The dark princess (C)

Bởi Athira_Hadi

102K 6.3K 289

Eva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza... Xem Thêm

TDP
TDP
Larikan diri
TDP
Info
Gambar watak
TDP
TDP
Merapu
Bekas tapak kerajaan
TDP
TDP
Troll (Part 1)
Troll (Part 2)
Troll (Part 3)
TDP
Rangkuman bulatan bumi
Hutan memori
Terpisah
David dan Lisa
Beckham dan Cindy
Max dan Eva
Kerajaan elemen kegelapan
TDP
TDP
Serangan kerajaan elemen kegelapan
Kembali bersama
Kebenaran
Konflik percintaan (Part 1)
Konflik percintaan (Part 2)

Bonus

3.6K 196 13
Bởi Athira_Hadi

10 tahun kemudian

Seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain di belakang istana. Rambutnya berwarna silver campur sedikit hitam kerana kuasa ibu dan ayahnya.

"Alan" tegur seorang budak perempuan yang rambutnya berwarna hijau.

"Eh, Serena. Mana yang lain?" soal Alan.

"Entah. Mana lah aku tahu" Serena mengangkat kedua bahunya.

"Alan, Serena" kata tiga budak. Seorang perempuan manakala dua orang lelaki.

"Eh, Annie, Johny dan Alvin"

"Mari kita ke perpustakaan. Ayah aku nak cerita fasal pengembara mereka ketika mereka remaja" ujar Alvin.

"Jom" mereka masuk ke dalam istana.

Kelihatan Max, Beckham dan David berbual di ruang tamu. Manakala Eva, Cindy dan Lisa di dapur sedang memasak. Walau ada pekerja istana, mereka suruh pekerja istana kemas istana bukan masak.

"Ayah" ujar Alan menuju ke arah Max.

"Ya?"

"Papa, cepat lah cerita tentang pengembaraan papa dengan kawan papa" ujar Alvin pada Beckham.

"Malam ni. Boleh?"

"Boleh" kata kanak-kanak itu secara serentak.

Alan berumur 10 tahun dan dia merupakan anak Max dan Eva. Serena sama umur dengan Alan dan dia merupakan anak David dan Lisa Manakala Alvin dan Annie anak Beckham dan Cindy. Joe dan Ella sudah berkahwin. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Helena. Cuma Joe dan Ella tidak tinggal di istana untuk Eva.

Joe dan Ella tinggal di istana kerajaan elemen kegelapan di tempat tinggal dahulu kerajaan tersebut. Kadangkala Max dan Eva akan pergi ke sana untuk melawat mereka. Atuk dan nenek Alan dan Helena masih hidup. Mereka melayan cucu mereka dengan baik serta pelbagai kerenah. Yuko pula sudah berkahwin dengan orang lain. Nampaknya dia betul-betul tak ingat apa yang terjadi.

Pada sebelah malam, si ayah berada di perpustakaan bersama anak mereka. Mereka menceritakan kisah pengembaraan mereka membuat kanak-kanak itu teruja.

"Wow, hebatnya" Alan tepuk tangan.

"Kenapa papa, pakcik Max dan juga pakcik Beckham tak mahu kembara lagi?" soal Serena.

"Kami ada kerja serta tanggungjawab yang perlu buat. Waktu itu kami belum bekerja sebab itu kami ambil keputusan untuk mengembara" ujar David.

"Kalau Serena nak mengembara boleh?" soal Serena.

"Boleh tapi tunggu dah besar. Kamu tahu banyak cabaran di luar sana"

"Tahu"

"Jadi, ibu bukan cinta pertama ayah lah?" soal Alan.

"Bukan tapi dia ciuman pertama ayah" senyum Max. Dia usap kepala Alan.

"Ciuman tu apa?" soal Annie.

"Kamu kecil lagi. Tak perlu tahu"

"Annie, apa lah kau ni. Ciuman tu bersentuhan bibir dengan bibir" ujar Alvin. Beckham pandang anaknya.

"Macam mana kau tahu?" soal Annie.

Alvin melangkah dari ayahnya membuat Beckham mengerut keningnya. Dia berjalan menjauhi mereka "Sebab aku pernah nampak ayah bercium dengan ibu. Ibu kata itu adalah ciuman"

Alvin keluar dari bilik dan berlalu dari situ. Beckham tergamam mendengar semua itu "Alvin!"

Beckham mengejar anak lelakinya. Alvin berlari menuju ke arah ibunya. Kelihatan ibunya sedang berbual dengan rakannya iaitu Eva dan Lisa.

"Ibu ada raksasa berambut merah kejar Alvin" Alvin peluk ibunya.

Cindy mengerut keningnya "Siapa?"

Beckham dapati Alvin memeluk Cindy dengan erat "Itu raksasanya"

"Abang, kan saya dah cakap. Jangan kenakan anak kita. Selalu awak kenakan Alvin dan Annie. Tak baik tahu tak" bebel Cindy. Dia berdiri kemudian cekak pinggangnya.

Eva dan Lisa meninggalkan mereka berdua. Alvin menyorok di belakang Cindy. Beckham nampak Alvin yang sedang menjelir lidah ke arahnya.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap?" soal Cindy.

"Dengar"

"Apa yang saya cakap?" soal Cindy.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap" Beckham mengulangi ayat Cindy tadi. Cindy menyilang tangannya.

"Ingat kelakar?"

"Saya hanya bergurau je"

Cindy tersenyum manis namun bagi Beckham itulah senyuman yang paling menakutkan "Awak tidur luar ya malam ni"

"Eh, apa? Apa ni sayang? Tak lah lah awak nak biarkan suami awak tidur di atas sofa"

"Siapa kata awak akan tidur kat sofa?"

"Maksud awak?" soal Beckham.

"Awak tidur kat luar malam ni. Selamat tinggal"

Cindy tolak Beckham dengan perlahan. Cindy dukung anaknya kemudian masuk ke dalam istana laku kunci pintu. Beckham ketuk pintu beberapa kali.

"Sayang, jangan lah macam ni. Sejuk lah tidur kat luar. Kalau awak tak buka pintu saya cari isteri baru"

Cindy buka pintu. Dia pandang tajam ke arah Beckham membuat Beckham menelan air liur. Cindy tarik Beckham. Panahan petir di tangan Cindy membuat Beckham terkedu.

"Apa dia? Cari isteri baru?" senyum seram Cindy.

"Tak... tak. mana ada. Arg!"

"Max, David. Tolong aku!" jerit Beckham sekuat hati.

Beckham melarikan diri dari isterinya yang cuba lontar petir ke arahnya. Dia hampir terkena petir itu. Max, Eva, David dan Lisa sudah masuk bilik untuk tidur. Anak mereka pun sama. Pekerja istana juga membiarkan mereka berdua. Sebab itu selalu berlaku di mana Beckham dikejar isterinya. Tak patut.

Pukul 12.00 tengah malam. Alan memandang ke arah bulan dan bintang di balkoni. Biliknya memang mempunyai balkoni. Setiap malam pasti dia akan memandang ke arah langit yang terbentang luas itu. Dia mengukir senyuman.

"Satu hari nanti aku akan kembara ke seluruh tempat. Ini janji aku"

Alan masuk ke dalam biliknya untuk tidur.

Note : Kisah pengembaraan Alan biarlah menjadi biasa seperti kisah perjalanan hidup kita. Lagipun saya tiada idea untuk sambung cerita ni. Harap maaf. Terima kasih kerana sudi membaca. Saya amat hargai para pembaca. Bye

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

150K 845 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...
2K 284 24
Kisah si pemegang kuasa StoneCrystal bayang dan ketua asal Elementalist, Kai Vari. Dia bersama enam adiknya, hidup di Altar untuk mencuba pelbagai be...
120K 9.3K 131
Bekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik...