Us βœ”

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 51

375 36 10
By FaryoonaHana



Flashback


"KAU NAK BUAT APA?"

Kening dijongket. Lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini, aku usya dari atas hingga bawah. Pelik bin ajaib. Tiba-tiba je nak pinjam barang aku pehal?

"Adalah I nak kena copy something ni. Urgent."

"Tapi budak kelas kau ramai lagi kan yang ada pendrive ? Kenapa nak minta yang aku punya?" Soalku curiga.

"I dari makmal komputer ni. Alang-alang I dah jumpa you, I minta dekat you je lah." Balas Zecking Cheng, salah seorang budak kelas 5 Mozart. Set-set Sains Komputer.

Aku tak pernah tegur dia, apatah lagi berkawan and kenapa tiba-tiba je dia selisih dengan aku then nak pinjam pendrive aku. Ya maybe it makes sense tapi.. Kenapa aku?

Aku cukup payah nak bagi pinjam barang dekat orang yang aku tak kenal. Kalau dia tak pulangkan balik macam mana?

Aku mengerut kening.

"Tapi.."

"Ika please, I need your help. Memang tak ada masa dah ni. I need it right now." 

Aku mengetap bibir. Teragak-agak aku mengubah beg galasku ke hadapan dan membuka zip untuk mengambil pendrive yang aku ada.

Pendrive hitam milikku dihulur. "Here you go." 

"Thanks Ika. I'll return it  as fast as possible."  Katanya lalu berlari ke makmal ICT.

Dia nampak kalut sangat. Tugasan penting maybe? Apalah agaknya kerja tu? Haihh..

Moga urusannya dipermudahkan.

Kemudian, aku pun menyambung melangkah ke surau untuk solat Asar. Baru habis prep petang kat kelas.

---------

"Ika , here your pendrive. I'm really grateful for your help. I dont know if I can't  send the assignment today, Cikgu Ruslah will definitely be mad at me."

"Again.. Thank you  sangat." Ujar Zecking. Dia memulangkan barang milik aku yang dipinjamnya semalam.

Kan bagus macam ni. Selesai guna, pulangkan terus. Orang macam ni lah yang  kita perlukan. Bukannya jenis spesies yang pinjam, tahun depan malam raya baru nak bagi. Ada yang sampai hilangkan pun ada.

"Sama-sama. Assignment apa yang kau kena buat tu?" Soalku.

"Chemistry."

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Nak dekat-dekat Trial pun cikgu bagi assignment lagi ke?" Tanyaku lagi.

"Ahh, maklumlah. I lemah sikit subjek ni so cikgu asked me to do it.. But it worth. I got so many things in internet.  Sangat membantu. Daripada baca buku kan, kadang-kadang I jadi bosan." Terang Zecking. Dia ketawa kecil.

Betul juga apa yang dia kata tu.

"Kemarin sebab printer  yang connect dengan PC yang I guna tu dia rosak. So I have to use another PC to print it. Tu yang I pinjam pendrive you. Nak copy apa semua.."

Aku hanya mengangguk faham. Ramah juga si Zechking ni. Baik je. Ya lah, aku ni kan dulu mana nak bertegur sapa dengan orang. Kalau orang lain tegur pun aku buat tak endah je. Sekarang alhamdulillah lah aku dah jadi manusia normal.

Zecking Cheng , atau lebih glamour dengan panggilan Zeck. Pelajar China yang boleh dikatakan hot  jugalah. Warna kulitnya cerah tapi tak lah terlalu putih, berkaca mata, nampak nerd  tapi kalau sekali dia tanggalkan spek mata dia, aku rasa ramai je jatuh cinta.

Zeck dilahirkan di Malaysia tetapi menetap di UK selama 10 tahun. Kemudian berpindah ke sini semula sewaktu berada di tingkatan 3. So,  jangan hairanlah kalau dia kerap speaking.

"Okay Zeck, so tak ada apa-apa dah kan? I think I gotta go now."

Soalan aku dibiar sepi. Aku melihat Zeck yang termenung. Riak wajahnya seperti risau akan sesuatu. Urm, whats wrong with him?

"Urmmm.. Zeck?" Aku melambai-lambai di hadapan mukanya.

"Oh, sorry. I mengelamun tadi. " Lamunannya terhenti. Dia menunduk. Then, dia mendongakkan kepala semula seraya mengucapkan terima kasih kepada aku sekali lagi.

Usai berurusan, aku berjalan kembali ke kelas.

"Ika." Panggil Zeck menghentikan langkahku.

"Ya?"

Mulutnya dikemam. Teragak-agak untuk bercakap. Nafas dihela lama.

"I'm sorry." Ucapnya.

"For?" Dahiku dikerut.

"For anything I've done to you?"  Zeck tersenyum kelat.

Aku berdecit. "Kita tak pernah berkawan pun sebelum ni Zeck. Kau tak ada buat salah apa-apa pun kat aku.." Ujarku.

Zeck hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan.

Aku membalas senyumannya lalu kembali menuju ke kelas.



************

"Yumna Zulaikha Asfieya!"

Laungan namaku dari dalam kelas menyentak aku dan semua pelajar.

Apa hal ni?

Mataku meliar di sebalik tingkap. Cuba melihat keadaan di dalam kelas. Nampaknya para pengawas masing-masing tengah memandang aku tajam.

"Ika masuk kelas jap." Aliah mendapatkan aku yang berada di luar. Tanganku ditarik masuk ke dalam kelas.

Jangan cakap diorang jumpa phone Zulfa. Huhu mampuslahh..

"Ni kau punya ke?"

Aku dapat melihat pendrive hitam milikku kini berada di tangan Eiz. Anak mataku memandang wajahnya dan pendrive itu silih berganti. Dari riak mukanya, aku boleh nampak..

He was totally bristling with anger

Ya aku tak tipu. Baran Eiz dah datang. Aku pula yang naik meremang ni.

"Haah aku punya. Kenapa?" Jawabku tanpa berselindung. Pengawas yang lain dah mengurumuni aku.

Eiz mengetap gigi. "Can you explain this?"  Dia pantas mencucuk pendrive tersebut pada notebook yang disediakan. Maka terpaparlah segala folder yang terdapat di dalamnya.

Dan akhirnya mata aku terbeliak melihat satu folder yang aku tak jangka akan ada dalam tu.

My Secret Success

Folder itu ditekan. Maka terpaparlah segala soalan TRIAL SPM EXAC HIGH SCHOOL 2019. Semua subjek beserta jawapan.

What the hell??!!

Sejak bila benda ni ada kat sini?

"No, this is not mine." Aku membela diri.

"Tapi ni pendrive kau."

"Yaa the pendrive is mine, but not this folder." Potongku.

"Then how can it be in it?"  Aliah merenungku tajam. Tiada tanda-tanda mahu bergurau. Suasana sangat tegang sekarang ni. 

Pelajar-pelajar di luar kelas sibuk memerhati. Ingin mengetahui apa yang terjadi.

Aku dah mula berpeluh. Otak aku jadi blank terus. Ni bukan kerja akulah! Siapa yang nak pedajal aku ni?!

"Aku tak tahu. Betul, aku tak tipu korang. Aku tak tahu. Ni bukan kerja aku weh.. Sumpah." Aku cuba meyakinkan semua orang.

"Aliah, Eiz.. Aku berani sumpah bukan aku yang buat. Aku tak tahu langsung weh pasal ni. Aku tak dapat pun soalan bocor tu. Betul."

"Tapi kami dah check kesemua pendrive yang ada and also all the phones in this class, hanya pada pendrive kau je ada yang the original one. With the school's logo."  Ujar Aliah sambil menunjuk kepada logo sekolah yang terdapat pada muka depan soalan.

"Ia nya berbeza, dari yang kitorang dah check, the file that has been sent to everyone  just has a title on it. But yours, has the school's logo.. exactly the same,  Just like the original one in XT Room."  Jelas Aliah lagi. Dia memberikan sebuah telefon kepada aku lalu menunjukkan perbezaan antara file yang telah dihantar dalam phone dan file yang ada dalam pendrive aku.

"Serious aku tak tahu weh pasal ni. Sebelum ni tak ada pun dalam pendrive aku. Aku dianiaya weh." Ujarku sambil mengangkat sebelah tangan. 

"Eleh, tak payah nak berlakonlah kena aniaya. Dah buat tu mengaku je lah." Aku dapat mendengar suara seseorang dari luar.

"Kalau perangai tu dah jahat, selama-lamanyalah jahat."

"Dah la menyusahkan orang, tak nak mengaku pula."

Aku menggigit bibir. Air mata dah bertakung. Tunggu nak tumpah je dari kelopak mata.

Kenapa semua ni mesti jadi kat aku?

"Eiz, Aliah... Aku tak buat benda ni. Wallahi.  Aku tak tipu korang. Aku betul-betul tak buat." Ujarku lagi. Suaraku mula bergetar.

Aku menunduk. Fikir Ika fikir. Kau kena buktikan kebenaran yang kau tak buat!

Aku mendongak. "Kalau korang tak percaya, periksa CCTV. Korang dah check CCTV ke belum?" Soalku. Cuba untuk membuktikan yang aku tak bersalah.

"Kami dah check. Tapi kitorang tak boleh nak detect sama ada yang pecah masuk tu lelaki or perempuan. Dia pakai hoodie hitam yang ada cop gambar harimau kat belakang dan dia pakai mask. He or she covers all the body so we can't see it clearly.

"Lepas tu korang nak tuduh aku? Korang sendiri pun tak tahu then nak tuduh aku yang buat? Come on lah! Macam ni ke korang buat kerja?" Marahku.

Tadi aku boleh lagi tau tahan sabar. Sekarang aku mula nak naik angin. Buat kerja separuh jalan then nak fitnah aku sesuka hati. Jangan sampai Ika yang lama datang balik.

"Eiz.." Khirana yang tiba-tiba muncul menghampiri Eiz sambil menghulurkan sesuatu. "Aku jumpa ni dalam beg dia." 

It's a hoodie. Black hoodie.

Apabila dibuka lipatannya maka terpampanglah pada belakang hoodie tersebut cop gambar harimau.

Aku tergamam.

Aku menggeleng laju. Dada aku naik turun. Nafasku mula tak terkawal. "Tak, ni bukan aku punya! Ada orang khianat aku!"

Semua pengawas di situ agak speechless. Tidak tahu sama ada nak percaya atau tidak. Pelajar-pelajar biasa di luar pula nampaknya sudah mula berbisik-bisik.

"Kalau dah terang lagi bersuluh jumpa bukti macam ni, takkan kitaorang tak percaya lagi kot? Hah Ika?! Apa masalah kau?!" Aliah menolak tubuh aku.

"Tu bukan hoodie aku!"

"Ika mengaku je lah. Kau jangan nak besarkan masalah boleh tak?" Suara lain menghangatkan lagi keadaan.

"Aku cakap bukan bukanlah! Itu bukan hoodie aku. Korang tak faham ke?!" Aku memang hilang sabar.

Aztecs  dari kelas lain yang sudah selesai melakukan spotcheck, datang ke kelas 5 Alpha. Semakin ramai pula yang menonton. Suasana semakin riuh dengan caci maki.

"Kau memang dari dulu tak pernah nak insaf ke? Kau tak penat ke hah menyusahkan hidup orang!"

Aku memekakkan telinga. Penumbuk digenggam.

"Eiz.." Aku merenung dalam anak mata Eiz. "Demi Allah Eiz, aku tak buat." Hatiku memberi seribu pengharapan. Eiz je yang aku harapkan sekarang ni.

Mata kami saling bertentang. Eiz memandangku kosong. Bingung. Otak seperti tidak dapat berfikir dengan betul.

"Ika, for this time, please tell the truth." Eiz memandang aku lama.

Aku terkedu. Kemudian tertawa halus.

"Kau tak percaya aku ke Eiz?" Soalku lirih. Hati aku hancur berkecai. Satu-satunya orang yang aku harapkan..

Tak percaya aku

"Eiz.. Demi Allah aku tak buat." Aku pandang matanya. Kali ni aku berdiri betul-betul di hadapannya. "Kau percaya aku kan?"

Eiz tunduk. Dia mendiamkan diri. Serabut. Sudah semestinya dia percaya Ika. Tapi dalam keadaan yang macam ni, dirinya langsung tak boleh nak berfikir rasional.

Sebab bukti dah ada depan mata.

Aku mengesat air mata yang mengalir. Aku tak nak tunjuk yang aku lemah. Tak, aku tak boleh menangis depan diorang. Aku kuat!

Otakku ligat berfikir mencari jalan. Mata dipejam sesaat dan akhirnya minda aku dapat menangkap sesuatu.

"Zecking!"

Mataku terbeliak. Ni mesti semua kerja dia. Oh patutlah perangai pelik semacam. Tiba-tiba je nak minta maaf bagai. Konon nak pinjam pendrive aku buat assignment. Nak khianat aku rupanya!

Pengawas yang lain dah memandang aku pelik. Mereka cuba menghentikan langkahku yang semakin maju.

Mana cina tu, dia ni memang nak kena mati  dengan aku.

Tanpa dikawal, kakiku laju bergerak ke 5 Mozart. Pengawas yang lain cuba menghalang tapi tanganku laju sahaja menepis.

"Zeck." Panggilku. Pelajar-pelajar yang berada di luar kelas Mozart itu semua memandang aku. Aku mendapati Zeck yang sedang berbual dengan kawannya lalu aku menghampiri lelaki itu.

Tak semena-mena, satu tumbukan mendarat di pipinya. Semua orang terkejut dengan tindakan berani aku.

"Ika!" Ramai yang menahan. Kedua lengan aku dicengkam dari belakang.

"What the hell dude. You kenapa Ika? Gila?" Zeck memegang pipinya yang menjadi mangsaku sebentar tadi.

"Semua ni kerja kau kan?! Aku percaya kau.. aku bagi pinjam pendrive aku untuk kegunaan kau. Macam ni kau balas aku? Huh?" Mukaku mulai merah.

Zeck berdecit. " You lupa ke apa? I guna buat assignment okay? "

"Mana hah folder kau? Tak ada langsung assignment  sampah kau tu dalam pendrive aku. Ke My Secret Success tu folder sebenar kau hm?"

"I dah delete lah bodoh. Itu pun tak boleh fikir ke?" Dia senyum sinis sambil mengecilkan matanya.

"You tu siapa je dalam hidup I. Tch, please.. I tak ada masa lah nak sibuk hal you. I pinjam barang you pun kebetulan je okey?"

Aku mengetap gigi.

Dia mendekatkan mukanya denganku. "Lain kali kalau dah buat salah tu, jangan nak libatkan orang lain." Bibir menarik senyum.

"Kau.."

Maaf, kali ni aku memang hilang sabar. Aku menyentak lenganku yang dicengkam.

Aku menarik kolar Zeck dan menolak tubuhnya ke pintu kelas. Sebuah tumbukan dihadiahkan di pipi. Kuat. Aku betul-betul hilang sabar. Pelajar-pelajar disekeliling sudah ramai yang menjerit.

"Zulaikha enough! " Lenganku ditarik kasar dan akhirnya satu tamparan hinggap di pipiku.

Pang!

Nafasku turun naik. Aku menoleh ke hadapan, melihat gerangan yang menampar aku.

Eiz..

Kau tampar aku?

"Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Cubalah kawal diri kau tu. Ika sedarlah! Ni bukan kau yang aku kenal." Eiz merenung tajam anak mata aku. Mata kami bertentang lama. Sekali lagi, hati aku sakit.

Sakit yang teramat.

Aku senyum.

"Aku? Bukan Ika yang kau kenal?" Aku ketawa kecil.

Kemudian senyumku mati.
Wajahnya aku pandang. Sinis. Pandangan orang sekeliling tidak lagi aku hiraukan. Peduli apa? Tak ada siapa pun nak back up aku. 

"You've changed Ika."

Kau bercakap dengan cermin ke Eiz? Kau ke aku yang dah lupa diri sekarang ni?

Aku isteri kau kot, takkan aku nak menipu?

You are the one who supposed to be with me trough thick and thin. You should put 100% trust on me. You should support everything I did.

Dulu kau percaya aku tapi sekarang kenapa? Kenapa? Kenapa kau macam ni Eiz!

Korang nak sangat kan aku tunjuk perangai setan aku...

Aku tunduk beberapa saat dan kembali mendongak.

Aku mengukir senyum sinis. "Tak ada siapa pun nak percaya aku. Buat apa aku nak buat baik kan? Even kau sendiri pun tak percaya aku. Kau tak payah nak acah kenal aku sangatlah. Kau tu siapa je dalam hidup aku?! Useless! " Tubuhnya aku langgar.

Aku penat dengan semua ni. Tak ada siapa yang percaya aku kan?

Fine then!

Sedang aku melangkah pergi, laluanku dihalang oleh seseorang. Aku mengangkat kepala.

Encik Mahir..

"You, come to my room right now!"

Tepi bibir menarik senyum jahat. Korang nak sangat kan aku jadi macam ni.

The old Zulaikha is back..















Someone tolonglah Ika please.. 😫😫 tak ada siapa nak back up dia ke? Author sndiri pun kesian tau!

Sorry for any grammatical errors and mistakes. Vote and comment please 😝🌸😘

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
117K 2.7K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
3.7K 35 8
*blπŸ”ž* [sex18+] β€’Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. β€’Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed βœ“ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...