ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]

By AnjellHomosapien

1.4M 62.8K 16.4K

Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
TEASER 1
TEASER 2

BAB 7

52.9K 2.7K 1K
By AnjellHomosapien

~not-edited~

BAB 7

Baru seminggu kuliah bermula, aku dah rindu nak cuti. Jadual semester kali ini agak padat. Mungkin sebab hanya ada empat hari untuk memuatkan keseluruhan subjek. Dan hari Jumaat pula dah dikhaskan untuk short course.

Ketika aku mula mendaftar short course secara online, kelas hanya mempunyai empat belas orang. Rasa pelik juga tapi aku hanya persetankan semua. Mungkin aku yang mendaftar awal. Atau sebenarnya tak ramai yang minat seni. Tapi lepas aku membaca deskripsi kelas, aku baru tahu kenapa.

Sebab pihak universiti bekerjasama dengan Wimbledon Art Studio yang terletak di London. Jadi, kebanyakan kelas juga bakal diadakan di London. Nak terbuntang mataku ketika membacanya.

London? Perjalanan sahaja dah hampir tiga jam! Tak hairanlah ramai yang fikir dua tiga kali untuk memilih kelas ini. Banyak aspek yang perlu difikirkan seperti wang, masa dan tenaga. Tapi, tiada apa yang boleh aku lakukan sebab aku dah terlanjur mendaftar. Aku cuba melihat dari sisi yang lain. Mungkin peluang ini boleh digunakan untuk lebih mengenali bumi United Kingdom ini.

Dan hari ini merupakan kelas pertamaku. Berdebar juga aku. Mungkin sebab bakal bertemu dengan muka-muka yang tak pernah kulihat. Aku haraplah semuanya baik-baik belaka. Walaupun agak gabra, tapi aku tetap teruja untuk masuk ke kelas seni ini. Mungkin sebab kelas ini adalah sesuatu yang aku minat.

Kelas diadakan di Nottingham Lakeside Arts Centre yang terletak di kampus University Park. Aku tak biasa dengan kawasan kampus itu memandangkan kelasku berada di kampus Jubilee. Jarak di antara kedua-dua kampus ini dalam lebih kurang dua kilometer. Ini adalah kali kedua aku jejak kaki ke kampus University Park itu. Haraplah tak sesat nanti.

Aku pergi ke sana bersendirian. Lone ranger lagi! Berpandukan buku manual, semuanya menjadi mudah. Lagipun, aku hanya perlu menaiki bas atau naik trem dari perhentian yang berdekatan rumahku untuk ke sana. Dan kalau berada di kampus Jubilee, ada hopper bus peruma yang disediakan untuk menghubungkan kampus-kampus itu. Di sini semua senang. Servis pengangkutan awam sangatlah bagus.

Lega bila aku selamat sampai. Setelah bertanya kepada receptionist yang menjaga di situ, aku berjalan ke arah kelasku yang terletak di Arts Studio. Ketika sampai, kelihatan beberapa orang telah pun mengambil tempat masing-masing. Hanya beberapa orang. Tak pelik sebab yang mendaftar pun cuma empat belas orang.

Studio yang dicat putih itu agak luas juga. Ruang yang selesa kalau kami diberi tugasan nanti. Ada satu meja kayu dan satu projektor LCD di depan. Masih kosong. Maksudnya pensyarah masih belum sampai.

Aku mengambil tempat di bahagian paling kiri, bersebelahan dengan tingkap. Meja keempat dari depan. Meja itu masih kosong dan tak terlalu belakang. Di tepi tingkap pula tu. Memang akan jadi tempat kegemaranku nanti. Aku letakkan begku di atas meja sebelum tarik kerusi plastik itu.

Sekelilingku dipandang lagi. Kebanyakannya sedang membuat hal masing-masing. Ada yang sedang bermain dengan telefon. Ada yang sedang doodling pada kertas sementara menanti kelas bermula. Tak kurang juga ada yang ramah bertegur-sapa dengan rakan sekeliling.

Aku pula tak rasa nak buat apa-apa, hanya toleh ke luar tingkap. Dari tingkat satu ini, aku dapat melihat dengan jelas tasik besar yang menjadi sebahagian kawasan Highfields Park dan kini turut menjadi kawasan kampus ini. Itulah agaknya kenapa nama tempat ini 'Lakeside'.

"Hye." Aku mendengar ada yang menegur.

Sedikit tersentak aku yang mengelamun. Terus aku menoleh ke arah suara itu.

Ada seorang lelaki cina berkaca mata sedang tersenyum ke arahku. Duduk di depanku. Jadi, tubuhnya dipusingkan untuk menghadapku.

"Hye." Teragak-agak aku membalas. Tapi tetap senyum juga ke arahnya.

"Are you Asian?" tanyanya.

"Yes, I am."

Senyum lelaki itu makin lebar mendengar jawapanku.

"I'm Raymond, from Singapore. You?"

Singapura? Aku ingat China.

"Nurissa. I'm Malaysian." Aku turut gembira bila bertemu dengan rakan-rakan dari negara serumpun. Bukan senang nak jumpa di negara asing ini. Dalam kelas aku pun hanya aku dan Sharifah.

"Wah, I jumpa kawan Malaysia di sini! I'm so excited. You dari program apa?" soalnya lagi. Bahasa Melayunya lancar.

Itulah ironinya. Kalau di Malaysia, semua sibuk nak berbahasa Inggeris. Dan di sini pula, bila hari-hari berabuk cakap Inggeris, rasa rindu untuk berbahasa Melayu pula. Mungkin salah satu sebab juga adalah selesa berbicara tanpa ada yang faham. Nak mengumpat pun senang. Haha.

"Business Economics And Management. You?"

"Psychology."

"Oh, Psychology juga perlukan short course? Dan kenapa you pilih seni lukis? You suka melukis?"

"Bolehlah tapi takdelah bagus sangat. I rasa I nak jadikan lukisan sebagai terapi, jadi I perlu dalami bidang ni," jelasnya.

"You? Mesti hebat melukis, kan?" Soalan itu berbalik padaku.

Hebatkah aku?

"Eh, mana ada! Biasa-biasa saja," jawabku pula. Bagi aku lukisanku hanya biasa-biasa. Bakat yang diwarisi dari arwah ibu.

Perbualan kami terbantut di situ bila kedengaran pintu studio ini dibuka. Kelihatan seorang wanita tinggi berambut ginger red yang diikat kemas melangkah masuk. Usianya macam dalam lingkungan empat puluhan. Pakaiannya agak santai. Aku rasa itulah Ms. Hartson, tenaga pengajar kami.

Semua pelajar pun nampaknya dah bertukar mod serius. Raymond sendiri pun dah pusingkan tubuhnya untuk menghadap depan. Aku pula keluarkan telefonku. Mahu memastikan sudah bertukar ke mod senyap.

"Good morning everyone." Aku dengar suara Ms. Hartson yang pekat dengan esen Britishnya itu menegur kami. Kedengaran juga suara menggumam 'good morning' dari semua pelajar.

Kemudian Ms. Hartson menerangkan tentang jadual kami. Memandangkan subjek ini lebih kepada kerja kursus, kelas hanya diadakan beberapa kali. Selebihnya adalah masa untuk siapkan kerja kursus itu. Kadang-kadang itu pula kena hadiri pelbagai pameran lukisan yang dianjurkan sebagai syarat untuk lengkapkan jam kredit. Dan penilaian pula diberikan tiap kali kerja kursus dihantar.

Setelah Ms. Hartson tamat memberi penerangan ringkas itu, dia memulakan kelasnya. Memandangan ini kelas pertama kami, dia meminta kami semua untuk memperkenalkan diri. Ice breaking. Seorang demi seorang memperkenalkan diri.

Lima belas minit kelas berlalu, tiba-tiba kedengaran pintu masuk terkuak luas. Perhatian semua orang terus tertumpu ke arah itu. Mahu tahu siapa yang tak cukup adab merempuh masuk kelas orang tanpa salam itu. Namun, apa yang menjamah pandanganku itu buatkan mataku terus meluas.

Ilusikah?

Lalu aku kelip-kelip mata beberapa kali. Mana tahu tersalah tengok.

"I'm sorry, Ms. Hartson." Suara masih sama, mengesahkannya.

"Mr. Han!" Dan suara tegas Ms. Hartson itu membuktikannya lagi dengan jelas.

Dheo Han!

"Told you. He's in this class!"

"Oh, my God! He's so hot!"

"What a fine specimen."

Kedengaran suara-suara fangirling berbisik-bisik pula. Mata masing-masing bersinar-sinar meratah susuk segak Dheo itu.

Sebab tu ke kelas ni ramai perempuan?

"What happened to you this time, Mr. Han?" soal Ms. Hartson.

"I woke up late."

Dan lelaki Itali itu hanya tersengih.

"I guess I should buy you a new alarm clock."

Kedengaran seluruh kelas ketawa dengan kata-kata penuh sarkastikus Ms. Hartson itu. Dheo pula hanya gosok-gosok belakang lehernya. Mungkin tak selesa menjadi bahan jenaka kelas itu.

"I let you slip this time, Mr. Han. But you miss our introductory session. And now that you're here, why don't you tell us about yourself?" arah Ms. Hartson lagi. Aku rasa muka seketul-seketul manusia yang dominan hormon estrogen dan progestron di dalam kelas ini dah tak sabar-sabar untuk mendengarnya.

Aku lihat mata Dheo melilau ke arah semua orang. Dan bila tiba ke arahku, tak sampai sesaat pun dah beralih. Hanya lalu. Bagaikan tak peduli aku siapa. Atau sebenarnya dia tak nampak aku.

Dia tak kenal aku ke? Atau buat-buat tak kenal?

"My name is Dheo Han and I'm from School of Business. Nice to meet you." Mudah sekali dia memberi pengenalan dirinya.

"Okay, thank you, Mr. Han. You may take your seat now."

Dheo ucapkan terima kasih sebelum dia mencari tempat duduk. Kebanyakan meja memang masih kosong dan memandangkan kami hanya beberapa kerat, boleh dikatakan satu meja hanya seorang.

Dia mula berjalan. Bila dia merentasi bahagian depan untuk ke bahagian paling kiri, dadaku mula berdebar entah kenapa. Dia nak duduk belakang aku ke? Sebab bermula dari belakangku hingga ke belakang, memang kosong.

Beberapa wanita yang duduk sendirian dah tarik beg, kosongkan kerusi di sebelah mereka. Cuba mempelawa Dheo untuk duduk. Mengharapkan lelaki pujaan ramai itu duduk di sisi mereka.

Tapi sikit pun lelaki itu tak pandang. Muka hanya selamba terus berjalan. Aku pula buat-buat sibuk. Buka buku nota untuk menyalin nota memandangkan kelas baru bermula. Dan tiba-tiba...

Pap! Aku rasa kerusi di sebelahku dihuni orang. Badanku terus mengeras. Jantung pula sedang menggila. Perlahan-lahan aku pusingkan kepala untuk memandangnya. Ternyata dia sudah bersedia untuk menyambut pandanganku.

Dheo tengah senyum. Tengah tompangkan sisi kepalanya pada tangan yang sikunya dijadikan tongkat pada meja itu. Separuh tubuhnya pusing menghadapku.

"Hello, mia bella!" tegurnya.

"Err.. hello. My name is Nurissa Rose." Teragak-agak aku memperkenalkan diri. Takut dia tersalah orang. Tapi, entah kenapa aku rasa macam orang bodoh.

Aku pun dah confuse sekarang ni! Di awal perkenalan kami, katanya 'mia bella' itu bertanya tentang nama. Dan setelah itu, beberapa kali dia panggil aku 'bella'. Dahlah bella macam nama orang dah. Apakah maksudnya yang sebenar?

Dheo ketawa perlahan.

"Of course I know. Tu sei la mia Rose  (You're my Rose)." Seksi bibirnya menuturkan bahasa Itali itu. Lamanya aku tak dengar bahasa itu.

"Hah?"

"Nothing. I remember your name, Rose." Dia kenyit mata ke arahku.

Terlepas pen dari tangan. Nak rasa seram ke apa ni? Dahlah personalitinya pun dah macam bertukar seratus lapan puluh darjah. Baru lepas bersalin kulit ke? Atau dalam perjalanan dari Sicily ke Nottingham, kapal terbang yang dinaikinya ada terhempas kat mana-mana sehingga mengakibatkan gegaran otak?

"Mr. Han! Anything funny?" Ms. Hartson menyampuk.

"Nothing, Ms. Hartson. I'm sorry. Just got distracted by a beautiful lady beside me." Selamba jawapan Dheo, buatkan mataku terus membulat. Dan pipiku mula rasa panas, apatah lagi bila menjadi tumpuan semua orang! Selambanya!

Sah ni bukan Dheo! Atau ini bukan Dheo yang aku kenal di Sicily. Pendek kata, ini adalah Dheo versi the playboy of Nottingham. Atau dia ada kembar sebenarnya?

"Please pay attention, Mr. Han!"

"Alright."

-----

Mataku tepat memandang jam bulat yang berada di depan itu. Mengira detik. Gerakan jarum saat itu kurasakan seperti menggunakan kelajuan seekor sloth. Bila kelas nak habis ni?

Bukan sebab kelas Ms. Hartson membosankan tapi sebab aku seram dengan pandangan orang sebelah ni. Aku rasa sepanjang kelas ini berlangsung, matanya bagaikan digam ke arahku.

Ini bukan syok sendiri. Tapi dah terbukti. Sebab tiap kali aku rasa diperhatikan, aku akan menoleh ke arahnya. Dan tiap kali itulah, mata hitamnya sedia menyambut anak mataku. Tak senyum, kenyit mata. Sudahnya, aku hanya buat bodoh.

Siapa lelaki ini? Kenapa dia.. lain? Lain sangat-sangat! Dan menyeramkan.

"Okay, that's all for today. See you in the next class." Sebaik sahaja aku mendengar kata-kata hikmat Ms. Hartson itu, terus aku kemas barang-barangku. Segala alat tulis dan buku nota disumbat ke dalam beg galasku. Tapi beg galas itu terlalu kecil untuk dimuat oleh buku teks yang dipinjamkan oleh Ms. Hartson kepada semua pelajar kelas ini.

Aku capai buku tebal itu lalu dipeluk ke dada. Mahu berjalan keluar kelas untuk ke stesen trem. Namun, sebaik sahaja aku mula bangun, Dheo turut bangun. Tubuhnya yang tinggi itu menghalang laluanku.

"Nurissa." Baru saja aku mahu buka mulut untuk meminta laluan, aku mendengar namaku dipanggil.

Lantas aku menoleh ke arah itu. Raymond.

"Untuk final project, kita berdua jadi partner, ya?" cadangnya.

Dia bercakap tentang projek terakhir untuk short course ini. Projek paling besar dan paling penting yang merangkumi tiga puluh peratus. Projek itu adalah satu pertandingan melukis secara berpasangan. Hasilnya bakal dipertontonkan secara umum, dinilai oleh juri dan orang awam. Dan siapa yang menang, lukisan mereka bakal terpampang di galeri di sini.

Aku buka mulut. Tapi yang keluar adalah suara jantan.

"No, she won't! Now, back off, dude!"

Garang!

Aku tahu dengan hanya mendengar perkataan 'final project' dan 'partner' itu, Dheo dah dapat agak apa yang cuba dikatakan oleh Raymond itu.

Aku nampak Raymond telan liur. Jelas tergamam. Pasti gerun dijerkah tanpa sebab. Bagaikan burung belatuk, dia hanya angguk sekali dan menikus keluar.

Aku yang mendengarnya pun terlopong sesaat. Cuma sekejap sebelum rasa darah mula menggelegak.

"Why did you do that? You scared him off!" marahku geram. Hilang segala rasa takutku kepadanya. Yang aku tahu, aku sakit hati!

"Good!" Senget bibirnya tanda puas hati.

Entah apa yang dia tak puas hati dengan Raymond, aku pun tak tahu.

Aku julingkan mata ke atas sebelum berjalan keluar. Nasib baik dia dah bagi laluan. Kalau tak, memang aku dah rempuh. Pedulilah kalau pun aku yang terbalik nanti.

"Let's be partners, bella." Dheo bersuara. Berlari-lari anak dia untuk mengejar langkahku yang sengaja dibuka lebar dan laju itu. Tapi dah tentu kaki panjangnya itu yang menang.

"My name is Nurissa, not Bella! And the answer is no!" jawabku bengang. Dahlah biadab dengan kawan pertamaku di kelas ini, ada hati mahu menjadi pasanganku?

Kena tunggu kelas seterusnya untukku meminta maaf dengan Raymond dan bersetuju untuk bekerja sama dengannya memandangkan aku tak punya nombor telefon atau emelnya.

"Why?" Suaranya merengek tak puas hati.

"Because I said so."

"But, bella! I'm a great partner." Dheo buat pekak dengan kata-kataku tadi. Masih memanggilku 'bella'.

Dia potong langkahku, berdiri di depanku. Buatkan kakiku terus brek kecemasan. Nasib baik sempat. Kalau tak, grenti bercium dengan dada bidang lelaki itu. Sekali lagi rasa darah menggelegak. Dia nak apa lagi ni?

Aku panggung kepala untuk melihatnya.

"Please be my partner, tesoro."

Tesoro pulak!

Kali ini, dia capai tangan kiriku. Dibawa ke bibirnya, lalu dikucup perlahan ala-ala mat romeo.

Terkejut beruk aku dibuatnya! Rasa macam aliran eletrik mengalir, meninggalkan kesan hangat pada tempat yang dijamah oleh bibirnya itu. Terus aku tarik dan sorokkan ke belakang badan.

"Kurang ajar!" Refleks punya pasal, laju sebelah tangan yang memegang buku itu dinaikkan tinggi lalu menghempuk kepala Dheo. Itulah makannya!

Dheo kelihatan terkejut sebelum dia menyeringai kesakitan. Rasa bersalah juga bila melihat dia sedang menggosok kepalanya yang menjadi mangsa kezalimanku itu. Macam mana kalau benjol? Macam mana kalau ada ketulan darah beku?

Tapi sebab hati tengah terbakar, memang aku tak peduli dengan semua itu.

"And, do not touch me!" bicaraku garang. Aku kena bertegas dengannya. Kalau tak, maruahku bakal diperkotak-katikkan.

Dheo sendiri nampaknya sedikit ternganga mulutnya. Pasti tak menduga aku yang bagaikan anak kucing sesat di depannya dulu boleh bertukar menjadi seperti mak singa tengah senggugut sekarang ni.

Tanpa mempedulilkan Dheo lagi, aku berpusing untuk sambung berjalan. Dan kali ini, dia tak lagi mengekoriku.



Happy reading and sorry for all wrongs.

1/2/2020

Continue Reading

You'll Also Like

137K 1.9K 6
PUBLISHED UNDER Mangosteeen Publication ยฉ Tajuk di pasaran : Pada Subuh Yang Membawaku Pergi BOOK #1 of ๐•ฑ๐–—๐–Ž๐–Š๐–“๐–‰๐–˜๐–๐–Ž๐–• ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ AWARD #2...
113K 7.1K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
680K 27K 24
Kisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah untuk tujuan promosi sebelum novel ini d...
810K 32.7K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...