PARCEL

By SimonMalik

2.2K 50 1

Sedikit teaser Novel pertama aku dengan FIXI. Aku open a few babs untuk korang baca. Kalau korang nak beli, ... More

Prolog
*1*
*2*
*3*
*4*
*9*
*11*
*10*

*7*

98 3 0
By SimonMalik

Stella Fortuna, Laut China Selatan. Hari kedua di laut.

Matahari sudah memanah sinar terik walau waktu baru pukul 10 pagi. Angin bertiup tenang menyapu wajah Faisal yang sedang berdiri di tengah-tengah helipad. Selain dari struktur bangunan penginapan kru, sesebuah fasiliti luar pantai pastinya mempunyai helipad. Itu tempat mendaratnya helikopter yang menjadi nadi pengangkutan para kru. Bunyi dan kelibatnya pasti memutikkan sejenis harapan pada kru yang bakal pulang.

Tapi tidak pada Faisal. Berita semalam agak mengganggu perasaannya. Dia seolah-olah tidak bersemangat untuk memulakan tugas hari ini. Tapi apakan daya, amanah perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Timbul juga sedikit kehairanan. Ini kali pertama pejabatnya membuat keputusan demikian.

Mengeluh memikirkan nasib, Faisal kembali masuk ke ruang tempat tinggal Stella Fortuna. Kakinya terus melangkah ke Bilik Radio, titik mula tugasnya. Mata Faisal menangkap kelibat coverall kuning yang baru masuk ke Bilik Radio dari arah lain. Bilik Radio berada di tengah-tengah tingkat paling atas Stella Fortuna. Maka setiap pergerakan keluar-masuk pejabat para kru sudah pasti akan melintas bilik ini. 

Faisal tidak ambil endah siapakah itu. Dia terus menyalakan komputer ToughBook CF-31 Panasonic yang akan digunakan bagi memulakan pemasangan internet di Stella. Syarikatnya menawarkan perkhidmatan internet menggunakan satelit di angkasa. Maka ia sangat sesuai digunakan di fasiliti luar pantai atau tempat terpencil di mana tiada kabel optik yang menjadi laluan data.

Syaza datang merapati Faisal dengan wajah sedikit risau. Lelaki di hadapannya jelas bermuram durja.

"You okey ke?"

"Okey je sebenarnya..."

"Tak biasa duduk laut lama-lama ke?" soal Syaza dengan nada mengusik.

"Hahaha... takde la sebulan macam you!" balas Faisal. Khidmatnya di sesebuah rig biasanya diperlukan hanya untuk beberapa hari. Tugas yang paling pendek yang dia pernah dapat hanyalah tiga hari. Maksimum di laut pula hanya seminggu. Ini kali pertama di mana tiada kata putus untuk hari kepulangannya di darat.

Syaza diam. Dia tahu yang Faisal sedikit kecewa dengan berita semalam. Tiba-tiba mengangkat tangan tanda tunggu kejap, dia merapati Operator Radio yang duduk berdekatan. Setelah berbincang dan berbalas ketawa, Syaza kembali dengan senyuman.

"Look, tomorrow ada chopper. Tak penuh pun. And I ada Skype meeting dengan town. Kalau you promise untuk siapkan semua hari ni, I akan usahakan supaya you dapat balik with that chopper. I rasa takde masalah sangat because my office pun rasa pelik. Kitorang tak suka simpan orang lama-lama kat rig. Korang dapat gaji buta nanti. Haha...!"

Mendengar janji Syaza, senyuman Faisal melebar.

"Okey, I try! Everything seems in order dah. Parabola and stuff tinggal tunggu nak angkat and pasang."

"Wow! Someone's mood has changed! Hehe... dapat balik jumpa bini la katakan."

"Mestilah... sapa tak rindu bi―eh? You tau I dah kahwin?" Entah kenapa soalan yang terpacul diiringi perasaan terbungkam kecewa. Sempadan Friends Forever telah tergaris.

"Of course! I kan secret admirer you!" jawab Syaza mengenyit mata sebelum beredar. Faisal tidak memahami maksudnya.

* * *

Viper Hunter, Laut China Selatan.

Kapal lanun yang menyamar sebagai kapal pengangkut bekalan itu perlahan itu membelah lautan. Ran sedang duduk-duduk di ruang sisi kapal. Papan tTanda Smoking Area jelas kelihatan. Tapi kru sewenang-wenangnya merokok di mana-mana. Lanun tetap lanun.

"Bro, jangan skema sangat. Nak rokok, rokok je la kan mana-mana," Duke datang menegur. Coverall-nya hanya dipakai separuh, sementara bahagian atasnya diikat di pinggang. Dia berpakaian t-shirt tanpa lengan. Lengannya terdedah mempamerkan segala macam tatu. Yang paling mendapat perhatian adalah tatu Laguna; tiga bulan sabit saling tertindih di badan dengan bucu terarah berlainan.

"Dari jauh macam... starfish." Ran menuding ke arah lengan Duke. Entah sindiran atau komen ikhlas. Duke menjeling melihat pada lengan kirinya kemudian dia ketawa besar.

"Hahaha!! Kau bukan yang first cakap macam tu! Biasanya takde sapa berani cakap depan-depan. Lepas tu confirm bersepai kepala!" Duke menyambung tawa.

Ran hanya tersenyum nipis.

Di akhir tawa, Duke menghulurkan sebatang rokok. Ran menyambut lalu menyalakannya. Duke juga melakukan benda sama.

"Kau tau tak sebenarnya aku tak suka orang luar. Semua orang atas kapal ni pun tak suka orang luar. Sebab diorang, kitorang rasa tak boleh percaya," nyata Duke tanpa segan-silu selepas menghembuskan asap pertama.

Ran tidak terkejut. Sebenarnya dia sudah rasa demikian sebaik sahaja menjejakkan kaki ke atas kapal ini. Tapi dia tetap tenang. Situasi seperti ini hanya benda kecil berbanding tugasnya melakukan infiltrasi dan penyamaran berprofil tinggi suatu ketika dahulu.

"Sebab?" Ran mengulum rokok dan menghisap dalam. Terasa hawa berhaba memenuhi rongga mulut dan paru-paru sebelum dihembus keluar, meninggalkan sensasi nikmat yang berlainan sekali. Ran mengangkat kening melihat batang rokok di tangannya. Duke tersenyum.

"Laguna's fine blend. Takde siapa pernah rasa kecuali kru Laguna. You are the first. Jadi sekarang, kau tau kenapa kitorang tak suka orang luar."

Ran mengangguk-angguk faham. Rokok kembali ke bibir lalu dihisap. Dia juga sebenarnya berkongsi perasaan sama. Orang asing biasanya sukar dipercayai sehinggalah mereka membuktikan sebaliknya.

* * *

KL Sentral, 6 petang.

Anis mencari-cari kelibat Fad di celah-celah manusia yang bersimpang-siur di hub pengangkutan awam Kuala Lumpur itu. Waktu petang merupakan waktu paling sesak di KL Sentral. Sepertinya hampir separuh warga kota akan berada di sini. Biasanya kerana tiada pilihan. Memandu juga akan membuat mereka bertemu kesesakan yang hampir sama, malah mungkin lebih parah.

Anis berhenti, berdiri di satu sudut sebelum mengeluarkan telefon bimbit, mengharapkan yang Fad ada memberitahu lokasi tepat untuk perjumpaan. Tiba-tiba paparan skrinnya bertukar, memaparkan ada panggilan masuk. Sebuah nombor tidak berdaftar. Tapi dia kenal benar tiga nombor yang terakhir. Tidak lain tidak bukan, nombor Fad.

"Wei, kau kat mana?"

"Pergi NuSentral. Cari Melur and Thyme. Kau masuk je kat situ. Siap reservation dah."

"Amboih, siap reser―"

Talian dimatikan oleh Fad. Geram menyelinap lagi. Kalau tidak kerana gambar-gambarnya dulu, sudah lama dia mengangkat kaki untuk pulang. Tapi dia tidak sangka yang Fad telah membuat tempahan makan di restoran. Sangkanya mereka hanya akan bertemu di suatu tempat, bertukar barang dan terus beredar. Dia kemudian meredah lautan manusia menuju ke restoran yang dikatakan Fad.

Restoran itu sudah separuh penuh. Memandangkan meja sudah ditempah, pelayan membawa Anis ke sudut kedai lalu meninggalkannya untuk melihat menu terlebih dahulu. Sedang dia khusyuk membelek menu, dia perasan ada seseorang telah menghampiri mejanya.

"Oh? Ada orang pakai pink harini."

Anis mendongak. Fad sedang berdiri di hadapannya sambil memegang kotak kecil yang diperbuat daripada mengkuang. Lelaki yang memiliki ketinggian enam kaki itu kelihatan segak dengan kemeja putih lengan panjang dan tali leher merah bercorak silang biru laut. Padan dengan seluar berwarna yang sama dan berkasut kulit yang berkilat. Di dada terpampang nama Tengku Faiz dan di kolarnya terlekat lencana berbentuk jata Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mata Anis mengecil melihat wajah Fad yang bermata kuyu dan bersih tanpa jambang dan misai itu. Rambutnya disikat kemas. Jitu seorang yang bekerja di tempat yang mementingkan disiplin dan kekemasan.

"May I?"

Belum sempat Anis membuka mulut, Fad sudah menarik kerusi dan duduk tanpa dipelawa.

"Speechless? I know I'm good-looking." Fad sudah mula mengusik sambil mengangkat-angkat kening.

"Ugh!!!" dengus Anis meluat. "Perasan. Can we please make this quick?"

"What's the rush? Aku lapar nih. Let's say yang kau kena makan dengan aku sebagai syarat sebelum barang kau ni sampai kat kau. Aku belanja!" Fad sudah pun mengangkat tangan memanggil pelayan agar diberi menu. Suara Anis tersekat di kerongkong kerana tidak mampu berkata apa-apa. Apa yang dia boleh buat sekarang adalah mengikut arus permainan.

* * *

Stella Fortuna, Laut China Selatan, pukul 7 malam. Hari kedua di laut.

Faisal mencangkung di sudut bilik yang penuh dengan hab internet, router dan wayar pelbagai warna. Semuanya berselirat dan bersimpang-siur. Matanya cukup fokus pada skrin Toughbook. Dahi sudah terpercik peluh. Haba dari kipas penyejuk server dan hab menjadikan bilik sempit ini panas. Terlintas perasaan ingin mandi air sejuk sesudah selesai tugas.

Jemarinya menghabiskan tarian di atas keyboard dengan butang Enter. Sekarang hanya perlu tunggu Installer menghubungi server di darat dan menghantar permohonan rasmi. Sambil menunggu, matanya melihat-lihat pada setiap soket hub terdekat. 

Semuanya penuh dicucuk dengan kabel RG45; atau nama manjanya, kabel internet. Setelah berpuas hati, mata kembali pada skrin melihat dari hujung ke hujung HandShake Configuration Panel. Panel yang menggunakan bahasa Perancis itu bukan satu masalah. Semuanya nampaknya sudah dipasang sempurna. Cuma menunggu balasan dari server darat. Semuanya separa-auto. Artificial Intelligence banyak membantu kehidupan manusia.

Telefon bimbit dalam kocek tiba-tiba bergegar tanpa henti. Mesej WhatsApp berpusu-pusu masuk. Faisal mengukir senyuman. Stella Fortuna secara rasminya sudah mempunyai sambungan internet. Hanya perlu memasukkan kata laluan dan membuat laporan rasmi kepada Syaza.

Faisal sudah membayangkan rumahnya di Kuala Lumpur. Saat dia membuka pintu, wajah Anis tersenyum manis di sebaliknya. Perasaan rindu terus mekar di hati. Faisal adalah jenis lelaki yang setia sampai mati. Walau tercampak ke mana dengan mana-mana wanita sekalipun, hatinya tetap dengan Anis. Itu apa yang pernah diucapkan pada Anis tatkala bulan madu di Tioman suatu ketika dahulu.

Tangan segera menyeluk dan mengeluarkan telefon bimbit. Lincah jarinya menekan membuka pesanan WhatsApp. Persetankan mesej dari yang lain, matanya mencari nama Anis jika ada mesej baru. Keterujaan seperti ini hanya dirasai mereka yang bercinta jarak jauh.

Tiada mesej baru dari Anis. Hati Faisal hampa. Mungkin Anis sibuk hari ini, pujuk hatinya. Barulah dia membuka satu-persatu mesej. Semuanya hanya dibaca sekilas pandang tanpa minat.

Gerakan jarinya terhenti pada sebuah mesej yang dihantar sebuah nombor yang tidak dikenali. Mesej bergambar itu dimuat turun sebelum direnung lama. Imej dua orang yang sedang duduk di sebuah meja makan. Seorang lelaki berkemeja putih yang membelakangi sudut kamera dan seorang wanita yang bertudung merah jambu.

"Anis?" suaranya dirasakan bergema di dalam bilik sempit itu. Serentak beberapa lagi mesej bergambar masuk ke telefon bimbitnya. Faisal pantas meneliti satu persatu gambar. Jiwanya berkecamuk dan keliru. Siapakah lelaki yang bersama dengan Anis itu? Sepupu jauh yang tak pernah Anis ceritakan? Atau kawan lama yang terserempak di KL Sentral ketika pulang?

Tiga lagi gambar masuk ke ruang chat. Menambahkan lagi beban prasangka. Kali ini gambar mereka berdua berjalan seiringan. Dalam gambar ini baru sahaja dia melihat wajah lelaki berkenaan. Tinggi dan tampan. Di tangannya memegang sebuah kotak kecil. Berjalan riang tersenyum di samping isterinya yang juga tersenyum. Senyuman manis adalah keistimewaan isterinya. Bagi Faisal, senyuman itu hak miliknya. Tiada seorang pun boleh menerima senyuman itu!

Jantung Faisal berdegup kencang. Mengepam darah yang penuh dengan racun cemburu. Rasa geram dan marah meluap-luap. Lebih-lebih lagi apabila melihat gambar yang terakhir. Gambar Anis mengukir senyuman sehingga mata mengecil tatkala kotak dari lelaki itu bertukar tangan.


Continue Reading

You'll Also Like

21.4K 917 26
Dahyun mnyepak btu kerikil di tpi jalan. Brjalan tnpa arah tuju,tnpa apa2 bekalan tidk knl dgn sesiapa di ctu. Malam itu mmbuatkn cuaca juga menangis...
117K 4.1K 41
Y/N was a teenage introvert who enjoyed having her own space and being alone. She loved listening to music in her room, which was a great escape for...
16.6K 1K 19
Kahwin paksa dengan orang tidak dicintai ? hah kenapa aku kenal kau bae jinyoung ? aku sanggup tak kahwin sampai tua daripada kahwin dengan kau? Ps:...