Us ✔

By FaryoonaHana

38.4K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 57

444 33 11
By FaryoonaHana






JAM LOCENG di atas rak sisi katil digapai. Aku gagahkan jua diri untuk mencelik. Kelopak mata yang berat dibuka.

Pukul 12.30 tengah hari.

Jam loceng itu kembali diletakkan ke tempat asal. Aku mengangkat lengan kananku ke wajah, menutupi mata.

Aku mengeluh kecil.

Penatnya..

Lepas bangun subuh tadi aku terus mandi dan breakfast. Then aku tengok tv sampailah pukul 9. Kemudian aku mengantuk lagi. Lastly aku pun naiklah ke bilik untuk sambung tidur.

Dah 3 jam aku tidur hm..

Tidur pun penat tau!

Lenguh satu badan ha asyik terperap je dalam rumah. Kalau duduk asrama memang jalan sana sini dah. Keluarla juga peluh.

Sumpah aku bosan gila duduk rumah bela lemak. Tak larat tidur dah ni.

Baik mati je daripada mereput tak buat apa.

Study?

Come on la. Memang tak ah aku nak study even trial lagi tiga hari. Mood exam tu tak ada dekat aku. Hilang.

Aku bingkas bangun dari katil dan menuju ke beranda luar. Nak ambil angin. Bosan.

Pintu sliding ditolak

Mataku mengecil sebaik sahaja pancaran matahari mengena wajah. Cuaca panas di luar.

Aku berdiri sambil memegang besi penghadang. Mata meliar melihat dunia.

Terasa diri ini bagai dipenjara.

Aku mengelamun sendiri. Fikiran melayang-layang entah kemana.

Sometimes I really sensitive, and sometimes I really don't care ..

Honestly..

Sampai sekarang aku tak faham dengan hidup aku. Apa yang aku kejar sebenarnya?

Apa lagi yang tak cukup?

Kekayaan? Kepandaian? Perhatian? Kasih sayang?

Huh..

Aku tertunduk.

Bahagia ke aku ni? Aku masih ada mak ayah, aku ada keluarga, aku ada kawan-kawan dan paling penting aku dah ada suami!

Tapi kenapa sampai sekarang aku masih tak rasa bahagia tu?

Ya aku mengaku, jodoh aku dengan Eiz adalah perkara paling bernilai dalam hidup aku. Aku sayang dia. Seriously.

Sayang sangat-sangat.

Can you imagine?

Bila tak pernah ada pun orang yang berani kacau kau, semua orang pulau kau, benci dengan perangai kau..

Tapi dia tak.

Dia yang hadir pada mulanya. Memetik bunga di taman cinta. Kemudian dia membenih dan menyemai rasa, memberi warna gembira pada hasilnya.

Sebaik mana pun ia dijaga, mengapa harus layu akhirnya? 

Kenapa?

Boleh tolong jawab tak kenapa?

"Haishh.."

Aku mendengus geram. Kepala digeleng perlahan bersama kerutan di dahi.

Tak tak sekarang ni dah pehal aku berpuisi bagai ni. 

Come on la Ika, move on!

"Tch.." Aku menggeleng kepala. Sedar lah Ika sedar.

Penat eh aku kalau macam ni hari-hari. Boleh gila. Tak sangka bercinta ni menyakitkan.

Tatkala aku sedang menggila seorang diri, mataku dapat menangkap sebuah kereta Volkswagen Tiguan mula menyusur di pekarangan rumah.

Mama?

Awal pula balik hari ni

Segera aku masuk ke dalam semula dan turun mendapatkan Mama.

Aku berlari ke ruang tamu. Dalam masa yang sama, pintu rumah dibuka dari luar. Mama mula menapak masuk ke dalam.

"Ma, awal balik?" Soalku.

Namun tiada balasan dari Mama. Mama hanya berjalan melintasi aku dan terus menuju ke dapur.

Hairan.

Aku membuntuti langkah Mama.

Mama di dapur mengambil segelas cawan dan mengisi air kosong dari mesin Coway. Air kosong itu diteguk laju.

Aku menghampiri Mama.

"Maaa.."

Tak berjawab.

"Maa.."

Tak ada respon.

"Mama!" Kali ni aku jerit.

Mama memandang aku dengan pandangan garang.

"Apa?" Menyampah bunyinya.

"Kenapa dengan Mama ni? Ika panggil buat tak layan je."

Muka Mama tiada reaksi. Mengabaikan kata-kata aku. 

Sinki dituju lalu Mama berdiri membelakangi aku. Mama membasuh cawan tersebut, buat-buat sibuk.

"Mama! Ika tengah cakap dengan Mama kan? Can you please urghh ... at least answer me?!

Badan dikalih.

Mama kini menghadap aku. Hujung bibir menarik senyum sambil tangan memeluk tubuh.

"Mama kecewa tau dengan Ika." Ujar Mama.

Aku mengerut dahi.

"Kenapa Ika selalu malukan Mama macam ni eh?"

"What?" Aku terdongak.

"Tiba-tiba je balik, buat selamba tak nak layan Ika then nak marah-marah Ika?" Kataku sedikit biadab. Protes.

"Why Ma why? "

Mama menghela nafas panjang. "See? Perangai Ika dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Melawan je kerja."

Aku mengetap gigi sambil mata memandang ke bawah. Sabar Ika. Jangan jadi anak derhaka.

"Mama malu tahu asyik nak kena tadah muka depan pengetua dengan kesalahan Ika."  Kata Mama yang meninggi suara.

What?

"Pardon?" Kerutan di dahi semakin bertambah. Bingung.

"Ika kena buang sekolah Ika tahu tak?!"

Kata-kata Mama memeranjatkan aku.  Tergamam.

Aku apa?

Aku..

Dibuang sekolah?





*********




"Wei aku dengar Ika kena buang sekolah betul ke?"

"Ye ke?"

"Serious la?"

"Haah aku pun dengar juga tadi dari geng-geng Aztecs."

"Kesiannya.."

"Kesian apa, memang padan pun dia kena buang sekolah. Dah berani sangat kan cari pasal?"

"Tapi memang betul ke dia yang buat?"

"Kalau bukan dia siapa lagi?"

Satu kelas mula bercakap-cakap tentang berita yang kian menular. Bernanah telinga ni asyik dengar orang kutuk-kutuk Ika!

Eiz mengguling mata. Malas nak melayan. Mulut perempuan, bukan kita boleh tutup. Bergosip je memanjang.

Nak balah mulut pun tak boleh, "perempuan kan selalu betul"

Eiz memekakkan telinga. Dia sambung mengulang kaji. Fokus kini seratus peratus pada buku yang terbentang di depan mata.

Lusa Trial woii

"Eiz!" Sepasang tangan menghentak mejanya dengan buku. 

Eiz terdongak. Eiii kacau betul!

Melihat tuan punya tangan yang menganggu konsentrasi, Eiz kembali memandang bukunya.

Menyampah.

"Kau nak apa?" Soal Eiz tiada perasaan.

"Tolong ajarkan soalan ni. I tak faham lah.." Selamba, Citra menarik kerusi kosong di sebelah Eiz lalu duduk.

Sebuah jelingan dihadiahkan. I you I you. Boleh je kan cakap aku kau?

Eiz mengabaikan Citra.

"Eiz.. You ni. Ajarkanlah. Jangan kedekut ilmu sangat." Citra menolak buku ke arah Eiz. Paksa.

Eiz mengeluh. Sebab tak ada pilihan, dia membaca saja soalan Matematik Tambahan tersebut.

Fungsi ?

Hek eleh fungsi songsang senang kacang. Tu pun nak tanya aku.

Eiz menulis pengiraan di bahagian tepi muka surat buku Citra. 

Sedang dia membuat pengiraan, hujung mata dapat menangkap Citra yang ralik mengusya wajahnya.

Kantoi gila.

Eiz yang mula tak selesa hanya membiarkan.

Minah ni kejap lagi aku terang tak faham, siap dia. Datang nak belajar ke nak menggatal.

Eiz meletakkan kalkulator.

"Macam ni. First kau cari nilai f(x) ni, then kau cari pula nilai songsang dia. Lepastu, kau gabung pula nilai songsang f(x)-¹ tadi tu dengan g(x). Then dapat lah jawapan dia." Jelas Eiz satu persatu.

Dia melihat Citra yang masih menopang dagu sambil tersenyum memandang ke arahnya. Macam orang tak siuman.

"Weh Citra kau dengar tak aku terang ni?"

Melihat Citra yang masih berkelakuan begitu, Eiz menghentak meja.

"Woi kau dengar tak?!" Eiz meninggi suara.

"Ah apa?" Baru tersedar dari angan-angan.

"Kau faham tak aku terang tadi?"

Citra menggeleng sambil senyum kambing.

Eiz mendengus perlahan. Sabar je lahh layan perempuan ni.

"Eiz.."

Eiz memandang Citra.

"Boleh tak kalau sepanjang trial ni I nak study dengan you? Ya lah, you tahu kan I lemah addmath..  You pandai."

Citra menyambung lagi. "Haaa kita belajar la sekali! You tolong I addmath, I boleh tolong you English. Kita boleh improve sama-sama. So nanti kalau result addmath I meningkat  I belanja la you makan. Macam dulu-dulu.."

Hujung bibir Eiz terangkat. Kecik besar kecik besar je pandang Citra ni.

Eiz membetulkan duduk.

"Citra.."

"Kau setakat datang nak mengurat aku tak payah la. Aku tak nak pun kat kau. Kau buat lah macam mana sekalipun, taste aku bukanlah kau. Faham?"

Eiz bingkas bangun lalu meninggalkan Citra yang terpinga-pinga. Dia membawa langkah ke luar kelas. Nak ronda tenangkan fikiran.

Rimas.

"Tak malu."

Eiz monolog sendiri. "Wujud lagi perempuan macam ni kat dunia. Bodoh gila aku couple dengan dia dulu. Eii. "

"Eiz!" Panggil Ryan yang muncul entah dari mana. Tiba-tiba je terserempak.

"Pehal?" Eiz tayang muka malas layan.

"Ikut aku." Ujar Ryan tergesa-gesa lalu belah dari situ.

"Apasal pula aku kena ikut kau?" Hairan.

"Zeck." Jawab Ryan, meneruskan langkahnya tanpa menoleh ke belakang.

Jawapan Ryan membuatkan Eiz terbeliak.
"Kenapa? Kenapa dengan dia?"

"Jangan banyak tanya. Ikut je lah."



************


"Saya nak buat pengakuan." Gugup bibirnya menuturkan kata.

Encik Mahir yang berada di hadapannya hanya diam menunggu pelajar ini berbicara.

"Tuan pengetua, Ika tak bersalah."

"What?"  Terjongket sebelah kening Encik Mahir. Tak faham.

"About the latest case.. The SPM trial answers. Bukan Ika yang sebarkan."

"Apa yang kamu cuba nak bagitahu ni Zecking? Mana kamu tahu dia tak bersalah? Kamu ada bukti?"

Zeck menundukkan wajahnya.

"Sebab saya yang buat semua ni. Bukan Ika."

Reaksi tenang bertukar garang. Terkejut. Lelaki berusia itu mula bangkit dari duduknya.

Haih pening betul nak handle masalah budak-budak ni. Nak dekat exam pun buat perangai lagi.

"Kamu jangan reka-reka cerita Zecking, ini bukan hal main-main." Encik Mahir sudah berdiri betul di depannya.

"I'm telling the truth."  Balas Zeck.

"Saya tak ada bukti. But I will tell you everything."

Akhirnya, Zeck menceritakan segala yang berlaku pada hari kejadian. Apakah tujuannya, mengapa dan bagaimana. Satu persatu dijelaskannya tanpa tertinggal satu pun.

Encik Mahir yang mendengar dah memicit-micit kepala. Pening. Sebelum ini pelajar di sekolahnya bukanlah sejenis yang buat masalah.

Tapi kali ni..

Dah libat ramai orang. Tambahan pula kes ini memang dah menyalahi undang-undang.

"Sekarang ni kamu pergi panggil Farhanna dengan Citra. Now!" Suara Encik Mahir meninggi tahap maksima.

Kali ni Encik Mahir betul-betul hilang sabar. Memang tak boleh nak terima bila orang pecah amanah.

Bukannya pelajar biasa. High Council Aztecs  sendiri yang buat hal!

Zeck mula meninggalkan bilik itu. Wajah diraup kasar. Seribu kesalan di hati tak dapat lagi merubah apa-apa.

Hanya menunggu nasib yang bakal menimpanya nanti. 

Kesal. Malu. Jatuh maruah diri.

Dia bukanlah budak yang bermasalah sebelum ini. Tapi buat jahat sikit-sikit tu ada lah. Setakat fly malam-malam, ponteng kelas tusyen, bawa handphone..

Tu pernah la.

Tapi kali ni memang kes terbesar yang pernah dia buat. Entah apa la yang dia fikir sampai tergamak nak buat Ika macam ni. Sanggup berkomplot dengan Citra dan Far untuk kepentingan diri.

Keluhan berat dilepaskan. Sebelah kakinya sudah menjejak keluar dari bilik pengetua.

Tak sampai sepuluh langkah, muncul dua orang makhluk Tuhan tiba-tiba menghalang laluannya.

Zeck cuak. "Eiz.. Ryan.. Apa korang buat kat sini?"

Eiz dan Ryan berjalan menghampiri lelaki cina berkaca mata itu. Tangan di dalam poket seluar diperkemaskan. Hujung bibir menarik senyum sinis.

Eiz merenung Zeck tajam.

"Aku boleh jelaskan semuanya." Zeck mengundur ke belakang.

Eiz mencengkam kolar baju Zeck. "Berapa Citra dan Far bayar kau huh?" 

Senyap.

"Pehal senyap? Bagitahu la!" Cengkaman dikuatkan.

Zeck tergamam. Tak terkeluar suaranya.

Tadi bukan main cakap nak jelaskan la apa lah. Ni orang gertak sikit dah bisu pula.

Eiz tergelak kecil. Kepala digeleng perlahan. "Kau memang tak serik en."

Tanpa dipinta, satu tumbukan melayang di pipi kanan Zeck. Dia rebah menyembah bumi.

Zeck mengaduh sakit.

"Sorry bruh, aku ni bukanlah yang suka bertumbuk macam Ika, but this time.. You deserves that."

Ryan yang turut berada di situ hanya tersenyum melihat. Puas hati.

Zecking berdecit sakit. Dia perlahan bangun. Kaca mata dibetulkan. Ibu jari mengelap hujung bibir yang sedikit berdarah.

Dia masih senyap tidak menuturkan apa-apa. Namun air mukanya yang mula berona merah jelas menampakkan dia menahan geram.

"Kau ni dah tak ada mulut ke nak cakap?" Eiz mula mara ke hadapan tapi sempat di halang.

"Eiz sudah, sudah.." Bahu Eiz ditarik Ryan.

Bukan boleh mamat ni. Tak dihalang nanti kang mati anak orang.

Eiz menghadiahkan sebuah jelingan. "Stupid bastard."  Ujarnya perlahan kemudian terus berlalu pergi. Diikuti Ryan.

Meninggalkan Zechking seorang diri.





******




Sugar  yang berada di dalam dukungan diletakkan ke bawah.

Mataku merenung ke jendela bilik yang sedikit terbuka. Langsir pula dah berkibar semahu-mahunya. Kuat betul angin kat luar.

Aku bangun dari duduk dan menutup tingkap. Aku menjenguk ke luar. Langit gelap. Dah nak maghrib ni. 

Angin yang sepoi-sepoi tak faham bahasa pula semakin kuat menerjah masuk ke dalam bilik aku. Terbang kemain tinggi langsir tu.

Nak hujan agaknya. 

"Meowww.."

Sugar datang bergesel-gesel di kaki. Tersenyum aku melihat dia yang seakan-akan meminta sesuatu. Pandai je dia tenung aku dengan mata bulat dan bersinar-sinar dia tu.

Ei geram aku!

"Kau lapar ekk?" Aku duduk bercangkung. Kepala berbulu itu dicekupku lalu digomoi-gomoi.

"Jap."

Aku bingkas bangun lalu turun ke dapur untuk mencari makanan kucing. Usai mengambil wet food dan bekas makanan Sugar di dalam kabinet, segera aku mengorak langkah ke bilik semula.

Seketika aku berjalan melintasi ruang tamu, mataku dapat menangkap kelibat seorang lelaki.

Papa?

Keningku ternaik. Dahi berkerut.

Balik pula dah?

Aku menghampiri Mama dan Papa yang asyik berbual di depan tv.

"Papa sejak bila sampai?"

Terhenti langkahku apabila mendapati suasana di situ sedikit tegang. Mama dan Papa dengan wajah tiada perasaan,  keduanya kalih melihat aku.

Aku salah timing ke ni?

"Ika buat apa?" Tanpa menjawab soalan aku, Papa terlebih dahulu bertanya.

Bungkusan wet food  dan pinggan berbentuk kepala kucing di tangan aku angkat. Tayang kat Papa.

"Nak bagi kucing makan." Jawabku.

"Dah study belum? Lusa nak Trial dah ni." Soal Papa lagi. Mama di sebelah diam memerhati.

"Esok lah Ika study." Balasku selamba. Lusa ni Paper BM je pun. 

Okay sekarang aku dah boleh agak Mama dan Papa sembang apa.

"Tak apa lah. Ika naik atas dulu." Ujarku cuba melarikan diri.

Papa memanggilku. "Ika tahu tak Ika kena buang sekolah?" Kata-kata itu menghentikan langkah aku.

See? Aku dah agak dah.

Automatik mata aku menjeling. Spoil mood betullah..

"Tahu."

"Then?"  Papa memandangku tajam. Aku diam menunduk bersama muka kelat.

Then what? What am I suppose to say?

Aku pun pening dengan soalan Papa ni. Dah aku kena buang sekolah, nak buat apa je?

Kahwin?

Hello.. aku dah lama kahwin!

"Can you look at me? Papa tengah cakap dengan Ika ni." Nada suara Papa mula berubah. Aku kenal sangat nada suara ni.

Kejap lagi mulalah.

Ya Allah, Im begging on you to control my anger..

Aku tak nak jadi anak derhaka.

Aku mendongak melihat Mama dan Papa di depan mata. Kedua tangan yang memegang bungkusan makanan dan pinggan tidak menghalang jari aku untuk bermain sesama sendiri.

Cuba menghilangkan gentar.

"Papa dengan Mama dah tak nampak
masa depan Ika macam mana. Ika kena buang sekolah tau. Ika ingat ni main-main ke? Entah sijil berhenti sekolah Ika nanti macam mana pula?" Marah Papa.

"Papa peninglah fikir masalah Ika ni." Duduk dibetulkan.

Aku kemam bibir.

"Papa malu tau. Spm tak ambil lagi dah kena buang sekolah. Apa nak jadi Ika ni?"

Mama pula menyampuk. "Ika nak apa sebenarnya? Cuba bagitahu. Ika nak apa sampai sanggup buat macam ni?"

Aku kini yang berdiri di tengah-tengah mereka hanya mampu menadah telinga. Jariku mula berpeluh.

Suasana seakan memahami aku. Panas. Badanku terasa bahang sekarang ini seperti mana keadaannya di dalam hati.

"Ika nak apa? Jawablah." Gesa Mama lagi.

Genggaman dikuatkan.

"Mama dah bagi Ika macam-macam. Ika nak itu Mama beli, Ika nak ini Mama bagi. Apa lagi tak cukup? Tell me. Apa lagi Ika tak puas hati?"

Kelopak mataku pula terasa panas.

"Kenapa Ika tak cuba jadi macam budak-budak lain? Papa segan tau bila kawan-kawan Papa cerita pasal anak diorang. Bagus-bagus je. Sopan, beradab, dengar cakap. Kenapa Ika tak macam tu?" Tambah Papa pula.

"Setakat muka cantik, pandai tapi tak ada adab tak ke mana la Ika. Apa yang menghasut Ika sampai tergamak nak ceroboh sistem sekolah ni?" 

"Berapa kali Ika nak cakap, bukan Ika yang buat. Ika tak ceroboh pun PC tu." Aku mula bersuara.

Mama tergelak.

"Benda dah terang-terang, kenapa Ika nak menidakkan?" Mama mengusap dahi. Bingung. Ingat aku buat lawak agaknya.

"Sebab memang Ika tak buat. Ika tahulah." Ujarku dengan suara yang mendatar. Membela diri. 

"Then macam mana Ika boleh kena buang sekolah?" Mama menjegilkan mata.

"Takkan saja-saja pengetua nak buang Ika? Sebab dah ada buktilah diorang boleh tuduh Ika. Sebab Ika memang bersalah. Kenapa Ika payah sangat nak mengaku salah ni?"

Aku ketap gigi. "Ika dah cakap kan Ika tak salah? Mama ni kenapa eh suka paksa-paksa Ika?"

Air mata mula menitis.

Mama mengangguk kecil. Bibir menarik senyum  sinis.

"So macam ni lah anak kita bang. Just the same! No change! No respect! She has  nothing!"  Bila lawyer buka mulut, semua benda diorang cakap betul.

Papa dah tergeleng. "Sia-sia Papa bagi Ika kahwin. Macam ni juga perangai. Suka melawan."

Nafasku mula tidak teratur. Kepala dilangut melihat Papa. "Sia-sia? Oh, sekarang baru nak menyesal kahwinkan Ika?"

Maaf. Aku memang tak ada pilihan lain. Maybe kalau orang lain, korang akan diam, tapi aku tak.

Diam tu bukan aku.

"Kenapa orang lain boleh nampak perubahan Ika tapi Mama dengan Papa tak? I did a lot! Just for you!"  Aku jatuhkan bungkusan wet food di tangan.

"What did you do? Gave a shame on us?"  Mama memeluk tubuh.

"How could you Ma.." Mataku bertentang dengan sepasang mata milik Mama.

"Itu je la yang Mama tahu! Mind set Mama tu memang dah letak Ika ni memalukan kan?! Mama malu dapat anak macam Ika kan?" Keras suaraku berbicara.

"Watch your words Ika. You are out of limit." Mama memberi amaran. Papa juga dah bangun dari duduk. Berang dengan kata-kata aku.

Aku senyum.

"So what kalau Ika melampau? Kalau Ika duduk diam pun Mama dengan Papa layan Ika sama je!"

Pang!

"Ika nak jadi anak derhaka ke?!" Laung Papa kuat. Mama di sebelah juga tergamam dengan tindakan papa.

Papa tak pernah tampar aku sebelum ni. But this time he did.

"Sebab Ika tak nak jadi anak derhaka lah Ika melawan." Suaraku bergetar.

Sakit ditampar langsung tak dapat melawan sakit di hati.

"Kalau Ika berterusan diam macam dulu, entah-entah bila besar nanti Ika boleh jadi gila! Derhaka lagi teruk dari ni!"

Air mata mencurah-curah turun.

"Ika!"

"Mama dan Papa banding-banding Ika dengan anak orang lain.. Ingat Ika suka ke? Ika pun boleh banding-banding lah Mama Papa dengan parents orang lain. Dengan umi dan abah pun bolehlah!"

"Kenapa umi abah boleh percaya Ika, boleh support  Ika tapi Mama Papa tak? Siapa ibu bapa kandung Ika sebenarnya ni? Mama Papa ke diorang? Huh?"

Mama dan Papa tergamam. Langsung tak membalas apa yang aku katakan.

Sumpah aku memang tak boleh nak kawal langsung dah lidah ni. Diri seakan dirasuk syaitan.

"Bila je Mama Papa percaya Ika? Never! Tak pernah! Both of you never trust what I said. Apa je yang Ika cakap semuanya salah di mata Mama Papa.  Bila Ika cakap Ika dianiaya, ada ke Mama Papa percaya? Tak! Gelakkan Ika adalah. Mama dan Papa tak pernah ambil tahu pun apa yang Ika hadap kat sekolah. Apa yang orang buat kat Ika,  Mama Papa ambil kisah ke? Majlis penetapan target and penyerahan buku rekod pun Mama Papa tak pernah datang. Yang korang tahu, malu. Malu nak dengar apa yang orang report pasal Ika. Salah laku Ika."

Tubuhku menggeletar.

"Sebelum nak kahwinkan Ika dengan Eiz, ada Mama Papa fikir ke perasaan Ika waktu tu? Ika bebal, Ika memberontak! Tapi apa je yang Ika dapat? Nothing! Mama Papa tak dengar langsung apa yang Ika cakap, apa yang Ika nak. Korang kahwinkan juga Ika. Ika ikut je! Ika dengar, Ika buat apa yang Mama Papa suruh! Mama Papa suruh Ika kahwin, Ika kahwin even hati Ika langsung tak rela. Then sekarang Papa kata perkahwinan ni sia-sia? Ika tak berubah?!"

Aku mengetap gigi. "You guys didn't know what I've been through all this while. Banyak mana Eiz put effort untuk ubah Ika.. Banyak mana Ika cuba lawan perasaan, tahan diri sendiri dari sakitkan orang lain. Ika banyak berubah tau! Orang ramai nampak perubahan Ika, even Ika sendiri pun nampak. But why you both.. Just  know how to judge? "

Mama dan Papa langsung terkedu. Air muka masing-masing berubah.

"Apa yang Mama Papa tahu just kerja kerja kerja! Bukan pernah fikir perasaan Ika. Kerja tu lagi penting dari anak sendiri yang memalukan ni kan?!" Aku merenung Mama dan Papa.

"Jawablah Ika tanya. Kerja lagi penting kan dari Ika?" Bentakku lagi.

"Ika enough! " Mama menjerit. Menghentikan aku yang semaking hilang kewarasan.

Aku mendengus kasar. Penat.

"I hate to be born in this family."

Pantas aku mengangkat kaki beredar dari situ. Cukuplah apa yang aku hadap selama ni.

"Ika.."

Mama dan Papa mengejar aku yang menuju ke kamar. Ingin memujuk.

"Ika listen to me first sayang."

Aku memekakkan telinga. Sudah la.

Laju aku melangkah menaiki anak tangga.  Sebaik sahaja aku tiba di dalam bilik, pintu dikunci. 

"Ika buka pintu ni sayang.." Pintu diketuk-ketuk dari luar.

"Ika.."

Suara di luar aku abaikan.

Aku mencapai shawl arab dan cardigan di dalam almari. Sekelip mata aku menyarungnya pada badan.

"Meoww.." 

Mataku tertancap ke arah Sugar yang memandangku sayu. Seperti mengetahui apa yang terbuku di hati.

"I'm sorry Sugar. I'm fed up "
































Setelah sekian lama... Saya kembali! 🤣🤣😋

Nah sis bgi chap panjang punya. Sorry kalau chap kali ni mengecewakan. But im trying my best okeyh?  Agak-agak Ika nak buat apa tu? Komen kalau nk tahu apa jadi kt Ika lepas ni.

By the way, musim kuarantin ni duduk je lah kat rumah. Jgn merayau2 keluar mana dah. Keadaan di luar makin bahaya sekarang 😫 Stay safe okay? Jaga kesihatan. Selalu cuci tgn and pakai hand sanitizer!

Ok bubye.. Doakan sis rajin nak hapdet lagi . Sorry ats segala kekurangan. Luv yahh 🌈♥♥

Peace no war ✌️

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 109K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
41.2K 1.8K 40
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
415K 17.7K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
2M 79.8K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...