BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 55 - DIA KEMBALI!

20.3K 619 84
By Misshusna006

          Setelah sekian lama menanti.  Akhirnya, dia pulang juga!

          Bagi menyambut kepulangan abang kembarku, Amin dari negara Jepun tu... Awal-awal lagi aku dah bangun daripada tidur.  Bersiap gitu!

          Aku prepare dan iron baju Afiq Khairul.  Lepas tu, aku kemas barang-barang Aqil Zayaan.  Memandangkan hari ni kami akan ke airport KLIA tu, aku sediakan pakaian extra untuknya.  Kot-kot dia terbuang air kecil atau air besar nanti.  Tidaklah huru-hara nanti.  Ibarat, sediakan payung sebelum hujan!

           Aku tersenyum nipis.  Mak-mak memang macam ni, perihal anak dahulu yang difikir sebelum fikir hal yang lain.  Dan, memastikan keselesaan Aqil Zayaan adalah keutamaan aku sekarang ni.

          Pampers, sepasang baju, sapu tangan, bedak, losyen, minyak kayu putih dan dua helai tuala.  Kemudian, aku masukkan ke dalam beg comel colour biru tu.

          Done!

          Aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami dan menapak ke arah katil semula.  Aku melutut lalu menepuk bahu Afiq Khairul perlahan-lahan.

          "Abang..," bisikku kepadanya.

          Afiq Khairul membuka matanya dan menoleh kepada aku.

          "Awalnya sayang bangun..." Kedengaran suara serak plus seksi Afiq Khairul tu.

          Aku elus rambut depannya sambil tersengih-sengih.

          Sejak kebelakangan ni, Afiq Khairul dah tukar nama panggilanku.  Daripada panggilan Leha kepada panggilan manja iaitu 'sayang'.

          Aawww... So sweet!

          Apabila aku imbas kembali memori dulu-dulu tu.  Masa zaman kecil, dia panggil aku... 'budak miang atau budak gila'.  Lepas aku bekerja sebagai setiausahanya, dia panggil aku... 'kau'.  Apabila kami dah kahwin pula, dia panggil nama singkatan aku saja... 'Leha'.  

          Sekarang ni, dia panggil aku 'sayang' atau 'yang' gitu.

          Hehehe... Aku tersenyum gedik.  Bahagia rasanya.  Alhamdulillah!

          Tetapi...

          "Leha tak nak kelam-kabut nanti, abang bangunlah.  Kita nak mandi, nak solat lagi..," gesaku sambil menepuk-nepuk bahunya itu.

          Afiq Khairul menangkap jari-jemariku.  Dia tersenyum manis.  Manis sangat-sangat!

          Hish, kalau dia dah senyum macam ni... Maksudnya dia ada niat yang tersembunyi!

          "Kita mandi sama-sama," bisik Afiq Khairul dengan nada suara yang sangat menggoda.

          Pantas mukaku merona merah.

          "Tak nak!" Bantahku segera.

          Aku tahu sangat-sangat.  Bukan setakat mandi, Afiq Khairul akan buat perkara yang lain juga.  Dia ni tidak boleh percaya langsung dalam bab-bab ni.  Aku dah lali dengan pujukan dan godaannya ni.

          Cukup-cukuplah sebelum ni aku dah masuk dalam perangkapnya!

          Lagipun, lepas aku dah habis pantang hari tu.  Susah nak cakap.  Afiq Khairul betul-betul tuntut penderitaannya selama dekat 12 bulan dia 'berpuasa' daripada tidak menyentuhku.

          "Sampai hati..." Langsung saja Afiq Khairul tayang riak muka yang terluka gitu.

          Okey, selain itu juga... Afiq Khairul dah pandai merajuk dan buat mimik muka sedih.  Aku ingatkan, Aqil Zayaan dan aku saja yang pandai merajuk.  Rupa-rupanya, dia pun pandai merajuk.  Atau, dia sengaja perli kelakuan kami tu?

          Aku lepaskan keluhan nipis.

          Apa-apa pun, aku kena kebalkan hatiku.  Tidak mahu termakan dengan pujuk rayunya lagi.  Sebab, yang penat nanti... Aku juga!

          Aku tayang muka sememeh kepada Afiq Khairul.

          "Jangan buat muka macam tu.  Bukan semalam... Hish, abang ni.  Miang! Bawa-bawalah berehat.  Penat tau!" bebelku sambil memukul bahunya itu.

          Afiq Khairul tidak mengelak daripada pukulanku itu.  Dia hanya ketawa.

          "Sorry, abang test je.  Manatau sayang benarkan juga..." Dalam tawanya, dia bangun lalu menyandar di birai katil.

          Kain selimut jatuh hingga ke paras pinggangnya.  Terus nampak dada bidangnya yang seksi tu.  Aku alihkan perhatikanku ke tempat lain.  Takut tergoda!

          "Leha mandi dulu.  Abang tolong tengok-tengokkan Aqil ye," pesanku lalu laju menapak masuk ke dalam bilik air.

          Kedengaran gelak tawa daripada Afiq Khairul lagi.  Aku muncungkan bibirku.  Suka sangat usik aku.  Tak puas hati betul!


 ۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas kami mandi, solat dan bersiap.  Aku dukung Aqil Zayaan ke tingkat bawah.  Sementara itu,  Afiq Khairul berpamitan lalu masuk ke bilik study ayah dahulu.  

          Ketika itu juga, Adila muncul dengan gaya ala chef kat hotel.  Siap pakai apron lagi.  Aku tersengih.  Sejak couple dengan Ilham Hakimi tu, Adila rajin ke dapur.  Belajar masak!  

          "Aqil... Hensemnya hari ni," puji Adila sambil mencuit pipi bambam Aqil Zayaan tu.

          Aqil Zayaan pula tayang muka sememeh saja kepada Adila.  No feeling!

          "Tau laa muka Aqil ni ikut papa.  Tapi, boleh tak kalau perangai tu tak ikut papa? Cuba senyum... Senyum macam Auntie Adila." Adila tersenyum sampai nampak gigi.

          Aku ketawa.

          "Aqil baru 5 bulan lebih, nanti dah besar sikit... Mudah-mudahan dia murah dengan senyuman juga.  Cukup-cukuplah papanya je yang serius," kataku lalu menyerahkan Aqil Zayaan kepada Adila.

          Adila tersengih lebar.

          "Aamiin... Mudah-mudahan," balas Adila dengan muka penuh mengharap.

          Semasa Adila mengelus pipi Aqil Zayaan, aku terpandangkan cincin di jari manisnya tu.

          Keningku bertaut rapat.  

          Eh?

          Kali pertama aku tengok Adila pakai cincin.  Cantik pula tu.  Ini bukan cincin yang besha-besha!

          Adila beli ke

          Mustahil pula... Sebab selama ni, Adila lebih suka pakai eksesori lain berbanding daripada memakai cincin.  Selalunya, jari-jemarinya kosong saja.  Tidak pernah aku tengok dia pakai cincin ni.  

          Mungkinkah? 

          Aku tersenyum lebar... Oh my gosh!

          "Maaf... Aku nak menyibuk kejap.  Kimi yang bagi ke? First time aku tengok kau pakai cincin ni," tanyaku dengan muka excited.

          Apalagi, terus Adila tersenyum malu.

          "Aku baru nak beritahu kau.  Kimi bagi semalam.  Dia ajak aku kahwin," balas Adila dengan muka malu-malu kucing.

          Aku sudah ternganga luas.  Tepat jangkaanku itu!

          Wow, boleh tahan hebat Ilham Hakimi ni!

          "Tapi, aku cakap kat dia.  Tunggu aku habis belajar dulu.  Tinggal beberapa bulan je lagi.  Lagi pun, aku kenalah dengar pendapat dan pandangan korang dulu..," tambah Adila lagi.

          Aku angkat jari thumbs up.  No comment.  Setuju sangat-sangat!

          Kalau memang Ilham Hakimi dan Adila dah bersedia untuk berumah tangga, apa salahnya mereka berkahwin.  Tambahan pula, aku tengok... Ilham Hakimi dah cukup bersedia dalam hal ni.

          Daripada apa yang aku perhatikan sejak mereka jadi couple ni, Ilham Hakimi manjakan Adila sampaikan Adila tak terkata-kata.  Jambangan bunga, jangan cakap.  Kalau boleh, Ilham Hakimi belikan kedai bunga tu untuk Adila.  Itu belum lagi dengan dessert kegemaran Adila.  Apa saja yang Adila nak, Ilham Hakimi akan bagi.  Nasib baik Adila jenis yang sedar diri!

          Sehinggakan satu hari, Adila balik dengan jambangan bunga lagi.  Dia masuk ke dalam bilik nursery dengan muka serba salah.

          "Aku bukannya tidak bersyukur dengan layanan Hakimi ni.  Tapi, aku tak tahu nak cakap apa lagi.  Bila aku beritahu yang aku tidak perlukan bunga dan dessert tu lagi.  Kau nak tau apa dia cakap kat aku?" Adila pandang aku yang ketika itu sedang duduk sambil memangku Aqil Zayaan.

          Aku anggukkan kepalaku.

          "You're my girlfriend.  Siapa lagi saya nak manjakan dengan semua ni kalau bukan Adila? Tak perlu risau, saya takkan jadi papa kedana kalau setakat nak belikan bunga dan dessert tu semua.  Just let me... Manjakan Adila sepuas hati saya," beritahu Adila dengan meniru gaya percakapan Ilham Hakimi tu.

          Aku tergelak.  Luculah Adila ni!

          "Kau tak nak dia membazirkan? Tapi, kalau dia dah nekad nak buat macam tu... Kau terima je laa.  Abang Afiq ada beritahu kat aku, Kimi memang macam tu.  Lagi pula, dia dah lama single.  Kau adalah orang yang pertama buat dia jatuh cinta tau.  Selama ni, kata Abang Afiq... Orang yang luahkan perasaan dekat dia.  Untunglah.  Kalau aku, reze..." Adila duduk di sebelahku.

          "Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari..," sambung Adila dengan sengihan paling lebar.

          Adila pegang jari telunjuk Aqil Zayaan lalu buat muka jelek.  Manatau  Aqil Zayaan ketawa, aku ketawa lagi dengan perlakuan Adila tu.  Walaupun begitu, aku tahu... Adila happy sekarang ni.

          Aku tersedar daripada lamunanku itu.  Aku tengok Adila semula...

          "Ceritalah, macam mana Kimi ajak kau kahwin semalam?" soalku lagi dengan kening terangkat sebelah.

          Setahu aku, sejak Adila berhenti kerja di cafe tu sebab sibuk dengan assignment yang semakin banyak... Dia bahagikan masanya dengan belajar serta luangkan masa dan keluar dating dengan Ilham Hakimi.

          Adila tayang gigi.  Tersengih-sengih lagi.

          Tidak lama selepas itu, dia menceritakan kepada aku tentang pertemuan mereka semalam.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Semalam...

          Selepas siapkan assignment yang diberikan, Adila bersiap-siap untuk keluar.  Dia pakai dress dark blue dan biarkan rambutnya lepas saja.  Done!

          Pagi tadi, Ilham Hakimi ada WhatsApp dan mengajak dia keluar untuk makan malam gitu.

          Dipendekkan cerita... Ilham Hakimi bawa dia keluar untuk makan malam, jalan-jalan sambil window shopping dan kemudian singgah di sebuah restaurant yang cantik dan exclusive.

          Adila memerhatikan sekeliling.  Ada belon berbentuk love, bunga rose colour merah yang menghiasi di sekeliling restaurant ni... Suasana di dalam restaurant ni juga sangat romantik.  Mungkin ada pasangan yang nak sambut anniversary kot? Teka Adila dalam hati.

          Oleh kerana ini adalah kali pertama Adila ke restaurant ni, Ilham Hakimi yang memesankan makanan dan minuman yang sedap untuknya.  Adila turutkan saja.  Yang penting ada kek chocolate.  Mereka berbual sehinggakan mata Adila tertumpu kepada dasar pinggan dessert tersebut.

          Adila : ...

          Dia tidak silap tengok ke?


WILL YOU MARRY ME?


          Terus Adila mendongak dan tengok Ilham Hakimi.  Ketika itu juga, Ilham Hakimi mengeluarkan kotak baldu colour turquoise lalu menyuakannya kepada Adila.

          Adila terkaku lagi.  Dengupan jantungnya berdetak laju!

          "Adila, bila awak dah ready.  Sudi kahwin dengan saya?" Pertanyaan Ilham Hakimi tu disambut dengan alunan muzik yang sangat romantik.

          Mata Adila membulat dan mulutnya terbuka luas.  Speechless.  Sungguh dia tidak percaya!

          Adila menoleh dan memerhatikan seorang pekerja restaurant tersebut membawa jambangan bunga rose lalu menyerahkannya kepada Ilham Hakimi.  Pekerja tersebut tersenyum kepada Adila dan segera berlalu pergi.

          Manakala, Ilham Hakimi berdiri dan melangkah ke sebelah Adila.  Dia menyuakan jambangan bunga rose tersebut sambil tersenyum manis.

          "Sorry, awak buat saya terkejut.  Bagi saya masa.  Kejap..," pinta Adila lalu memegang dadanya.

          Ilham Hakimi merenung Adila dengan riak muka nervous.

          "Kita baru kenal tahun ni.  Awak yakin ke saya orangnya?" soal Adila dengan suara separuh berbisik.

          Ilham Hakimi terkedu.  

          "Yes, of course! Mungkin bagi Adila kita baru beberapa bulan bertemu janji.  Tapi, bagi saya... Saya rasa seperti dah bertahun kenal dengan Adila.  Mungkin disebabkan saya dah lama kenal dengan Afiq kot? Apa yang pasti, saya yakin... You're the only one for me," balas Ilham Hakimi segera.

          Adila terdiam.  Mukanya mula merona merah!

          "Kadang-kadang saya kuat membebel, awak tak kisah?" soal Adila lagi.

          Pertanyaan Adila tu membuatkan Ilham Hakimi tergelak.

          "Saya tahu." Ilham Hakimi meletakkan jambangan bunga rose tu di pangkuan Adila.

          Adila tunduk dan pegang kelopak bunga rose tersebut.

          "Saya tidak berapa pandai masak," tambah Adila lagi.

          Kali ni Ilham Hakimi melutut dan merenung ke dalam anak mata Adila.

          "Saya bukan cari tukang masak.  Saya cari seorang isteri... Tiada siapa yang sempurna.  Begitu juga dengan saya.  Tapi,  kenapa tidak kita saling melengkapi kekurangan yang ada? Jangan risau, saya pandai masak..." Ilham Hakimi melepaskan keluhan nipis.

          "Saya nak pegang tangan Adila.  Pujuk supaya kahwin dengan saya.  But, i can't do that.  Someone will kill me.  Sebab itu, kita perlu nikah cepat-cepat!" tambah Ilham Hakimi lagi.

          Adila cuba untuk tidak ketawa.  Tapi, terukir senyuman manis di bibirnya.

          "So, sudi kahwin dengan saya ke?" tanya Ilham Hakimi sekali lagi.

          Adila memegang jambangan bunga rose tu dan merapatkan ke dadanya.  

          "Bila awak dah bersedia... Jumpa ayah, ibu dan Abang Afiq.  Minta izin dengan diaorang juga," jawab Adila sambil tersengih lebar.

          Ilham Hakimi ketawa.

          "Okey." Ilham Hakimi mengambil kotak baldu colour turquoise tu lagi lalu menyerahkannya kepada Adila.

          Pap... Pap... Pap... Kedengaran bunyi tepukan gemuruh daripada sekeliling restaurant ni.  Adila mendongak dan hanya mampu tersenyum apabila para pekerja dan pelanggan di restaurant ni mengucapkan tahniah.  

          "Adila pakai cincin ni.  Saya nak sarungkan... Tapi, saya terbayangkan muka Afiq.  Janji mesti ditepati," keluh Ilham Hakimi lagi dengan muka redha dan pasrah.

          Adila buka kotak baldu tu.

          "Apa yang awak janji dengan Abang Afiq?" soal Adila sambil memegang cincin tu.  Cantik!

          Ilham Hakimi hanya mampu merenung cincin dan jari manis Adila tu.

          "Walau sehelai rambut, jangan sentuh Adila selagi belum halal." Ilham Hakimi duduk semula di hadapan Adila.

          Adila ketawa.  Ilham Hakimi pula tersenyum saja... Itulah cerita tentang proposal Ilham Hakimi semalam tu.

          Aku yang dengar ni pun tersengih-sengih.  Romantik sungguhlah!

          Apa-apa pun, syukurlah... In shaa Allah, semoga jodoh mereka berdua akan dipermudahkan.  Aamiin ya rabbal'alamin.  Doaku dalam hati.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Kami melangkah masuk ke dalam ruangan menunggu.  Mencari kelibat Amin.  Kalau diikutkan, sepatutnya dia dah sampai.  Tinggal nak ambil bagasi saja.

          Afiq Khairul menolak baby stroller tu manakala Adila dan aku berjalan di hadapan.

          "Leha...," panggil Adila tiba-tiba lalu menarik lengan bajuku.

          Aku menoleh kepada Adila.  Kenapa?

          Adila memuncungkan bibirnya ke satu sudut cafe yang ada di airport ni.  Aku alihkan pandanganku pada arah muncungan Adila tu.

          Di hadapan kami ketika ini...

          Aku pegang tangan Adila.  Itu Amin ke?

          Amin dah kurus sikit.  Jelas nampak tulang rahangnya itu.  Kalau dulu, nampak macam budak skema dan baik saja.  Kini, dia macam dah matang sikit.

          Adakah disebabkan Sofea?

          "Jangan sebut tentang Sofea dulu.  Kita tunggu sampai Amin yang buka cerita..," pesanku kepada Adila.

          Adila anggukkan kepalanya.

          "Seperti mana kita risau tentang khabar Sofea tu.  Tentu Amin lagi terkesan tentang Sofea tu.  Kita diam je dulu..," ujar Adila juga.

          Kali ni aku anggukkan kepalaku.  Betul tu.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

          Adila memegang lenganku lagi.

          "Kita buat macam biasa.  Kalau kita tayang muka sedih, tentu Amin tahu yang kita fikir tentang Sofea..." Langsung saja Adila buat muka tersenyum.

          Tapi, senyuman Adila tu macam terpaksa saja.

          Aku mengeluh perlahan...

          "Amin." Terus Adila memanggil nama Amin dengan nada excited.

           Amin menoleh.  Dan, dia terus melangkah ke arah kami sambil tersenyum.  Tapi, senyuman Amin tu tidak seperti dulu lagi!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Ketika ini, kami duduk di ruang tamu.  Selepas bertanya khabar dengan Amin, ayah dan ibu keluar.  Mereka berdua nak ke majlis kenduri dulu.

          Aku perhatikan Amin yang sedang bermain dengan Aqil Zayaan.  Aqil Zayaan pula mengangkat tangannya sambil tersenyum-senyum tengok Amin.  Sesekali terdengar Aqil Zayaan ketawa.  Ajaib sungguh!

          Adila kerutkan dahinya.

          "Kenapa Aqil murah senyuman dengan Amin! Ini kali pertama kamu berjumpa, kan?" rungut Adila lalu memerhatikan Aqil Zayaan.

          Bertuah punya anak buah, pilih bulu ke?

          "Mestilah, Amin kan pak ciknya... Tentulah Aqil kenal walaupun baru jumpa.  Tak gitu Aqil?" Amin memegang kedua-dua pipi Aqil Zayaan.

          Aqil Zayaan ketawa lagi.

          "Adila pun mak ciknya juga.  Tapi, jarang sekali Aqil happy macam ni," adu Adila sambil cuba untuk buat Aqil Zayaan ketawa juga.

          Namun, Aqil Zayaan tayang muka serius kepada Adila.

          "Sila usaha lagi," perli Amin lalu mendukung Aqil Zayaan.

          Pantas Adila mencebik.

          "Apa-apapun, dimple dia macam Adila.  Amin ada?" balas Adila sambil berpeluk tubuh.

          Aku perhatikan saja mereka bertiga di hadapanku ni.

          "Mestilah ada... Keningnya macam Amin," jawab Amin tak nak mengalah.

          Hukkk... Aku hampir tersedak juice orange!

          Ketara sangatlah hanya itu yang Aqil Zayaan warisi daripada aku.  Selebihnya daripada papanya!

          Aku menoleh ke sebelah apabila terdengarkan seseorang ketawa.  Siapa lagi kalau bukan Afiq Khairul!

          Amboi, aku cubit lengannya.  Sampai hati ketawakan aku!

          Setelah puas bermain, Aqil Zayaan tertidur dalam dakapan Amin.  Afiq Khairul mengambil Aqil Zayaan lalu naik ke tingkat atas.

          Tinggal kami bertiga saja di ruang tamu ni.

          "Sofea... Dia ada WhatsApp atau call kamu ke?" tanya Amin tiba-tiba.

          Adila dan aku terdiam.  Kami berpandangan antara satu sama lain.

          "Tiada..," balasku ringkas.

          Hanya sekali tu saja Sofea WhatsApp kami.  Lepas tu, senyap!

          Amin merenung Adila dan aku.  Dia menyandar dan melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

          "Sofea, 3 bulan lepas... Dia hantar Messenger kat Amin.  Minta break-up.  Lupakan dia dan cari yang lain." Amin tersenyum.  

          Tapi, dalam senyumannya itu... Tersimpan kesedihan dan kemarahan yang sangat mendalam!

          Laju Adila menggelengkan kepalanya.

          "Tidak, Sofea bukan macam tu! Kenapa tiba-tiba Sofea cakap macam tu pula?" Adila pandang aku.

          Aku tahu perasaan Adila.  Faham sangat-sangat.  Tindakan Sofea ni serupa dengan Syamir tempoh hari tu!

          "Kita kenal Sofea, dia bukan macam tu!" Aku genggam jari-jemari Adila.

          Mustahil untuk Sofea minta break-up dengan Amin.  Mana mungkin, sebab Amin adalah cinta hati dan crush Sofea sejak bangku sekolah lagi!

          Amin diam.  Begitu juga dengan kami... Hanya satu persoalan yang berlegar di fikiranku sekarang ni, kenapa?

          Kenapa Sofea menghilangkan diri?


JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest)

~ Tahniah Adila... I'm happy for you.  Buat Amin pula, susah nak cakap buat masa sekarang ni.  Nantikan bab seterusnya😔

~ Apa-apapun, terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-55 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
1.6M 68.7K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
222K 8.9K 63
Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Fri...
782K 31.3K 60
{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan t...