The Secret

By sarangdungy13

38.9K 4.3K 425

Gerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menj... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Ulangtahun Yang Pertama!
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72 - FINAL
AUTHORS' NOTES
AUTHORS' NOTES #2
MINTA JASA BAIK KALIAN😭 -updated 2.7.2021

59

388 39 2
By sarangdungy13

"MANA ANAK KAU?! CAKAP!" Max terus menyeksa Khairani dengan menumbuk perut Khairani dengan sebatang kayu.

"A..aku.. t.. t..tak.. t..ta..hu.." balas Khairani dengan lemah.

Dua ekor syaitan milik Max kembali dengan tangan kosong.

"CARI MEREKA SAMPAI JUMPA! GERHANA AKAN MUNCUL TAK LAMA LAGI. KALAU TAK, KITA AKAN MATI!" Max mengarahkan syaitannya kembali mencari Ayeesha.

"Aku tahu kau sembunyikan sesuatu.. cakap Khairani, mana anak kau?" Max bertanya lagi.

"Aku.. t..tak tahu.. a..aku t..tak ta..hu.." Khairani masih berkeras. Max sudah hilang kesabarannya. Dia terus mengetuk perut Khairani dengan kayu yang dipegangnya dengan sangat kuat. Akibatnya, Khairani muntah darah. Sakitnya bukan kepalang. Teramatlah sakit.

"Mana Tuhan kau untuk menolong saat ini?" Max masih sempat memerli Khairani.

"Ada, bersamaku.." Khairani menjawab dengan lemah, dengan mulut yang bersisa darah.

"Mana? Kenapa tak selamatkan kau? Kau percaya Allah itu wujud? Kau nampak dia?" Max masih memerli.

"Allah ada dimana-mana sahaja.." pendek sahaja jawapan Khairani.

"Kau lihat dia.." Max menunjukkan patung manusia berkepala kambing yang disembahnya tadi kepada Khairani.

"Kalau kau sembah dia, kau takkan jadi macam ni. Kau pun boleh nampak dia, maka dia wujud. Hakikatnya, kau sembah Allah. Mana Allah untuk bantu kau?" Max cuba memanipulasi psikologi Khairani.

"Allah ada sentiasa bersamaku. Di langit, di lautan mahupun di daratan. Sentiasa ada.." keimanan Khairani teguh mempertahankan agamanya.

"Tak tolong?" Max bertanya.

"Tolong.." Khairani menjawab.

"Tolong apa?"

"Tolong lindungi aku dari sebarang perkara yang boleh mensyirikkan Dia seperti apa yang kau buat.." Khairani mencabar Max. Max tergelak kecil.

"Khairani.. Khairani.. kau masih buta nampaknya. Kau tak sedar ke kau ada dimana ni? Kau tak sedar ke yang kau ni dah nak mati? Dan.. kau tak sedar ke yang Allah tak wujud untuk tolong kau sekarang ni?" Max mencekup leher Khairani.

"Aku sedar siapa Tuhanku. Aku sedar bahawa Allah itu wujud. Aku yakin Allah akan bantu aku.."

"Bila nak bantunya?"

"Ajal, kelahiran ialah satu misteri. Jika ditakdirkan aku mati disini, setidak-tidaknya, aku mati dijalan Allah.."

"Kau tak takut mati?" Max bertanya.

"Kenapa aku harus takut? Sedangkan Allah sudah berfirman dalam Al-Quran, 'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan', surah Al-'Ankabut : ayat 57. Semua orang akan mati, termasuklah kau"

"Khairani.. Khairani.. I am immortal. I've been sent by Lucifer to save people like you. I am your protector.."

"Tidak. Allah yang akan melindungku kerana Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran, 'Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong', surah Al-Anfal : ayat 40"

Max menolak kepala Khairani.

"Pastikan kami jumpa anak kau.." Max beredar lalu duduk di hadapan berhala sembahannya.

* * *

Mason, Ayeesha dan Tuan Ghazi terdengar bunyi rantai besi yang diseret di sebalik dinding batu yang menjadi tempat persembunyian mereka.

"AYEESHA!" Suara garau lembaga itu memanggil nama Ayeesha dengan sekeras-kerasnya. Tuan Ghazi menekup mulut Ayeesha untuk mengelakkan dia daripada membuat sebarang suara. Sesekali lembaga itu masuk juga ke dalam bilik yang mereka diami itu namun lembaga itu gagal mengesan mereka. Mereka duduk disitu, diam, kaku.

* * *

Hari sudah larut malam. Farhana masih tidak boleh tidur, memikirkan nasib suami dan anaknya di alam sana. Hari ini dia banyak menghabiskan masanya di dalam bilik sambil menangis. Malam ini, dia hanya duduk di atas sejadah sambil menadah tangan memohon sejuta harapan kepada sang Pencipta. Meminta perlindungan yang seluas-luasnya buat dua insan tercinta. Moga-moga Allah perkenankan doa murninya. Sekali sekala dia menangis jua. Hati mana yang tidak risau tatkala nyawa insan tercinta bagai telur di hujung tanduk. Sama ada masih memiliki peluang untuk meloloskan diri atau terus terjerumus ke dalam lembah kematian, tiada siapa yang tahu penghujungnya. Harapannya tinggi kepada yang maha Esa. Moga-moga tangisannya didengari oleh semua penghuni langit, bahkan sehingga langit yang ketujuh.

* * *

Dua ekor lembaga itu sekali lagi pulang dengan tangan kosong. Max menjadi sangat-sangat berang.

"AKU TAHU ADA ORANG JUGA DISINI! CAKAP, SIAPA ORANGNYA?!" Max terus menyeksa Khairani.

"A.. aku..t..tak.. t..ta..hu.." tergagap-gagap Khairani menjawabnya dek menahan seksaan yang teramat pedih. Lebih banyak seksaan yang ditanggung, lebih banyak darah yang dikeluarkan. Sehingga pucat mukanya dibuat. Baru sehari berada disini. Bagaimana jika dia berhari-hari terkandas disini? Mungkin dia akan mati ditangan manusia zalim ini.

"Kau main-main dengan aku?" Max mencekik leher Khairani.

"Kau tahu tak jika aku nak bunuh kau dekat sini, aku boleh je. Kau nak mati ke?" Max menjadi berang. Matanya mula bertukar merah.

"Aku rela mati dijalan Allah daripada mati dalam kesesatan.." Khairani mempertahankan dirinya. Max mencekik Khairani dengan lebih kuat.

"Aku berkuasa disini. Kau makin lama, makin mencabar kesabaran aku.." Max memandang tepat ke dalam iris Khairani. Khairani mula mencungap mencari nafas. Lehernya dicekik kuat sehingga menampakkan urat lehernya menjadi tegang. Max melepaskan cengkamannya daripada leher Khairani.

"K..kenapa k..kau tak b..bu..nuh s..sahaja aku?" Khairani benar-benar tidak kesah akan ancaman yang bakal dia terima terhadap Max. Baginya, tugasnya disini sudah selesai. Ayeesha sudahpun selamat. Itu sahaja kemahuannya.

"Aku masih mahukan Ayeesha! Aku tak mahu kau!" Max menempik Khairani. Khairani hanya terdiam sambil memenuhkan peparunya dengan oksigen yang diperlukan.

"Pergi! Cari lagi budak durjana tu! Pastikan dia ada! Kalau tak, kita yang mati nanti!" Max mengarahkan lagi syaitannya untuk mencari. Syaitannya hanya akur sahaja.

"Kau tak takut, kalau syaitan kau tu berpaling tadah terhadap kau?" Khairani sering mencabar Max. Manakan Max tidak berang dengannya. Namun bagi Khairani, ini sahaja cara untuk membuatkan Max berfikir agar tindakannya menyembah syaitan merupakan suatu tindakan yang kurang bijak. Moga-moga memperoleh hidayah buatnya.

"Buat apa mereka mahu berpaling tadah? Aku yang mencipta mereka. Aku yang beri mereka makan.."

"Allah yang cipta mereka. Bukannya kau. Kau juga merupakan ciptaan Allah.." selamba Khairani menjawab.

"Kau ini tak habis-habis dengan Tuhan kau. Mana dia? Lebih baik dia datang lawan aku daripada biar kau ni mati disini. Tapi dia tak datang pun. Tuhan tak sayangkan kau pun.." Max tetap mempertahankan pegangannya.

"Jangan mencabar Allah, Max. Allah itu maha menguasai segala-galanya. Sekali dia ambil segala nikmat daripada kau, kau hilang segala-galanya.."

"Apa buktinya bahawa Allah itu yang menguasai segala-galanya? Lucifer yang memberikan aku nikmat kehidupan.."

"Bukan Lucifer, tapi Allah yang berikan.."

"Aku merasakan segala nikmat dan sayangnya Lucifer kepada aku. Dia mengutuskan aku untuk menjadi penyelamat kau semua! Tapi kau semua tak percayakan dia.."

"Kerana Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup sepanjang zaman. Allah juga mengutuskan rasul sebagai penyampai wahyu bagi umat. Aku berpegang pada Al-Quran. Tuhanku hanya Allah Azza Wa Jalla. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Di dalam Al-Quran telah menyatakan banyak kali bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia. Jangan kau terpedaya. Mereka itu pendusta.." seperti biasa, apabila Khairani menceritakan kekuasaan Allah dan pendustaan syaitan terhadap manusia, Max akan naik berang. Dia mengambil suatu benda tajam yang berupa kaca lalu menoreh muka Khairani sedikit demi sedikit disebelah lagi. Khairani meronta-ronta akibat kesakitan yang dialami. Darahnya menitik-nitik di atas lantai. Banyak.

"Masih Allah tak datang bantu kau?" Max mencabar Khairani.

"Kau pasti terima hukuman setimpal jika kau mensyirikkan Allah sebegini. Kembalilah kau kepada agama yang benar.." Max terus mengacukan lagi kaca itu kepada Khairani lalu menoreh lagi pipinya.

"Allah, tiada Tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, yang mengatur (makhluk-makhluk) secara berterusan, tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan dan apa yang ada di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, lagi Maha Besar" - Surah Al-Baqarah : ayat 255 (Ayat Kursi).

Khairani membaca ayat kursi bersama memahami terjemahannya apabila dia diseksa oleh Max.

"ARGHH!" Max tiba-tiba mengerang kesakitan. Tangannya entah bagaimana ditusuk kaca yang dipegangnya untuk menoreh tangan Khairani apabila Khairani habis membaca ayat kursi tersebut. Kebesaran ayat Kursi adalah sebagai pelindung. Khairani juga terkejut dengan kejadian itu. Max memandang muka Khairani kemudian dia pun mencampak kaca itu ke tempat lain dan beredar dek tangannya yang berdarah.

Muka Khairani terasa amat pedih namun apa dia boleh buat. Hanya menahan perit luka yang tidak berbalut. Sabar dan terus sabar. Itu sahaja tindakan yang boleh dilakukan.

* * *

Tatkala menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak, dalam mengisi masa terluang, Tuan Ghazi memenuhkan masa tersebut dengan berzikir dan bersolat hajat. Begitu juga Mason dan Ayeesha yang menjadi makmumnya. Bertikarkan kain seperti tuala yang ada disitu. Dalam keadaan darurat ini, gunakan sahaja apa yang ada. Sewaktu mereka sedang berzikir, Ayeesha terdengar bunyi tapak kaki yang halus. Dia terus berbisik kepada Mason tentang apa yang didengarinya. Mason lantas memberitahu Tuan Ghazi. Dalam sejenak, mereka berhenti dan cuba meneliti bunyi yang didengar oleh Ayeesha.

"Saya pergi tengok sebentar.." Mason bangun lalu membuka pintu perlahan-lahan. Dia meninjau lorong yang gelap itu dengan teliti.

"Tuk!" Mason rebah di pintu masuk ke bilik itu. Ayeesha dan Tuan Ghazi amatlah terkejut kerana Mason tiba-tiba tersentak lalu rebah.

Satu lembaga berbadan tegap masuk ke dalam bilik itu. Sambil mengheret rantai besi yang panjang, hanya melangkah jasad Mason yang terbaring lemah disitu. Ayeesha memegang erat baju Tuan Ghazi. Tuan Ghazi mula membaca ayat suci untuk memohon bantuan daripada Allah.

"AYEESHA!" Lembaga itu menjerit nama Ayeesha dengan sekuat-kuatnya. Semakin kuat dia jerit, semakin kuat Tuan Ghazi membaca zikrullah dan ayat pelindung buat mereka berdua.

"ALLAHUAKBAR!" Tuan Ghazi melaungkan takbir yang kuat lalu dihempuk tangannya ke atas lantai. Dipasakkan ke bumi. Lembaga itu kaku tidak bergerak.

"ARGHHH!!" Lembaga itu mengerang kesakitan. Cuaca diluar yang memang gelap bak larut malam tiba-tiba menjadi ribut. Guruh dan kilat mula bersahutan.

* * *

Khairani terdengar bunyi jeritan nama "Ayeesha".

"Ayeesha tak lari lagi?" Khairani mula bertanggapan begitu. Tiba-tiba dia merasakan bahawa sekali lagi nyawa anaknya dalam bahaya. Ah! Sudah. Dia perlu melepaskan diri.

-Bersambung-
✔️vote
✔️comment
✔️share

Continue Reading

You'll Also Like

93.6K 6K 22
Mati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak be...
610K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...
MANUSKRIP By M

Paranormal

19.1K 1.2K 27
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
2.5M 83.9K 37
| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 �...