LANGIT MASIH BEGITU || telah...

נכתב על ידי Eyra_Shazleyra

75.1K 559 31

3rd ❤ LoveStory ❤ by EYRA_SHAZLEYRA LANGIT MASIH BEGITU. CINTAI AKU SEADANYA. Kerana HATIKU hanyalah MILIKMU... עוד

_CINTAI_AKU_SEADANYA_
_B A B_1_
_B A B_2_
_B A B_3_
_B A B_5_
_B A B_6_
_B A B_7_
_B A B_8_
_B A B_9_
_H A T I K U_M I L I K M U_
A U T H O R_N O T E
PRA TEMPAHAN DIBUKA

_B A B_4_

1.3K 49 0
נכתב על ידי Eyra_Shazleyra



RUANG bilik terang benderang namun kelibat tuannya langsung tak kelihatan. Dato' Yusri melanjutkan langkah ke sebelah kiri. Kelihatan anaknya sedang kusyuk mengadap meja kerja. Langsung tak menyedari kemunculan samentelah dengan headphone yang terpekup pada kedua telinga.

Tangan dijatuhkan ke bahu itu.

Raef Afham tersentak. Wajah diangkat dari lembaran kertas kerja sebelum berkalih ke kanan. Bibir terus mencarik senyuman sambil headphone pada telinga ditanggalkan.

"Papa."

"Banyak kerja ke?" segaris senyuman menghiasi wajah Dato' Yusri. Seketika punggungnya dilabuhkan pada sofa berdekatan.

"Adalah sikit," sahut Raef sambil mengangkat punggung dari kerusi meja kerja. Terus mendekati lalu duduk di sisi papanya.

"Baguslah Raf pandai cari rezeki sendiri. Tak berharap pada papa. Nanti kalau papa dah tak ada, senang nak hidup," bahu anaknya Dato' Yusri tepuk-tepuk perlahan. Namun walau di wajah mengukir senyuman, risau tetap merajai hati.

"Papa... kan Raf dah cakap Raf tak berminat dengan bisnes papa. Please... tak payah nak suruh Raf jadi CEO ambil alih syarikat ke apa. Akak ada. Raf lebih suka kerja macam sekarang. Bebas. Boleh buat benda lain tak perlu nak tumpukan perhatian pada satu kerja," sebut Raef Afham mempertahankan pendiriannya selama ini.

Tak perlu papa memujuk bagai menyuruh dia ambil alih bisnes, memang dia tak layan. Raef mahukan kebebasan berkarya bukannya tersekat. Terpaksa mengikut pelbagai syarat. That not him. Dia seorang manusia bebas. Bila mahu buat yang itu, dia akan buat walaupun yang ini belum siap.

"Papa bangga dengan Raf. Maknanya Raf dah mampu berdikari. Dah 27 tahun, kan?"

"Papa. No! Jangan nak sebut pasal jodoh Raf tak nak dengar. I'm still young, papa. Kalau nak kawin pun Raf akan kawin bila umur 30."

"Kalau macam tu kempunanlah papa nak bercucu," Dato' Yusri tergeleng kepala perlahan.

"Kempunan apanya? Akak dah bagi cucu seorang. Okeylah tu. Tak ada istilah kempunan pun."

"Itu anak Aryani bukan Afham."

"Lah. Samalah jugak. Tadi kata cucu."

"Hai, mati nanti tak tutup mata papa."

"Papa! Kenapa nak cakap pasal mati pulak? You're still young, papa," Raef merengus tak senang. Benar tak suka bila papanya masuk soal itu.

"Mati itu pasti menemui setiap manusia, Raf. Tak kira muda atau tua."

"Papa. Stop it!"

"Nanti kalau papa tak ada, Raf tolong jagakan mama dengan Rose."

"Papa nak pergi mana? Outstation lagi?"

Dato' Yusri tersenyum nipis. Kepala anaknya diusap perlahan lagak si kecil berusia lima tahun. Namun memang anak-anak tetap kecil di mata dan hatinya. Masih memerlukan perhatian lebih-lebih lagi Raef Afham.

"Raf," Dato' Yusri mencapai tangan anaknya lalu digenggam.

"Papa," Raef mula mengalami debaran dengan sikap papa yang tak seperti selalu. Tapi tetap dibuat tak endah.

Bukan tak pernah papa outstation lama-lama. Mereka sudah terbiasa ditinggalkan berbulan-bulan.

"No matter what, Raf kena jaga mama dengan Rose. Raf anak lelaki perlu pikul tanggungjawab keluarga. Jangan bebankan mama. Papa tahu anak papa dah cukup dewasa."

"Okay, papa. I will. Selama ni bila papa outstation memang Raf yang jaga mama. Akak dah ada Abang Zack nak risau apa lagi? Settle. Don't ever worry. Just do your business," sahut Raef sambil genggaman tangan itu dibalas sama.

Tak dinafikan dia memang anak manja. Tapi tetap menjadi pewaris keluarga. Be a man along that women.

"Lepas ni kalau mama suruh Raf cari isteri, tak payah nak mengelak, ya. Raf dah cukup dewasa nak berumahtangga."

"Oh my papa. Please... bab tu Raf memang tak boleh nak bertolak ansur. Sorry to say Raf tak akan kawin dalam masa terdekat. I have my dream."

"Kalau dah bertemu jodoh?" masih juga Dato' Yusri mahu bertanya.

"Jodoh ke bodoh I don't care. Raf muktamad akan kawin tiga tahun lagi."

Dato' Yusri menghela nafas dalam. Kepala anaknya kembali digosok. Seketika tubuh Raef ditarik ke dakapan.

Pilu di hati kian mencengkam.



AKHIRNYA seorang Afham menangis tersedu. Pertama kali di dalam hidup air mata jantannya jatuh berlinangan. Kalau dia tahu itu merupakan detik terakhir papa ada di sisi, akan dituruti segala kehendak tanpa membantah. Tapi ternyata dia sudah terlambat.

Mendengar bunyi ketukan sebelum daun pintu bilik terkuak, Raef berusaha menghentikan tangisan. Pipi yang basah disapu mengeringkan. Namun semakin berhamburan tangisan setelah Aryani yang duduk di sisi mendakap tubuhnya erat.

Untuk seketika mereka saling menangis hiba menyesali segala. Untuk seketika Aryani memberi peluang pada adiknya menumpahkan air mata tanpa sepatah kata yang terluah. Pertama kali juga dia seolah-olah terbisu. Tak mampu membebel macam selalu.

"It's time, Raf. Tanggungjawab terakhir Raf sebagai seorang anak," Aryani menggosok bahu adiknya perlahan. Namun semakin menjadi tangisan itu yang kedengaran.

"Raf... Raf tak boleh, akak. Raf... I'm so stupid. Raf langsung tak pandai nak buat semua tu," itu yang paling dikesalkan seorang Afham. Fardhu Kifayah untuk menyempurnakan jenazah arwah papa. Dia langsung tak tahu apa-apa. Ilmu berkaitan tak pernah dipelajari selama hidup di dunia.

Benarlah dia seorang manusia yang bodoh. Ilmu keduniaan semuanya menjadi kemahiran. Langsung tak susah nak mencari sebarang projek. Namun ilmu akhirat terlalu cetek di dada. Apa yang dia tahu hanyalah solat lima waktu yang kadang tak pernah cukup.

Bukan papa mama tak pernah nasihat, tapi dia yang butakan mata pekakkan telinga. Sudahnya sekarang perlu dihadap. Langsung tak berguna untuk dikesalkan.

"It's okay, Raf. Tok Abah ada. Jom," Aryani meraih tangan adiknya lalu ditarik sehingga berdiri.

"Akak..." Raef memandang kakaknya.

"Akak tahu Raf kuat. You're strong enough. Raf sekarang dah jadi ketua keluarga. Raf kena jaga mama jaga akak."

Kembali kedengaran tangisan Raef Afham. Tubuh Rose Aryani didakap erat.

Itulah pesanan papa dua hari lalu. Namun langsung dia tak menduga kata-kata itu merupakan ayat terakhir yang akan diucapkan. Pelukan itu merupakan ucapan selamat tinggal dari papa.

Kenapalah dia bodoh sangat tak boleh nak faham?

"I can't do this, akak. Raf... tak kuat."

"No! Raf kan lelaki. Kalau Raf lemah, terus bersedih macam ni, how about mama? Mama dah kehilangan suami dia, Raf. Seorang lelaki yang mama cintai."

Tengku Fariza yang berdiri di sebalik dinding tersedu hiba. Namun dia perlu kuat. Air mata dihapuskan sepenuhnya sebelum langkah dibuka memasuki ruang. Dia tak mahu dipandang lemah oleh anak-anak. Diri cukup kuat dalam menghadapi segala. Menerima dengan redha perpisahan abadi yang baru terjadi.

"Raf," nama anaknya diseru. Kedua mereka serentak berpaling. "Jom. Tok Abah dah lama tunggu," tangannya menggapai. Namun hati terlumpuh.

"Okay, mama. I'm coming," sahut Raef sambil kembali mengeringkan air mata di pipi.

Langkah dibuka menghampiri. Tubuh mamanya sempat didakap erat sebelum mereka kembali berhamburan tangisan. Seketika bergandingan keluar dari ruang itu.

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Cuma cara dan ketika yang berbeza.



"WHAT? Bankrupt? This's not a joke, mama," suara Raef melengking kuat dipengaruhi rasa terkejut.

Baru pagi tadi mereka kehilangan papa, malamnya diberitahu keluarga dia sudah muflis. Bisnes papa lingkup!

"Benda ni bukan main-main, Raf."

"It's too much, mama. I can't handle this!" resah di hari Raef kian berpanjangan. Sungguh dia tak pernah menyangka dengan apa yang menimpa mereka.

"Samada Raf boleh handle atau tak, ini kenyataan yang mama kena buat. Bisnes papa dah bankrap. Terpaksa gulung tikar. And one more thing, kesemua harta benda yang papa miliki bukan hak kita lagi. Semuanya dah dilelong."

"What! Oh no! Jangan nak kata kita dah tak ada rumah. Kita dah jadi miskin, mama!"

"Miskin tak bermakna tak boleh hidup, Raef. Ada orang lain yang lebih susah dari kita tapi tetap terus hidup," Tengku Bakri terpaksa mencelah. Tahu cucunya terlalu menghadapi kelukaan. Satu demi satu musibah menimpa.

"Tapi Raf tak boleh, Tok Abah. Macamana Raf nak hidup? Kita nak tinggal dekat mana kalau rumah ni kena lelong."

"Kondo dekat Mount Kiara, mama?" Aryani bertanya. Mungkin masih ada aset arwah papa yang terselamat.

"Semua yang di bawah nama papa dan mama," sebut Tengku Fariza penuh kekesalan.

"No! It's too much. Raf tak boleh nak terima," Raef kembali membentak. Seketika bangkit dari kerusi mahu berlalu sebelum Tengku Bakri menegah.

"Semua ni perlu dibawa berbincang bersama, Raef. Kamu sebagai anak lelaki sudah menjadi pengganti arwah papa kamu. Perlu menjadi ketua keluarga."

"Tak. Kalau semua benda dah tak ada, macamana Raf nak jaga family? Atau simpanan papa masih ada? Saham? Hartanah?"

"Everything is gone, Raef. Tak boleh nak faham ke? Tok Abah pun tak mampu bantu."

"Raf memang takkan faham. Maknanya Tok Abah nak Raf terima semua harta papa bukan milik Raf lagi? So how can we survive kalau semua benda dah tak ada? Papa... kenapa mesti papa bebankan orang-orang yang dia tinggalkan? It's too much!"

"Astagfirullah hal azim. Bawa mengucap, Raef!" giliran Aryani bertempik nyaring. Tingkah adiknya sudah keterlaluan!

"No. I can't accept this! I won't!" jerit Raef kuat lalu berlari naik ke tingkat atas.

Tak siapa mampu menghalang. Hanya memandang lalu mengeluh kekesalan. Di hati masing-masing berkalung duka yang tak bertepian.



(1336 words)

*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

המשך קריאה

You'll Also Like

871K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
270K 10.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
821K 84.3K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
42.5K 5.1K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...