revenge ; parkseonghwa

By geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... More

intro
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

eighteen

1.2K 165 68
By geumvengers-

"bos sakit"

terngiang ngiang kata kata yeosang sewaktu terserempak dengannya tadi di kafe. entah buat apa yeosang kat sana, dia malas nak ambil tahu. terlalu banyak lagi perkara yang ingin difikirkan.

"aku sorang jeke yang tak tahu pasal tu?" sedikit kecewa rasanya apabila hal sebesar itu pun seonghwa boleh sorokkan dari pengetahuannya walhal sering kali seonghwa mengingatkannya tentang status suami yang dipegang seonghwa sejak beberapa bulan mereka mendirikan rumah tangga.

bayangkan, heejin yang kononnya bukan sesiapa tu pun tahu lebih pasal seonghwa. heejin tahu kat mana seonghwa berada sekarang selepas dihalau dan bagaimana keadaannya sedangkan dia langsung tak tahu. habistu dia yang 'isteri' ni tahu apa je?

lamunan seohee mati sebaik sahaja figura puan park mula memunculkan diri. dia menegakkan tubuhnya dan menayangkan muka serius. setelah perancangan haritu tak menjadi disebabkan seonghwa, akhirnya harini mereka bertemu semula.

"so how are you?" sengaja puan park berbasa basi sebelum dia meneruskan niat asalnya.

"dah terang terangan saya nampak sihat kat sini, tak perlu tanya" sinis seohee membalasnya.

"masih sihat lepas dah hancurkan hubungan i dengan seonghwa? you memang suka ya porak perandakan hubungan anak beranak? mentang mentanglah you dah takde parents"

sakit hati seohee, dia hanya mampu pendam kerana segala galanya akan dia balas semula dengan memutuskan hubungan puan park dan anak kesayangannya. selama ni, puan park sanggup buat yang terbaik untuk seonghwa. tapi tengok, seonghwa sendiri yang memutuskan hubungannya dengan ibu kandungnya sendiri.

"anak omma pun bakal takde parents juga. i mean.. well, tengok jela sekarang ni dah jadi apa kan? jangan pandang saya sebelah mata, puan park"

puan park menggenggam penumbuknya kuat. sakit hati dengan sikap menjawab seohee. memang tak guna menantu yang tak mengaku menantu dia tu!

"berapa you nak? i will give it. anything, and after that you kena pergi dari hidup kami. jangan kacau keluarga i dan seonghwa"

seohee tersenyum namun nampak menyeramkan.

"saya taknak apa apa. saya cuma nak tengok hubungan omma dengan seonghwa jadi macam hubungan saya dan adik saya"

"you gila!"

"up to you nak panggil saya apa pun sebab ya, saya jadi macam ni sebab seonghwa. remember" kemudian seohee bangun dari duduknya dan berpaling. namun beberapa langkah selepas itu, dia berhenti apabila puan park mengatakan sesuatu.

"tolong.. tolong lepaskan seonghwa dengan cara yang baik. he doesn't deserve this. i merayu.. tolonglah. i taknak tengok dia sakit lagi. i diamkan diri sebab seonghwa, tapi i minta kalini je. dia bukan tempat yang sepatutnya untuk you balas dendam" ingin sahaja puan park memberitahu seohee bahawa seonghwa sanggup berkahwin dengannya walaupun sedar yang seohee pasti akan membalas dendam. namun dia menahankan niatnya itu.

kata kata heejin terngiang ngiang semula di telinganya selepas mendengar kata kata yang amat susah untuk didengari keluar dari mulut puan park.

semua orang kata jangan balas dendam kat seonghwa.. kenapa? kenapa takde sorang pun yang faham perasaan dia yang sebenarnya?

"saya takkan buat macam tu sampai saya dapat capai apa yang saya nak"

-

sebelum masuk tidur, seohee mengeluarkan semula diari yang disimpannya di dalam beg tangannya tempoh hari. sampaikan terlupa nak sambung baca walaupun tinggal beberapa helaian lagi sebelum tamat. dia bersandar di kepala katil lalu perlahan lahan dia menyelak satu demi satu helaian diari. tiada apa yang menarik, cuma seoyeon menceritakan tentang kehidupan hariannya sehinggalah dia tiba di muka surat terakhir.

matanya laju bergerak ke kiri dan ke kanan sewaktu membaca bait bait ayat yang tertulis.

harini aku akan berjumpa dengan seonghwa selepas hampir sebulan dia menyepikan diri. aku tak tahu ke mana dia membawa diri tapi beberapa hari lepas tiba tiba je dia mesej aku dengan nombor lain dan ajak untuk berjumpa harini.

disebabkan rindu yang teramat, aku pun buat keputusan untuk pergi selepas kelas nanti. hati aku agak berat untuk pergi ke sana memandangkan alamat yang diberi nampak macam lain macam. aku dah try tengok dah alamat tu, entah kenapa dia ajak jumpa kat bangunan terbiar tu. tapi aku percayakan seonghwa, dia takkan apa apa kan aku.

jadinya aku tak bagitahu lagi eonnie yang aku pergi jumpa dia sebab aku tahu, eonnie takkan biarkan aku pergi lagi lagi ke tempat macam tu.

eonnie, i'm sorry.

ya, seohee masih ingat dengan jelas lagi tentang tu. bila disoal, seoyeon hanya kata nak jumpa kawan di kawasan bandar. jadi seohee takdelah syak pun. tapi bila seoyeon tak pulang lagi waktu senja tu, seohee jadi tak sedap hati. terus dia minta bantuan rakan sekerjanya yang tahu serba serbi cara untuk menjejaki seoyeon.

lepas dah tahu lokasi seoyeon, terus dia pecut ke sana. dah tak fikir benda lain dah. tapi sampai sampai je dia kat sana, perkara pertama yang dia nampak ialah adiknya dibunuh di depan mata. siapa je yang tak sedih bila kena macam tu kan?

diari ditutup perlahan sebelum dimasukkan ke dalam laci di tepi katil. seohee menghela nafas panjang.

"seonghwa menyepikan diri sebulan.. mana dia pergi? kenapa dia muncul semula tiba tiba? dan kenapa- dia bunuh seoyeon?"

"seoyeon bodoh, terlalu percayakan seonghwa"

-

seonghwa menekup mulutnya apabila batuknya semakin berpanjangan. yeosang yang melihatnya semakin risau dengan kesihatan seonghwa yang semakin merosot. bila tengok seonghwa ni dah macam apa dah, batuk dengan seonghwa tak dapat dipisahkan sejak akhir akhir ni.

"bos, kita pergi hospital jom" walaupun sudah diajaknya berkali kali dan keputusan seonghwa tetap sama, dia tak mahu mengikuti yeosang untuk ke hospital.

"tak payahla. pergi hospital pun bukan dapat apa. sama je keadaan aku"

"at least, bos kena bagitahu seohee tentang ni. dia isteri bos, dia patut tahu yang suami dia tengah bertarung nyawa sekarang ni. benci mana pun dia kat bos, mesti ada sekelumit rasa simpati dia"

memanglah yeosang ada beritahu seohee yang seonghwa sakit, tapi dia tak bagitahu seonghwa sakit apa. mungkin seohee fikir yang seonghwa cuma sakit biasa dan tak expect seonghwa sedang menanggung beban besar.

"aku taknak susahkan dia, yeosang. ni kehendak dia, biarlah. aku nak buat perkara yang dia nak sebelum aku pergi"

"bos— jangan cakap macam tu. percaya cakap saya, bos akan sihat semula dan seohee akan terima bos balik"

"ya, tu harapan aku sebelum aku pergi. tapi yeosang, semua tu takkan terjadi so tolonglah jangan berharap lebih lebih"

"memanglah takkan berlaku kalau bos tak bagitahu semuanya. adik dia mati bukan sebab bos! dia cuma nampak bos dengan seoyeon waktu tu, jadi dia ingat bos yang bunuh adik dia sedangkan bukan! orang lain yang mesej dia dan mengaku tu bos dengan niat untuk perangkap seoyeon. semua tu bukan salah bos. bos patut cakap semua ni kat dia supaya dia tak salah faham. trust me, dia akan buka hati dia untuk bos"

"dah terlambat, yeosang. kalau dia dah boleh buka hati dia untuk aku sekarang, benda tu cuma akan menyakitkan dia je. aku taknak dia tengok aku dalam keadaan yang macam ni. ada bagusnya juga aku keluar dari situ"

"kau terlalu baik, seonghwa. seohee buta tak nampak kebaikan kau. dalam banyak banyak perempuan, dia lah orang yang paling rugi" hilang terus penggunaan kata bos saya tu. pada mulanya memang yeosang dan seonghwa ni kawan rapat dan guna aku kau tapi lepas yeosang bekerja di bawah seonghwa, dah terbiasa panggil bos gitu.

"aku yang rugi sebab tak dapat jaga dia baik baik selama ni"

"aku tak bagitahu dia benda betul sebab aku hormat keputusan kau. dan aku percaya heejin dan orang lain pun mungkin akan buat benda yang sama tapi semua ni salah. jangan sampai aku sendiri yang pergi jumpa dia nak bagitahu tentang ni" ugut yeosang. geram dengan sikap degil seonghwa. bukannya susah pun nak berterus terang.

"kau jangan buat kerja gila! aku tak mengaku kau kawan aku tau kalau kau sendiri yang bagitahu dia"

"oh okey. kau boleh teruskan niat kau tu sebab aku pun taknak berkawan dengan orang bodoh dan degil macam kau ni" lantas yeosang mengambil langkah untuk keluar. penat dia bertekak dengan seonghwa. kedegilan seonghwa ni memang susah nak kawal kalau tak kena ugut.

pintu rumah sewa yang disewa oleh seonghwa terhempas. seonghwa mengeluh perlahan.dia mengesat hidungnya yang tiba tiba terasa berair dengan tapak tangan. membesar matanya apabila dia menangkap cecair merah di tapak tangannya.

darah.

weh jauh betul jalan cerita ni lari hahahaha aku tulis benda yang aku tak rancang😂

Continue Reading

You'll Also Like

Attention By .

Fanfiction

1.3K 352 20
"I just need your time and attention," Start| 25/7/2023| End |25/7/2023|
7K 1.2K 33
( My Cutie Robot : Another Ending ) ❝This tiger loves you, and will always do.❞ ++ Apabila takdir membenarkan mereka untuk bersama. start : 26...
7.7K 1.1K 22
[ PARK JEONGWOO FANFICTION ] So Micha, seorang gadis yang skema dan gemok. Dipindahkan sekolah kerana dibuli disekolah lama. Neneknya tak tahan denga...
4.8K 727 10
baca dulu Cold Husband kalau nak tahu apa yang terjadi dekat ff ni •^• "maafkan saya Jiyeon" Start:10/8/2020 End:12/8/2020