Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 3 4

8.1K 415 93
By nuggetcaramel_


Aku pantas menarik pintu bilik disiplin lalu masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan Airiel dan Khaira sedang duduk disitu. Aku terus mengambil tempat di sebelah Airiel.

"macam mana? Kau dah bagi ke bukti tu?" bisik ku ditelinga Airiel. Airiel menggeleng.

"Kenapa?" bisikku lagi.

"Aku tak boleh bagi bukti tu kalau tak kantoilah aku ada private room," bisik Airiel.

"Tapi kita tak jumpa lagi perempuan tu," bisikku pula di telinga Airiel.

"The only way is 'berunding'" balas Airiel.

"What?!"

"Ha apa berunding-runding. Jangan nak main-main okay. Benda ni akan memberi kesan kepada awak bertiga. Jadi, saya akan memberitahu kepada ibu bapa awak bertiga yang awak semua mencuri," ujar Cikgu Syazwan.

"Macamlah mak saya nak percaya," ujarku tersenyum sinis.

"Jawatan pengawas Safiya akan dilucutkan, begitu juga dengan Khaira sebagai presiden kelab kewanitaan dan Airiel sebagai kapten bola keranjang," ujar Cikgu Syazwan lalu duduk di kerusi bertentangan dengan kami. Kami ternganga.

"Whats?!" ujar kami bertiga tercengang.

"Cikgu fikir apa? 3 hari nak cari bukti? Polis pun tak boleh buat lah," ujarku tidak puas hati.

"Sekurang-kurangnya bagilah kami seminggu atau 2 minggu," sambung Khaira pula.

"Apa lagi awak bertiga nak cakap? Saya dah bagi masa 3 hari untuk cari bukti. Itu pun dah cukup panjang. Sekarang awak bertiga kena ganti MacBook cikgu Diyana juga," marah cikgu Syazwan.

"Kepala otak dia lama. Dia cari punca kebakaran tu pun ambil masa seminggu. Tu pun masih tak jumpa," monolog Airiel perlahan.

"Apa kau cakap?!" soal cikgu Syazwan kurang dengar akan apa yang dikatakan oleh Airiel. Airiel terus menutup mulutnya.

"Dah boleh pergi masuk kelas. Nanti saya akan bagi surat lucut jawatan untuk awak semua," ujar Cikgu Syazwan.

"Cikgu, kes tu habis dekat situlah. Kenapa nak kena libatkan jawatan pula?" tanya Khaira.

"Tak ada apa lagi hukuman yang saya boleh bagi. Awak sekolah di private school dan ini cara kami mendenda," celah Cikgu Diyana.

"Kami tak boleh memukul kamu, saman dan sebagainya. Tapi kami boleh lucutkan jawatan kamu," celah Teacher Aireen pula.

"No, no.Bagi kami masa lagi. Mungkin dalam 24 jam. Kalau kami dapat jumpa orang yang mencuri, kami akan dapat balik jawatan tu dan kalau tak dapat, kami akan dilucutkan. Deal?" tawar Airiel.

"No....." ujarku perlahan. Aku mencebik sambil memandang sayu ke arah Airiel.

"I know we can," bisik Airiel perlahan di telinga ku.

"How do you know?" tanyaku.

"I know who stole it," ujar Airiel. Aku hanya diam memandangnya.

"Okey. Deal, dalam masa 24 jam okay. Jadi pukul 9.25 pagi esok. Pastikan datang sini bukan dengan tangan kosong," ujar Cikgu Syazwan menerima tawaran itu.

"Dan kalau kamu bertiga tak jumpa, ibu bapa kamu bertiga dijemput datang ke sekolah," sambung Teacher Aireen.

"I'il make sure they don't have to come here," ujar Airiel memandang sinis ke Teacher Aireen.

"Don't be too sure, Airiel Hanafi," ujar Teacher Aireen memberi nasihat sinis.

"Okay lah cikgu. Saya keluar dulu. Assalammualaikum," ujar Airiel menarik tanganku keluar. Aku akur. Kulihat Khaira sudah pun keluar tanpa orang lain sedar. Mungkin dia yang curi...

Sebaik sahaja kami sudah jauh dari bilik disiplin, aku terus berhenti. Aku menarik tanganku dari genggamannya. Airiel menoleh kepadaku.

"Ak.. Aku nak pergi lokar dulu," ujarku.

"Ouh okay. Pergilah. Bye," balas Airiel lalu pusing ke hadapan semula. Aku pantas menarik lengan bajunya. Airiel memandangku pelik.

"Why?" tanya Airiel.

"aku nak tanya something, tapi jangan marah,"

"Ouh. Kau nak tanya pasal pencuri tu ke? Actually aku tak nampak muka dia tapi aku nampak......."

"No no. Aku nak tanya benda lain,"

"Apa?"

"Kenapa kau dengan kakak kau tak nampak rapat? Em, I means Teacher Aireen," tanyaku.

"Owh. Dia dari kecil selalu cemburukan aku. Even dia dah dapat semua yang dia nak, dia tetap cemburukan aku. Dia kata mama and papa aku selalu lebihkan aku dari adik beradik yang lain. Padahal, mama aku dah bagi sama rata dah. Jadi, semua bends yang aku buat dia akan cari kesalahan supaya nak tengok aku kena marah dengan mama aku," cerita Airiel.

"Kenapa dia nak tengok kau kena marah?" tanyaku pelik.

"Sebab aku tak pernah kena marah dengan parents aku. Maybe dia tengok hanya untuk kepuasan," ujar Airiel.

"Tapi kenapa aku kena attack sekali?" tanyaku.

"I don't know. Mungkin sebab kau budak baru," ujar Airiel.

"Aku budak baru jadi aku tak tahu perangai kau?" tanyaku.

"Maybe," balas Airiel mengangkat kedua belah bahu tanda tidak tahu.

"Ouh, okaylah aku pergi lokar dulu," ujarku lalu melambai ke arah Airiel ingin pergi.

******

Hakim terus mendekati Audrey yang sedang lepak bersama Haikal itu. Haikal adalah kawan baik Audrey, malah Haikallah yang menemukan Hakim dan Audrey.

"Audrey," panggil Hakim.

Audrey terus memandang ke belakang. Dia tersenyum ceria. Dia terus berlari kepada Hakim lalu memeluk Hakim. Haikal hanya melihat dari pondok itu.

"Rindu you. Sorry tak datang semalam. I ada emergency. Hehehe," ujar Audrey manja.

Hakim menolak Audrey perlahan. Audrey terdiam. Dia ditolak ke belakang. Dia memandang Hakim tergamam.

"Malulah. Orang tengok," ujar Hakim. Mukanya tampak serius.

Haikal memandang pelik. Selalunya Hakimlah yang beria peluk Audrey. Kalau boleh tak nak lepas!

"Malu? You peluk I dekat mall dulu boleh je," balas Audrey.

"Sekarang tak bolehlah. I dah malu,"

"Habis selama ni, you tak malu ke Hakim Ruzaimi?"

"Boleh kita cakap dekat tempat lain? I ada benda nak cakap dengan you,"

"No. I tak faham. Kenapa you tak layan I macam dulu? Kenapa you tak panggil I baby?"

Hakim terus menarik Audrey pergi dari situ. Audrey hanya akur.

Hakim terus melepaskan Audrey apabila sampai di pondok depan tasik. Audrey duduk di kerusi walaupun masih bingung tidak faham apa yang terjadi.

Tiba-tiba Farisya datang ke pondok itu lalu duduk di kerusi bertentangan dengan Audrey. Audrey memandang Hakim tidak faham. Hakim berdiri di tengah-tengah lalu duduk di sebelah Farisya.

"Bab.. Baby why you duduk sebelah dia?" tanya Audrey.

"Cause she's my wife," ujar Hakim. Farisya hanya diam memandang Audrey. Perlahan-lahan timbul rasa bersalah di hatinya.

"Isteri atas kertas je kan?" balas Audrey. Sakit hatinya melihat Hakim duduk di sebelah Farisya begitu.

"I dah fikir masak-masak. Daripada I ceraikan dia, baik I stay. I dapat bahagiakan parents I. I bukan selalu ikut cakap parents I. Jadi, I buat keputusan untuk tak ceraikan dia," ujar Hakim lalu meraih tangan Farisya.

Audrey mengetap giginya menahan sakit di hati. Dia merenung ke arah tangan Hakim yang sedang menggenggam tangan Farisya erat itu.

"Why?! Kenapa you buat macam ni dekat I?!" marah Audrey. Air matanya mengalir di pipi. Dia terus berdiri.

"I'm sorry," balas Hakim.

"Sorry you tak bermakna! Macam mana dengan I?! Lepas semua yang kita dah usahakan, akhirnya habis dekat dia! You dah tak sayangkan I ke ha?!" marah Audrey. Farisya terus bangun.

"Audrey, kau kena terima. Jodoh semua tuhan tetapkan. Manusia boleh berubah hati bila-bila masa saja," ujar Farisya.

Pak!!!

Farisya memegang pipinya yang ditampar. Dia tunduk.

"Kau jangan berani sangat cakap macam tu dengan aku! Kau dah rampas dia dari aku! Aku yang selama ni setia dengan dia, tapi kau yang dapat dia!" marah Audrey. Air matanya mengalir. Hakim memandang Audrey simpati.

"I'm sorry. I akan tebus kesalahan I dekat you. I janji," ujar Hakim. Audrey tersenyum sinis.

"Tebus kesalahan? Apa yang you boleh buat? You boleh jadikan I isteri kedua you? Macam tu?" tanya Audrey.

"No, Audrey....."

"Apa I nak jawab dekat family I nanti? Apa I nak cakap dekat Vivy,Ariana semua. You boleh tanggung malu I? No, you can't , Hakim," ujar Audrey.

"Audrey...."

"I'm very dissapointed in you, Hakim. Thank you for doing this to me. It's been fun being your girlfriend for 3 years. I hope you're happy with your wife. Thank you for everything. Bye," ujar Audrey lalu melangkah pergi dari situ. Air mata di pipi diseka.

Hakim hanya memerhati langkah Audrey yang semakin menjauh itu. Dalam diam tubir matanya dipenuhi air mata. Farisya meraih tangan Hakim.

"Are you sure about your decision?" tanya Farisya. Hakim menoleh ke arah Farisya. Dia tersenyum nipis.

"Yes, my dear," balas Hakim. Dia tersenyum nipis. Hakim menoleh ke arah Audrey semula.

*******

Farah terus melangkah ke arah Zarif yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Dia mencuit bahu Zarif lembut. Zarif terus menoleh ke arahnya. Zarif tersenyum.

"Dah makan dah?" tanya Zarif. Farah menggeleng.

"Ha? Kenapa tak makan?" tanya Zarif.

"Tak naklah. Tak ada selera," jawab Farah. Dia tersenyum merenung Zarif.

"Kenapa ni?" tanya Zarif. Dia terus sambung menulis. Farah menghela nafasnya.

"Zarif," panggil Farah.

"Yes?" sahut Zarif.

"I need to talk with you,"

"Okay,"

"I need your focus," ujar Farah. Mukanya tampak serius. Zarif terus menulis ayat terakhir dalam karangan itu lalu meletakkan pen hitamnya.

"Okay, okay. I stopped writing, okay. okay tell me. What's wrong?" tanya Zarif.

"It's about your mom. You ague with your mom, right?"

"You don't need to know that, Farah,"

"Just tell me the truth. does your mother hate me?"

"I don't want to talk about this," ujar Zarif lalu terus bangun ingin pergi dari situ. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Farah terus menarik lengannya.

"Hey, hey. You said you love me. Why you can't be honest to me?" tanya Farah memandang Zarif tertanya-tanya. Zarif menghela nafasnya berat.

" Yes, you're right. My mom don't like you. She know about you and she know you burned the store," jawab Zarif merenung mata Farah. Farah terdiam. Matanya membulat.

"That's why I don't want to tell you Farah," ujar Zarif memandang Farah sayu. Farah tersenyum merenung wajah Zarif yang sedih itu.

"I want to ask you something," ujar Farah.

"What?"

"Who gave birth to you?"

"Mmy.... Mom,"

"Then who's always be by your side when you have problem?"

"My mom,"

"Zarif, keputusan ummi tu sentiasa baik. Kalau ummi suruh Zarif buat tu ini, semuanya ada sebab. Tak ada sebab untuk dia buat Zarif merana,"

"Tapi....."

"Zarif dengar cakap Farah,"

"Kita memang tak boleh bersama, Zarif. Zarif kena terima semua ni. Farah bukan untuk Zarif," pujuk Farah.

"No. Zarif sanggup buat apa saja untuk Farah," ujar Zarif memegang kedua belah bahu Farah. Sungguh dia tak sanggup melepaskan Farah.

"No, Zarif. Zarif kena ikut cakap ummi, Farah bukan sesiapa. Farah tak pernah bagi apa pun dekat Zarif. Farah hanya banyak menyusahkan hidup Zarif. Farah buat Saf kena pyrophobia, Farah bunuh Khai, tapi Zarif kena sorokkan kesalahan Farah. Farah bukan sesiapa pun, Zarif," balas Farah. Zarif merenung wajah Farah.

"Suka hati Farahlah nak cakap apa-apa pun. Zarif tetap tak nak tinggalkan Farah," putus Zarif lalu melangkah pergi dari situ. Farah hanya melihat dengan sayu.

Zarif tetap yakin dengan kata-katanya ingin bersama Farah sampai bila-bila. Walaupun umminya tidak merestui hubungan itu, dia akan tetap berusaha mendapat restu ibu bapanya. Dia sedar kebelakangan ini dia banyak bergaduh dengan keluarganya termasuklah abang Wan, Zafril,Walid dan Safiya.

*******

Aku menarik-narik tanganku dari genggam Airiel. Kenapa entah dia ni. Aku nak makan spaghetti aglio olio pun tak senang.

Airiel terus berhenti lalu menarikku masuk ke dalam The Badboyz Private Room. Aku memuncungkan bibirku.

" Apa engkau ni? Tahu tak aku baru nak makan?" marahku. Airiel terus melepaskan tanganku kembali.Aku merenungnya tajam.

"Aku nak tunjuk bukti ni," ujar Airiel.

"Aku nak makan!!" marahku.

"Tu pergilah makan dengan diaorang sekejap lagi. Rehat kan 1 jam," ujar Airiel sambil menghalakan jarinya ke arah Vivy,Audrey dan Ariana yang sedang makan spagheti aglio olio .

"Eh bila masa diaorang ada dekat sini?" tanyaku.

"Tak payah sibuklah," ujar Vivy lalu menjelingku.

Audrey bermain-main dengan spagheti itu. Hilang seleranya hendak makan. Kata kata Hakim tadi benar benar menyakitkan hatinya. Sungguh dia tidak sangka hubungannya dengan Hakim sudah berakhir. 3 tahun mereka perjuangkan hubungan itu, tapi apa kan daya, tiada jodoh antara mereka berdua.

"Dah sini kau cepat aku nak tunjuk bukti tu," ujar Airiel. Aku terus datang ke arahnya.

Airiel terus membuka satu fail di dalam komputer lalu menunjukkan 1 gambar kepadaku. Aku memandangnya pelik.

"Kenapa dengan budak tu?" tanyaku.

"Sekarang kita dah dapat clue macam mana nak cari budak tu," ujar Airiel.

"Ouh.... Apa clue nya?"

"First, the gold and white shoes. Second, brown hair. Last clue, white skin. Look at her hand,"

"Wahh.. Ya, but it's still hard to find her and I can feel that she won't admit,"

"We can try. Actually I found her. She is from..... Aaa.. 4 Tulips and .....,"

"What?"

"Pretty,"

Aku menjeling Airiel. Airiel tidak mengendahkanku. Aku mengusap dadaku. 'Jangan beria, please. Jangan berharap, tolong,' desis hatiku.

Airiel tiba-tiba menoleh kepadaku yang sedang mengusap dada sambil menutup mata. Dia memandangku pelik. Berkerut dahinya melihatku.

"Kau kenapa? Okay tak? Sakit dada ke?" tanya Airiel. Aku terus mengangkat kepalaku memandangnya.

"Aaa.. Tak lah. Em hulu hati, lapar la pula," tipuku. Aku tersenyum senget.

"Tapi hulu hati dekat bawah dada," balas Airiel.

"Kau yakin ke kita dapat cari perempuan tu? Kau dapat nama dia?" tanyaku menukar topik.

"Ariana, mana data perempuan tu?" ujar Airiel kepada Ariana, merangkap pembantu The Badboyz.

Ariana terus menghulurkan Ipad yang memaparkan nama, tempat tinggal dan segalanya tentang perempuan yang mencuri itu.

"Siapa dia ni?" tanyaku. Memandang Ariana pelik. Awek Airiel ke? Ke Haikal?mungkin Adam.

"Assistant kitaorang,Ariana. Kau tak ingat ke? Time kena buli dengan si Vivy tu dulu ada dia dekat belakang," jawab Airiel. Aku mengangguk.

"Yang marah aku rapat dengan arwah Khai?" tanyaku. Airiel mengangguk.

"But don't worry. She have a boyfriend now," ujar Airiel. Aku perlahan-lahan menoleh ke arah Vivy.

Vivy memandangku dengan pandangan serius tanpa senyuman. Tiada reaksi pada mukanya.

"Apa kau tengok tengok?" soal Vivy. Aku terus mengalihkan pandangan lalu melihat ke arah Ipad yang dipegang oleh Airiel.

"Tasnim, 4 Tulips? Kasta orang kaya baru? Tapi dia orang kaya. Kenapa dia nak curi pula?"

"I don't know,"

"Tak semestinya orang yang curi tu sebab dia perlukan benda tu. Kadang-kadang dia curi hanya nak puaskan hati dia. Mungkin berdendam atau apa-apa," celah Ariana. Aku mengangguk setuju.

"Wow,ada pengalaman ke sis?" Airiel memandang Ariana sinis.

"Mana adalah," balas Ariana.

"So, kita nak buat apa sekarang?" tanyaku.

"Kita pergi jumpa dia sekarang. Tapi kalau kau nak makan. Kita pergi esok je," jawab Airiel. Aku memandqqang ke arah Vivy yang sedang bermain handphone dengan muka serius itu. Lalu, menoleh kepada Airiel semula.

"Aaa... Tak apalah, aku dah tak lapar. Kita pergi kelas dia sekarang," ujarku.

"No, nanti kau sakit aku yang susah. Gastriklah apalah,"balas Airiel tegas.

"I'm okaylah. Aku jarang kena sakit. Dah jom," ujarku lalu menariknya pergi dari situ.

Aku dan Airiel terus menghentikan langkah dihadapan Tasnim. Mukanya nampak takut. Dia seperti sudah tahu kehadiran kami di hadapan matanya.

Aku mengundurkan satu langkah ke belakang Airiel. Sebenarnya, aku ingin menyorok. Sejak aku buat salah tentang kes kebakaran, aku tak mampu lagi jalankan tugasku sebagai pengawas. Aku hanya mampu tolong-tolong cikgu sahaja.

Sebenarnya, sekolah ni adalah sekolah international yang agak teruk kerana tidak terlalu bebas. Teruk ke tu? Entahlah. Tapi tak seperti sekolah antarabangsa yang lain. Sangat bebas, tak nak belajar langsung pun tak apa. Tapi dari segi akademik sekolah ini adalah top 1. Sebabtulah ummi masukkan aku dalam sekolah ni.

Rakan di sebelah Tasnim juga sudah cuak. Dia menyenggol siku Tasnim.

"Kau mengaku jela," bisik rakannya itu.

"Imposible!" jerit Tasnim perlahan.

"Apa? Apa imposible?" tanya Airiel.

"Tak ada kena mengena dengan kau pun,"balas Tasnim berani.

Pelajar yang lalu lalang di sebelah kami sudah pandang-pandang kami. Biasalah semua perkara yang melibatkan Airiel pasti 1 sekolah akan kecoh. Jaranglah dia ni tak famous.

"Are you sure?" tanya Airiel. Dia tersenyum sinis.

"Just admit it!" bisik rakan Tasnim di telinga kanan Tasnim.

Tasnim geram. Dia terus menolak rakannya ketepi dan hampir jatuh ke dalam kolam ikan sebelah kami. Aku pantas menarik pelajar itu dari jatuh. Pelajar itu terkejut.

"Lain kali kalau tak nak dengar cakap aku jangan kawan dengan aku," marah Tasnim kepada rakannya.

"Oi! Agak-agaklah nak cakap dengan kawan macam tu. Dia ni kira baik nasihatkan kau mengaku kesalahan kau tau. Ey aku taekwando karang budak ni," ujarku merenung tajam Tasnim.

"Apa masalah kau ni? Tepilah," ujar Tasnim. Dia menolak aku ketepi.

Aku hampir terjatuh lalu pantas di tarik oleh Airiel. Airiel menjeling Tasnim. Tasnim menelan air liurnya takut.

"Lain kali aku cakap baik-baik kau tak payah nak buat aku marah!" marah Airiel. Api di hatinya sudah membara. Panas sahaja hatinya melihat Tasnim.

"Ak.. Aku tak sengaja. Aku minta maaf,"

"Dah lambat! Kau mengaku sekarang sebelum aku buat malu kau dekat sini," arah Airiel mendatar. Mukanya tampak sangat marah. Aku memandang Airiel takut.

Walaupun ini bukan kali pertama aku nampak dia marah, tapi kalini aku takut sangat tengok dia marah. Tangan ku masih di genggamannya.

"Ak.. Aku tak faham!" balas Tasnim menggigil ketakutan. Dari anak mata Tasnim, Airiel tahu Tasnim menipu.

Airiel tiba memijak kasut Tasnim geram. Air mata Tasnim mula bertakung di tubir matanya. Aku pantas memegang lengan Airiel.

"Airiel, jangan serang dia macam ni," ujarku menarik tangannya.

Pelajar lain sudah mula berbisik dan mengalihkan perhatian ke arah kami. Aku melihat sekeliling sama ada ada pengawas atau tidak. Jika ada, habislah kami terpaksa pergi ke bilik disiplin.

Tak boleh jadi macam ni. Aku tak nak masuk bilik tu lagi. Aku patut halang mereka dari bergaduh.

"Airiel, tak apa kita selesaikan esok je," pujukku lembut.

"Aku tak puas hati lagi dengan perempuan ni. Babi betul. Tak ada adab!" marah Airiel.

"Lepaskan akulah. Aku kata aku tak faham! Lepaskan akulah! Dayus!" jerit Tasnim.

"Kau nak cakap aku dayus?! Heh, cermin diri kau tu dulu. Kau tu sama je macam pembunuh! Biar kami yang kena fitnah, padahal kau pencurinya!" ujar Airiel menekan lagi kaki Tasnim sehingga dia kesakitan.

"Riel!" panggil Haikal yang baru datang.

Aku terus menoleh ke arah Haikal. Tetapi Airiel masih tidak lepas merenung tajam wajah Tasnim. Haikal terus datang kepada Airiel lalu berbisik.

"Tak payah buat macam nilah do. Tak syok bodoh," bisik Haikal di telinga Airiel.

"Syok apa nya?! Kalau Saf dah jatuh masuk kolam tadi dah mati dah betina ni aku baling!" marah Airiel perlahan.

Aku terdiam. Dia risaukan aku. Serius? Sumpah? Kenapa?

"Sekarang dia tak masuk lagikan? Relakslah," bisik Haikal.

Aku merenung Haikal tajam. Dia ingat aku tak dengar ke?

"Kau relaks je. Esok pagi kenalah budak ni. Easylah Riel," ujar Haikal agak kuat sehingga Tasnim dengar.

Airiel terus melepaskan kaki Tasnim. Tasnim pantas menarik kakinya. Berkerut dahinya menahan sakit di kakinya. Rasanya dah berdarah dah ni.

"Kau tunggu esok," ujar Airiel lalu melangkah pergi dari situ sambil menarik tanganku. Aku hanya mengikuti langkahnya.

"Ha tunggu eh esok," ujar Haikal mengangkat dagu Tasnim lembut. Dia tersenyum sinis lalu pergi dari situ.

Tasnim terdiam. 'Bapak hensem sial,' getus hatinya.

********

Jam pada telefon pintarku dilihat. Sudah pukul 9 pagi. Tinggal 25 minit untuk petahankan jawatan kami.

Jika kami gagal mencari bukti, kami perlu meletakkan tanda tangan berharga di atas surat peletakkan jawatan di hadapan semua pelajar. Pukul 9.30, perhimpunan akan bermula.

Gigiku di ketap, patutnya pagi ini kami sudah tangkap Tasnim. Tapi, tak tahulah dia pergi mana dan sekarang kami tengah cari.

Tak adalah aku tak cari pun. Airiel tak bagi aku buat apa-apa langsung. Ainul dan Iman turut membantu kami mencari Tasnim. Fathia akan menjadi pengacara perhimpunan hari ini. Farah pula, em entahlah. Dia tak rapat dengan aku sangat sekarang. Dia selalu ikut Zarif je sekarang. Farisya? Entahlah tak nampak pun.

Mataku melilau mencari susuk tubuh kawan-kawanku. Tiba-tiba retina mataku ternampak Farisya yang sedang berjalan ke arahku. Langkahnya nampak lemah, bibirnya juga pucat. Aku terus melangkah ke arahnya.

"Farisya kau kenapa ni?" tanyaku risau.

"Ha tak ada apalah. Kau ada nampak Hakim?" tanya Farisya. Suaranya juga perlahan. Sayup-sayup sahaja suaranya kedengaran ditelingaku.

"Erm dia pergi tolong Daniel cari Tasnim. Kenapa?" balasku.

"Ouh, tak ada apalah. Aku nak pergi masuk dewan dulu ye. Nanti kalau kau jumpa dia, cakap dekat dia aku cari dia," ujar Farisya lalu perlahan-lahan melangkah pergi dari situ.

Aku memandangnya pelik. Selalu dia tak macam ni. Kali ni dia nampak sangat lemah tidak berdaya.

Tiba-tiba langkahnya terhenti. Kepalanya terasa sakit. Pandangannya pula mula kabur. Dia terus rebah. Aku pantas menahannya dari jatuh ke tanah. Mataku terbuntang.

"Farisya! Farisya! Bangun!" ujarku sambil menampar pipinya lembut beberapa kali. Pelajar yang lalu lalang di sebelahku terus mengelilingi diriku.

"Someone! Panggil cikgu cepat!" pintaku kuat. Badannya terasa sangat panas.

Tiba-tiba Airiel,Iman dan Ainul datang ke arahku. Mereka terkejut melihat Farisya yang sedang terbaring di atas ribaku.

"Weh kenapa ni?" tanya Ainul terkejut.

"Tak tahu. Tapi, badan dia panas sangat ni," balasku.

"Demam ni," ujar Airiel.

Tiba-tiba dua orang lelaki dan cikgu Syazwan datang membawa stretcher.

*Kenapa asyik cikgu Syazwan je? Kang author letak cikgu lain merana kauorang tak ingat berapa orang cikgu yang aku kenalkan dalam cerita ni.

"Dia pengsan ke?" tanya Cikgu Syazwan.

"Ye lah. Takkan tidur pula. Cikgu ni pun," jawab seorang pelajar.

"Diam lah kau," balas cikgu Syazwan.

"Dah angkat dia naik atas stretcher," arah Cikgu Syazwan kepada 2 orang pelajar yang mengikutinya tdi.

Baru sahaja dia mereka ingin mengangkat Farisya, tiba-tiba Hakim memanggil.

"Weh! Weh! Weh!" panggil Hakim.

2 orang pelajar itu terus berhenti. Semua pelajar menoleh ke arah Hakim.

"Asal ni?" tanyaku.

"Budak tu dia tak.........," terputus kata-kata Hakim tatkala melihat Farisya yang terbaring lemah di atas ribaku.

"Isya,"

"Ha? Apa kau ni?" tanyaku pelik. Tak faham aku dengan dia ni dah kenapa.

"Isya!" panggil Hakim lalu mendekati Farisya. Dia menyentuh dahi Isya risau.

"Hey hey hey kenapa kau ni?!" tanyaku.

"Dia demam ke? Biar aku bawak dia," ujar Hakim lalu mengangkat badan Farisya.

Aku pantas menarik tangan Farisya. Muka Hakim tampak sangat risau.

"Asal kau ni? Sini la. Anak dara orang tu!" marahku.

" Aku dah kata biar aku yang bawa!" balas Hakim menjerit kepadaku. Aku terdiam.

"Woi kau ni asal?!" marah Airiel pula. Tidak faham mengapa Hakim jadi begini.

"Lepaslah aku nak bawa dia!" ujar Hakim. Matanya sudah berair.

"Tak kau siapa nak angkat dia? Biar la diorg bawakan," marah Airiel.

"Aku suami dia!" jerit Hakim.

Semua pelajar disitu tergamam termasukku. Hanya Iman dan Ainul sahaja tidak bereaksi.

"Aku tahu korang dah kahwin. Pergilah bawa dia," ujar Iman kepada Hakim. Hakim tersenyum nipis

"Thank you weh," balas Hakim lalu pergi dari situ. Iman tersenyum.

Aku bingung disitu. Kenapa aku seorang je tak tahu? Memang aku seorang je ke? Kenapa Iman dengan Ainul je tahu?

"Weh apa ni? Tak faham? Mereka dah kahwih? Serius lah?!" tanyaku.

" Tak ada apa-apalah," balas Iman. Ainul terus menyuruh semua pelajar beredar dari situ. Cikgu Syazwan juga terus beredar dari situ.

"Weh tengok jam kau," ujar Ainul kepadaku. Aku pantas menilik jam di tanganku. Membulatkan mataku.

9:15 a.m.

"Weh mana Tasnimnya?" tanyaku panik.

"Ketua kelas dia kata dia tak datang," jawab Airiel memandang tepat ke anak mataku.

"Whats?! Habis macam mana dengan kita?" tanyaku sudah risau. Habislah aku kena lucutkan jawatan.

"Tak apa kita tunggu je dekat belakang pentas sebab Khaira pun dah bersedia dekat belakang tu," jawab Airiel tenang. Aku memandangnya pelik.

"Serius? Kau tak kesah ke dengan jawatan kapten kau tu?" tanyaku.

"Tak kesah, boleh je beli ngan budak lain," balas Airiel. Dia nampak BETUL-BETUL TIDAK KESAH! Aku tak faham! Kenapa dia tenang sangat?!

"HABIS TU MACAM MANA DENGAN AKU?! TAKKAN AKU TERPAKSA LUCUTKAN JAWATAN?!" soalku panik.

"Relaks. Jawatan kau tu pun boleh beli," balas Airiel.

"Kepala otak kau!" balasku kuat.

"Kau pergi jelah sana. Aku dah faham dah," ujar Ainul kepadaku.

"Ha faham apa ni?" tanya Iman bingung juga. Dia kalau tak bengong tak sah.

"Nanti aku cakap, dah jom pergi masuk dewan," ujar Ainul menarik Iman pergi ke dewan.

Aku mencebik melihat Airiel yang sungguh tenang. Air mata pula sudah bertakung di tubir mata. Ingin sahaja aku melalak disitu tidak mahu melucutkan jawatan.

"Aku tak nak lucut jawatan!!!!!" jeritku seperti kanak-kanak. Air mata pula sudah mengalir di pipi. Kaki dihentak berkali-kali.

"Hey! Hey! Hey! Kau kenapa ni?!" tanya Airiel risau pula.

"Aku tak nak lucut jawatan aku!" jawabku sedih sambil menggeleng kepalaku beberapa kali.

"Ye ye aku faham. Janganlah nangis! Relaks okay. Aku tahu apa yang akan aku buat," ujar Airiel sambil mengelap air mata di pipiku.

"Tipu!" herdikku. Airiel terus memegang mukaku menggunakan kedua belah tangannya.

"Hey,girl. Stop crying okay. I know you're sad. But let's throw away that feeling. I dont wanna lose you. You know I love you right?" ucap Airiel menenangkan diriku.

"Promise?" tanyaku.

"I can't promise. But you have to trust me,Safiya. Just do what I tell you to do, okay. Let's do this together. Okay?" tanya Airiel. Dia menghulurkan jari kelengkengnya padaku meminta persetujuanku.

Aku hanya diam terpaku. Kepercayaan yang aku beri kepadanya masih separuh. Mahukah dia tolong aku? Ataupun itu hanya janji manis untuk dia buat sesuatu kepadaku? Dia orang darkweb ke?

Aku merenung jari kelengkengnya itu lalu perlahan-lahan jari kelengkengku memaut jari kelengkengnya. Dia tersenyum kacak.

"Okey let's go," ujar Airiel sambil menarik tanganku pergi ke dewan perhimpunan.

********

"3 hari yang lepas berlaku kes kecurian laptop Apple milik Cikgu Diyana yang kali terakhir dilihat di bilik muzik. 3 suspek telah berjaya di tangkap. Mereka diberikan masa 4 hari untuk mencari bukti dan masa untuk mencari bukti telah tamat. Sekarang mereka akan kemukakan bukti mereka seorang demi seorang, jika terdapat saksi, saksi itu perlu berada di sebelah suspek. Jika ada suspek lain yang mengaku kesalahan itu, ketiga suspek ini akan terselamat," lapor Cikgu Syazwan di atas pentas panjang lebar.

"Ketiga-tiga suspek dibenarkan masuk," ujar Cikgu Syazwan.

Dengan menggenggam tangan Airiel, kami bertiga naik ke atas pentas. Aku berdiri di tengah. Airiel beridi jauh di sebelah kananku dan Khaira di sebelah kiriku. Dewan sudah mula menjadi kecoh melihat Khaira, instafamous cantik macam barbie doll menjadi suspek di atas pentas. Begitu juga dengan Airiel, anak jutawan yang dikatakan 'full package' di jadikam suspek kes kecurian. Dan tidak dilupakan aku, pengawas paling handal menangkap sesiapa yang berbuat salah di sekolah.

Ketiga-tiga orang suspek ini telah membawa kekecohan di dewan itu. Ada yang sedang merakam detik ini. Photographer sekolah juga telah mengambil gambar detik yang bersejarah ini. Tidak dilupakan juga, peminat Airiel yang sedang naik angin di bawah.

"Mohon semua bawa bertenang. Jika ketiga-tiga pelajar ini kalah dalam perbicaraan ini, maka mereka perlu menerima denda. Dendanya ialah mereka perlu mentanda tangani borang perlucutan jawatan yang sedang berada di tangan saya ini. Airiel sebagai kapten bola keranjang sekolah, Khaira sebagai presiden Kela Kewanitaam dan Safiya sebagai pengawas sekolah," ujar Cikgu Syazwan lagi.

Sekali lagi dewan mula kecoh disebabkan oleh denda itu. Ada yang gembira mahu menggantikan jawatan pengerusi Khaira, ada juga yang marah disebabkan oleh jawatan Airiel. Jawatan aku? Tak ada siapa kesah. Boleh pergi mampus. Aku ni bila nak ada peminat. Ceh, dah la single. Nak ada peminat pula.

"Kita mulakan dengan Khaira. Khaira sila kemukakan bukti awak," ujar Cikgu Syazwan. Dia terus berundur memberikan tempat kepada Khaira.

Khaira tenang mengambil mikrofon itu. Dia menjeling aku yang sedang merenungnya. Eleh tengok pun tak boleh!

"Tiada apa lagi yang saya boleh katakan. Airiel dan Safiya adalah pencurinya. Buktinya ada di tangan Teacher Aireen. Mereka hanya memutar belitkan cerita untuk membuat cikgu Diyana mengesyaki saya. Semua bukti yang kami kumpulkan, semua ada mereka," ujar Khaira. Dewan itu sudah mulai kecoh disebabkan oleh jawapan Khaira. Ada yang mempercayai Khaira, ada juga yang  tidak setuju dengan jawapan itu.

"Saya amatlah pasti dengan jawapan saya. Safiya pernah bunuh abang saya di sekolah. Tidak mustahil dia boleh mencuri juga di sekolah," ujar Khaira cuba mengungkit kisah silam yang membawa kelemahanku. Dia cuba untuk membuatku rasa takut. Dan YA, aku takut.

Aku terus terduduk. Airiel pantas datang kepadaku lalu menenangkanku.  Dia menatap wajahku sambil merenung tepat anak mataku.

"Relaks Safiya. Buat macam yang aku suruh, dia cakap macam tu sebab nak kau rasa lemah. Kau tak lemah. Kau kuat. Aku ada," ujar Airiel meraih tanganku.

Aku hanya diam. Aku juga tahu Khaira cuba untuk melemahkanku kerana dia tahu kes itu adalah kelemahanku. Tetapi aku masih lemah untuk terima semua ini.

Aku menarik dan menghembuskan nafas perlahan-lahan. Aku terus bangun. Airiel pula terus pergi kepada Khaira ingin mengemukakan bukti. Sepatutnya giliran aku, tapi Airiel menggantikan tempatku. Dia terus merampas mikrofon yang dipegang oleh Khaira.

"So, guys. Aku tak cakap yang aku pencurinya, aku juga tak cakap Safiya pencurinya. Tapi Khaira pun tak curi benda tu. Tapi aku pasti yang ada budak lain yang curi dan dia akan ada dekat sebelah aku dalam 10 saat. Kalau dia tak ada aku akan terima denda ni dan nama aku akan kotor disebabkan oleh gelaran pencuri tu. So, sekarang aku nak korang semua kira 10 saat ," ujar Airiel pula.

Seisi dewan sudah mula kecoh tidak faham dengan kata-kata Airiel. Begitu juga dengan aku dan Khaira.

"10 saat bermula sekarang," ujar Airiel.

"10,"

"9,"

"8,"

"7,"

"6,"

"5,"

"4,"

"3,"

"2,"

Bush!!

Tiba-tiba pintu dewan dikuak kasar dari luar. Muncullah Tasnim yang tidak memakai uniform sekolah. Tumpuan kami semua terus terletak kepada Tasnim.

"Yes, dear. Ada apa-apa nak cakap?" tanya Airiel kepada Tasnim. Aku ternganga. Apakah?!

"Saya minta maaf cikgu. Saya sorokkan Macbook tu sebab saya tak puas hati. Kenapa bila saya buat kena puji, bila saya buat semua orang palau," ujar Tasnim terus naik ke atas pentas dah berdiri di sebelah Airiel.

Semua pelajar tercengang. Drama apa yang mereka lihat di atas pentas ini. Selepas mempunyai 3 suspek, tiba-tiba ada pelajar lain pula yang mengaku. Teacher Aireen terus bangun merampas mikrofon dari Airiel.

"Tasnim betul ke awak buat?" tanya Teacher Aireen ingin mendapatkan kepastian.

"Ya betul," jawab Tasnim. Dia terus mengeluarkan Macbook itu dari beg galas yang dibawa olehnya. Dia terus menghulurkan Macbook itu kepada Teacher Aireen.

Teacher Aireen bengang sambil menerima huluran itu. "Jadi, pencuri dah mengaku. Safiya sila jumpa saya di bilik kaunseling sebelum pulang ke rumah," ujar Teacher Aireen lalu meletakkan mikrofon itu. Dia terus pergi dari situ.

Aku terus menghantar secangkir senyuman manis buat Airiel. Airiel hanya berlagak tenang. Dia memang macam tu. Hm.

"Jadi, kes sudah selesai. Suspek boleh turun dari pentas. Manakala, Tasnim boleh jumpa saya di bilik disiplin selepas ini," ujar Cikgu Syazwan.

Airiel terus turun dari pentas diikuti Khaira dan aku. Aku menghela nafas lega apabila kes ini selesai. Syukur aku tidak dilucutkan jawatan walaupun hampir menerima semua denda disebabkan Khaira yang enggan mengaku.

******

"Saf, kau balik dengan aku ke?" tanya Ainul sambil mengemas buku-bukunya di dalam lokar.

"Ha yeke? Kenapa aku balik dengan kau pula?" tanyaku.

"Entahlah. Zarif kata nak pergi bawa Farah keluar. Aku ingat kau tahu," jawab Ainul.

" Laa Zarif ni suka lah macam tu. Aku tak suka tau dia," rungutku sambil menarik tangan Ainul berjalan untuk pulang ke rumah.

"Ha? Apa yang dia suka? Apa yang kau tak suka?" tanya Ainul.

"Dia tu sekarang asyik keluar dengan Farah je tahu tak. Aku bukanlah nak marah dia keluar dengan perempuan. Tapi dah 2 minggu kami tak bercakap tau. Hubungan dia dengan keluarga aku pun dah makim renggang. Makin teruk perangai dia sekarang. Aku rindu dia yang dulu. Dia yang selalu pujuk aku nangis, gurau-gurau dengan aku. Tapi, sekarang setiap kali aku nak bergurau. Dia mesti masuk bilik dia and kunci pintu macam ada benda yang dia sorokkan dari aku," ceritaku panjang lebar. Aku meletakkan kepalaku di atas bahunya.

"Ouh," balas Ainul ringkas.

"Aku cakap banyak-banyak kau balas ouh je?" tanyaku.

"Hehehe. Eh Saf," panggil Ainul.

"Apa?" tanyaku.

"Tengok tu," ujar Ainul sambil menghalakan jarinya ke arah Airiel yang sedang bersandar pada pintu keluar itu. Mata nya khusyuk menatap Iphone 11max pro yang pegang

"Dah kenapa dia ni tak nak bagi kita keluar ke?" tanyaku.

"Airiel," panggil Ainul. Airiel terus mengangkat kepalanya.

"Ha Saf. Jom," ujar Airiel sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Jom pergi mana?" tanyaku.

"Jumpa Teacher Aireen," jawab Airiel lalu menghampiriku.

"Ouh ya. Aku terlupa nak pergi jumpa Teacher Aireen," ujarku menepuk dahi.

"Ha jomlah," ujar Ainul.

"Eh tak payah ikutlah. Biar aku je teman dia. Balik nanti biar aku hantar," ujar Airiel pula sudah menarik beg sekolahku.

"Ha yelah. Suka hati koranglah. Kalau macamtu aku balik dulu. Bye," ujar Ainul lalu melambai kepadaku. Aku melambai kembali. Dia pun melangkah pergi.

Aku menoleh ke arah Airiel yang masih memegang tali beg galasku. Airiel tersenyum.

"Kau kenapa pegang beg aku?" tanyaku.

"Jomlah pergi jumpa kakak aku tu. Ha sini aku bawa beg kau," ujar Airiel lalu menarik begku.

Aku terus membuka beg yang dipakai lalu dihulurkan kepadanya. Kami pun melangkah ke bilik kaunseling yang berada di tingkat 3.

"Kau kenapa baik sangat ni?" tanyaku.

"Kang aku jadi nakal sibuk nak marah-marah aku. Ei," balas Airiel.

"Aku okay jelah pergi jumpa Teacher tu seorang-seorang,"

"Mana boleh. Aku takut kakak aku buat apa-apa dekat kau,"ujar Airiel.

"Kau rasa kakak kau tu jahat sangat ke sampai kau anggap dia macam berbahaya?"

"Tak adalah. Cuma aku rasa tak sedap hati bila dengar kakak aku nak jumpa kau sebelum balik even dia boleh je jumpa kau lepas perhimpunan tadi,"

"Airiel, tu kan kakak kau. Why not kau bersangka baik dengan dia. Baik-baik dengan dia. Korang kan adik beradik,"

"Memanglah. Tapi kau tak faham......"

"Abang Airiel," celah Khaira tiba-tiba berada di sebelah kiri kami.

"Opocot taikmu pujaan hatiku" aku melatah terperanjat.

"Kau kenapa ni tiba-tiba dekat sini," tanya Airiel turut terkejut.

"Abang,boleh tak Khaira nak cakap dengan abang sikit?" pinta Khaira kepada Airiel.

"Ha dah kenapa pula?" soalku.

"Jangan sibuk boleh tak engkau ni?" ujar Khaira kepadaku. Dia menjelingku.

"Abang, Khaira nak cakap dengan abang. Sekejap je please," ujar Khaira. Matanya seperti betul-betul nampak seperti perlukan bantuan.

"Buat apa pulak aku nak pergi to......" sebelum kata-kata Airiel di habiskan, aku pantas memotong kata-katanya.

"Pergilah tolong dia. Biar aku jumpa teacher sendiri," ujarku menolak Airiel kepada Khaira. Khaira tersenyum sinis.

"Ha apa pula? Tak ada. Kalau ada apa-apa jadi dekat kau macam mana. Tak ada. Kau kalau nak cakap,cakap dekat sini je," ujar Airiel.

"Tak boleh. Benda ni mesti abang dengan Khaira je tahu," ujar Khaira.

"Tak apalah. Kau pergilah. Aku jumpa Teacher Aireen je pun. Pergi je. Aku okay. Jaga beg aku tu baik baik," ujarku pada Airiel.

"Hm yela. Elok-elok. Pastikan kau datang depan mata aku nanti, rupa sama macam sekarang. Janji," ujar Airiel agak risau denganku. Aku tersenyum.

"Ye janjilah," ujarku lalu melangkah ke bilik kaunseling.

Airiel hanya memerhatikan langkahku yang semakin menjauh itu. Dia terus berpaling kepada Khaira semula.

"Ha apa dia?" tanya Airiel kasar.

"Nothing," ujar Khaira. Dia tersenyum penuh makna.

"Whats?!" soal Airiel tidak faham.

Tiba-tiba satu kayu baseball laju dihayunkan ke belakang kepalanya.

Buk!!

Kuat belakang kepalanya diketuk menggunakan kayu baseball. Mata Airiel terasa berpinar-pinar. Sakit belakang kepalanya diketuk. Dia perlahan-lahan jatuh ke lantai. Matanya perlahan-lahan ditutup.

"Ssaf...." lirih Airiel lalu terus pengsan.

Aku perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik kaunseling. Pintu masuk di ketuk sebanyak 3 kali.

"Assalammualaikum, teacher," ucapku. Aku menoleh ke kiri dan kanan.

Tiba-tiba ada satu tangan menarik leherku. Mataku membulat. Aku ingin melawan tetapi laju tangan manusia itu menutup mulutku dengan kain yang telah dititiskan dengan kloroform.

Bau kloroform yang sangat kuat membuatkan kepalaku pening. Penglihatanku mula kabur. Aku tidak berdaya lagi. Hanya satu nama yang melayang difikiranku. Aku terus rebah ke tanah.


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

668K 27.3K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
232K 14.6K 49
Highest #1 in action. Selama tujuh belas tahun dia hidup tanpa kasih sayang dari ibu bapa ditambah lagi hinaan, cacian dan pukulan dari abang sendiri...
1.5M 74.6K 58
[𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] " 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧'𝐬, 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐝𝐞𝐚𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐞 �...
1.1K 92 10
Amira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi perta...