Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 4 2

6.9K 414 91
By nuggetcaramel_


Aku masih lagi tidak percaya dengan status hubungan Airiel dan wanita itu sekarang. Kenapa? Hati aku sakit sangat. Kaki ini pula sudah tidak kuat untuk berjalan.

Tiba-tiba kakiku terasa lemah dan rasa seperti tidak mampu berjalan lagi. Kakiku terlanggar batu kecil lalu aku hampir terjatuh tapi sempat disambut oleh seseorang.

Aku memandang wajahnya lalu terdiam. Dia juga turut memandang wajahku lama lalu perlahan-lahan membantuku berdiri semula.

"Airiel..." ucapku perlahan.

"Kenapa aku tolong kau sedangkan aku tahu yang kau takkan hargai aku pun nanti eh? Ke kau dah reti hargai orang?" soal Airiel sambil merenungku. Dia memasukkan kedua belah tangannya di dalam poket seluarnya.

"A... Airiel, sorry," ucapku. Lalu berpaling ingin melangkah ke keretaku.

'Ya Allah, Safiya. Tolong kawal air mata kau. Jangan bagi dia nampak please,' desis hatiku.

Kalau Airiel tahu yang aku kecewa tengok dia dah ada pengganti, mesti dia rasa jijik dengan aku. Ingin saja ku beritahu aku sesal dengan keputusan yang aku buat 10 tahun lepas.

"Safiya Zahra!" panggil Airiel. Aku berhenti berjalan tanpa menoleh ke arahnya.

"Kenapa kau tolak lelaki tu?" tanya Airiel.

"Bukan masalah kau," balasku.

"Bagitahulah aku. Aku kan tempat luah kau punya perasaan, tapi hahaha. Kau tak hargai pun," ujar Airiel lalu melangkah ke arahku. Dia tersenyum berada di hadapanku.

"Airiel, sanalah. Aku kena balik sekarang," ujarku lalu cuba melepasi Airiel tapi di halang.

"Kenapa? Sebab takut aku paksa kau suka aku?" tanya Airiel berbaur perlian .

Dia tersenyum sinis. Aku mengetap gigi lalu mengangkat kepala merenung matanya. Mataku berkaca merenungnya. Senyuman yang terukir di bibir Airiel perlahan-lahan mati.

"Riel!" panggil tunang Airiel tiba-tiba. Dia terus berdiri di sebelah Airiel.

Aku memandangnya tanpa reaksi. Dia terus mengukir senyuman manis buatku. Entah kenapa aku rasa tak nak senyum pun tengok dia.

"Airiel, lepas ni I ikut balik rumah you. Tertinggal baranglah dekat bilik tetamu," ujar tunang Airiel.

Aku menggenggam penumbuk. 'Ya Allah. Sakitnya hatiku,' desis hatiku.

"Ha okey," balas Airiel.

"Dia siapa?" tanya tunang Airiel kepada Airiel.

"Dia kawan lama I. Safiya," jawab Airiel. Aku mengukir senyuman nipis buat tunangnya.

"Ouh ya. Dia tunang aku, Yana," ujar Airiel kepadaku.

"Hai Safiya. Nice to meet you," ujar Yana lalu menghulurkan tangannya ingin bersalaman denganku.

"Safiya, duduk mana?" tanya Yana mesra.

"Malaysia," balasku. Sibuk nak tahu kenapa?!

Airiel tersenyum mendengar jawapanku. Yana ketawa kecil . Mungkin dia fikir aku sengaja buat lawak.

"Hahaha. Kelakarlah you ni. You kerja apa sekarang?" tanya Yana lagi.

"Not your problem," ujarku lalu tersenyum. Yana mengetap gigi geram. Airiel tersenyum kerana tertarik melihatku seperti cari pasal dengan Yana.

"Ouh erm. Nanti kita jumpa lagi eh, Safiya," ujar Yana.

"Tak payah jumpa pun tak apa," balasku lalu melangkah meninggalkan mereka. Aku terus masuk ke dalam kereta lalu pulang ke rumah.

Airiel memerhatikan kereta yang dipandu oleh Safiya. Dia tersenyum manakala Yana memerhati dengan pandangan menyampah.

"Dia ke yang selama ni you suka?" tanya Yana seakan tidak percaya.

"Ya. Attractive,kan? For your information, I tak suka perempuan acah sopan depan I," ujar Airiel sambil menghantar senyuman sinis buat Yana.

"I tak kesahlah you nak suka dia pun. Tapi, dia tu jagalah bahasa. I cakap baik baik kot. Kenapa nak layan orang macam tu?" balas Yana.

Airiel tidak membalas lalu terus masuk ke keretanya diikuti Yana. Yana mencebik kerana Airiel tidak memihak kepadanya.

"So, you still nak kahwin dengan I ke?" tanya Airiel.

"I don't know. I love you," ujar Yana mengaku sahaja perasaannya terhadap Airiel. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia mengaku. Sudah banyak kali, tapi jawapan Airiel tetap sama.

"Just go away with your feelings. I will get her back later," balas Airiel tanpa memikirkan perasaan Yana. Yana menjeling Airiel.

"Baik tak payah tunang dengan aku," ujar Yana.

"Memang aku tak nak pun. Kau tak ingat ke siapa yang nak sangat dulu?" tanya Airiel sinis.

Imbas kembali

"Yana, cepatlah cakap. Kau nak apa?" tanya Adlia a.k.a setiausaha Airiel.

"Kalau aku minta aku boleh dapat ke?" tanya Yana.

" Haih kau ni. Kan boss dah kata tadi, nanti dia bagi sebab hari ni dia lupa," ujar Adlia. Airiel hanya menunggu apa yang bakal diminta oleh Yana.

"Ouh erm. Kalau macam tu I..... I nak jadi isteri boss. Boleh?" ujar Yana.

Airiel yang sedang meneguk jus oren terus tersedak. Semua pekerja disitu terdiam mendengar permintaan Yana.

"Yana kau apa hal ni?" tanya Adlia . Bukannya dia tanya sebab dia cemburu, tapi permintaan tu macam melampau. Dia sendiri tahu ceo syarikatnya itu ada seseorang yang dia cintai.

"Tapi, boss kata boleh minta apa apa je," ujar Yana. Dia merenung mata Airiel berharap.

"Yana, kau ni . Agak-agaklah nak minta pun," marah Adlia.

"Tapi, aku..."

"Okey, kita tunang nanti. Lusa," ujar Airiel tiba-tiba. Semua pekerja disitu terus memandang Airiel terkejut.

"What? Seriously boss? Bukan ke boss ada someone yang boss nak....."

"It's okey. I will do both of it," balas Airiel.

Airiel terus duduk di sofa bertentangan dengan Datin Helena selepas pulang dari kerja. Dia mengeluh lalu melonggarkan tali tie di leher.

"Haih mengeluh? Banyak sangat ke kerja?" tanya Datin Helena.

"Mama. Airiel nak tunang lusa," ujar Airiel tiba-tiba. Datin Helena terkejut.

"Airiel? Airiel dah jumpa Safiya balik ke? Baru balik dari Korea takkan tiba-tiba nak tunang," balas Datin Helena.

"No. Bukan Safiya. Yana. Yang dapat cop pekerja paling bagus bulan ni tu," ujar Airiel.

"Yana? Yana tu? Kenapa kau ni? Tak nak aku jadi kakak ipar dia," celah Kak Aura.

"Well, it's a wish from her. Untuk birthday dia hari ni," balas Airiel selamba.

"Eh Airiel. Kau kata hari tu nak cari Safiya balik. Kau ingat apa tiba-tiba tunang dengan orang lain," ujar Kak Aura tidak bersetuju dengan apa yang dimintanya.

"Well I think Yana can make me happy," ujar Airiel tersenyum.

"Gila ke apa kau ni? Dah lah aku malas nak tahu. Kalau apa apa jadi kau tanggung," ujar Kak Aura. Airiel tersenyum.

"So, mama. Can I?" tanya Airiel. Datin Helena mengeluh.

"Suka hati Airiellah," ujar Datin Helena lalu melangkah pergi dari situ.

"Tapi, you tak patut buat I macam nilah. You ingat I ni apa?" tanya Yana. Geram saja dia melihat bossnya itu.

"Kau yang nak kan?" balas Airiel.

Yana menggigit bibirnya geram. Dia menjeling Airiel yang sedang memandu di sebelahnya.

"It's okey. I akan goda you," ujar Yana dengan yakin.

"Ouh really? Trylah. Setakat ni aku tak pernah lagi tergoda dengan orang bodoh," balas Airiel sinis.

"Malaslah I datang rumah you. Hantar je I balik rumah I. I nak mengadu dekat mummy yang you buat I macam ni!" balas Yana marah.

"If you tell her, then you will never meet me again," balas Airiel. Yana mengetap gigi geram.

***

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilikku. Aku terasa seperti ada kepedihan yang tidak tertanggung dalam jiwaku.

Aku terus duduk di lantai sambil kepalaku diletakkan di birai katilku. Air mataku mula luruh.

Lain yang disangka, lain yang aku dapat. Aku terus mengambil gambar yang terletak elok di atas meja. Aku merenung gambar yang aku ambil bersama Khairul 10 tahun lepas.

"Khai. Kau kata Airiel tunggu aku. Kenapa sekarang dia ada tunang?" tanyaku sambil suaraku serak melepaskan tangisan.

Aku terus menghirup nafas dalam dalam cuba mengusir rasa sedih. Air mata dipipi aku seka.

"Khai, kalau kau masih ada pun kau akan tinggalkan aku macam ni ke?" tanyaku.

Tok! Tok! Tok!

Pintuku diketuk. Aku pantas meletak kembali gambar itu di atas meja. Aku terus bangun lalu membuka pintu.

Kelihatan Dhia berada di hadapanku tersenyum gembira. Aku terkejut lalu lantas memeluknya. Sungguh aku rindu Dhia sangat sangat.

"Dhia!!" panggilku.

"Ish! Kau kenapa ni muka sembab ni?" tanya Dhia sambil memelukku erat.

" Tak ada apalah. Jom masuk," ujarku sambil meleraikan pelukan. Dhia terus masuk ke dalam bilikku.

"Haih, menipulah muka baru lepas nangis kata tak ada apa," ujar Dhia.

"Tak ada apalah, Dhia. Kau dari mana ni? Terkejut aku kau datang sini," tanyaku. Kami terus duduk di birai katil.

"Dari Mersing. Aku duduk sana sekarang jadi cikgu. Suami aku orang sana," jawab Dhia.

"Mersing? Dekat mana tu?" tanyaku lagi.

"Dekat Johor. Tulah kau dah lama tak call aku. Aku duduk mana pun tak tahu," jawab Dhia.

"Ouh. Best ke dekat sana?" tanyaku.

"Bestlah juga. Tenang je. Rumah aku betul betul depan laut," jawab Dhia.

"Laut. Wah, bestnya. Aku dah lama tak tengok laut," balasku.

"Haa.. Nanti singgahlah sana. Nanti aku bawa kau pergi pantai Pasir Lanun. Boleh mandi manda," balas Dhia. Aku tersenyum kelat. Dhia memegang tanganku.

"Saf, kalau kau ada masalah, kau bagitahu aku. Kau luah je. Aku faham kau. Kita kawan dari kita darjah 1 kan. Tengok muka kau je, aku dah tahu mesti ada yang tak kena," ujar Dhia. Aku tunduk lalu menangis.

"Ni mesti pasal Airiel, kan? Dia dah tunangkan?" tanya Dhia. Aku terus menyeka air mataku. Dahiku berkerut.

"Mma.. Macam mana kau tahu dia dah tunang? Setahu aku dia bagitahu orang yang dia rapat je," tanyaku pula.

"Saf, dia post dekat Instagram dia tadi. Caption 'my fiance'," jawab Dhia.

Aku pantas mencapat telefonku lalu membuka aplikasi Instagram. Aku menggeleng sambil dahi berkerut.

"Tapi, ini bukan cara dia tulis caption," ujarku.

"Saf, dia dah jadi milik orang. Sebolehnya kita jangan kacau hubungan orang lain," ujar Dhia memujukku. Dia rasa mungkin aku tidak boleh terima yang Airiel sudah jadi milik orang lain.

"Tapi Dhia, aku tahu. Selalu caption Airiel akan tulis something yang panjang dan berkias. Bukannya direct macam ni," balasku.

"Saf, semua orang boleh berubah. Kau move on je, okey?" pujuk Dhia.

"Tapi...."

"Saf, kau juga yang dulu tinggalkan dia. Kau ingat tak?" ujar Dhia memotong kata-kataku. Aku mengeluh.

"Ya, aku ingat," jawabku.

"Jadi, kenapa kau pula yang sedih macam ni ? Saf, kau sayangkan dia lagi?" tanya Dhia.

"Ak... Aku tak tahu,"

"Ada something yang tak kena. Kau bagi tahu aku, kenapa kau tinggalkan dia dulu?"

"Benda tu dah lepas lah, Dhia,"

"Saf....."

"Se... Sebab,"

"Sebab apa Saf?"

"Sebab dia tak cintakan aku,"

"Are you sure Saf? Dia tak cintakan kau? Mana kau tahu?"

"Sebab muka aku sama dengan arwah Nadhirah. Ex dia. Jadi....."

"Jadi apa?"

"Jadi aku betul-betul fikir yang Airiel suka aku sebab Nadhirah. Bukan sebab dia sukakan diri aku sendiri,"

"Saf, macam mana kau boleh fikir macam tu Saf?"

"Se... Sebab kawan kawan dia panggil aku Nadhirah dan ada juga yang kata Airiel bukan suka aku pun sebenarnya,"

"Saf, apa yang aku pernah pesan dekat kau sebelum kau pindah sekolah baru dulu?"

"Jangan hiraukan apa orang lain cakap,"

"Habis tu, Saf? Kau sendiri tak ada dengar pun Airiel cakap macam tu kan?" tanya Dhia. Aku mengangguk.

"Ya," aku tunduk sedih. Dhia mengeluh.

"Tak apalah, Saf. Benda dah lepas dah pun," ujar Dhia memegang bahuku.

"Aku tahu aku yang buat keputusan yang salah masatu. Aku buat keputusan ikut emosi," ujarku.

"Tak apa,Saf. Kau slowly move on, ya?" ujar Dhia. Aku mengangguk sayu. Dia terus menarikku lalu memelukku erat.

***

Mata Zarif melilau mencari kelibat seseorang yang sudah bertahun mereka tidak bertemu. Tersenyum-senyum wajahnya mencari gadis itu.

Tiba-tiba seorang gadis melambai sambil melangkah ke arah Zarif. Memang mereka sudah rancang akan jumpa di Subway hari ini memandangkan esok Zarif sudah perlu balik ke Johor semula.

"Hai, abang. Assalammualaikum," ucap Ayuni lalu mengambil tempat di hadapan Zarif.

Mata Zarif tidak henti henti memandang Ayuni. Jantungnya berdegup laju melihat penampilan Ayuni yang sudah berunah 360 darjah itu.

Ayumi melambai-lambai di hadapan muka Zarif. Pelik melihat Zarif yang ternganga itu.

"Abang?" panggil Ayuni. Zarif terus menyedarkan dirinya semula dengan berdeham.

"Er.. Erm Yuni cakap apa tadi?" tanya Zarif. Ayuni ketawa kecil.

"Hahaha. Apa abang ni? Berangan pula. Ayuni cakap,assalammualaikum abang," jawab Ayuni.

"Ouh erm Waalaikumsalam Yuni. Nah roti yang Yuni nak. Abang order ikut yang Yuni suka time kita lepak subway 10 tahun lepas. Abang erm abang tak tahulah kalau Ayuni suka lagi ke tak sebab abang ma......." suara Zarif terketar ketar bercakap perkara merepek. Sungguh dia gementar untuk bercakap dengan Ayuni. Ayuni ketawa kecil.

"Hahaha. Abang, Yuni okey je lah abang nak order apa-apa pun," potong Ayuni. Dia tersenyum manis. Zarif terus mendiamkan dirinya.

"Abang ni okey tak? Nervous semacam je Yuni tengok," tanya Ayuni melihat dahi Zarif yang sudah berpeluh.

Zarif terus mengelap peluh di dahi dengan belakang tapak tangannya. Ayuni pelik melihatnya.

"Abang okey. Erm panas sikit," ujar Zarif cuba menyembunyikan perasaannya.

"Haih sinilah," ujar Ayuni sambil mengeluarkan sehelai tisu dari beg tangannya. Dia terus mengelap peluh di dahi Zarif .

Zarif terpaku tatkala melihat Ayuni mengelap peluhnya. Tiba-tiba mereka bertentang mata. Mereka terus terpaku. Ayuni terus duduk semula dengan betul. Dia mengipas-ngipas dirinya terasa bahang. Pipinya merah kerana malu . Begitu juga Zarif yang terus mengambil tisu ditangan Ayuni lalu mengelap peluhnya.

"Abang sihat? Lama kita tak jumpa," tanya Ayuni ingin menghilangkan rasa janggal di hati.

"Sihat Alhamdulillah. Yuni dah ada boyfriend? Kalau belum Zarif nak kahwin dengan Yuni," jawab Zarif tanpa berfikir. Mereka berdua terdiam.

Ayuni terus menyedut air yang ditempah oleh Zarif laju. Zarif memandangnya tanpa reaksi.

"Yuni, abang serius. Will you marry me?" ajak Zarif tiba-tiba.

"Abang dah gila ke ni?" tanya Ayuni.

"Kenapa? Ayuni ada boyfriend?" tanya Zarif pula.

"Tak. Tapi Yuni dah ada bakal suami," jawab Ayuni. Zarif terus berdiri.

"Ha?! Siapa?!" soal Zarif kuat. Marah dirinya mendengar jawapan itu.

"Buat apa abang nak tahu siapa?" tanya Ayuni tersenyum nakal.

"Baik Yuni bagitahu sekarang," balas Zarif.

"Tak naklah bagitahu. Orang semua tengah tengok abang sebab abang bising," balas Ayuni. Zarif terus duduk lalu memperlahankan suaranya.

"Okey bagitahu sekarang. Siapa dia?" tanya Zarif dalam nada berbisik. Ayuni tersenyum.

"Nama dia....... Syed Zarif," bisik Ayuni. Dia tersenyum manis. Zarif terkejut lalu terus berdiri.

"Hahahahahah! Abang masuk minang Yuni esok juga! Yuni tunggu eh dekat rumah!" ujar Zarif teruja. Kuat pula suara dia sehingga orang lain di kedai itu semua memandangnya.

"Abang!! Duduklah! Malulah!" ujar Ayuni perlahan. Zarif terus duduk sambil tersenyum gembira.

"Hehehe. I love you," ucap Zarif. Ayuni tersenyum manis.

"I love you too, crush," balas Ayuni.


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

312K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
197K 13.4K 54
[INI KARYA PERTAMA SAYA JADI KEMUNGKINAN AYAT BERTERABUR] Kembalinya 4 orang gadis ke tanah air dengan satu matlamat yang harus dicapai dan kembaliny...
174K 11.2K 33
Adam Hirdy | Azalea
3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...