PARCEL

By SimonMalik

2.2K 50 1

Sedikit teaser Novel pertama aku dengan FIXI. Aku open a few babs untuk korang baca. Kalau korang nak beli, ... More

Prolog
*1*
*2*
*3*
*4*
*7*
*11*
*10*

*9*

86 1 0
By SimonMalik

Stella Fortuna, Laut China Selatan. Hari 3 di laut. 02:00.

Setengah jam kemudian, Faisal keluar dari dapur. Dua pinggan ditatang kemas. Wap beraroma lazat menari-menari di atas spaghetti. Bau aroma Szechuan hinggap di hidung Syaza bila sebuah pinggan dihidangkan di hadapannya. Warna merah yang sedikit berminyak menyebabkan perut Syaza kembali lapar.

"Spaghetti olio ayam? With an Asian touch?" teka Syaza. Nadanya ternyata kagum. Lelaki di hadapannya benar-benar berbakat.

"Kind of," jawab Faisal ringkas. Jujurnya dia main campak sahaja apa yang ada di dapur. Tukang masak di dapur sebenarnya tidak setuju ada orang yang menceroboh kawasan sucinya. Memandangkan permintaan menggunakan dapur datang dari Syaza, dia terpaksa mengalah. Jadi sepanjang Faisal memasak, tukang masak itu berdiri di belakangnya sambil bercekak pinggang. Janggal diperhati sebegitu, akhirnya Faisal menggunakan bahan masakan seminima mungkin.

Telefon bimbit Syaza dikeluarkan dari kocek sweater lalu diangkat tinggi. Gambar selfie bersama Faisal dan spaghetti yang kelihatan begitu menggiurkan. Pelbagai aksi dan mimik diambil. Faisal terpaksa mengikut sama. Fikirannya malas berfikir panjang. Perihal Anis dilupakan sementara. Asid perut sudah menanti tugas mencerna makanan.

"Jom makan!" Syaza pula yang mempelawa.

Faisal tidak segera menyuap. Dia mahu pastikan hasil tangannya itu bukan syok sendiri. Wajah Syaza yang sedang menikmati suapan sulungnya ditatap, mahu melihat reaksinya.

"Oh, my god! You should change your job! If I'm opening a restaurant, I'll definitely hire you!" puji Syaza. Segulung spaghetti disuap lagi.

Faisal tersenyum puas. Resepi campak-campaknya menjadi. Melihat Syaza sudah khusyuk menjamu selera, barulah dia mula makan.

Selesai makan, barulah Faisal dan Syaza keluar dari Galley. Waktu sudah menunjukkan pukul 2:40 pagi. Dengan perut yang kekenyangan, mereka menuju ke tingkat 3. Bilik mereka pada tingkat yang sama. Cuma berlainan bahagian.

"Well... good night," ucap Syaza di depan bilik Faisal. Faisal hanya memberi senyuman. Tangannya tidak terus membuka pintu biliknya. Jantungnya entah kenapa berdegup kencang. "Sedap you masak tadi. Untung la isteri you, kan?" tambah Syaza lagi seolah-olah mengingatkan garis sempadan.

"Ermm... good night," balas Faisal akhirnya. Nafas dihela lega. Minda baru sebentar tadi diracuni imaginasi mengarut bersama gadis di hadapannya.

Faisal masuk ke biliknya dan terus duduk di kerusi yang tersedia. Kotak syarikat jelas kelihatan. Sehingga kini masih belum ada arahan dari syarikatnya. Penerima kotak ini masih lagi misteri. Tapi kandungannya sudah Faisal ketahui. 

Nuraninya menggetus suatu kerisauan dan perasaan tidak senang. Ia hadir setiap kali Faisal melihat kotak itu. Isinya hanya sejenis alat elektronik yang berselirat dengan wayar pelbagai warna dan sebuah pemacu USB warna putih. Dia membuka sekali lagi kotak itu dan mengeluarkan isinya.

"Entah-entah, ada kaitan kotak ni dengan sebab aku tak boleh balik," getusnya pada diri sendiri. Pemacu USB putih itu dilambung-lambung rendah sambil berfikir. Matanya kini beralih pada komputer ribanya di sebelah. Lalu dia mengulangi apa yang terhenti di hotel sebelum kedatangannya ke sini dahulu. 

Bila dilihat hanya tinggal beberapa jam lagi untuk masuk waktu Subuh, dia rasakan dia patut mencari jawapan kepada kecurigaan yang melanda.

Faisal menyambungkan alat itu pada komputer ribanya. Sejurus komputer riba mengesan kehadiran alat baru, dia mencucuk pemacu USB pula. Satu tetingkap pemasangan muncul di layar komputer. Inilah yang menghentikan tindakannya tempoh hari. 

Syarikatnya memang ada menyediakan kata laluan untuk sebarang aplikasi sebagai langkah keselamatan. Selalunya kata laluan yang digunakan adalah sama, namun tidak kali ini. Kata laluan yang diketahuinya tidak dapat meneruskan proses pemasangan itu.

"Pelik," desisnya lagi sambil memandang alat yang tersambung dengan laptopnya. Alat berbentuk kotak itu kelihatan seperti sebuah alat ganti kepada sebuah mesin yang lebih besar. Ada papan IC dan wayar-wayar yang berselirat. Mirip papan utama sebuah komputer pun ada.

Faisal semakin dirasuk tanda-tanya. Tanpa mempedulikan debaran di dadanya, dia menggunakan segala kemahirannya untuk memecah masuk kata laluan dan meneruskan proses pemasangan perisian di dalam USB itu. Selepas 40 minit berusaha, akhirnya dia berjaya memintas kata laluan dan meneruskan proses pemasangan. Setelah selesai, dia bersandar pada kerusinya, tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya di skrin komputer ribanya sekarang.

Yang terpapar adalah perisian yang kelihatan canggih dan melampaui penggunaan awam. Ia perisian yang akan mengawal operasi alat yang tersambung pada komputer riba Faisal itu.

Ni dah macam military grade ni. Askar punya ke ni? Dia bangun dan mula mundar-mandir di dalam kabin. Fikirannya berputar ligat. Seperti ada sesuatu yang tidak kena yang sedang berlaku. Bermula dari arahan membawa kotak ini bersamanya, sehinggalah dia tersadai di sini kerana ketiadaan helikopter. Semuanya tidak pernah berlaku. Mungkinkah dia sedang dipergunakan?

Fikirannya berserabut. Perlukah dia memberitahu Syaza tentang kerisauannya? Ataupun mungkinkah dia cuma paranoid? Dia sendiri tidak pasti.

Faisal menarik nafas dalam-dalam. Hanya satu perkara dia boleh lakukan. Ia sebagai satu cara agar dia tidak dituduh bersekongkol sekiranya satu ketika nanti dia tertangkap kerana jenayah yang tidak dilakukannya. Berisiko, tetapi yang penting ini langkah yang akan menyelamatkan nyawanya.

"Sumpah sampai darat aku quit!" ikrar Faisal agak kuat. Jari-jemari mula menari pantas di atas papan kekunci. Sejenis virus komputer bakal tercipta. Ia bakal mengubah neraca nasib Faisal suatu hari nanti.

* * *

Viper Hunter, Laut China Selatan.

Semua kru utama Laguna berkumpul di dalam bilik kawalan. Ini adalah taklimat terakhir sebelum mereka tiba di Stella Fortuna dan memulakan serangan. Ran hanya berdiri memeluk tubuh di sudut bilik. Kru yang lain juga berdiri dan diam. Masing-masing dengan fikiran tersendiri. Wajah mereka berbalam-balam disinari lampu dari panel kawalan kapal.

Moby akhirnya turun dari kerusi tadbir. Langkah demi langkah bergema jelas sehingga dia berhenti ke tengah meja. Satu persatu wajah kru Laguna diperhatikan. Ada yang mengangguk pendek. Ada yang hanya tersengih. Semuanya menanti apa yang hendak disampaikan. Moby menarik nafas dalam-dalam.

"ESOK KITA KERJAAAAA!!!"

Semua bertempik sorak. Sudah sekian lama mereka tidak melakukan kegiatan utama lanun. Merompak dan merampas. Dari situ juga mereka melunaskan nafsu batin dan darah. Yang melawan dibunuh. Perempuan dirogol dan kemudian dibunuh.

Moby melihat puas akan reaksi anak buahnya. Setiap daripada mereka masih bersemangat untuk satu lagi kegiatan.

"Tapi esok kita ada misi tersendiri. Operasi kita esok client yang tanggung. Jadi ada sikit syarat dari diorang," tambah Moby perlahan bila riuh anak buahnya reda.

Kru saling berpandangan. Moby sekilas merenung Ran. Senyuman sinis diberi pada Moby.

"Aki akan brief apa nak buat."

Aki melangkah merapati meja. "Kita akan tiba di Stella dalam pukul 10 malam, menyamar sebagai AQUA 1, kapal supply untuk Stella yang dijadualkan esok."

Aki seterusnya menuding ke arah layar projektor di hadapan mereka.

"Semasa kapal mendekati rig, 4 kumpulan akan menyelinap masuk menggunakan tangga kecewasan di kaki Jack-Up. 2 akan serang lantai gerudi, sini. Dan bilik kawalan, sini. Satu team akan ke bilik enjgin untuk acara penghabisan. Bilik enjgin di sini, jauh di dalam Stella."

Penunjuk laser diarahkan pada paparan slaid di hadapan. Yang hadir terangguk-angguk faham.

"Ikat setiap kru yang korang jumpa dan ambil apa sahaja yang korang rasa berharga. Kumpulan terakhir akan bergerak bilik ke bilik. Objektif kita adalah..." Slaid di hadapan ditukar kepada sebuah gambar sebuah kotak.

"Kotak ini. Ada logo dan nama Handshake. Bila dah dapat ni, kita akan lari. No blood as per client request."

Kru tidak bersuara membantah. Tapi ada yang menunjukkan wajah hairan. Ada juga yang mengeluh nampak kecewa kerana tidak dapat membunuh. Berlainan sekali misi mereka kali ini.

"Which team will I be in?" Ran mencelah bertanya dari sudut.

"Kau tunggu sini. We don't want our client to get hurt..." Nada Moby cukup sinis. Ternyata dia juga tidak mempercayai Ran dan menganggapnya sebagai beban yang tidak sepatutnya ada. Duke dan Aki saling berpandangan. Seolah-olah mengatakan rancangan mereka berjaya. Yang berbadan besar hanya senyum. Sampai sekarang Ran tidak tahu namanya.

"Tapi jangan risau. Orang-orang aku akan buat kerja mereka. Itu aku jamin pada kau. Faham ke? Understand?" Perlahan Moby bergerak ke arah Ran.

Ran masih memeluk tubuh. Dalam diam dia tidak bersetuju kerana dikecualikan dari misi ini. "May I suggest a better way?" tiba-tiba dia bersuara

Semua mata tertumpu pada Ran dan Moby. Selama ini tidak ada yang pernah menyangkal rancangan bos mereka.

"Kau rasa cadangan kitorang tak cukup baik?" soal Moby dengan nada rendah.

"Mine is way better. A perfect plan. Semua orang boleh berpesta. Rampasan maksimum. But I'll stay as you suggested. You guys want to hear it?" Ran menguatkan suara di hujung supaya yang lain turut mendengar. Moby sempat menoleh ke sekeliling. Ada yang mengangguk tanda setuju.

"Then, here's my plan." Senyuman Ran jelas di dalam kegelapan malam.

Continue Reading

You'll Also Like

181K 8.9K 42
After going through a number of disasters I realized that actually I am reborn as the villainess character, more of a brat, Chloe Bourgeois, in a chi...
632K 9.7K 48
Lost, Lose (Loose Trilogy #1) She's a girl of hope, Lisianthus Yvonne Vezina. A teen-year-old girl who focused on her goal... to strive. But everyth...
42.5K 1.9K 43
(Make sure you add book 2 called Makin Moves❤️) Neecey Jackson is a 19 year old black girl who's trying to make it through college and juggle her fam...
5.2K 171 13
Milikku Selamanya -On Going- Update setiap hari Rabu