revenge ; parkseonghwa

By geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... More

intro
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

fifteen

1.3K 185 92
By geumvengers-

seonghwa memerhatikan seohee yang gayanya seperti mahu keluar. daripada fokus tengok tv, terus dia bangun.

"nak pergi mana?" soalnya. seohee berhenti melangkah dan memandangnya kosong.

"beli barang dapur. dah habis"

"naik apa?"

"teksi"

"eh wait wait! tunggu 5 minit!" pantas seonghwa bangun selepas mematikan tv dan berlari naik ke atas.

"apa kebenda dia ni?" soal seohee pelik dengan dahinya yang berkerut tetapi dia tetap menunggu. kotkot seonghwa ada nak suruh belikan apa apa ke.

tak sampai pun 5 minit selepas itu, seonghwa yang sudah siap sedia untuk keluar turun dan menghadap seohee dengan senyuman nipis.

"jom" ajak seonghwa.

"huh?" seohee memandang seonghwa dari atas ke bawah. jangan kata dia ni buat tabiat sudahla. tetiba aje jom.

"tadi kata nak beli barang dapur. jomlah"

"tapi aku boleh naik teksi—"

"benda kita boleh pergi sama sama, buat apa naik teksi? kan dah membazir tu. kau ni tak sayang duit eh?" seonghwa menundukkan badan seraya mendekatkan wajahnya dengan seohee. terbeliak mata seohee apabila seonghwa berbuat demikian.

"sa- sayang..."

"hah apa?" riak seonghwa jelas menunjukkan yang dia agak terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut seohee. bukan setakat seonghwa je, malah seohee berlipat kali ganda terkejutnya!

bukan dia nak panggil seonghwa sayang, tapi dia nak kata dia sayang duit!

"huh?" seohee sendiri terkedu dengan tindakannya tadi.

"k- kau- panggil aku sayang" tergamam seonghwa. dia menutup mulutnya dengan tangan.

"eh? bila masa?!" akhirnya seohee sudah dapat mengawal dirinya semula, lantas dia menjeling seonghwa geram.

"tadi"

"bu- bukanlah!"

"kau jangan tipu aku lah! tak baik tau bagi harapan palsu"

seohee mengusutkan rambutnya. masalahnya memang bukan niat dia macam tu pun daripada awal! dah tadi seonghwa sendiri yang tanya dia tak sayang duit ke, dia jawablah sayang! astagaaa seonghwa ni fikir pelik pelik pula.

"ee serabutlah dengan kau ni! suka hati kau lah nak fikir macam mana!" lekas seohee menuju keluar dengan beberapa hentakan kecil.

seonghwa tergelak kecil. sengaja mahu mengusik seohee. habis merah padam muka seohee tadi.

"e apa panggil orang sayang ni eish" seonghwa ketawa lagi sebelum mengikut langkah seohee. takut seohee kat luar tu tunggu lama sangat, kang silap silap dia pergi naik teksi pula. dah tak dapat nak berdua duaan.

-

woo seohee

aku mengerling seonghwa yang sedang menolak troli dalam diam. sesekali terdengar seonghwa batuk. bukan baru mula harini, tapi sejak beberapa hari lepas lagi. sebelum sebelum ni takdelah kerap sangat, tapi makin lama makin teruk pula.

kalau orang tak tahu apa yang terjadi sebenarnya antara aku dan seonghwa, mungkin nampaklah aku dengan seonghwa ni macam tipikal suami isteri yang pergi beli barang rumah sama sama. suami tolak troli, isteri ambik barang. tapi hakikatnya, no.

sudahlah aku krik krik daripada tadi. awkward weh. kes semalam tak habis lagi malunya, harini dia buat hal lagi. jadi, kalau boleh aku naklah berjauhan dengan dia.

"hwa, aku pergi ambik barang aku jap. kau tolonglah ambikkan sabun"

seonghwa sekadar mengangguk sebelum berlalu bersama sama troli. aku pun apa lagi, pecutlah. nanti pandai pandailah dia cari aku kat mana. kalau tak jumpa pun okey je, aku boleh bayar barang dan balik naik teksi sendiri.

sampai kat bahagian cereal, mata aku meliar mencari kotak cereal yang selalu aku makan. bersinar sinar mata aku tatkala mata aku dah menjumpai di mana ia berada. tapi malang tak berbau, kotak tu duduk kat rak paling atas.

aku ni bukanlah pendek sangat pun, nak kata tinggi sangat pun tak juga. tapi pergh pasar raya ni, dia ingat semua orang boleh sampai agaknya. kejam sungguh.

penatlah aku menjengket, lompat pun tak sampai juga. baru aku nak putus asa dan pergi cari seonghwa untuk minta pertolongan, ada satu tangan yang membantu aku mencapainya. pantas aku menoleh, setakat aku tahu tu bukanlah tangan seonghwa.

seorang lelaki dengan mata yang agak sepet tersenyum memandang aku. kotak cereal juga dihulurkan. taknak menunggu lama, aku cepat cepat menyambut.

"tha- thank you"

"annyeonghaseyo! saya song mingi!"

aku pandang dia pelik dari atas hingga ke bawah. kenapa nak kena kenalkan diri kat aku? aku bukannya kenal dia pun. sudahla cara dia kenalkan diri tu macam aku ni bos dia pula.

"kita kenal ke?"

"err kejap eh kejap. saya panggil kawan saya lagi sorang"

eh apahal nak kena kenalkan kawan dia sekali?

"weh wooyoung! cepat ah woi! sini sini!" panggil lelaki yang mengenalkan diri sebagai mingi.

berlari lari lelaki lagi sorang tu. kedua duanya berdiri menghadap aku tegak sebelum menundukkan badan 90 darjah.

"annyeonghaseyo! puan boleh panggil saya wooyoung. wooyoung kacak pun boleh jugak ehe"

cepat cepat mingi menyiku lengan kawannya.

"kau ni! bos marah nanti"

"ala bos je garang. isteri dia tak garang"

"mana kau tahu?"

"tengok muka tahulah"

daripada tu, barulah aku faham yang mungkin dorang berdua ni bekerja di bawah seonghwa. tapi masalahnya asal gaya dorang gengster kampung pisang sangat ni?

oh lupa pula, seonghwa kan dulu geng geng gitu juga.

"seohee, sini kau rupanya" terdengar suara seonghwa dari belakang. aku menoleh, dia tersengih sehinggalah dia menyedari siapa yang berdiri kat depan aku.

"eh bos! lama tak jumpa!" sapa wooyoung.

"apa korang buat kat sini?" soal seonghwa yang kini sudah berdiri di sebelah aku.

"beli baranglah bos. takkan tuai padi pulak" balas mingi. eh bukan dia ke yang kata tadi seonghwa garang?

"dorang ni pekerja kau eh?" daripada jadi pemerhati daripada tadi, akhirnya aku menyampuk.

"eh bukanlah. dorang kawan aku jela. kan weh an kitakan member" seonghwa menumbuk bahu wooyoung bersama tawa plastiknya.

"dah terang terang dorang panggil kau bos, tu pun kau nak menipu aku lagi?"

"er betul la ni kawan aku je"

aku rasa musykil semacam sebab kau boleh bayangkan tak yang seonghwa tu ada kawan? yang aku tahu dia tu berkepit dengan yeosang je, tu pun sebab yeosang tu pembantu dia. tak pernah pula aku nampak dia dengan orang lain.

eleh aku ni pun, bercakap macam kenal seonghwa sangat. puih!

"kau buat kerja kerja tu lagi eh?" terus terang aku menyatakan soalan yang mengganggu benak fikiran aku daripada tadi.

"mana ada! serius ni. aku tak buat dah kutip kutip hutang tuu. kau tak percaya tanya dorang berdua ni!" seonghwa menudingkan jarinya ke arah mingi dan wooyoung. kedua dua mereka laju menganggukkan kepala. kemudian tangan pula diangkat separas bahu sebagai tanda bersumpah.

"betul la apa yang bos kata tu. lepas dia jumpa puan, terus dia jadi baik gila tauu"

aku menggelengkan kepala perlahan. mengarut. malas aku nak layan lebih, terus aku tinggalkan mamat bertiga tu. takde kena mengena dengan aku pun, cuma entah kenapa aku rasa macam marah sikit.

aku cuma tak suka dengan kerja tu. so bila seonghwa masih buat, aku kecewa sikit walhal aku tahu memang aku tak layak pun untuk rasa macam tu.

haih seohee, kau ni dah kenapa?

-

kereta yang dipandu seonghwa menuju ke rumah anak yatim yang biasa aku kunjungi tu. mula mula aku suruh dia balik dulu tadi sebab aku nak singgah tempat lain, tapi dia pun degil juga, katanya nak ikut aku. malas nak gaduh sebab mood aku tak berapa nak ada untuk gaduh dengan dia, jadinya aku pun biarkan jela.

aku cuma kata nak pergi rumah anak yatim, terus dia bawak tanpa tanya aku lebih lebih. aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu jalan nak pergi ke situ. aku langsung tak cakap apa apa kot masa dalam kereta, tengok tengok dah sampai.

beberapa beg plastik aku keluarkan dari bonet kereta lalu aku berjalan masuk tanpa mempelawa seonghwa. dia nak masuk ikut, kalau taknak sudah. bukannya budak kecik lagi nak kena iring pergi mana mana.

"eonnieeee!!" jejak je kaki kat dalam, dapat aku dengar suara yura dari jauh. dia berlari ke arah aku dengan tangan yang terdepa. sekelip mata dia dah peluk kaki aku.

"yura rinduuu"

"anak siapa kau manjakan sangat ni?"

terkejut aku bila suara dalam seonghwa betul betul berada kat telinga aku. ingatkan taknak masuk, yela dia bukannya suka pun budak budak.

"anak oranglah"

"yela anak siapa?"

"mana la aku tahu anak siapa. dah kata rumah anak yatim. tanya tanya pulak" aku menjelingnya sekejap sebelum menumpukan kepada yura.

"harini eonnie beli makanan sikit untuk yura dengan kawan kawan. kongsi sama sama tau?"

laju yura mengangguk dengan senyuman lebarnya. lalu beberapa beg plastik yang aku bawa tadi aku berikan kepada penjaga.

"ish cik seohee ni rajin sangat nak bawak makanan untuk budak budak tu. kadang kadang mainan. manja budak budak tu tau"

"biarlah, takpe" balas aku sambil mengusap kepala yura yang masih tak beredar. bila aku tengok, dia tengah pandang seonghwa, seonghwa pun tengah pandang dia.

"kau kenapa pandang dia macam tu?"

"ni budak yang masuk rumah tu kan?"

"hm. sorryla lepasni aku tak bawak dah budak masuk rumah kau"

"rumah aku?"

"yela rumah kau kan? takkan rumah aku pulak yang besar gedabak tu"

"tapi tu rumah kita.."

degupan jantung aku bagaikan terhenti.

"kenapa pulak? nanti dah gaji aku bayarla duit. oh duit untung pun nanti aku masukkan dalam akaun kau cukup bulan ni"

"aku tak pernah pun mintak duit daripada kau. aku suruh kau uruskan kafe tu bukan untuk bekerja bawah aku. tapi tu dah jadi milik kau. aku hadiahkan untuk kau, jadi semuanya tu hak kau. sikit pun aku taknak masuk campur lagi. aku dah katakan, rumah tu rumah kita? kenapa nak layan aku macam aku ni pengemis mintak duit kau?"

eh dia terasa ke?

aku menoleh memandang tepat ke mata seonghwa. jelas matanya menunjukkan yang dia terluka dengan kata kata aku. aku—

—takde buat salah pun kan?

"aku suami kau, kau tanggungjawab aku. patutnya semua aku tanggung. kalau aku tak mampu nak tanggung kau, aku takkan berani nak kahwin dengan kau. duit aku pun tak habisla setakat untuk kau je"

kenapa dia nak emo sangat ni? aku cuma cakap benda tu je kan?

"kalau kau rasa taknak guna duit tu, simpan jela untuk anak anak kita"

"huh?" anak mana pulak ni? tiber pulak dia.

"aku taknak ulang dua kali"

aku jadi terkedu. seriuslah weh dia ada niat nak ada anak dengan aku?

ta- tapi aku sikit pun tak terfikir pasal tu..

sebab aku bencikan keturunan dia.

lepasni dah lambat lambat la sikit update sebab aku dah mula busy since sekolah pun dah start dengan tuition apa bagai semua tu huhu semoga rajin menunggu la ya

Continue Reading

You'll Also Like

17.3K 2.3K 22
Kang Mina adalah seorang anak kepada manager YG ENTERTAINMENT. Dia juga tak lama lagi akan menggantikan tempat kerja appa nya. Atas alasan? Encik kan...
9.7K 1.3K 40
" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|
28.3K 4.3K 46
ෆ nande? "Kenapa bukan aku? Kenapa dia?" +semua yang terkandung dalam cerita ini hanyalah sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan yang hidup...
12.6K 1.9K 11
❝Rasanya, aku sudah jatuh cinta sekali lagi pada kamu❞ ©neoculturetechnology | 2020 project