|√| Blind Fate - JJK

By idaekim-

19.4K 2.9K 1.3K

[idaekim's romance fantasy fanfiction] Completed (2020) Jeon Jungkook X Kim Junghee -takdir yang tidak diseda... More

prologue
d u a
t i g a
e m p a t
l i m a
e n a m
t u j u h
l a p a n
s e m b i l a n
s e p u l u h
s e b e l a s
d u a b e l a s
t i g a b e l a s
e m p a t b e l a s
l i m a b e l a s
e n a m b e l a s
t u j u h b e l a s
l a p a n b e l a s
s e m b i l a n b e l a s
d u a p u l u h
epilogue

s a t u

1.2K 179 125
By idaekim-

"Argh." Puteri Junghee mula membuka matanya, dan mendapati dirinya di dalam sebuah bilik yang cukup pelik.

"Ha, bangun pun kau. Ni makan bubur ni. Bubur instant je. Lepastu, bagitau aku rumah kau kat mana. Nanti tengah hari aku hantar kau balik." Lelaki itu berkata kepada gadis itu lalu dia meletakkan mangkuk bubur yang dimasaknya itu di meja sisi katil di dalam bilik itu.

"T-tadi dikau memberitahu beta bahawa kini adalah tahun 2020, bukan?" Soal Puteri Junghee tersekat-sekat.

"Weyh. Jangan bagi aku gelak weyh. Kenapa kau cakap macam kau ni puteri raja zaman Joseon dulu."

Puteri Junghee terdiam seribu bahasa. Apa yang terjadi, dia sendiri tidak faham.

"B-beta memang puteri raja zaman Joseon. Dan, nama kerajaan beta adalah Namkanda. T-tak. Beta mungkin bermimpi. Mana mungkin beta mampu merentas masa sehingga tahun 2020?"

Ppak!

Lelaki itu dengan selamba menjentik dahi Puteri Junghee membuatkan Puteri Junghee mengerang kecil.

"Ark! Beraninya kamu memperlakukan beta sebegitu? Apa kamu tidak takut jika beta murka?" Ujar Puteri Junghee membuatkan Jungkook tergelak. Terhibur dirinya melihat gadis pelik itu berbicara seperti seorang puteri diraja.

"Kalau kau rasa sakit tu. Maknanya, kau tak mimpi. Faham? Sudah-sudahlah tu. Kau ni pelakon ke? Kau tengah berlatih berlakon drama zaman dulu-dulu eh?"

Rasa sakit ini membuktikan aku tidak bermimpi? Tak. Aku masih tidak faham akan situasi ini. Apa Yang sebenarnya sedang berlaku?

"Orang tanya, dia diam pula. Dahlah. Baik aku sambung tidur. Jangan lupa bagitau kat mana rumah kau. Aku bangun tengah hari kejap lagi, aku nak hantar kau terus."

"Ah, s-sebentar." Langkah lelaki itu mula terhenti mendengar Puteri Junghee ingin berkata-kata lagi.

"B-boleh beta tinggal di sini buat sementara waktu? Beta betul-betul tak ada tempat tinggal jikalau benarlah tahun kini adalah tahun 2020." Ujar Puteri Junghee tersekat-sekat.

"Tak, tak. Kau ni kenapa macam tak boleh terima sekarang ni dah tahun 2020? Kau datang dari tahun berapa ni?" Soal lelaki itu pelik. Dari tadi cakap pasal tahun 2020lah, 1862lah.

"Tahun 1862." Jawab Puteri Junghee tanpa berbasa-basi.

"Mustahil. Kau ingat aku nak percayakan kau? Aku tahulah aku ni kacak, kaya. Tapi, bukan dengan cara ni kalau nak tackle aku pun. Rare betul cara kau nak mengorat."

Berkerut seribu dahi sang puteri mendengar kata-kata lelaki itu. Malah, disebabkan bahasa Korea lelaki itu juga kedengaran agak pelik menyukarkan Puteri Junghee mentafsir apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.

"Aku tidur dululah. Tiba-tiba teringat cinta lama bila tengok kau ni. Apa-apa jangan roger. Bye." Lelaki itu terus menutup pintu bilik yang dihuni oleh Puteri Junghee itu.

Keluhan berat terlepas dari dua ulas bibir Puteri Junghee sebelum bubur yang dibawa oleh lelaki tadi dikerlingnya.

"Makanan jenis apa ini? Bukan makanan beracun, bukan?" Puteri itu tanpa berlengah mula menyuapkan mulutnya dengan sesuap bubur tersebut.

"Wah. Tidak pernah lagi aku merasakan makanan serupa air yang sesedap ini!"

-

Lelaki tadi yang diberi nama Jeon Jungkook menekap telinganya pada pintu bilik gadis yang menggelarkan dirinya sebagai puteri diraja kerajaan Namkanda itu.

"Kenapa macam realistik gila dia cakap bahasa istana? Takkan dia betul-betul datang dari tahun 1862?" Jungkook berkata sendirian lalu dia mula berdiri tegak di hadapan bilik tersebut.

"Tak, Jeon Jungkook! Kau ni kenapa? Gila ke? Aish. Teringat dekat Hanna pula tiba-tiba." Ujar Jungkook kepada dirinya kerana wajah gadis yang dijumpai di tepi pantai itu mirip sekali dengan bekas teman wanita, Lee Hanna.

"Dahlah Jungkook. Kau tu ha yang tak boleh terima kenyataan yang Hanna dah tinggalkan kau. Tu yang perempuan acah puteri diraja tu pun kau nampak macam Hanna."

Jungkook menepuk kedua belah pipinya berkali-kali, cuba menyedarkan dirinya yang masih anagau akan cinta lamanya itu.

Tak lama kemudian, dia mula mask ke dalam biliknya untuk sambung tidur.

-

Jungkook membuka pintu bilik gadis tadi luas menampakkan gadis itu yang sedang duduk bersila di atas katil dengan mata yang dipejamkan.

Terkebil-kebil Jungkook memandang gadis pelik itu.

Dia tengah...jap, jap. Apa orang panggil untuk raja yang tengah duduk tu? Semayang? Semayam? Ha tu ar tu. Bersemayam. Dia tu tengah bersemayam ke apa?

Mata Jungkook kini terhenti pada mangkuk bubur yang dibawa olehnya tadi buat gadis itu.

Bapaklah? Licin terus mangkuk tu. Aku rasa aku silap sukat air tadi. Ahh, lantaklah.

Tok. Tok. Tok.

"Hoi. Jomlah balik rumah kau. Tak rindu mak bapak ke?" Soal Jungkook kepada gadis pelik itu usai mengetuk pintu bilik gadis itu sebanyak tiga kali.

"Ayahanda dan bondaku sudah mangkat semalam."

Kata-kata gadis itu betul-betul menembak tepat terkena pada jantung Jungkook. Mahu sahaja Jungkook menghempap kepalanya dengan batu kerana bertanyakan soalan sensitif seperti itu kepada gadis itu.

"Sorry. Sorry. Aku tak berniat nak buat kau sedih." Ujar Jungkook usai memaki hamun dirinya di dalam hati sebentar tadi.

"Tidak mengapa. Beta baik-baik saja." Balas gadis itu penuh sopan dan masih mengekalkan gaya puteri dirajanya itu.

"Erm. Jomlah. Aku hantar kau balik. Kau duduk mana?"

"Bukankah beta sudah memohon kebenaran untuk tinggal di sini buat sementara waktu? Apakah dikau tidak memperkenankan permintaan beta?" Soal gadis itu membuatkan Jungkook menggosok lehernya yang tidak gatal.

"Erm. M-mana boleh. Lelaki dengan perempuan mana boleh tinggal sebumbung."

"Jika di istana boleh, di sini juga boleh. Jadi, perkenankan permintaan beta."

Jungkook mencebik kecil sambil memandang ke arah gadis itu. Dia melula melangkah keluar apabila gadis itu mula memejamkan matanya kembali. Pintu ditutup rapat sebelum dia berdecit.

"Dia ingat dia siapa nak arah aku macam-macam? Aish! Ni kalau papa tahu aku bawa perempuan tidur rumah ni, memang kena rejamlah aku ni." Ujar Jungkook lagi dia menarik rambutnya bagi melepaskan geram.

"Boleh beta bertanyakan sesuatu?" Suara gadis pelik itu yang memasuki rongga pendengaran Jungkook membuatkan Jungkook terlompat dengan pakej jeritan kecil.

Diurut dadanya perlahan untuk mengurangkan rasa terkejut tadi. Hampir gugur jantungnya dikejutkan sebegitu oleh gadis itu.

"Ha, nak tanya apa?"

"Tadi dikau ada menyebut beberapa perkataan yang tidak dapat beta kenal pasti maksudnya. Rare, roger dan sorry. Jikalau dikau tidak keberatan, bolehkah dikau menerangkan maksudnya kepada beta dan memberitahu bahasa apakah yang dikau gunakan itu?"

Jungkook ternganga sedikit mendengar persoalan daripada gadis itu. Wajah tidak percaya dilemparkan ke arah gadis itu sebelum dahinya ditepuk perlahan.

•••

I know cerita ni macam lawak gila nak mati sebab bahasa yang Puteri Junghee tu guna untuk bercakap. Tapi, takpa. Nanti korang terbiasalah tu😜

Ha, siapa yang tertunggu kisah KookHee ni, asilalah tunggu untuk next chapte ye? Uwu😍💜

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 325 20
Rated : 15+ Soft romance + cliche story! Tiga kisah cinta yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Iaitu mencari kebahagiaan. +++ Written b...
7.6K 739 14
+ in which, kau kekal bersama ku sehingga mati. park junghee Yya • treasure
57.9K 6.2K 12
tangisilah pemergianku sepertimana engkau membenci dikala adanya aku.
1.3K 478 7
+ dia dan aku adalah orang yang sama . © ssawvaend storyline