ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]

Von AnjellHomosapien

1.4M 62.8K 16.4K

Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose Mehr

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
TEASER 1
TEASER 2

BAB 8

50.9K 2.6K 541
Von AnjellHomosapien

~not-edited~

BAB 8

"Tesoro!"

Mujur tak masuk lubang hidung air cappuccino yang dibawa ke mulut itu. Tak jadi aku nak minum. Cawan putih itu kembali diletakkan di atas piringnya. Tenung lelaki itu dengan mulut sedikit ternganga.

Dheo Han.

Macam mana dia boleh ada kat sini?

Dheo dengan tak bersalahnya menarik kerusi yang bertentangan denganku itu. Sengih bila tajam mataku merenungnya.

Lelaki itu hanya berbaju kemeja biru muda yang dilapik oleh satu knit sweater berwarna kelabu gelap dan dipadankan dengan seluar jeans hitam. Sepasang ankle boots berwarna coklat tersarung di kakinya. Rambutnya nampak kusut-masai, bagaikan jemarinya dah lalu situ untuk beberapa kali. Tapi tetap buatkan dia kelihatan seksi. Tak peliklah bila tiba-tiba aku rasa meja ini menjadi tumpuan semua.

Tengok sajalah sekarang ini. Tak sampai lima saat dia duduk, dah berdesup datang pelayan perempuan yang mahu mengambil oder. Meliuk-lintuk tubuh ketika menulis pesanan Dheo bagaikan aku ni tak wujud. Dheo pun bukan main melayan. Siap kenyit mata dan hadiahkan senyum seksinya ketika memberitahu odernya. Dengan rasa tak bersalahnya walaupun dia dah menceroboh privasiku.

Geleng kepala aku melihat sisi Dheo yang yang berbeza ketika di Sicily dulu.

"Why are you here? Are you stalking me?" tuduhku selepas pelayan perempuan itu berlalu.

Dahlah sejak akhir-akhir ni aku rasa bagaikan diekori orang. Namun, selalu aku tepis perasaan itu. Sebab kalau ikutkan logik, siapa yang nak ekori aku? Aku bukannya Kate Middleton yang tengah seronok honeymoon dengan Putera William tu. Tapi, kita tak tahu apa-apa kemungkinan, kan? Jadi, aku hanya mampu berdoa semoga aku dilindungi Allah.

"What? Of course no. I saw you from the outside," jelasnya.

Spontan kepala ditolehkan ke arah luar. Sememangnya tiap kali aku ke kafe ini, meja inilah yang selalu aku pilih. Bersebelahan dengan dinding separa lutsinar. Bosan-bosan, boleh tengok apa yang jadi di luar.

Kereta lalu-lalang. Pasangan kekasih yang sedang beromantika di amor. Famili yang sedang berjalan-jalan. Kadang-kadang ada juga juruual-jurujual yang sedang gigih mencuri perhatian pelanggan. Gelagat mereka kadang-kadang boleh hilangkan stres aku.

"Then, why are you here?" soalku lagi. Pandangan dialihkan kembali pada wajah kacaknya itu.

Masih tak faham. Dan juga curiga. Kali terakhir pertemuan kami dulu, kepalanya bercium dengan buku tebalku. Buatnya dia kembali dengan misi membalas dendam, tak ke haru? Manalah tahu, dia ingat aku tak kenang diuntung lepas apa yang dilakukannya di Sicily dulu. Aku diumpamakan bagai kacang lupakan kulitnya yang sexy mexy itu.

"And how if I'm waiting for someone?" Tangan disilang ke dada ketika bertanya. Pandang dia dengan mata yang dikecilkan.

"They can join us," jawabnya selamba sambil mengangkat sebelah bahu.

Ewah.. mudah betul jawapan dia! Macam bukan dia pula yang tetamu tak diundang itu.

"Well.. are you?" tanyanya balik.

"What?"

"Waiting for someone?" Dia tunggu jawapan aku.

"No."

"Good." Dia senyum senget.

Aku julingkan mata ke atas. Kena pula masa dia datang ni memang aku tak punya janji dengan siapa-siapa.

"Why are you here?" ulangku lagi sekali.

"Let's be partners."

Rasa nak mandi cappuccino sendiri. Tak habis-habis lagi rupanya. Sebab itu ke dia kacau aku hari ni?

"I can't."

"Why?"

Entahlah. Aku tak tahu kenapa hatiku ini rasa tak aman. Separuh hatiku mahu menerimanya. Mahu jadikan ini peluang untuk terus berkenalan dengannya. Mungkin ada sebab kami dipertemukan sekali lagi. Suratan atau kebetulan, kami mendaftar di dalam kelas yang sama.

Pada masa yang sama, separuh hatiku lagi bagaikan enggan. Kemunculan Dheo seperti satu amaran. Untuk apa, aku sendiri pun tak tahu. Mungkin sebab aku telah melihat kedua-dua sisinya. Di Nottingham dan di Sicily, kedua-duanya sangatlah kontra.

Seperti dulu, aku tetap rasa aura Dheo masih penuh misteri.

"I have a boyfriend." Tiba-tiba aku berkata.

Dheo kelip-kelip.

"Okay. And then, what's the problem? It's not that I'm interested in you," bicaranya selamba. Muka tak kesah.

Aduh.. malu pula aku mendengar ayatnya! Umpamanya aku ni ingat dia dekat denganku sebab nak mengurat. Pendek kata, dia rasa aku syok sendiri. Tak tahu nak marah atau nak menyorok bawah meja sebab malu sekarang ni.

Dah tu, yang kau awal-awal sebut pasal boyfriend tu kenapa, Nurissa?

"Is he jealous of another man? Tell him I'm not going to steal you from him," tambahnya lagi. Muka serius, bermaksud dia betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya itu.

"Unless you run into my arms on your own will, of course I'm going to welcome you with the biggest heart." Sempat dia bergurau. Kemudian gelak sendiri.

Mencerun mataku ke arahnya. Tak kelakar!

Dheo angkat kedua-dua tangan tanda mengalah. Ketawanya mati, tapi sexy smirk masih tersisa. Menyakitkan hati!

"Is it going to make things better if I have a girlfriend?" soalnya lagi.

Aku faham maksudnya apa. Kalau dia dah berpunya, mungkin tiada apa yang perlu dicemburukan. Percintaan takkan berlaku kalau kedua-dua pihak dah berpunya. Kononnya masing-masing akan hormatkan pasangan dan menjaga tingkah-laku. Pendek kata, sebarang hubungan adalah profesional.

Huh.. iyalah tu! Kalau nak jadi, jadi juga! Sebab curang itu adalah pilihan. Bukan nak cakap aku akan curang dengan Shahril, tapi itulah kenyataannya.

Tapi.. adakah itu maksudnya dia dah ada kekasih?

"Do you have a girlfriend?" soalku. Siapa? Claudia?

"I can find one," jawabnya mudah. Gayanya macam dia hanya perlu pejam mata dan skrol senarai kenalan perempuan yang berjela-jela dalam telefonnya itu, kemudiannya pilih nama bertuah yang jarinya berhenti.

Aku rasa nak high five kepala dengan meja. Dheo tak serius langsung!

Perbualan kami sekali lagi terganggu bila pelayan tadi datang untuk menghantar pesanan Dheo. Dheo hanya minum secawan espresso dan juga chicken wrap. Aku melihat ada tisu yang terlipat disertakan bersama.

Tiada apa yang pelik bila oder datang bersama tisu. Tapi yang jadi pelik adalah bila aku nampak tisu itu bagaikan punya sesuatu yang hitam. Bagaikan satu tulisan.

Dheo juga nampak apa yang menangkap mataku itu terus mencapainya. Lalu dibuka. Tapi wajahnya hanya selamba bagaikan tak berperasaan.

"What's that?" Sibuk aku nak tahu. Buat tak peduli dengan lirikan mata Dheo yang kelihatan sedang menahan lucu itu. Pasti dia cap aku penyibuk.

Dheo tak menjawab. Tapi sebaliknya ditunjukkan kepadaku. Pada hujung tisu itu, tertulis 'Ruby' dan ada sebaris nombor telefon di sebelahnya. Aku rasa pelayan yang bernama Ruby itu memberikan nombor telefonnya kepada Dheo. Untuk apa itu tak payah aku jelaskan lebih lanjut. Orang bodoh pun tahu. Yang pasti bukan nak suruh Dheo pergi repair paip rumah dia!

Taktik nak mengurat orang-orang barat ni, lain macam! Selalunya aku baca dalam novel Inggeris dan inilah pertama kali berlaku di depan mata. Semuanya bukan mitos kalau dengan lelaki kacak.

Oh.. aku rasa dia dah tak perlu skrol senarai kenalannya itu!

"Where were we? Oh.. boyfriend and girlfriend! You have boyfriend, I have girlfriend. Okay.. problem solved."

"It's not only that. I don't trust you."

"Now, what have I done, tesoro?" Jelas mukanya keliru.

"You touched me. You kissed my hand!" Aku ingatkan dia balik. Tertahan-tahan suaraku sebab taknak semua orang dengar. Sakit hati bila ingat balik.

"It was just a gentleman move, Tesoro. I don't see the problem." Dia pelik.

"For me, it's the biggest problem. You don't touch a muslim female unless in life and death situation, gentleman. It's prohibited. It's haram," kataku tegas.

"Harem?"

"Haram. Proscribed by Islamic law." Aku betulkannya. Salah sebut, lain maksudnya nanti tak pasal-pasal!

"But your friend had no problem before. Is she not muslim?" Dheo mengungkit kembali. Selamba dia bertanya sambil mengunyah makanannya itu.

Erk.. aku pula yang terkelu! Aku tahu dia ungkit tentang Sharifah. Dia pernah bersalam dengan Sharifah. Aduh, aku pula yang tak tahu nak cakap apa!

Dia angkat kepala bila aku masih senyap.

"No, she's muslim."

Dia bagaikan sedang menunggu penjelasanku.

"In an organization, there are laws. Let's just say certain people like to disobey some of them." Aku rasa itulah perumpamaan yang paling mudah. Karang aku bukak pasal hukum, jadi kuliah agama pula di tengah-tengah kafe orang ini. Walaupun mungkin aku tiada masalah, tapi Dheo mungkin tak faham.

"So, your friend is bad." Senang dia buat konklusi sendiri.

"No! We don't judge people. Only God can. She might be better than us in the future. No one knows. I am no better. You too. All of us are sinners." Aku betulkan tanggapannya.

"And.. don't insult my friend!" kataku lagi. Tangan kusilang ke dada.

"I didn't insult your friend. Bad is cool."

"Yeah.. until God punish you!" sinisku.

Dheo rapatkan kedua-dua bibirnya. Tak lagi melawan.

"Okay, understood! I'm sorry, I didn't know. I assure you it won't happen again." Dheo angkat tangan sebagai aku janji.

Entah boleh percaya, entah tidak.

"I'm sorry too. I hit you hard." Giliranku meminta maaf. Aku juga salah sebab dah pukul dia. Kali pertama aku berkasar dengan seseorang.

Spontan Dheo meraba kepalanya. Mungkin di situlah kesan hempukanku dulu.

"Is it still hurt?" Prihatin aku bertanya.

"No. I'm fine, bella. I've had worse," jawab Dheo.

Lega aku mendengarnya. Aku tak tahulah kalau itu sekadar jawapan nak tunjuk macho atau memang betul. Tapi aku tak suka kalau dia pernah rasa kesakitan yang lebih teruk daripada sakit kena hempuk itu.

"Okay, now we're even. So, let's be partners."

Aku keluarkan bunyi tak puas hati.

"Why are you so persistent?" Aku masih tak faham. Agak musykil. Bukan main ramai lagi yang ada dalam kelas itu. Dan bukan aku tak nampak dulu. Ada yang siap tayang dada dengan muka yang baru tertelan sepuluh ekor ulat bulu untuk memujuknya supaya bersetuju.

Huh.. itu sajalah modal perempuan di sini untuk tarik perhatian lelaki!

Sebab itu dalam Islam ada cakap, senjata yang paling kuat untuk lemahkan lelaki adalah perempuan.

"Because I know you, bella. Of course I would like to collaborate with someone I know." Dheo kemukakan hujahnya.

"Why? So that they won't find out about the real you?"

Dheo angkat sebelah kening lebatnya. Muka keliru. Seolah-olah memintaku untuk melanjutkan penjelasanku.

"I know who you really are. You're Dheo D'Ambrusio."

Mendengar sebaris nama itu, mata Dheo bertukar beku. Aku yang melihat terus telan liur. Tergamam dengan perubahan Dheo yang drastik itu. Ini adalah Dheo yang aku temui di Sicily dulu!

Gulp.

"How and what did you find out?" Pandangannya dingin, tapi wajahnya masih selamba. Penuh berjaga-jaga.

"I read about you while I was in Sicily. You were quite famous on tabloids.," jelasku. Biar dia tahu aku pun dah tahu tentangnya. Masukkan saja nama dia, pasti beratus-ratus tentang kehebatan keluarganya muncul.

Tapi, itu hanya di Itali. Di sini, mungkin tiada siapa yang tahu.

Dheo hanya diam. Bibirnya tiba-tiba naik sedikit.

"My friends showed me, okay!" jelasku lagi sebelum dia buka mulut. Sebab aku tahu apa yang bakal terluah dari bibirnya itu mungkin akan bikin hatiku panas. Atau muka membahang malu.

"Look who's the stalker now," giat Dheo tanpa mempedulikan penjelasan jujurku tadi.

Macam yang aku cakap tadi! Aku julingkan mata ke atas. Malas nak layan.

"Anyway, what's your real name?" Aku ingin tahu. Tertanya-tanya dengan dia yang punya dua identiti itu.

"Both. But here, I'm Dheo Han."

Tapi kenapa Han? Masih tak faham, tapi aku pilih untuk tidak bertanya. Pasti Dheo punya alasan peribadi untuk tidak mengguna namanya yang lagi satu. Mungkin ini untuk mengelakkan dirinya dari dikenali. Mungkin juga untuk tujuan keselamatan. Untuk orang dari keturunan hebat macam dia, pasti langkah berjaga-jaga amatlah diperlukan. Entah-entah jika ada yang tahu dia di sini, ada yang menculiknya. Siapa tahu, kan?

"Are you good at drawing?" Aku buat keputusan untuk ubah topik. Balik kepada tujuan asal dia menyemak di mejaku ini.

Tangan kekar Dheo yang sedang bermain pada cawan kecil putih itu aku perhatikan. Tangan kasar itu reti melukis? Macam tak percaya je?

"Of course. Perhaps better than that Chinese dude!" Menyampah suaranya. Nak sebut nama Raymond pun tak lalu.

Aku hanya diam. Masih tak percaya yang orang seperti Dheo itu pun berjiwa seni.

"Why are you choosing him over me?" Tercabar. Muka pun dah cemberut tak puas hati. Nak tergelak aku melihatnya.

Mana ada aku pilih Raymond. Aku tak cakap apa-apa pun. Sebelum ini pun aku hanya besetuju sebab dia yang mengajak. Itu namanya orang berbudi, kita berbahasa. Lagipun, senang kerja aku. Tak payah nak tanya sesiapa lagi.

"Well.. He has something that you don't."

"What?"

"He speaks malay." Lantaklah dia kata aku racist ke apa. Berkomunikasi dalam bahasa melayu nanti akan jadi lebih mudah. Penat tahu hari-hari nak berbelit lidah bercakap bahasa Inggeris ni! Bagilah peluang untuk aku berbicara dengan bahasa Ibundaku di sini. Tiba-tiba aku jadi patriotik.

"So, if I can speak malay, are you going to agree to be my partner?"

"Yup. I agree to be your partner, if and only if you speak malay fluently." Angguk-angguk setuju.

"Is that a challenge I hear, tesoro?" Dheo senyum. Misteri.

"One month." Hanya itu jawapanku.

Hujung bibir merah Dheo sekali lagi naik sedikit. Matanya juga kelihatan bersinar. Terpampang jelas semangatnya yang berkobar-kobar itu. Mungkin darahnya teruja angkara cabaranku. Dan ego lelakinya harus membuktikan yang dia mesti menang.

Tapi, ingat senang ke?

"Challenge accepted, bella. Challenge accepted!"

We'll see! Aku mahu lihat sejauh mana. Mampu atau tidak lidah italinya itu digulungkan pula dengan bahasa Melayu? Pasti seksi walaupun rasa pelik.

Tapi, entah kenapa aku rasa sangat mustahil.


Happy reading, and pardon all my mistakes. Thank you.

9/2/2020

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

97.4K 3.4K 70
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
108K 6.9K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
1.2K 251 25
He came and he never go away #1 in parkminyoung
8.1M 549K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020๐Ÿ†, The top hero2020๐Ÿ†,The best romance2020๐Ÿ†,The top author2020๐Ÿ† AIN SURAYA, dia seorang isteri...