revenge ; parkseonghwa

Galing kay geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... Higit pa

intro
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

twenty one

1.2K 223 95
Galing kay geumvengers-

seohee berpusing pusing lagi di dalam bilik tersebut. bila dah dapat peluang ni, apa lagi, terus selongkar lagi la. lantas dia membuka laci laci yang ada. laci pertama dibuka, matanya terus tertancap pada sekeping gambar. gambar dia bersama seoyeon.

dahinya berkerut kerut, cuba untuk menganalisis situasi. kenapa seonghwa simpan gambar ni pula? gambar tersebut dipusing, ya tahu klise tapi memang betul ada tulisan di belakangnya.

i'm sorry, seoyeon. maaf kerana gunakan awak.

"apa maksud dia ni?"

"dia gunakan seoyeon..?"

kemudian dia menyelongkar lagi benda yang ada di dalam laci. sepatutnya dalam tu ada gambar seoyeon, tapi lain pula jadinya. yang ada dalam laci tu semua gambar seohee. bukan gambar sewaktu mereka dah berkahwin atau dah berkenalan tapi gambar seohee semasa dia masih belasan tahun dan sebelum dia kenal seonghwa lagi. masalahnya gambar tu kelihatan diambil secara sorok sorok.

"macam mana boleh jadi macam ni?"

-

"apa maksud ni?" seohee menayangkan gambar yang diambilnya dari dalam laci di hadapan seonghwa.

"gambar awak dengan seoyeon. kenapa?"

"baca ni!"

lantas, yeosang baca juga dalam diam. keluhan berat keluar dari mulutnya. akhirnya seohee dah tahu tentang tu. perkara yang seonghwa jaga daripada dulu akhirnya dapat diketahui oleh seohee.

"aku jumpa banyak lagi gambar aku masa aku tak kenal dia, masa aku belasan tahun lagi pun ada. mana dia dapat gambar aku semua tu?"

"dia kenal awak jauh sebelum awak tahu kewujudan dia. dah lama dia perhatikan awak"

"habistu seoyeon? takkan seoyeon tu bertepuk sebelah tangan je?"

"ya, dia gunakan seoyeon untuk kenali awak dengan lebih rapat. tapi awak dengar dulu, seoyeon dah tahu tentang ni tapi dia diamkan. dia tahu lelaki yang dia suka tu sayangkan kakak dia, sebab tu dia diam"

"kau jangan nak mengarutlah, yeosang! macam mana dia boleh kenal aku pula?"

"ada beberapa kali dia terserempak dengan awak sebelum ibu bapa awak meninggal dunia. lepastu awak terus hilang dari radar, sejak tu dia tahu dia dah mula sukakan awak dan dia cari maklumat tentang awak. dan ada lagi satu saya nak bagitahu awak"

seohee diam, dia beri peluang kepada yeosang untuk bercakap lagi. sungguh, hatinya sakit bila memikirkan betapa terseksanya perasaan seoyeon sewaktu mengetahui perasaan sebenar seonghwa.

"seonghwa tak pernah jadi lintah darat. dia tak suka buat kerja macam tu. lintah darat tu kan suka belasah orang kalau tak bayar hutang. dia sengaja je cakap macam tu dekat awak. hutang seoyeon tu sekadar alasan untuk dia terus berhubung dengan awak. dia tahu awak cukup bencikan dia, sebab tu dia buat alasan macam tu. seoyeon tak pernah berhutang apa apa dengan dia"

"habistu dia kerja apa sebelum ni?"

"kafe tu. dia uruskan segala galanya tentang kafe tu dari awal sampai akhir. dia minat melukis, tapi family dia halang dia daripada teruskan minat tu. kafe tu segala galanya bagi dia.. dan akhirnya dia serahkan kafe tu kat awak. besar pengorbanan dia, cuma awak yang tak nampak"

terasa mahu pitam seohee dibuatnya. kenapa seonghwa sanggup buat macam tu? kenapa dia tak pernah nampak kebaikan seonghwa?

"yeosang— aku banyak buat salah kat dia. macam mana- macam mana kalau aku tak sempat nak minta maaf kat dia?" terasa sesak nafas seohee bila terfikirkan kemungkinan tu. tak.. seonghwa tak boleh pergi dulu!

"awak tenang dulu. awak doa yang baik baik. seonghwa kuat, saya kenal kawan merangkap bos saya tu. dia tak senang mengalah. dia akan sedar untuk awak" belakang tubuh seohee diusap usap untuk menenangkannya.

"sekarang, awak pergi masuk wad, tengok dia. saya percaya yang dia nak awak ada dengan dia sekarang ni. balas balik apa yang awak dah ketinggalan sebelum ni, masih belum terlambat lagi"

seohee mengangguk perlahan selepas menarik nafas dalam.

kau boleh, seohee! kau boleh!

-

seohee melangkah mendekati seonghwa dengan langkah kecil. pertama kali dia melihat seonghwa dengan keadaan sebegini. luluh hatinya melihat seonghwa yang kekal kaku melainkan dadanya yang masih berombak menandakan dia masih bernafas.

"hwa..." panggil seohee perlahan namun tiada sahutan daripada seonghwa tidak seperti selalu.

"aku datang ni" tangan seonghwa dipegang kejap dengan tangannya yang menggeletar. jarang sekali dia dapat memegang tangan seonghwa sebegini.

"sorry aku datang lambat. malam tadi ada hal yang tak boleh nak elak. so aku sempat datang pagi ni je" rambut seonghwa diselak ke belakang.

"aku tahu aku bodoh, tapi aku tetap nak minta maaf. seonghwa.."

"aku mengaku yang dah lama aku mula sayangkan kau tapi sebab dendam aku ketepikan semua tu. aku bodoh, hwa. aku terlalu ikutkan rasa dendam tu. sekarang baru aku terhegeh hegeh nak sayangkan kau, nak mengaku yang aku dah cintakan kau"

"tapi masih tak terlambat kan?"

"nanti bila kau dah sedar, kita buat apa yang kita belum buat okey? aku nak luangkan masa dengan kau" suara seohee menjadi serak kerana dia menahan air matanya daripada menitis. tapi biasalah, degil juga air mata tu.

"ermmm patut tak aku ubah cara aku bercakap dengan kau? kau nak pilih yang mana? saya awak? ke you i? ucuk acam ke? ish geli lah you you apa ni" seohee tergelak kecil seraya tangannya mengelap air mata di pipi.

"kita guna saya awak lah ya? sokay, aku tak tanya pendapat kau pun, aku tahu kau memang nak kan? hahah perasannya isteri park seonghwa ni" kini, seohee menggenggam tangan seonghwa dengan kedua dua belah tangannya.

"jadi, seonghwa saya.. awak bangun cepat ya? saya rindukan awak ni.. yura pun kata dia rindukan pakcik garang dia sorang ni. semua orang rindukan awak, seonghwa"

"lepas awak sedar, awak minta saya sujud kat kaki awak pun saya tak kisah sebab memang salah saya. jangan buat saya tunggu tau, saya tak suka nak cakap sorang sorang takde orang balas ni. nanti saya rindu nak gaduh dengan awak"

"okeylah, saya pun tak boleh nak lama sangat. jaga diri baik baik, jangan naughty naughty. saya pergi dulu. nanti saya datang lagi ya?" seohee bingkas bangun lantas dahi seonghwa dicium sekilas.

terasa sebak hatinya saat bibirnya menyentuh dahi sejuk milik seonghwa.

"take care—"

"—sayang"

-

keluar sahaja dari wad seonghwa, langkah seohee mati sebaik sahaja matanya bertemu dengan sepasang mata milik puan park. nampaknya puan park sedang menunggu gilirannya untuk melawat anaknya yang sedang terlantar. ingin sahaja seohee berlalu pergi dan buat buat tak nampak dia, tapi dah puan park menegurnya dahulu.

"siapa yang bagi you masuk?"

"perlu ke saya minta kebenaran untuk melawat suami saya sendiri?"

"you masih mengaku dia suami lepas apa yang you dah buat selama ni? you memang tak malu eh?"

"you should ask that question to your own self. omma masih mengaku dia anak omma lepas dia sendiri nak putuskan hubungan dia dengan omma?"

"i know that he didn't mean it!"

seohee ketawa sinis seraya menggeleng gelengkan kepalanya perlahan. walaupun hubungannya dengan seonghwa sudah pulih, namun dengan puan park ni rasanya memang tak baik baik kot. dia okey je kalau puan park tu okey, tapi dia panas hati juga bila memikirkan betapa sanggupnya puan park menggunakan seonghwa untuk mendapatkan harta.

bagaimana seorang ibu boleh sanggup untuk menggunakan anaknya sendiri untuk kebahagiaan dirinya?

"it's all up to you nak fikir macam mana. apa apapun, omma tak boleh nak halang saya jumpa suami saya sendiri sebab saya pun takkan halang omma jumpa anak omma"

"wah dah insaf dah? sejak bila pula you pandai pandai nak tentukan hak masing masing ni? rasanya sebelum ni you tak peduli pasal seonghwa pun kan? kenapa? dah bosan dengan yeosang?" jelas kedengaran sindiran daripada nada suara puan park.

dahi seohee berkerut. yeosang? kenapa pula yeosang terbabit dalam hal ni?

"you jangan ingat i tak tahu yang you diam diam jalinkan hubungan dengan yeosang eh"

"omma jangan nak fitnah saya!"

"fitnah apanya? dah kalau ada suami tapi berkepit dengan jantan lain. seonghwa tu pun bodoh sangat percayakan yeosang dengan isteri dia ni. sepatutnya memang i cepat cepat ceraikan you berdua, so that seonghwa takkan jadi macam ni. kalau dia kahwin dengan heejin tu terjamin sikitlah kebahagiaan dia daripada dengan perempuan macam you ni"

tak habis lagi isu ni rupanya hm.

"seonghwa percaya yang saya takkan buat benda pelik pelik belakang dia walau benci mana pun saya kat dia masa tu. tuhan memang dah tetapkan takdir saya dengan seonghwa dan bukannya heejin. omma sepatutnya terima kenyataan"

"memang senang you cakap macam tu sebab bukan you yang lahirkan dia! bukan you yang jaga dia dari kecil! anak i yang tengah terlantar atas katil hospital tak sedarkan diri tu sekarang ni"

"tak payah nak cakap soal tanggungjawab dengan saya kalau niat omma untuk kahwinkan seonghwa dengan heejin tu pun sebab harta. i'm sorry but i will fight for my love" lantas, seohee terus bergegas pergi. malas mahu melayan kata kata puan park yang menyakitkan hati.

sudah dapat menantu, tetapi masih mengharapkan wanita lain. siapa yang nak berkahwin sekarang ni? masa seonghwa tengah tak sedarkan diri ni pun dia masih nak menyoalkan lagi tentang takdir seohee dengan seonghwa. langsung tak bersyukur!

"sorry seonghwa.. sorry sebab tak dapat hormatkan mak awak"

hai uolsss sis nak cakap maceh ngatngat sebab baca and vomment cerita ni. wehh korang sumpah sporting gilaaa support cerita tah pape ni an hahahah ni betul ni aku cakap, semua ff aku tak pernah dapat 2k views dalam tempoh secepat ni but revenge did it!!! but semua tu atas jasa korang so nah anggap jela chapter ni hadiah oke hekhek

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

12.6K 1.9K 11
❝Rasanya, aku sudah jatuh cinta sekali lagi pada kamu❞ ©neoculturetechnology | 2020 project
401K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
4.8K 727 10
baca dulu Cold Husband kalau nak tahu apa yang terjadi dekat ff ni •^• "maafkan saya Jiyeon" Start:10/8/2020 End:12/8/2020
28.3K 4.3K 46
ෆ nande? "Kenapa bukan aku? Kenapa dia?" +semua yang terkandung dalam cerita ini hanyalah sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan yang hidup...