Muzika Melodia

By Merci_Misha

490K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎33💎

5.1K 435 28
By Merci_Misha

Aku membawa kesemua buku aku ke taman bagi meluangkan masa untuk belajar. Aku, bukan budak library. Aku budak taman. Aku lebih suka belajar dikelilingi oleh alam semula jadi daripada dikelilingi rak yang dipenuhi buku. Bau buku ni kalau banyak-banyak pun, pening juga.

"Aih, nak buat apa ni?" Bisikku perlahan. Sejak Lydia bagitahu yang dia ada kelab tadi, aku jadi bosan. Mayu pula selalu kelas lama-lama. Pemain seruling memang ekstrem sikit eh kalau belajar?

Aku hanya bersandar pada kerusi lalu mendongakkan kepala. Secara tiba-tiba, muncul wajah Faron yang menunduk melihat wajahku. Aku yang terkejut ni terus mengangkat kepala dan apa lagi, berlagalah kepala kami di situ.

"Ouch!" Jerit Faron akibat hentakan kepalaku yang kuat itu. Serta merta dia menekan tempat yang dirasainya sakit.

Kepala aku yang sakit ini pula aku gosok laju. Aduh, habis merah.

"Kenapa kau buat macam tu?" Soal Faron, marah. Matanya bagaikan menakung air akibat kesakitan yang teramat.

"Dah awak yang buat saya terkejut." Balas aku geram. Dia yang tiba-tiba muncul lepastu nak marah orang pula.

Faron menjelingku sekilas sebelum bergerak ke kerusi yang berada di hadapanku. Dia merenungku.

"Dah kenapa?" Tanyaku yang tidak mengerti akan pandangan itu. Mamat ni kalau jumpa aku biasa membebel tapi senyap pula. Adakah kerana tempat ini ialah perpustakaan?

"Aku kan..."

"Ha'ah?"

"Mak aku suruh kahwin."

Terdiam seribu bahasa aku dibuatnya. Biar betik?!

"Tak adalah. Gurau je." Sebaik sahaja dia menyebut perkataan gurau, sebuah buku melayang ke kepalanya sehingga membuatkan semua orang memandang kami.

Faron membuat isyarat memohon maaf. Pelajar-pelajar perempuan mengangguk faham manakala pelajar-pelajar lelaki pula memandang bengis.

"Kau ni, agak-agaklah." Marahnya padaku lalu membaling buku itu ke arah aku semula. Sebuah dinding piano menjadi halangan buku itu daripada menjengah wajahku.

Hanya jegilan mata aku berikan padanya tanda protes. Malas aku nak layan mamat yang tak serius ni.

"Tapi serius, ini pasal Audrey." Ujarnya dalam nada sedih.

Adeh, kalau pasal perempuan tu, memang tak boleh tolong. Bukan apa, nanti disebabkan dia, aku punya hidup tak tenang lagi. Biarlah sekarang ni keadaan masih reda.

Aku menyilangkan tangan lalu bersandar pada kerusi. Wajah serius aku tayangkan padanya. "Ya, kenapa dengan Audrey?"

Dia mengambil nafas dalam kemudian memandang keadaan sekeliling seperti ingin memberitahuku perkara rahsia dunia.  Selepas itu dia mendekatkan kerusinya di sebelah aku.

"Mummy Audrey suruh aku banyak luangkan masa dengan anak dia. Mater (mak) aku pula, beritahu mummy dia yang aku ni sibuk selalu. Nasiblah mater aku okey je tak mendesak." Jelasnya.

Aku menjongketkan kening kiriku. "Jadi, apa masalahnya?"

"Masalahnya sekarang, aku nak cakap yang aku tak suka Audrey." Katanya terus terang.

Aku dah agak! Audrey je yang lebih-lebih selama ni. Bahaya ni! Baik aku bagi dia amaran awal-awal.

"Baik awak jangan cakap apa-apa pasal itu."

"Kenapa pula?"

"Sekarang ni, awak banyak luangkan masa bersama saya. Lepas tu, dah banyak kes jadi pasal kita. Saya tak nak nama saya kena petik lagi. Saya tak nak!" Balasku tegas namun perlahan.

Faron mendiamkan diri sejenak lalu ketawa kecil. "Awak kan ada Ethan yang boleh buat jadi backup." Tuturnya tanpa berfikir.

Terkenyit-kenyit mata aku apabila mendengar jawapannya itu. Apa pula kena dengan lelaki fake itu? 

"Dahlah, saya nak balik." Ucapku malas. Aku segera mengemas buku dan mengangkat beg lalu berlalu pergi.

"Eh, kejap-"

Tangannya yang ingin mencapai tanganku aku tolak perlahan. Matanya membulat memandang aku. Ah sudah, nampak pula muka aku yang tengah tahan sakit hati ini.

"Hailey-"

Aku tak kisah apa orang nak kata. Aku nak lari.

♪♪♪♪♪

Berlari menuju ke belakang sekolah, aku duduk di tempat yang mana Faron menemani aku suatu masa dahulu. Aku segera menyumbatkan earphone milikku ke dalam telinga lalu memasang lagu kegemaranku.

Aku menggoyangkan kaki dengan riang seperti sedang mencuba menjatuhkan segala beban yang sedang aku tanggungi ini. Elok-elok aku tengah lapangkan fikiran dekat sini, sentuhan pada bahuku membuatkan aku tersentak.

"Penat aku kejar kau tahu tak? Tergolek aku depan budak-budak perempuan tadi tahu?! Nasiblah aku sempat cover dengan cepat-cepat bersandar di dinding sambil buat gaya cool." Faron bersuara  marah walau tersekat-sekat mengambil nafas.

Earphone yang berada di telinga kiri aku, dia tarik pantas dan menyumbat ke dalam sebelah telinganya. Aku yang terkejut dengan ketibaan dia tadi, hanya memandangnya kaku.

"Wow, lagu Michael Buble ke ni? Penyanyi favourite aku tu. Suara dia unik gila." Katanya gembira.

"Eh, seriuslah? Samalah kita." Balasku sebagai refleks. Rasa nak marah aku seperti tiba-tiba hilang.

Namun, aku sedar dengan cepat. Aku segera menarik earphone milik aku yang berada di telinganya dan menarik pula sebelah lagi yang berada di dalam telinga aku. Sejurus  itu, aku melihat tangan aku yang memakai sarung tangan. Fuh, lega.

Nasib baik pakai sarung tangan hari ni. Aku rasa aku tak sempat nak tukar tanda lahir aku semula setelah meluangkan masa bersama Lydia sebentar tadi.

"Sibuklah datang sini. Pergilah tempat lain. Asyik nak kacau saya je." Gertakku sebelum berpaling ke tempat lain dengan marah.

Faron mengambil tempat di sebelah aku. "Sorry." Katanya dengan wajah kecewa.

"Aku tahu kau tak suka Ethan pun kan?" Tebaknya memandangku yang sedang memandang ke tempat lain.

Membulat mataku. Mujur aku sedang memandang ke arah lain.

Dia yang melihat aku berdiam sahaja, mengambil tindakan dengan meletakkan tangannya ke atas bahuku. "Aku pun tak suka Audrey. Kita orang hanya kawan dari kecil sebab kita orang kan sepupu. Tapi biasalah, orang main kenen-kenen. Tu yang jadi lain tu." Luahnya padaku.

Aku tidak memandangnya malah tidak mengalihkan tangannya. Aku hanya termenung seorang diri. Benar, aku tidak pernah suka Ethan. Mengikut apa yang aku tahu, Faron dan Olivia sahaja yang mengetahui bahawa kami berdua 'rapat'. Pertemuan Mayu dan Ethan pada hari itu pun hanya dianggap sebagai satu kebetulan kerana Mayu tidak bertanya apa-apa pun selepas itu.

"Hailey, cakaplah sesuatu." Pujuknya sambil menggoyangkan bahuku.

Keluhan panjang aku lepaskan sebelum menoleh ke arahnya. "Ya, aku memang tak suka Ethan."

"Ha, kan bagus kalau jujur macam tu." Ujarnya gembira sambil menyerabaikan rambut aku. Aih, suka-suka saja merosakkan rambut aku yang cantik ini.

Aku menampar tangannya kuat. Namun, dia masih ingin menyentuh rambutku yang sudah pun serabai. Maka, bergelutlah kami di situ.

Ketika kami sedang bergaduh sakan, seorang pelajar lelaki muncul dari belakang dan menegur kami.

"Faron."

"Aaahh!" Jerit kami berdua apabila mendengarkan suara itu. Faron segera menarik tangan aku yang hampir terjatuh dari duduk akibat terkejut.

Pelajar lelaki itu hanya memandang kami dengan wajah dingin. Aku pasti yang dia sedang berfikir bukan-bukan tentang kami.

"Cruz?! Macam mana kau tahu aku dekat sini?!" Faron bertanya lantang. Dia benar-benar terkejut akan kehadiran pelajar lelaki itu.

Cruz? Siapa tu? Tak sangka pula yang Faron ada rakan lain selain aku dan Talha. Biasanya dia ni selalu nampak jalan seorang-seorang.

Jejaka yang bernama Cruz itu memandang aku sekejap lalu memandang Faron semula. "Aku tak tahu pun kau dekat mana sebenarnya. Aku jalan je sekeliling sekolah sampai jumpa kau." Balasnya.

Faron yang terlihat wajahku yang sedang keliru, memperkenalkan rakannya itu.

"Hailey, ini Cruz. Kawan aku dari kecil. Cruz, ini Hailey." Beritahu Faron kepada dua insan yang berada di hadapannya kini.

Oh, childhood friend rupanya. Ingatkan Audrey sahaja. Tapi mengikutkan uniform sekolah mereka yang sama, nampaknya Cruz juga seorang yang mempunyai kelebihan untuk menyanyi. Budak-budak special-lah ni.

Cruz menoleh ke arahku. Dia meletakkan tangan kanannya ke dada kiri lalu menganggukkan kepalanya sebagai tanda perkenalan. Wah, gayanya tidak ubah seperti seorang putera!

Tak macam mamat sebelah aku ni.

"Oi, dahlah tu. Fikir kau handsome sangat ke ha?!" Faron yang berasa tergugat dengan ketampanan Cruz, memarahi sahabatnya itu.

Terpinga-pinga Cruz dibuatnya. Apa salah dia?

"Kenapa kau nak jumpa aku?" Soal Faron mengubah topik.

Cruz membuka tablet yang dipegangnya sedari tadi. Kemudian, dia memandang Faron yang sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh sahabatnya yang seorang itu.

"Minggu depan, akan ada hari pembukaan dewan baharu berdekatan dengan blok Teknolia. Pada hari itu pula, akan ada second intake untuk Muzika Melodia. Miss Lily nak kau yang buat persembahan." Ulas Cruz dengan jelas sekali.

Faron berdiam sejenak sambil membuat gaya berfikir. "Hmm, kalau macam tu, aku nak Hailey jadi duet aku."

"Ha? Aku mana pandai nyanyi." Tegurku laju. Dia tahu rahsia aku ke?

"Ish, aku tahulah. Aku nak kau mainkan piano untuk aku." Pintanya. 

Lah, itu ke yang dipanggil duet? Takut aku.

Apabila mendapat anggukan daripada aku, Faron membuat isyarat kepada Cruz. Sahabatnya itu segera menaip sesuatu pada tabletnya.

Faron bangkit dari duduk kemudian meregangkan badannya. "Okeylah Hailey, kita bincang nanti. Aku nak lepak dengan Cruz pula." Ujarnya lalu mendekati Cruz sebelum menyauk leher sahabatnya itu.

Cruz menoleh ke arah aku seketika lalu berkata. "Jumpa lagi."

Hilang sahaja kelibat mereka dari pandangan aku, aku segera membaringkan diri memandang langit. Amboi, dah ada kawan tinggalkan aku. Tadi beriya-iya kejar aku sampai sini.

Tapi kan, agak-agaknya Faron nak buat lagu apa? Second intake untuk Muzika Melodia ramai ke? Banyak betul benda yang aku nak fikirkan sekarang ni.

Aku harap, segalanya akan berjalan dengan lancar nanti.

Continue Reading

You'll Also Like

747K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
16.4K 90 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
DIAM ✔ By Aîm

Mystery / Thriller

51.7K 8.2K 38
Pabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa bo...
3.8K 412 15
[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 t...