revenge ; parkseonghwa

By geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... More

intro
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

twenty four

1.3K 171 85
By geumvengers-

katil seonghwa didekati bersama senyuman lebar. sungguh, tiada perkataan yang mampu diluahkan untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. dapat melihat seonghwa bergerak seperti biasa dan bukannya terbaring kaku di atas katil betul betul merupakan perubahan yang besar!

"seohee, sini la" panggil seonghwa seraya menepuk ruang yang kosong di katilnya. lalu langkah seohee diatur ke arah seonghwa dan dia meletakkan punggung di situ.

"awak—" seohee berhenti bercakap.

"eh janggal pula guna saya awak bila awak dah sedar ni" dia ketawa kecil. seonghwa memuncungkan bibirnya.

"tapi kalau guna sayang tak awkward kan? ehehehe" eh menyempat pula si seonghwa ni.

"awak.. dengarkan apa yang saya bebelkan selama awak tak sedarkan diri?"

seonghwa mengangguk yakin. di bibirnya terukir senyuman sinis seraya mengangkat sebelah keningnya ke arah seohee.

"kenapa?"

"takdelah.. kita tanya je kan. saya taknaklah ulang banyak banyak kali" cover malu pula si seohee ni. pandai pula nak malu malu, kalau tidak.. huh!

"saya ni nak je balas masa awak kata macam macam tau. saya nak pegang tangan awak, nak peluk cium awak. rindu. rindu sangat" seonghwa menarik tangan seohee lalu digenggamnya erat.

"saya sepuluh kali ganda rindukan awak, hwa"

tiba tiba sahaja pintu wad terbuka dari luar tanpa salam mahupun signal membuatkan seohee hampir terjatuh dari katil. laju dia menarik tangannya dari pegangan seonghwa dan berdiri di sisi katil seperti tiada apa yang jadi. kedua dua mereka berikan pandangan ke arah pintu, melihat siapa yang mengganggu saat saat romantik mereka.

nampak je puan park aka mak mertua 'kesayangan' dia tu masuk, terus dia memandang tempat lain seraya keluhan kecil terlepas dari mulutnya. nanti ada la tu benda tak kena tu.

"anak omma dah bangun! omma ingat omma bermimpi tadi masa ada orang inform kat omma yang hwa dah sedar" terus puan park meluru ke arah seonghwa yang sedang elok duduk. namun seonghwa seperti tiada perasaan teruja langsung untuk berjumpa dengan ibunya selepas lama tidak bersua muka. pelukan ibunya juga tidak dibalas.

"seonghwa ada sakit kat mana mana tak?" soalnya prihatin selepas memeluk anak tunggalnya itu. sempat puan park menolak seohee supaya ke tepi lalu dia duduk di tempat seohee tadi.

seohee berkali kali cuba menyabarkan hatinya. tak mahulah buat hal pula kat sini, pada waktu yang menggembirakan ini di depan seonghwa.

"hwa, saya keluar kejap"

malas mahu menghadap ibu mertuanya itu, dia mahu memberikan ruang kepada dua beranak itu. dia dah nampak dah muka seonghwa tak bagi dia pergi, tapi sengaja seohee buat buat tak faham. sempat lagi dia balas dengan muka 'eh mak awak layanlah sendiri'.

isteri tak guna betul hagajagsjaha.

ah lepas dia dah keluar nanti, mesti puan park tu mengutuk dia berdas das kat depan muka seonghwa. tapi peduli apa!

tutup sahaja pintu wad, dia hampir terlanggar seorang lelaki tetapi dia sempat mengelak ke tepi. wajah lelaki itu dipandang.

"eh seohee?"

"sunbae?"

ah apa pula ni.

-

"sunbae buat apa kat sini?" soal seohee sebelum wajah lelaki kacak di hadapannya dipandang.

"habistu awak buat apa kat sini?"

"eh saya tanya sunbae dulu, sunbae kena la jawab dulu baru boleh saya jawab soalan sunbae tu" amboi seohee, kalau seonghwa tahu kau bukan main ramah lagi dengan lelaki lain, mahu kena bebel ni.

tapi kebenarannya, lelaki di hadapannya saat ini merupakan bekas seniornya pada zaman sekolah menengah dahulu. lelaki yang pernah dia menaruh cinta dan harapan. lelaki yang pernah membuka hatinya.

cinta pertamanya.

"oh saya nak melawat hmm adalah orang tu. awak?"

"jaga orang"

eh kenapa pula seohee ni tak terus bagitahu jaga suami? main selok belok pula. lain macam!

"dah lama kan kita tak jumpa? awak macam mana? okey?"

"okey je. tengok saya sekarang, elok je kan hahaha"

"itulah, dah makin cantik, makin gemuk. eh?"

"ish sunbae ni!" mahu sahaja seohee memukul bahu seniornya itu, tetapi dia terus mengingatkan dirinya tentang seonghwa. aip bini orang dah ni.

"ala ala gurau jela, hee. seoyeon macam mana? sihat?"

senyuman seohee memudar. patutnya dia dah boleh agak yang lelaki tu akan tanya tentang seoyeon sebab dia kenal seoyeon. melihatkan reaksi seohee yang tiba tiba sahaja mendiam, timbul pelbagai tanda tanya.

"hee gaduh dengan seoyeon ke?" tu jelah kot sebab yang boleh dia fikirkan sekarang. positif habis ni.

"takdelah, seoyeon dah pergi la" jawab seohee bersama senyuman kecil.

"lah pergi mana pula ni? ingatkan gaduh tadi"

"dia dah pergi jauh. dah lama dia tinggalkan saya"

riak wajah lelaki di hadapannya berubah kelat. punya positif dia tadi fikir yang mereka berdua hanya bergaduh, rupanya ada sebab yang lebih buruk disebaliknya.

"sorry, saya langsung tak tahu"

"sebab tak tahu la tanyakan? hahaha takpelah. nanti ada masa sunbae pergilah jenguk dia ya?"

lelaki yang digelarkan 'sunbae' itu mengangguk. tak lama kemudian, telefon di dalam genggamannya berbunyi. seohee memberi isyarat yang dia tak kisah kalau sunbae tu nak angkat call depan dia.

ewah kau seohee, laki tunggu kat atas tu tak beringat ya.

"apa dia, rin? hah kejap, aku nak turun la ni. tadi tunggu kau terjumpa kawan lama pula. ni aku dekat taman kat rooftop. ya ya, tunggu situ dulu nanti kita masuk sama sama. okey aku letak dulu"

seohee hanya memerhatikan sahaja tingkah lelaki yang menggelarkan dirinya 'yeol' itu. hah hengkorang rasa siapa?

"saya mengganggu sunbae ke? sunbae dah melawat orang tu ke belum?" soal seohee selepas dia meletakkan panggilan.

"belum, tadi tengah tunggu sepupu saya la tu terserempak dengan awak. ni awak nak turun sama tak? kalau tidak kita jalan sekali jela"

"oh boleh boleh. orang yang sunbae nak lawat tu dekat tingkat berapa?"

"tingkat lima"

"lah sekali jalan jela ni. what a coincidence"

"eh hahaha yeke? memang nak bagi chance kita borak lagi la ni"

"mungkinla kot. sunbae ke mana menghilangnya lepas habis sekolah? dengar dengar cerita pergi luar negara?" sambung lagi mereka berdua berborak sambil berjalan.

ni kalau seonghwa sihat, mungkin tengah asah parang sekarang. bukan main rapat dan mesra lagi seohee ni. yela, kononnya selama ni dia bukanlah seorang yang mesra macam ni kan? seorang yang cold-hearted sangat. tapi sebenarnya sikap seohee boleh berubah ubah, kejap baik, kejap biadab semacam.

"pergi belajar nak cari duit la. kan nak kahwin tapi tula tak kahwin kahwin lagi"

seohee ketawa kecil. seniornya itu sibuk belajar pandai pandai nak cari duit untuk kahwin tapi tak kahwin lagi, dia tu bekerja keras cari duit bukan sebab nak kahwin pun dah kahwin dulu.

"takpela sunbae, nanti adala tu yang datang"

"dah datang dah pun"

seohee cuma tersenyum, buat buat faham tapi sebenarnya tak faham pun apa yang dikatakan. niatnya tadi cakap macam tu untuk menyedapkan hati lelaki tu, tapi lama lama makin tak faham pula.

ah, yang penting dia nak pergi jumpa seonghwa balik. kang lama pula seonghwa tunggu dia tak balik balik.

-

"sayang—" panggil seohee bersama senyuman lebarnya semasa membuka pintu wad seonghwa. senyuman seohee terus mati apabila ternampak kelibat dua orang yang tak dapat dikenal pasti turut berada di situ. ingatkan dah selamat dah lepas seonghwa bagi mesej yang puan park dah balik.

sempat dia singgah tandas tadi selepas berpisah dengan seniornya sebelum seniornya meneruskan perjalanannya ke wad yang ditujui. tapi dia ada nampak yang lelaki kacak itu dan ibunya macam berjalan ke arah sekitar wad seonghwa. seohee buat bodoh jela kan sebab banyak lagi wad kat keliling wad seonghwa tu.

tapi- tapi!

siapa yang berada di hadapannya kini? dia mengerdipkan matanya berkali kali, mungkin sedang bermimpi. tak mungkin dia sedang lihat lelaki yang baru dijumpainya tadi dan seorang gadis di dalam ruang yang sama dengannya dan seonghwa sekarang ini!

"eh seohee. tadi kata pergi toilet? buat apa masuk sini? salah wad ke?" banyak betul soalan yang diutarakan lelaki tadi.

seonghwa memandang wajah seohee dan lelaki tinggi di hadapannya bersilih ganti. macam mana abang tirinya boleh mengenali seohee pula? dahla tahu dari mana datangnya seohee.

"saya yang patut tanya sunbae. buat apa sunbae dalam ni?"

"saya melawat oranglah. ni adik tiri saya, seonghwa. awak tu?"

"tapi macam mana—"

park—

jawapan yang diberikan oleh seniornya membuatkan seohee terdiam. kenapa langsung tak terlintas di fikirannya tentang kemungkinan tu? park chanyeol.. park seonghwa. nama keluarga yang sama! patutlah rasa lain macam je masa jumpa chanyeol tadi. ni dah bukan kebetulan dah ni.

tapi dalam banyak banyak pesakit kat dalam hospital yang besar ni, kenapa seonghwa juga yang jadi adik tiri dia?

memanglah seohee tahu yang seonghwa ada abang tiri, sebab puan park takut harta bapa seonghwa jatuh kat abang tiri dia la seohee boleh tahu. tapi dia langsung tak tahu menahu siapa abang tiri seonghwa tu.

ta- tapi— kenapa park chanyeol juga orangnya? kalau la seonghwa tahu yang chanyeol merupakan cinta pertamanya, mesti jadi kekok keadaan nanti.

"dia isteri aku, woo seohee" dingin sahaja suara seonghwa. panas juga hatinya apabila seohee diam tidak membalas pertanyaan chanyeol. sudahla tiba tiba sahaja kenal dengan abang tiri dia tu, lepastu taknak mengaku pula yang seonghwa tu suami dia. tengok gaya seohee pun macam dorang dua tu rapat sangat.

"isteri?" dahi chanyeol berkerut. macam tak tahu langsung yang adik tiri dia sorang tu dah kahwin.

"yeol lupa ke yang seonghwa dah kahwin? tula, aku suruh balik taknak balik. majlis adik tiri sendiri kau taknak pergi" gadis di sebelah chanyeol mencebik seraya memeluk tubuh.

"bukan taknak pergilah, kan ada hal masatu"

"siapa..?" terlintas soalan tu di bibir seohee sewaktu orang tengah sibuk pasal majlis dia dan seonghwa. benda lain yang difikirkannya.

"oh, lupa nak kenalkan diri. saya jung yerin, sepupu chanyeol tapi bukan sepupu seonghwa. saya sepupu belah mendiang mak dia"

lain macam betul cara dia perkenalkan diri, teliti betul ayat dia sampai bukan sepupu seonghwa pun nak dimention.

seonghwa yang bersandar pada katil memeluk tubuhnya. dia duk perhati je adegan entah apa apa di hadapannya ini. dah dapat agak dah ada something fishy antara seohee dan chanyeol. hmm kena paksa seohee bagitahu juga lepasni!

haa laju tak aku update muahahaha btw ending is coming yall

Continue Reading

You'll Also Like

28.3K 4.3K 46
ෆ nande? "Kenapa bukan aku? Kenapa dia?" +semua yang terkandung dalam cerita ini hanyalah sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan yang hidup...
17.3K 2.3K 22
Kang Mina adalah seorang anak kepada manager YG ENTERTAINMENT. Dia juga tak lama lagi akan menggantikan tempat kerja appa nya. Atas alasan? Encik kan...
47.8K 6.1K 43
Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon...
4.8K 727 10
baca dulu Cold Husband kalau nak tahu apa yang terjadi dekat ff ni •^• "maafkan saya Jiyeon" Start:10/8/2020 End:12/8/2020