar tak terlepas. Untuk apa, aku pun tak tahu.

Dheo pula terus berpusing ke arah kami. Dia berjalan ke arah kami. Tubuhnya dah tak tegang. Wajahnya juga dah bertukar lembut.

"Awak okey?" soal Dheo. Ditiliknya aku dari atas sampai bawah.

Aku hanya angguk. Kemudian pandang Sharifah.

"Tapi dia.."

"She's intoxicated." Dheo sudahkan sendiri ayatku itu. Wajahnya sekali lagi bertukar ketat.

Sekelip mata, dia berpusing ke arah Henry dan Lucca itu.

"Never force yourself on women, you piece of shit!" Lalu dihadiahkan sebiji penumbuk ke muka tak berapa kacak Henry itu. Kuat tak kuat, sampai Lucca yang memegangnya pun boleh terundur selangkah. Dan aku tengok Henry terkulai layu. Pengsan. Kelihatan ada darah keluar dari lubang hidungnya. Aku tak dapat bayangkan kesakitannya itu.

Dheo kesat darah di tangannya macam tiada apa-apa yang berlaku sebelum kembali berpusing ke arah kami. Ditanggalkan jaket kulit yang dipakainya lalu diserahkan kepadaku sebelum dia dan Lucca membelakangi kami. Aku faham maksudnya. Jaket itu harus digunakan untuk menutup tubuh Sharifah yang dibalut oleh selimut tebal tadi. Cepat-cepat aku menyarungkannya pada Sharifah sebelum aku memberi isyarat sudah kepada mereka.

Tubuh Sharifah yang separa sedar itu ditarik oleh Dheo sebelum didukungnya.

"Let's go!" ajaknya. Lucca pula heret tubuh kaku Henry itu bersamanya. Mereka keluar terlebih dulu.

Aku turut berdiri sebelum pandang Dheo. Hero aku. Hero kami. Sebab dia, Sharifah terselamat malam ini. Aku yakin mereka tak sempat apa-apakan Sharifah tadi. Aku bersyukur walaupun pada masa yang sama, hati aku pecah berderai. Terbayang kembali apa yang aku lihat tadi.

Kebenaran yang sangat perit untuk ditelan. Namun aku yakin mungkin itu juga salah satu perkara yang Allah mahu tunjukkan padaku.

-------

Aku buntu mahu melakukan apa sekarang ini. Dengan Sharifah yang masih separa sedar itu, lagilah aku mati kutu. Nak bawa balik, macam mana aku nak menyelinap masuk dengan keadaan Sharifah yang sebegini? Karang tak pasal-pasal kecoh. Aku kalau boleh taknak orang lain tahu. Sebab apa-apa keputusan harus tunggu Sharifah memandangkan semua ini melibatkan dirinya.

Sudahnya, aku hanya mengikut keputusan Dheo. Dheo memberi cadangan supaya kami menginap di mana-mana hotel. Aku hanya bersetuju. Hanya untuk malam ini.

Bila Dheo memandu ke Regina Residence, mulutku terus terlopong.

"Are you crazy? When I agreed to hotel, I mean a cheap one!" Sedikit tinggi suaraku ketika berkata.

Mahu aku tak tercekik liur bila melihat tempat yang dibawa Dheo itu? Regina Residence merupakan sebuah service apartment di tengah-tengah bandar Nottingham. Agak elite. Nak bayar satu malam silap-silap kena jual organ dulu ni! Standard orang ada-ada yang datang melancong atau berurusan business. Habislah duit biasiswa aku!

"Awak jangan risau. Saya dan Lucca memang tinggal di sini."

Jadinya? Nak heret aku dan Sharifah masuk bilik dia? Itu cari nahas namanya! Memang taklah!

Bila aku melihat staf di situ hanya angguk setuju apa yang dikata Dheo, aku baru tahu dia bukan sekadar tinggal di situ. Tapi tempat itu adalah kepunyaannya juga!

Sudahnya, aku dan Sharifah selamat berada di dalam apartment dua bilik itu. Bersebelahan dengan apartment Dheo. Katanya, aku dan Sharifah boleh berehat di sini untuk malam ini.

Sharifah kini sedang tidur. Baguslah. Pasti dia kepenatan tadi. Aku hanya menukarkan pakaiannya kepada persalinan baru yang dipinjamkan oleh Dheo. Biar dia selesa sikit. Besok pagi, awal-awal lagi aku akan balik ke rumah untuk mencari pakaian baru. Buat masa sekarang, aku rasa penat.

Mentally and physically exhausted.

Aku pejam mata. Terlayar kembali aksi panas Shahril dan perempuan asing tadi. Gara-gara sibuk uruskan Sharifah, otakku lupa untuk seketika. Dan sekarang bila keadaan dah agak tenang, suis ingatanku kembali terbuka. Terlayar kembali semuanya bagaikan wayang.

Mata dan telinga menjadi saksi adegan ghairah itu. Aku tak tahu mampu atau tak untuk aku melupakannya. Aku dapat rasakan adegan itu bakal terpahat kemas dalam memoriku. Bakal menghantui masa depanku. Mengajarku erti sebuah pengkhianatan yang sebenar.

Selalu terngiang-ngiang dalam kepalaku. Kenapa? Sejak bila? Paling aku tak sangka Shahril yang selalu mengingatkan aku tentang ilmu akhirat, tak pernah pegang tanganku, tak pernah ambil kesempatan ketika keluar denganku itu sanggup melakukan perbuatan sekutuk itu. Itulah yang paling aku terkilan sangat. Sehingga sekarang aku tak dapat nak percaya!

Rasa suam yang tiba-tiba melekap pada pipi kananku buatkan aku yang sedang mengelamun itu tersedar ke alam nyata. Kembali ke balkoni bilik dari tingkat lapan ini. Aku toleh kepala ke kanan.

Dheo yang sedang senyum segaris. Di tangannya ada satu cawan plastik yang tertutup. Cawan itulah yang diletakkan pada pipiku tadi. Dia bagi isyarat supaya aku menerimanya.

Tanpa bersuara, aku mencapainya. Buka penutupnya. Kelihatan wap-wap panas keluar. Warna cecair itu bagaikan cappuccino. Lalu aku bawa ke bibir dan baca bismillah. Memang betul cappuccino.

"Saya pernah nampak awak minum cappuccino dulu. I hope it will calm you tonight." Dheo memecahkan keheningan di antara kami. Dia kini berdiri di sebelahku. Bersandar pada besi penghadang itu sambil kedua-dua tangan silang ke dada.

Entah kenapa, hatiku rasa tersentuh. Dheo ingat satu fakta kecil tentangku.

"Terima kasih," ucapku lembut.

"Awak tak minum kopi?" soalku balik bila melihatkan tangannya kosong.

"Not tonight."

"Awak suka kopi?" Aku mahu tahu. Lelaki biasanya suka kopi. Ketagih kopi sama macam ketagih rokok. Shahril juga suka kopi.

Ah, kenapa aku perlu ingat dia sekarang ini?

"Bolehlah. Saya suka black coffee. Or sometimes, caramel macchiato with doppio."

"Double shot espresso?"

"Awak tahu bahasa barista?" Dia nampak seperti kagum. Mungkin tak semua orang tahu, apatah lagi perempuan. Perempuan biasanya hanya tahu minum.

"Di Malaysia, ayah saya ada satu kafe. Namanya I's Café. Jadi saya tahu sikit-sebanyak. Saya pun pernah cuba jadi barista," ceritaku sambil pandang cappuccino di tangan. Terkenang kembali kafe kesayanganku itu.

"Wah.. kalau awak baristanya, mesti ramai lelaki beratur beli kopi nanti. Not all coffees are served by a beautiful barista." Dheo senyum mengusik.

Aku rasa wajahku sedikit membahang. Aku tahu mungkin dia selalu panggil perempuan 'cantik' tapi salur darah kat muka aku ni tetap juga nak mengembang.

"Iyalah tu. Entah-entah semua sakit perut nanti," cebikku untuk menutup malu.

Dheo ketawa perlahan. Mendengar dia ketawa, hatiku juga turut damai. Turut mengukir senyum. Lupa seketika tentang hati yang rungsing tentang Shahril tadi.

Shahril! Dan dengan itu, sekali lagi kepala dibayangi Shahril. Automatik sirna senyuman di wajah.

"Awak okey?" Prihatin suara Dheo. Mungkin perasan akan perubahan wajahku.

Sekali lagi senyum. Hambar dan terpaksa.

"Awak nampak sedih. Is there something bothering you?" selidik Dheo. Seluruh wajahku ditenung lama. Seolah-olah sedang mencari jawapan.

Aku tarik nafas perlahan-lahan sebelum kembali hirup cappuccino di tangan itu. Mengingatkan pasal Shahril, tekak pun tak lalu nak telan air sedap itu.

Aku membuang pandang ke arah pemandangan kota Nottingham di waktu malam itu. Masih berura-ura. Haruskah aku ceritakan kepada Dheo? Terlalu peribadi. Tapi dada rasa terbeban bila pendam seorang-seorang.

"Beberapa jam yang lepas, saya tanya awak kenapa lelaki susah nak setia. And then, I caught my ex cheating on me. Irony, isn't it?" Akhirnya aku buka mulut. Cukuplah setakat itu.

Ya.. sebaik sahaja aku tahu dia buat perbuatan terkutuk itu di belakangku, dia dengan rasminya dah jadi bekas aku.

Wajah Dheo sedikit terkejut sebelum cuba dineutralkan macam biasa.

"Bila? Masa parti tadi?"

Perlahan-lahan aku angguk kepala. Tak kuat aku nak pandang ke arah Dheo sekarang ini. Pasti dia tumpang simpati denganku. Atau lebih kesian, rasa aku perempuan pathetic. Hanya mampu tenung cawan kertas di tanganku itu. Dapat kurasakan genggamanku pada cawan itu sedikit erat. Menahan rasa. Cuba kuat daripada muntahkan air mata di depan Dheo.

"The nerve of that jerk. You should've told me who was the shitty ex of yours. I would be glad to reconstruct his face, perhaps turn him into a pig permanently!" Bengang suara Dheo. Penuh amaran.

Kemudian aku dengar dia sambung membebel dalam bahasa ibundanya pula. Mencarut mungkin.

Aku yang melihatnya rasa geli hati. Sedih-sedih juga. Tapi bila tengok kepala Dheo macam nak berasap sebab marah, entah kenapa rasa lucu. Reaksinya seolah-olah dia pula yang menangkap kekasihnya curang.

Senyuman yang terukir di bibirku tak lepas dari pandangan Dheo. Kecil matanya melihat aku yang tersenyum itu. Sebelah keningnya sedikit terangkat.

"Kenapa awak senyum? Awak tak sedih teman lelaki awak curang? Awak tak marah?" soalnya. Jelas kehairanan dalam nada suaranya itu.

Aku mengeluh perlahan.

Aku sendiri tak tahu perasaan aku sekarang ni. Semua bercampur-baur. Kejap rasa marah, kejap rasa sedih, kejap aku rasa reda. Nasib baik tak rasa nak terjun bangunan je sekarang ni!

"Saya reda," putusku.

"Reda? What does it mean?" Berkerut sedikit kening lebatnya ketika bertanya. Pasti tak pernah dengar perkataan itu.

"Reda is an Arabic origin word. Redha. It means accepting fate as it is," terangku ringkas.

"Sebagai seorang muslim, wajib percaya kepada enam rukun iman. The six pillars of Iman/Faith. Dan rukun iman yang keenam adalah percaya kepada qada dan qadar. Belief in Divine predestination and decree. Maksudnya, semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah dan sebagai manusia, semuanya harus diterima tak kiralah sesuatu yang baik ataupun sesuatu yang buruk. Dalam erti kata lain, we don't question fates," jelasku lagi.

"Jadi, awak hanya terima hanya sebab Tuhan awak dah cakap macam tu?" sinis soalan Dheo. Kedengaran juga marah yang ditahan. Atau mungkin tak puas hati.

Aku hanya senyum padanya. Angguk.

"Ya. Kalau itu dapat tenangkan hati saya. It shows how much faith I have in Allah. It's what all muslims do. Especially when our heart is in despair, sometimes, all we need to do is trust Allah. And Allah will help us out," bicaraku lagi. Bukan untukku saja. Tapi untuknya juga.

Aku kerling sekilas ke arah wajah tegang Dheo. Dia hanya diam. Aku pandang pula langit hitam itu.

"Bohonglah kalau saya tak sedih, tak marah lepas apa yang dah jadi malam ni. Saya sayang dia. Dan saya rasa bodoh, rasa pathetic. I want to cry. I want to throw things." Bergetar suaraku ketika berkata, gara-gara menahan rasa.

Sekali lagi tarik nafas dalam-dalam.

"Tapi, macam yang saya cakap tadi, saya reda. Mungkin bagi awak, awak rasa saya bodoh. Tapi hakikatnya dengan reda, saya dapat terima segala-galanya dengan hati terbuka. Hati saya akan tenang. Sebab saya yakin Allah lebih tahu apa yang saya tak tahu. Saya yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya," hujahku. Bukan untuk berlagak baik dengan Dheo, tapi untuk memujuk diri sendiri.

Aku tak boleh biarkan apa yang terjadi ini memberi kesan teruk kepada hidupku. Aku punya masa depan yang harus aku fikir. Ada ayah yang mengharapkanku pulang dengan kejayaan. Masakan aku mahu kecewakan ayah hanya kerana putus cinta?

"All I need to do is take everything in a positive way. When you look at negative things positively, everything shifts you know. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk saya, sebab itu Allah tunjukkan kepada saya. Allah pisahkan saya dari orang yang salah, sebab Allah sayangkan saya."

"Seseorang yang Allah hadirkan dalam hidup kita, pasti ada sebabnya. Semuanya bukan kebetulan. Kadang-kadang untuk memberi pengalaman. Kadang-kadang untuk memberi pengajaran. It's always for our own good. And like my ex, he served his purpose. His job is done. It's time to let him go." Aku ikhlas ketika berkata.

Diam.

"You are like an angel. Your heart is so pure." Sedikit tersentak aku mendengar komen Dheo itu.

"Eh, mana ada!" Cepat-cepat aku nafikan. Aku ni jahat! Dia cuma tak nampak lagi perangai syaitonirrajim aku.

"Well.. kalau awak baik macam ni, memang lelaki tu tak layak untuk awak pun," kata Dheo seolah-olah bantahanku tadi hanya angin lalu di telinganya.

"Saya tak baik pun!"

"I wish he rots in hell!" potong Dheo lagi. Penuh dendam kesumat suaranya.

"Haish.. tak baik cakap macam tu! We don't wish bad luck on someone no matter how bad they are." Aku kurang setuju. Kalau aku, aku hanya mahu doakan supaya Shahril cepat-cepat bertaubat.

"See.. inilah yang saya maksudkan. You have a pure heart. Your God must be loving you so much." Kali ini, Dheo seolah-olah mengejekku.

Aku ketap bibir. Tahan mulut daripada membidas balik. Ada jugak aku ketuk kepala orang dengan cawan ni! Susahlah bercakap dengan orang tiada pegangan agama ni.

"Ex awak. Lelaki yang dalam bilik kedua terakhir tadi, kan?"

Laju kepala menoleh ke arah Dheo. Wajahnya selamba, namun direnungnya aku dalam-dalam.

Ah, Dheo ni tahu saja yang mana satu!

Tak angguk, tak juga geleng. Lagipun, aku tahu Dheo tak perlu tunggu jawapan aku untuk tahu tekaannya tepat mengena.

"Err.. Awak rasa Sharifah okey?" Ubah topik. Pandang kembali ke arah bilik tidur yang menjadi tempat Sharifah beradu.

Dheo turut memandang ke arah itu.

"Dia pernah minum arak sebelum ni?" Dheo tanya aku balik. Kini pandangannya tertumpu kepadaku pula.

Aku geleng kepala.

"Rasanya tak pernah," jawabku. Walaupun aku tahu Sharifah selalu ke parti, tapi aku percayakannya untuk hal itu.

"Hmm.. patutlah! Dia nampak mabuk teruk walaupun Henry cakap dia cuma bagi sikit arak pada kawan awak tu."

Henry! Bila Dheo sebut nama dia, baru aku ingat dengan lelaki bedebah tu! Aku tak tahu dia di mana sekarang ni. Tadi pun dia dan Lucca kedua-duanya lenyap entah ke mana.

"Henry ada kat mana sekarang ni?" Aku mahu tahu.

"Ada dengan Lucca. Jangan risau. Saya akan pastikan dia dapat balasan atas apa yang dia buat pada Sharifah!" Suara Dheo kembali serius. Menjanjikan sesuatu.

Aku tak tahu apa maksudnya. Mungkin mahu menyerahkan kepada pihak berkuasa. Tapi, kena tunggu Sharifah sedar dulu kalau nak laporkan kepada polis. Meremang bulu romaku bila kes melibatkan polis ni. Sebab aku tahu silap-silap boleh libatkan sekali pihak kedutaan Malaysia.

"I put Advil on the table. Ubat untuk hangover. Kawan awak mungkin perlukannya lepas dia bangun nanti. Dia juga mungkin akan muntah."

"Okey. Terima kasih."

"Awak nampak penat, Tesoro. Pergilah masuk berehat." Elok je dia habis berkata, mulutku mula menguap.

Hakikatnya, aku rasa sangat penat. Kafien yang aku telan tadi pun tak mampu nak buatkan aku berjaga. Mata mula rasa berat. Tubuh pun kalau ikutkan rasa, nak je mengensot masuk bilik.

"I know a lot of things happened tonight. But don't think too much. Have a nice bath and a proper sleep." Dia titipkan pesanan lagi.

Aku hanya angguk. Dheo pula kerling jam mahal di tangannya. Kemudian nampak dia tegakkan tubuhnya tingginya itu. Dheo mula berjalan masuk ke dalam rumah. Aku juga membuntutinya dari belakang.

"Dah lewat. Saya balik dulu. Apa-apa nanti, just telefon saya. Atau ketuk pintu rumah sebelah, okey?"

Sekali lagi angguk.

"Terima kasih, Dheo." Budinya tak mampu aku balas.

Dia hanya senyum. Tanpa balas apa-apa. Hanya bagi isyarat dengan sebelah tangannya. Terus berlalu ke arah pintu utama yang terbuka luas sedari tadi.

"Take care, Tesoro." Itulah pesanan terakhirnya sebelum dia menghilang.



Heroin Anjell selalu kena curang. Haihh.. Haha. So typical but i love it. Curang is typical but commonest. I think perhaps 80% of us has faced it. Yes.. it's so difficult for certain people to remain faithful. Sigh! Furthermore, with shitty ex's personalities, i can my hero better in every department. I love the thought of when we lose someone Allah will replace with someone better 😂😂

Yang panas hati sebab Rose tak buat apa-apa, jangan marah-marah. Apa boleh buat kalau dah dalam Dheo's jalan cerita dia camtu. So sis kena ikut je la baru tally 😂😂


27/3/2020 

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

1.2K 251 25
He came and he never go away #1 in parkminyoung
18.5K 2K 15
BOOK #3 of ๐•ฑ๐–—๐–Ž๐–Š๐–“๐–‰๐–˜๐–๐–Ž๐–• ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain . . Bismillah Mungkin semua kenal siap...
112K 7K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
355 56 9
{ KARYA ZERO } Assalamulaikum wbt my dear i Will tell you all aboutthis Wattpad mengisahkan tentang benci tetiba eh fall in love haha bila dah nama n...