Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 56

402 34 8
By FaryoonaHana




AKU merenung siling bilik.

Terfikir apalah yang kawan-kawan aku buat sekarang kat sekolah.

Mesti diorang seronok kan aku tak ada?

Aman je suasana dalam kelas. Tak ada gaduh-gaduh.. Tak ada siapa dah nak memekak dan tengking aku.

Hujung bibir menarik senyum.

Cepatnya masa berlalu. Dah tahun last dah aku duduk sekolah menengah. Tak sangka aku bertahan lama kat sekolah tu dengan menjadi seorang Ika Zain Syahrin, gadis yang dibenci ramai.

Aku ingat semua orang dah maafkan aku. Tapi tak.. Expectation diorang terhadap aku masih sama... Tak kan pernah berubah. Masih jahat di mata mereka.

Siapalah yang khianat aku sampai macam ni sekali? Benci sangat nampaknya dia kat aku.

Hebat ah

Berjaya dia butakan mata semua orang. Senang je dia tunding jari kat aku. Fitnah aku. Sedangkan aku tak buat apa-apa.

Aku yakin Zechking terlibat dalam benda ni. Kau tunggu lah nanti bila aku dapat kau.

Siap aku kerjakan.

Huh..

Sekelip mata, bayangan Eiz muncul di benak fikiran. Tiba-tiba je.

Eiz?

Eizzaril Ikhwan..

Agaknya apalah yang kau tengah buat sekarang? Kau tak rindu aku ke? Kau tak nak try call aku? Tanya khabar aku? Memang kau dah buang aku terus ke dalam hidup kau?  Ke kau dah ada scandal dengan perempuan lain?

Mataku mula berkaca. Detik-detik waktu di luar kelas Mozart kembali menerjah minda.

Pang!

Mataku mula berair.

"Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi? Cubalah kawal diri kau tu. Ika sedarlah! Mana kau yang aku kenal?"

"You've changed Ika."

Arghhhhh!

Sudah!

Kenapa perlu ingat dia? Oh please tolonglah. Dia tak percaya kau kot Ika. Kenapa nak menagih kasih sayang lagi?

Dah terang lagi bersuluh tak ada siapa pun sayangkan kau dalam dunia ni. Semua orang buang kau!

Eiz, mama, papa, sekolah semua sama je!

Apa tujuan aku hidup sebenarnya kalau aku asyik diperlakukan macam ni? Tak adil.

Hidup ni memang tak adil.

Miaaawww... ~

Aku menoleh melihat kelibat kucingku yang  entah datang dari mana. Mataku menghala ke arah pintu.

Oh pintu terbuka sikit.

Aku bingkas bangun dari katil dan duduk bersila di lantai. Kucing putih ku itu diangkat lalu diusap manja.

Aku actually tak adalah suka kucing sangat. Tapi entahlah. Dulu gedik. Terhegeh-hegeh sangat nak bela kucing. Then aku minta mama dan papa belikan sebab katanya aku bosan sorang-sorang.

Tapi hakikatnya, bela je lah.

Aku tak main pun dengan dia. Bagi makan, bersihkan sangkar, kadang-kadang time dia buat perangai berak merata, memang aku letak dia kat luar tak bagi masuk. Kucing tu main sorang-sorang ja lah. Beli mainan kat dia.

Sorang-sorang?

Eh tapi kucing binatang. Seekor seekor?

Ah entah.

Even nama dia pun aku tak bagi. Selama tiga tahun aku bela dia, aku panggil dia 'kucing' je. Tak pun sayang.

Terukkan aku? Hoho

Miawwww~

Aku tersenyum melihatnya. Comel. Aku menggeletek lehernya pula. Seronok je dia berguling-guling.

Happy kau ek?

"Mulai sekarang kau jadi kawan aku. Okey?" Ujarku sambil tersenyum kecil. Kucing itu aku angkat ke dalam dukungan.

"I will name you.. Shugar.." 

Sebab bulu dia warna putih. Mata dia hijau kebiruan dan dia fluffy sangat. Putih macam sugar.. 

"Shugarrr..." Aku mencekup mukanya. "Eiiii geram aku kau ni. Rasa nak baling."

"Tapi tu lah. Kau ni gemok!"

Tak leh brain betul la. Pehal do selama ni aku panggil kau 'kucing' je?

Shugar menggoyangkan badannya. Cuba untuk melepaskan diri dari cengkaman aku. Rimas ah tu.

Padan muka.

"Awwww!"

Aku berdecit sakit. Tangan dikibas-kibas. Akhirnya Shugar berjaya melepaskan diri setelah menggigit tangan aku.

Tak guna punya kucing.





**********



Semua High Council of Aztecs  telah diarahkan untuk berkumpul di bilik pengetua.

"Eizzaril."

"Ya saya." Eiz menapak ke hadapan. Tegak badannya menghadap Encik Mahir.

"Jadi, apa laporan terbaru kamu tentang masalah ni? Dah siasat belum?"

"Sudah tuan pengetua. Tapi.." Eiz tertunduk.

Encik Mahir berkerut menunggu kata-kata Eiz.

"Tapi setakat ni kami belum menemukan apa-apa bukti. Sampai sekarang kami tak boleh detect  siapa pesalahnya. Saya harap tuan pengetua boleh beri kami sedikit lagi masa untuk.."

"Masa apa lagi?" Sampuk Encik Mahir.

"Teruskan penyiasatan." Ujar Eiz.

"Saya bukan tak nak benarkan kamu sambung penyiasatan ni. Tapi kamu kena sedar kamu semua ni nak ambil peperiksaan penting. Trial SPM kamu nak dekat sangat dah. Exam ni la menentukan hala tuju kamu. Masa depan kamu." Ujar Encik Mahir.

"Saya rasa masa seminggu yang saya bagi ni dah cukup lama. Kalau kita masih tak dapat nak cari bukti, nampaknya kita perlu gunakan bukti yang awal. Hoodie hitam dan pendrive tu."

Eiz terdongak. Begitu juga Rafiqy, Naufal dan Nuryn. Masing-masing memandang sesama sendiri.

"Tapi tuan.."

"Tak ada tapi-tapi. Kita perlu tutup kes ni segera. Saya tak nak mengganggu prestasi pelajar lain. Dan prestasi kamu."

"Habis prestasi Ika macam mana?" Eiz cuba melawan.

"Betul tu tuan pengetua. Ika tak bersalah. Dia dianiaya." Nuryn turut menyokong.

Encik Mahir menghela nafas panjang. Kaca matanya ditanggalkan.

"Dengar baik-baik."

"Berdasarkan rekod salah laku Zulaikha, dia memang sepatutnya dah lama kena buang sekolah. Tapi disebabkan prestasi akademik dia yang cemerlang dan waris dia banyak memberi dana kepada sekolah ni.. Saya kekalkan dia. Saya tak buang dia dari sekolah ni."

"Tapi bila sekali dia dah ceroboh sistem sekolah, ini betul-betul dah menyalahi undang-undang." Sambungnya lagi.

"Tapi kalau betul dia tak buat macam mana?" Pertahan Nuryn.

"Macam mana apa? Kamu ada bukti? Kalau ada, silakan. Tunjuk kepada saya yang dia tak bersalah."

Nuryn terdiam. Betul. Buat macam mana pun diorang masih tak dapat cari bukti.

Keenam-enam mereka tertunduk senyap. Mati kata.

"Jadi semua dah selesai kan? Tak ada apa lagi yang nak dibahas?" Soal Encik Mahir kepada pelajar-pelajar berbaju biru di hadapannya.

Sebahagian daripada mereka menggeleng.

"Okay. Saya arahkan kes ni ditutup. Dan seperti yang dijanjikan.. Sebab kita tak dapat buktikan yang Zulaikha tak bersalah, maka saya jatuhkan hukuman buang sekolah terhadap dia."

Semua di situ tergamam.

Membulat mata Eiz mendengarnya. "Tuan pengetua, tuan tak boleh buat macam ni. Dia ada peluang cerah untuk dapat straight A."

"Then she will proove it." Balas Encik Mahir selamba.

"Tapi tuan.."

"Eizzaril, fokus kamu sekarang adalah study. Dah kita tak boleh nak cari bukti, then let it be. Kamu dah usaha yang terbaik tapi nak buat macam mana. Takdir dah tertulis macam tu."

Encik Mahir memandang setiap wajah di hadapannya. "Zulaikha akan tetap dibuang sekolah."

"Baiklah. Kamu semua boleh bersurai."

Para pengawas mula beransur keluar dari bilik itu kecuali Eiz.

"Tuan pasti ke ini jalan yang terbaik?"

"Kenapa dengan kamu ni Eizzaril? Kamu tak puas hati apa lagi?" Encik Mahir bersuara tegas tapi lembut.

"Ika kawan saya. Saya tak boleh biarkan je dia dibuang macam tu." Wajah Eiz mula memerah. Dah nampak tanda-tanda nak mengamuk tapi nada suara dikawal sehabis boleh.

Macam mana sekalipun, guru tetap kena hormat.

"Kenapa baru sekarang kamu nak bela dia? Dulu hari kejadian kamu sendiri pun nampak, terang-terang dia bersalah. Kenapa sekarang kamu nak back up dia pula?"

Eiz terkedu. Mulutnya seolah-olah digam. Tak tahu dah nak cakap macam mana lagi. Dia sedar apa yang dikatakan oleh Encik Mahir itu semuanya benar.

Dia cuba untuk membalas tapi mulutnya langsung tidak mengeluarkan suara.

"Keputusan saya muktamad. Kes ini ditutup dan saya tak nak kamu bangkitkan hal ini lagi."

Eiz memandang ke bawah. Mengepal buku lima.

"Saya bagi amaran pada kamu. Jangan kamu berani-berani buat perangai kalau kamu tak nak jawatan kamu ditarik."

Eiz mengukir senyum sinis. Main ugut pula?

"Saya buat semua ni demi sekolah. Kamu kena faham tu. Saya tak nak masalah ni menjejaskan akademik kamu semua."

Eiz diam. Akur.

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak cakap?" Soal Encik Mahir.

Eiz menggeleng.

"Okay you can go."

Lemah longlai Eiz melangkah keluar.

Naufal dan Rafiqy yang menunggu di luar hanya diam memerhati. Mereka mendapatkan Eiz tetapi dia hanya berjalan melepasi mereka tanpa berkata apa-apa.

Naufal dan Rafiqy pandang sama sendiri.

Biarlah dia. Tak berani nak tegur. Naik angin dah kawan tu.

Jadi mereka berdua pun diam mengekori Eiz dari belakang. Berjalan ke kelas untuk mengambil beg dan pulang ke asrama.

Tanpa disedari, ada sepasang mata dan telinga yang sudah lama mencuri dengar di luar. Dia berselindung di sebalik dinding.

Lelaki itu melepaskan nafas berat. Juga terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh pengetua sebentar tadi.

"Oh God, what the hell am I doing?"






*********




"Macam mana?"

"Pengetua kata apa tadi?"

Whites dan geng Eiz berkumpul di kantin selepas habis saja waktu sekolah.

Nuryn, Rafiqy dan Naufal yang baru sahaja tiba di kantin mengambil tempat. Beg galas ditanggalkan dan diletak di atas meja.

Ketiga mereka mengeluh. Tak dan apa lagi dah banyak tanya diorang ni.

"Wei jadi apa tadi bagitahu la." Luth menampar lengan Rafiqy.

"Eiz mana?" Soal Zulfa pula.

"Eiz balik terus asrama. Nak tidur katanya." Jawab Naufal.

"Migrain dia jadi pula." Sambung Rafiqy sambil buat muka seposen.

"Laa kenapa pula dah?"

"Jadi apa sebenarnya ni?"

Banyak soalan yang diajukan. Sabar je lah set-set Aztecs ni nak menjawab.

"Ika kena buang sekolah." Ujar Naufal sekali lafaz. Terbuntang mata semua orang di situ. Terlopong.

"WHAT?!"

Mereka berdua mengangguk.

"Kenapa pula? Wehh kita belum selesai cari bukti lagi kot." Ryan protes.

"Ya Allah.. Sampai macam ni sekali ke?" Syaf memegang mulutnya. Terkejut.

"Pengetua dah tutup kes ni sebab dia nak kita semua fokus exam. Dia tak nak jejaskan akademik kita." Beritahu Nuryn pula.

"Sebab kita masih tak jumpa identiti pesalah yang sebenar, so pengetua kata kita rujuk bukti yang awal je. Hoodie hitam and pendrive tu. Memang Ika kenalah jawabnya." Sambungnya lagi.

"Tapi tak boleh la macam ni. Habis Ika macam mana? Dia tak bersalah!" Zulfa berang.

"Sia-sia je aku masukkan pil dalam kopi pak guard tu. Haih rasa bersalah pula." Dzar membebel sendiri.

Semua mata memandang ke arahnya.

Naufal dan Anis respon serentak. "Ohh so kau lah yang.."

"Haah. Aku la." Dzar tergelak.

"Korang sepatutnya berterima kasih dekat aku sebab masukkan pil cirit tu. Kalau tak dah lama kita kena tangkap tau."

Serious ah dia ni.

"Kau dapat mana benda alah tu?" Luth tergelak. Macam dalam drama guna ubat-ubat nak racun minuman orang ni.

"Adalah. Mana boleh bagitahu."

Coih. Nak rahsia-rahsia pula. Lantak ko lah tak nak bagitahu sudah.

"Habis Ika macam mana?" Zulfa menggigit dalam bibir. Risau.

"Nampaknya dia tak akan datang sekolah belajar dengan kita dah la." Balas Rafiqy. Seketika wajah diangkat melihat gadis-gadis di depannya ini.

Semua monyok.

"Maybe dia datang time minggu Trial and SPM sebenar je." Kata Ayyad pula.

Ryan mendengus kasar.

"Kalau aku jadi Eiz aku pun migrain. Ya lah Ika tu bin--"

Dia terdiam.

Mereka semua memandang Ryan. Dah terangkat kening-kening tu.

"Girlfriend dia kot." Ryan menyambung kata-katanya.

Melihat orang lain tak buat reaksi pelik, dia menghembus nafas lega. Sikit lagi je ha nak sebut. Cari nahas betul lah. 

"So macam mana?" Dzar membetulkan rambutnya. Wajah rakan-rakan dilihat sekilas.

"Macam mana apa? Dah tak boleh nak buat apa." Rafiqy angkat bahu. Yang lain pula turut mengangguk.

Haihh..

Buntu.






***********



"Betul ke?!" Kedua bahu Farhanna dipegang. Muka teruja memang tak boleh cover dah. Citra membuntang luas mata.

Far mengangguk laju. Dia kemudiannya tersenyum gembira.

"Finally!!"

"Haih puas hati aku."

"Akhirnya dia belah juga dari sekolah ni. Aku semak do tengok muka dia." Far memeluk tubuh. Senyum lebar sampai ke telinga.

"Menjadi juga plan kita kan. Tere ah Zeck. Tak silap kau pilih dia." Citra mengangkat kening.

"Hey of course.. Ini Far lah."

"Eiz macam mana pula tadi?" Soal Citra prihatin.

Far berdecit.

"Dia back up Ika gila-gila weh. Aku pun tak tahulah asal dia sayang sangat perempuan tu."

Citra kerut dahi. "Aduhh.. Dah tu macam mana aku nak mengurat dia balik? Susah la macam ni kalau dia asyik nak kat Ika tu je."

"Kau still ada perasaan lagi ke kat dia?"

Citra mengangguk tersipu-sipu malu.

"Even kau dah kena game sekalipun?"

Dia angguk lagi.

"Come on Citra.. Kau tak serik ke? Banyak lagi kot laki yang better dari dia." Far memandang wajah Citra.

"Tak. Sebab aku betul-betul sayang dia weh. Aku nak kat dia." Ujar Citra perlahan. Rasa segan tu ada tapi dia betul-betul serious ni.

Far menggeleng kepala. Haih laa yang sorang ni pun.

"Kalau aku tak nak kat dia, aku tak tolonglah kau jatuhkan Ika tu. Sebab aku tak suka bila Ika ada. Eiz selalu je usya-usya dia. Ergh. Benci aku." Citra mengetap bibir.

Far hanya tersenyum sinis.

"Kau bukan suka Eiz juga ke dulu?" Citra menoleh melihat Far disebelah.

"Aku?" Far menjongket kening. Kemudian di tergelak kecil.

"Aku pernah suka dia. Ya lah kau tahu.. Eiz tu siapa je tak suka tengok dia? Girls matterial  kot."

"Waktu kau tengah on relay  dengan dia, aku ada lah jealous sikit. Tapi lepas dia dengan Ika je aku menyampah gila. Aku be like.. Why her? Dalam banyak-banyak perempuan kenapa dia ni? Eiz ni memang tak ada taste langsung." Sedap je Far mengutuk.

Citra dah gelak suka.

"And sejak tu aku tak ada lah minat Eiz sangat,  tapi tu ah. Aku meluat tengok dia dengan Ika." Far mengangkat bahu.

"I see.."  Citra mengangguk-angguk kecil.

Mereka berdua kemudian kembali diam dan meneruskan langkah pulang ke asrama.

Citra menggigit dalam bibir sambil mata memandang ke bawah. Cuba menyembunyikan senyum.

"Kau pehal do senyum sorang-sorang?" Far menampar lembut bahu Citra.

Dah gila ke apa Citra ni.

"Far.." Citra menghentikan langkah. "Kau kena tolong aku."

"Apa?"

"Tolong aku dapatkan Eiz balik."




























So sis update lagi ye guyss 😝😝 sorry tau buat masa sekarang mmg x ada scene Eiz dgn Ika. Sis nak update cpt2 utk habiskan story ni sbb maybe lps ni  sis akan busy

Tak sangka dah chapter 56 huhu... 😢

Teruskan membaca keh? And jgn lupa votee  dan comment! 😜 kalau baik hati tu tlg lah promote story sy yg x seberapa ni 🙏🏻🙏🏻 nak naikkan jumlah readers

Ok thats all for now ❤️👋 nahh love dri authorr ❤️💓💘💖💝🖤💜💛💚💚💗💙💞💟❣️



Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
2M 78.6K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
88.4K 7.9K 60
Hierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista k...