(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 25

9.1K 247 4
By Reyshaaziz

Hari ini hari sambut menantu di sebelah keluarga Ray. Selang dua hari je dengan kenduri sebelah keluarga aku. Rombongan sebelah kami tak adalah ramai sangat pun, dalam lima ke enam buah kereta sahaja.

Itu pun beberapa orang ahli keluarga terdekat sebelah maklang dan paklang sahaja yang turut serta. Sebelah mama? Opah dan adik beradik mama yang lain? Masing masing diam tak memberi sebarang jawapan bila kami sekeluarga berkunjung ke kampung opah untuk mengajak mereka datang pada majlis pernikahan aku.

Nikah pun tak sanggup datang. Apatah lagi majlis menyambut menantu ini pula kan.

"Sabar lah Maira. Doakan yang baik baik. Semoga Allah lembutkan hati opah dan semua. Paklong tak pernah menyalahkan kamu. Apa yang jadi ni semua adalah ketentuaan takdir."

Aku menangis dalam dakapan bapa saudara yang aku gelar paklong. Dalam ramai ramai ibu saudara yang aku jemput seorang pun tidak memunculkan diri. Opah yang aku sayangi. Tempat aku bermanja juga tak kunjung tiba.

Tetapi dalam aku terasa hati dengan mereka semua yang sudah membuang aku jauh dari keluarga mereka, Paklong ternyata insan yang agak waras. Mampu berfikir dengan baik. Bukan bermaksud aku katakan mereka yang lain itu kurang siuman. Cuma mengikut apa yang maklang cakap kurang cerdik.

Menyalahkan takdir dan menjatuhkan hukum pada anak saudara dan cucu sendiri terhadap kematian ahli keluarga mereka.

"Paklong minta maaf bagi pihak mereka semua. Bagi pihak opah. Maira tahu kan opah sayangkan Maira. Cuma sekarang kita bagi saja mereka masa. Tetapi jangan putuskan terus hubungan dengan mereka. Tetapkan bertanya khabar dan berdoa. Nak apa apa minta dan cakap pada Paklong. Macam mana sekalipun Maira tetap amanat Paklong juga."

Aku angguk bersama senyuman nipis. Tunak wajah Paklong aku pandang dalam. Dia seorang yang agak mudah untuk berkongsi pendapat dan bersikap keterbukaan.

Memeluk Paklong terasa seperti memeluk arwah abah. Aku tenang dan merasa bahagia. Biarlah opah dan ibu saudara ku yang lain tidak mengganggap aku lagi sebagai ahli keluarga mereka, aku akan tetap mendoakan yang baik baik untuk mereka semua. Insyaallah..

Aku pandang keadaan dalam bilik. Khaira nampak kelam kabut. Eh bukan Khaira saja yang macam ini, bahkan semua orang. Dari paklang sekeluarga. Angah dengan mulut bising mengalahkan mak mak. Bunyi suara riuh rendah dari sepupu handai. Kawan kawan angah dan Ray semuanya tak ubah macam pasar tani. Gimit!

Aku pula di minta bersiap seawal yang mungkin. Sebab nanti akan ada mak andam yang datang untuk makeup kan. Masalahnya sekarang baju pengantin yang belum muncul tiba. Katanya Atalia yang akan datang hantarkan baju tu nanti.

Kemana lah di bawa larinya baju aku itu. Dan yang paling aku cemas dengan mak mak andam tu sekali tak sampai sampai lagi. Nak sampai macam mana kalau tukang assist mak andam pun Atalia juga. Dia yang tukang jemputnya. Tetapi sekarang mereka berdua pun belum sampai lagi.

Apa jauh sangat ke chalet ma Ray ni dengan rumah dia? Padahal tak sampai pun 100 meter jarak keduanya. Untung kan ada mentua yang ada chalet sendiri.

"Kak, kau betul ke ada orang makeup kan ni? Asal mak andam kau tak sampai lagi? Sempat ke nanti?"

Khaira yang sedang menyikat rambut separas bahu dia memandang aku di balik cermin.

"Entah lah Atalia ni. Call tak berjawap. Asyik masuk voicemail je. Aku bimbang juga ni. Jangan lah tak jadi. Lepas zohor nanti dah kena gerak. Kang aku pakai kain batik ni je ke majlis aku nanti."

Khaira ketawa. Dia yang sudah siap berbaju kurung dengan sulaman lace berwarna turquoise nampak cantik sangat. Tak sangka dah besar budak ni.

" Apakata aku je yang makeup kan kau kak. Aku pun pandai apa. Cer tengok muka aku sekarang lawa tak."

Aku letak kedua dua tangan ke bahu. Tanda menyampah. Dia kalau dah perasan lebih kurang angah je perangai. Pagi tadi angah bising mengalahkan dia pula yang nak kawin. Habis semua bilik di ketuknya bertanyakan kain samping. Aku pun tak faham dia letak mana kain samping dia sampaikan merata ceruk bilik di carinya. Sudahnya dia kena hempuk dengan maklang sebabnya kain sampinganya dia tertinggal di dalam bilik maklang usai menggosok baju semalam.

Angah.. Angah.. Kalau tak kecoh bukan dia lah tu. Kadang aku terfikir juga macam mana lah nanti kalau dia yang kawin? Bingit macam ini juga tak?

"Meh lah kak, bagi aku makeup kan kau. Aku dah lama nak try makeup kan orang ni. Teringin nak tengok tangan aku ni berseni atau tidak."

Khaira merenggek renggek di sebelah aku. Aa sudah. Memang lah dia cantik. Pakai simple pun cantik. Kalau macam tu pun aku pun boleh. Cuma untuk majlis ni biarlah yang bersesuaian sikit. Kena cukup lengkap dengan alatnya.

Aku sendiri tak berapa nak percayakan tangan aku untuk lorek makeup di muka sendiri, inikan Khaira. Mahunya dia buat plan dengan angah untuk dajjal kan aku hari ini ke mana lah aku tahu kan?

"Tunggu lah dulu. Kalau diaorang tak datang kejap lagi. Kita makeup sama. Baju kau bawa lebih kan?"

Dia tersengih lebar. Menampakkan gigi taring yang cantik.

"Ada kak. Aku kebetulan ada bawa baju yang nak lebih kurang dengan warna baju kau tu. Aku tak pakai lah hari ni. Malu. Nanti orang tertukar pula aku dengan kau. Mana satu pengantinnya."

Gatal. Gelak mengekek Khaira dengan kata kata dia sendiri.

"Nasi lemak pun 29 sen je ada hati nak challenge aku. Kau dan angah sama je kan. Sama sama perasan."

Khaira terkekeh kekeh ketawa.

"Eh aku lain lah. Angah overload perasan. Kak, aku sayang kau."

Dia senyum. Bahu aku di rangkulnya kemas. Dia labuhkan pipi pada bahu kanan aku. Aku senyum juga. Sebelah tangan aku gosokkan ke kepala dia.

"Aku sayangkan kau juga. Kau lah adik yang tak pernah aku ada. Cuma terlahir dalam erti seorang sepupu. Terima kasih sebab tak pernah nak kedekut untuk berkongsi kasih sayang dengan aku."

Dia senyum lagi.

"Halah halah sweetnya kau kak. Apa lah sangat nak kedekut. Bukannya mama dan papa anak tirikan aku. Dia sayang aku dan kau sama rata juga. Angah pun tak pernah bandingkan kau dengan aku. Cuma satu je yang susahnya. Aku kalau nak apa apa kena sogok kau dulu. Kalau kau tak lepas tak lepas lah dekat angah."

Aku ketawa kecil. Itu sememangnya betul. Khaira kalau nak minta benda yang pelik pelik mesti dia akan direct kan pada aku dulu, baru lah aku cakap kat angah. Nak kata angah garang tu tak adalah. Cuma dia agak banyak songeh. Dia akan soal sampai dia puas hati. Dan di sebabkan aku pun sejenis orang yang suka kelentong orang. Senang lag untuk aku goreng angah.

"Engkau memang. Suka minta benda yang merapu. Padan mu.."

"Assalamualaikum"

Bunyi salam dan serentak pintu bilik di kuak dari luar. Terjenggul muka Atalia bersama seorang wanita di sebelah nya. Mungkin itu  mak andam yang di ceritanya. Cantik dan bergaya orangnya. Aku senyum membalas senyumannya.

"Waalaikumsalam. Wei asal lambat. Aku dah berdebar gila ni. Macam macam dah aku fikir ni. Kang ada jugak aku pergi majlis sendiri dengan berkain batik."

Atalia duduk di sebelah aku. Khaira di tepi dia ciut sedikit. Acah acah kakak ipar lah tu. Dari apa yang aku nampak Khaira memang boleh ngam dengan Atalia. Atau di sebabkan perangai Khaira yang memang mesra luar biasa itu menjadikan mereka agak rapat.

"Ala tak dapat lah nak touch uo muka kau kak."

Dia memuncung sedikit sebelum bangun berdiri.

"Sian kau kan. Lain kali k."

Aku tepuk punggung dia kuat kuat. Dia berdecit marah.

"Sakit lah. Dah lah aku keluar dulu. Kak Lia orang keluar dulu tau. Lupa tadi angah ajak lawan game."

Dia segera berlalu ke muka pintu sebelum menutupnya kembali. Dan aku kecilkan mata ke arah Atalia. Menuntut penjelasan. Dia senyum serba salah.

"Asal phone kau masuk voicemail je? Jangan bagi alasan phone habis bateri. Aku dah masak dengan kata kata gorengan kau."

Dia cucuk bahu aku.

"Jangan lah marah. Memang macam tu lah jadinya. Phone aku habis bateri. Semalam lupa nak cas. Pastu tadi Kak Zett ni sesat jalan. Dah sesat jalan tayar dia pula pancit. Aku kena g pick up dia kat situ dulu."

Wanita yang di panggil Kak Zett tu kelihatan membuka beg peralatan makeupnya. Dahi yang berpeluh dia tekap tekap dengan tisu.

" Betul ke kak Zett apa yang Atalia cakap ni? Bukan apa kotnya dia goreng je lebih."

Kak Zett ketawa. Tangan dia masih lincah mengeluarkan barang barang.

"Ye Maira. Kak Zett sesat pergi ke  kampung lain. Sesat area situ dekat 20 minit. Lepas tu bila dah elok dapat location apo tayar pulak pancit. Menangis kak mu."

Kak Zett cakap slang bercampur KL dengan Kelantan. Halah halah cute je bunyinya. Aku tergelak kecil.

" Tak apa lah kak Zett janji dah sampai. Ni sempat tak nak makeup ni?"

Jam di tangan aku tenung sekejap. Apa taknya. Kejap lagi dah nak azan zohor. Aku punya berdebar tu tuhan saja yang tahu.

" Sekarang baru pukul 12 lebih, lebih dari sempat wei. Kak Zett makeup orang kejap je dah jadi macam vidadari. Kau jangan risau k. Aku import mak andam terbaik kelantan mali."

Atalia angkat ibu jari membentuk thumbs up. Aku senyum. Dia bab puji melambung memang bagi kat dia.

"Atalia ni, pandai je cakap macam tu. Kak Zett biasa biasa je. Insyaallah akan cuba buat sebaik mungkin. Dah, jangan banyak bebel. Nanti naik kedut kedut kat muka tu kan dah tak lawa pulak makeup nanti."

Kak Zett senyum. Kerusi meja solek dia tarik.

"Eh betul ke kak Zett? Tak pernah tahu pulak?"

Ujar aku polos. Aih, aku naif sangat bab makeup ni! Biasanya aku hanya reti pakai simple simple sahaja. Yang basic dan setakat bagi naik seri wajah sahaja.

Meletus ketawa dari kedua dua mulut di hadapan aku. Satu dari kak zett, dan satu lagi dari Atalia. Atalia peluk bahu aku kejap.

" Ya Allah, kasihanilah moksu ku ini! Sesungguhnya dia insan yang agak noob gitu."

Kepala aku dia kucup sebelum dia tonyoh tonyoh kuat. Dasar anak sedara merangkap kawan memang rupa dia begini eh. Membuli je kerjanya.

"Kelakarlah Maira ni, tak adanya komplen tu boleh buatkan makeup tak cantik. Tapi saja je kak Zett nak usik Maira tadi. Kalau nak tahu sebenarnya muka kita ni bila banyak berkerut tu yang jadikan kita nampak tua dari usia adalah. Kulit jadi kendur pun ada. Sebab tu kita kena banyak buat benda benda positif, hati dan minda kena set benda baik baik dan banyakkan senyum juga tau. Exercise untuk muka."

Terangguk angguk aku dengan penerangan kak Zett. Inilah orang kata Mua tak lokek dengan ilmu. Sambil mencantikkan kita dia kongsi tips tips yang berguna.

" Ok, borak borak juga. Now, it's time to be serious."

Kak Zett dah siap dengan beberapa barang makeup yang ada. Step pertama, kak Zett sapu muka aku dengan toner apa entah. Tapi bila dah kena kat muka ni rasa best sangat. Lembap dan sejuk gitu.

Masuk step kedua, kak Zett pakaikan moisturiser. Sempat dia ceritakan, yang moisturiser sangat penting untuk kulit. Jangan ingat kita makeup tak perlu nak pakai moisturiser ni semua. Nak makeup tahan lama dan tak mudah rekah, base makeup kena kukuh.

Itu aku tahu, sebab aku hari hari tak pernah miss pakai moisturiser ni. Ia dah semacam rutin. Tak pakai tetiba rasa macam tak ada batang hidung.

Step ketiga kak Zett dah start pakaikan primer dan spray face mist. Yang ini pun aku tahu sebab aku selalu pakai.

Sudahnya sampailah ke step yang terakhir selepas makeup. Iaitu mempersiapkan pengantin dengan pakaian dia. Step pakai shawl dan veil pun sama. Itu semua kak Zett yang nak setelkan. Atalia, hanya tahu dok berguling kuak lentang atas katil dengan handphone di tangan. Bukan nak menolong aku pun.

"Ok tak Maira? Kemas sangat ke kak Zett lilit shawl ni? Atau nak longgarkan sikit?"

Kak Zett menilik wajah aku yang sudah di tatarias nya di sebalik cermin meja solek.

"Ok je kak Zett, Maira selesa je."

Aku senyum membalas pandangan dia di balik cermin itu. Cantik air tangan kak Zett ni. Aku nampak sangat lain dari biasa. Makeup yang tak keterlaluan, sesuailah dengan tema sambut menantu. Namun tetap juga terlihat manis dan cantiknya.

" Kalau macam tu tak payah nak adjust apa apa dah kan? Kita pakai veil dengan crown terus jela kan? Lepas zohor kan rombongan bergerak ke sana."

Aku mengangguk mengiakan. Mulut ni seakan terkunci pulak. Masih terpesona dengan muka sendiri yang cantik. Eh, perasan.

" Kau dah ambil air sembahyang kan tadi moksu?"

Atalia bersuara dari belakang. Sempat juga dia belek belek muka aku. Sekeping dua gambar dia snap dengan handphone dia.

Bagus ada kawan yang mengingati kawan begini. Bab solat Atalia memang tak pernah pandang lekeh. Sentiasa mengingatkan.

" Dah.. Tadi.. Masa korang sampai tu, aku dah ambik air sembahyang dah. Kejap lagi tunggu nak solat je. Eh, tak payahlah pakaikan veil lagi kak Zett. Nanti Maira mintak sepupu Maira yang pakaikan."

Kak Zett senyum sahaja. Veil yang elok terbentang di atas katil belum kak Zett sentuh lagi. Crown comel tu pun masih elok terletak bersebelahan dengan veil.

" Kan, nak solat senang sikit nanti. Kalau dah ada yang boleh tolong tak apalah. Kerja kak Zett dah selesai. Kak Zett mintak diri dulu lah."

Kak Zett menyusun segala alatan dari brush sehinggalah pallete pallete eyeshadow yang di gunakan ke tempat khusus beg makeup beroda berwarna hitam itu.

Lihat dari gaya dan cara dia makeup kan aku tadi, aku dapat simpulkan yang Kak Zett ni seorang yang agak pengemas orangnya. Barang barang dalam beg makeup dia tersusun atur elok.

Brush dia nampak bersih dari segala kotoran bahan makeup semasa dia makeupkan aku tadi. Barang barang yang dia gunakan pun berkualiti sangat. Senang citer aku puas hati sangat hari ini.

"Eh cepatnya! Rasa macam sayang nak lepaskan kak Zett. Macam nak mintakkan makeup lagi je."

Ini bukan ayat manis bicara. Ini iklas dari hati aku. Terasa macam mahu di makeup kan lagi oleh kak Zett. Lawa kot makeup dia. Makeup sweet sweet tapi tetap nampak meletop.

"Boleh je nak makeupkan lagi. Makeup hari hari pun boleh. Tapi ongkosnya kena hari hari lah."

Aku sengih pamerkan gigi aku yang comel tersusun, berwarna putih tulus mulus. Kalah Fazura selaku duta iklan ubat gigi Colgate. Tentang ongkos tu memang aku telan air liur lah. Bukan tak mampu, tapi kalau boleh berjimat apa salahnya kita berjimat kan?

" Oo boleh kak. Tapi botak tengah rambut Maira kalau macam tu. Pening kepala diku nak cari pulus nak bayar duit makeup akak."

Kak Zett geleng kepala. Sempat dia tenung muka aku sekejap. Mungkin nak pastikan makeup aku perfect di mata dia.

"Dengarlah cakap dia tu Kak Zett, dia kalau tak melawak tak sah. Kak Zett dah siap kemas kan, jom ikut Atalia balik dulu. Kita makan makan."

Atalia berdiri sambil mengeliatkan badan dia kiri ke kanan. Gaya dia macam dia yang makeup kan aku. Lenguh semacam dia yang tertonggeng kat depan aku tadi.

" Ha a kan, akak dah siap ni. Rugi lah jadi mak andam kalau tak pekena gulai pengantin. Maira, kita jumpa kat sana tau. Ingat, kalau berpeluh tekap sahaja dengan tisu. Tapi jangan tekan."

Sempat lagi kak Zett Warning aku. Yelah, nanti kalau tak cantik orang akan salahkan Mua yang makeup kan pengantin tu.

Aku senyum sahaja sambil jari membentuk huruf OK.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 39K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...
559K 27.3K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
21K 1.2K 37
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...