revenge ; parkseonghwa

By geumvengers-

44.4K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... More

intro
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

seventeen

1.2K 173 85
By geumvengers-

tangisan seseorang menyapa gegendang telinga seohee yang baru sahaja sampai di bangunan usang itu. matanya melilau mencari kelibat orangnya, dia pasti itu tangisan adiknya.

"seoyeon?" perlahan lahan kakinya melangkah ke hadapan. dia beranikan juga dirinya untuk mencari adiknya.

"eo- eonni.." lirih suara seoyeon memanggil kakaknya.

"seoyeon kat mana?"

tiba tiba sahaja suara seoyeon hilang. yang dapat didengari hanyalah suara seoyeon menggumam seperti seseorang menekup mulutnya. seohee berhenti di hadapan bingkai pintu yang sudah tiada pintunya. dapat dilihat dari jauh kelibat seoyeon bersama seorang lelaki yang sedang menekup mulutnya dari belakang.

"seoyeon!!"

dia berbalas pandangan dengan seoyeon. dapat dilihat jelas dari mata seoyeon yang dia cuba mengatakan bahawa 'terima kasih untuk segala galanya'. baru seohee hendak membuka langkah, langkahnya mati sebaik sahaja tubuh adiknya terkulai di hadapan matanya.

"woo seoyeon!!" pantas dia mendapatkan tubuh adiknya lalu diraihnya ke dalam dakapan.

"seoyeon.. bangun!"

"eonnie.. seo- yeon- minta- maaf, ya?" tawar sekali senyuman terakhir seoyeon tatkala itu. tangannya digagahkan jua menyentuh wajah kakak kesayangannya.

"seoyeon jangan cakap macam tu. seoyeon akan stay dengan eonnie kan?" air mata seohee yang menitis jatuh di muka seoyeon. kelibat lelaki tadi entah ke mana hilangnya, sudah tidak dipedulikan.

"eonnie cari- seonghwa please..."

seonghwa? bukan ke tadi yang tekup mulut seohee dari belakang tu seonghwa? kenapa nak kena cari dia pula?

"no! kenapa pula?"

"tolonglah eonnie.. ni permintaan terakhir seoyeon. tolong cari seonghwa" dalam kesakitan, masih juga seoyeon kuatkan diri untuk meneruskan kata kata.

membulat mata seohee apabila tangan seoyeon yang memegang wajahnya tadi terkulai ke atas lantai. bahu seoyeon digoyangkan perlahan dengan harapan yang seoyeon masih bergerak. namun hampa, dadanya yang tadi naik turun sudah tidak bergerak. semuanya menjadi kaku. darah sudah memenuhi seluar yang dipakai seohee.

terkejut seohee saat matanya melihat darah tak henti henti keluar dari luka di perut seoyeon. sejak bila pula seohee ditikam?

"seoyeon—"

"hyah woo seoyeon!"

seohee terbangun dari tidurnya. entah bila dia terlelap semula pun dia tak pasti. dia mengesat mata yang basah. entah kenapa bayangan tentang hari tu bermain semula dalam mimpinya.

sejak daripada haritu, seohee mencari seonghwa seperti yang disuruh seoyeon walaupun tidak pasti untuk apa. namun dia mencari seonghwa untuk membalas dendam.

dan dendamnya hampir terlangsai.

-

awal awal pagi lagi seonghwa sudah tercegat di dapur. angin dia baik sangat kot pagi tu, yela dapat tidur dengan bini malam tadi.

dengar je bunyi tapak kaki di tangga, dia cepat cepat berpusing. senyuman lebar terukir di bibirnya walaupun muka seohee dah garang semacam pagi pagi.

"err seohee, jom makan" ajak seonghwa. tetapi balasan seohee hanyalah pandangan tajam. seonghwa jadi pelik, kenapa angin seohee berubah macam ni sekali? bukan ke malam tadi elok je?

"tak pergi kerja?"

"er aku- ha cuti" dalam hati seonghwa berdoa supaya seohee tidak mengesyaki apa apa walhal dia dah menghantar notis berhenti kerja.

"keluar"

"huh?" mati terus senyuman seonghwa.

"aku nak kau keluar dari rumah ni"

apa yang dah rasuk seohee ni? perangai dia betul betul dah berubah. seonghwa ingatkan seohee layan elok tu adalah peluang untuk berbaik. ingatkan masa depan mereka bersama tu dah cerah sangat dah.

"it's okay kalau kau taknak keluar. biar aku je yang keluar dari rumah ni" seohee berpusing untuk kembali ke atas dengan niat untuk mengambil barang barangnya. pantas seonghwa menghalang jalannya.

"bi- biar aku yang keluar" walaupun arahan ni amatlah mengejutkan, namun untuk mengelakkan seohee keluar dari rumah tu, biarlah dia yang keluar.

"tapi- kenapa?"

"sebab aku tak boleh nak tengok muka kau dah. aku benci tengok kau depan aku"

jawapan jujur yang keluar dari mulut seohee benar benar melukai hati seonghwa. apa salah dia? bukannya dia buat apa apa yang pelik pun.

"o- oh okey.. aku- keluar dulu, jaga diri" seonghwa menayangkan senyuman nipis seraya bergerak ke arah pintu. langsung dia tak bawa apa apa kecuali dompet dan telefonnya. sarapan pun tak sempat nak jamah.

tapi biarlah. biarlah daripada seohee yang terseksa tengok muka dia lama lama.

"jaga makan, elok elok tau" sempat lagi dia bagi nasihat seperti tiada apa apa yang berlaku tadi.

tutup sahaja pintu, seohee lepaskan nafas berat. sewaktu seonghwa keluar tadi, terasa mahu dipeluk belakang tubuh seonghwa untuk menghalangnya daripada keluar namun disebabkan mimpi yang kembali menjengah tadi, terus membuak buak semula rasa bencinya.

"segala galanya akan berakhir. aku akan putuskan hubungan dia dengan keluarga dia macam dia putuskan hubungan aku dengan seoyeon" tekad seohee.

-

sampul sampul surat yang tersusun elok diselak satu persatu oleh seohee.

"rasanya aku letak sini je benda tu. mana pulak dia pergi?" hampir sahaja seohee sudah berputus asa namun tepat pada masa itu, dia sedang berhenti pada sampul yang tertulis nama hospital seoul di atasnya.

lekas dia menarik sampul tersebut untuk melihat isi di dalamnya. perasaan ingin tahunya tak dapat lagi ditahan. siapa pula yang berurusan dengan hospital dalam rumah ni? yang ada cumalah dia dan seonghwa, kalau bukan dia, takkan seonghwa?

dahi seohee berkerut sepanjang dia membaca surat tu dari awal hinggalah akhir. usai membaca, surat dimasukkan semula ke dalam sampul lalu diletakkan ke tempat asalnya. tubuh direbahkan ke atas kerusi.

"dia sakit.. tapi dia taknak cakap"

"kenapa bila aku tanya dia sakit, dia kata dia okey? kenapa kena tipu tentang hal serius macam ni?"

seohee menggeleng gelengkan kepalanya. tak, dia tak patut kisahkan tentang penyakit yang dihidapi seonghwa. sepatutnya dia gembira yang seonghwa akan menderita dengan penyakitnya. tapi lain yang sepatutnya jadi, dia rasa perkara yang berlawanan. dia rasa takut.

dia takut untuk kehilangan seonghwa.

-

beberapa hari berlalu, dan tiada apa yang luar biasa berlaku seperti seohee pergi mencari seonghwa untuk memintanya pulang semula ke rumah dan seangkatan dengannya. sudah beberapa hari seohee dan seonghwa tidak berjumpa.

walaupun timbul sekelumit rasa rindunya terhadap seonghwa, langsung dia tak endahkan perasaannya. dia lagi senang dengan ketidakberadaan seonghwa di hadapan matanya. malah dia boleh pergi dan pulang dari kerja seperti biasa dengan menaiki teksi walaupun seonghwa pernah menghalangnya.

sehinggalah suatu tengah hari, di mana pintu biliknya diterjah masuk oleh heejin secara tiba tiba tanpa mengetuknya terlebih dahulu. tahu jela heejin tu lemah lembut orangnya, mana main terjah masuk sesuka hati. tapi lain pula kalini.

"apa yang you dah buat kat seonghwa hah?!"

"buat apa kau ni?" dahi seohee berkerut, langsung tak faham apa yang heejin cakap. datang datang tetiba nak marah dah pekena?

"kenapa you halau seonghwa? dia tak buat salah apa pun kan?"

seohee tersenyum sinis. dah mengadu la tu. ingatkan keluar siap bagi kata kata terakhir tu elok je keluar diam diam. tengok tengok mengadu juga kat heejin.

"kau tak tahu apa yang jadi antara aku dengan dia, so diam"

"you ni tak habis habis lagi ke pasal adik you tu? dia dah lama pergi pun kan, yang you tak reti reti nak move on tu kenapa? i rasa kalau dia tahu you terus terusan salahkan seonghwa, mesti dia sedih sekarang ni"

terus mencerlung pandangan seohee kepada heejin. pantang benar apabila nama adiknya diungkit ungkit.

"kau orang luar, heejin. suka hati kau la nak fikir macam mana sebab kau memang dengar sebelah pihak seonghwa je, tapi kau tak tahu apa apa tentang aku. kau boleh terus dengar aduan dia tentang aku, aku tak kisah apa pandangan kau"

"ya memang i tak tahu apa apa pasal you tapi you ni memang buta eh? tak nampak lagi ke keikhlasan seonghwa tu cintakan you? memang you suka nak seksa dia macam tu kan? tu rumah dia tapi you pula yang suka suka nak menghalau dia. sudahla dengan keadaan dia yang sa—" kata kata heejin terhenti apabila dia menyedari yang dia hampir terlepas kata.

"ehem anyways, i harap you boleh benarkan seonghwa terus tinggal kat situ. dia lebih selesa kat situ berbanding tempat lain dan you satu satunya yang dia ada"

"habistu kau tu apa?" hujung bibir seohee terjungkit, rasa kelakar sebab heejin kata seonghwa dah takde orang lain selain dia tapi heejin ialah orang pertama yang cari seohee bila seonghwa ada masalah.

"i ni walaupun setiap masa ada dengan dia, i buat apa apa pun dia cuma pandang you, seohee. tolonglah.. tolong lupakan hasrat you untuk balas dendam. i tahu tu memang niat you daripada awal dan i tak halang perkahwinan you dengan dia sebab i tahu dia terlalu sayangkan you tapi bukan ni caranya untuk balas dendam. seonghwa tak buat perkara keji macam tu"

"macam yang you kata, i kenal seonghwa macam mana walaupun i tak kenal you. percayalah cakap i, you takkan menyesal or you akan menyesal seumur hidup kalau you teruskan niat asal you"

chapter yang bosan but i tried hmm

Continue Reading

You'll Also Like

45.8K 5.6K 30
∆ Orang lain cakap dia monster tapi tidak untuk aku
7.5K 664 47
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
6.6K 362 12
Start: 6 may 2020 Ending:21 may 2020 Agak slow update guyss
17.1K 2.7K 23
❨ completed ❩ Hendery Wong × Xue Yihan ❛ Aku ingatkan kau tak boleh bercakap. ❜ ➽ When a girl's deskmate is a boy who never speaks. 「150420 - 160420」