(Completed) 2nd Wife (Short S...

By TGNAURA

70.7K 1.4K 109

"Salah ke Aura nak jadi bini kedua? Nabi Muhammad s.a.w pun ada isteri ramai." AURA MYSHA "Aura akak tahu Aur... More

W1
W3
W4
W5

W2

6.9K 271 22
By TGNAURA

"Aura Mysha, sedap nama tu. Akak, Farra Wardah panggil je Kak Farra."

          Aura teragak-agak membalas senyuman isteri Hanif yang mengelarkan diri Farra itu.

          Farra mengajak Aura ke kafe yang berdekatan dan menyatakan ingin memberitahu sesuatu yang penting.

          Dalam hati Aura turut merasa cuak, namun dituruti juga. Aura menaiki kereta Farra dengan dipandu oleh seorang pemandu.

           Tertanya-tanya juga Aura, Farra ni tak pandai memandu ke? Selama ni pun dia hanya melihat Farra duduk di tempat penumpang sahaja.

"Takpe ke Aura keluar waktu kerja? Owner taska tak marah?"
           Farra bertanya lagi, mungkin ingin mencari keserasian dengan Aura.

           Aura geleng kepala sebelum menjawab soalan isteri Hanif.
"Saya owner taska tu kak."

"Oh. yeke.. Sorry akak tak tahu, sebab akak tengok Aura muda lagi. Lagipun akak perasan Aura rapat dengan kanak-kanak kat taska tu. Akak ingat Aura pekerja kat sana."

           Aura mengumpil senyum lagi, bukan Farra seorang yang tak sangka dia tu pemilik Taska, ramai ibu dan bapa yang menghantar anak mereka pun takkan percaya Aura adalah empunya taman asuhan itu.

"Aura..."
           Sekali lagi Farra memanggil lembut nama Aura seraya meemegang lengan wanita muda itu yang berada diatas meja.

           Mata Aura diangkat memandang tepat kepada Farra. Di pasti mama Balqis itu ada sesuatu yang ingin dikatakan.

"Akak nak tanya Aura sesuatu boleh? Dan akak nak Aura jawab dengan jujur."

           Kerongkong Aura mula meneguk liur dengan pantas. Walau dia tak tahu apa soalan yang bakal Farra tanya kan, namun kepalanya automatik diangguk perlahan.

"Aura... suka kan suami akak?"

           Hah?!
           Laju Aura tarik lengan yang digengam oleh Farra dan diletakan keatas ribanya. Kedua mata tajam merenung wanita itu sebelum Aura tunduk kan kepala.

           Malu.
           Berdebar.
           Itu yang dia rasa kan sekarang ni.

"Aura jangan takut. Jujur je dengan akak, Demi Allah, akak takkan marahkan Aura. Aura suka kan suami akak kan?"
           Sekali lagi Farra bertanya, wajah Aura yang hanya memandang lantai dipandang dengan senyuman.

           Lama Aura beku, kerana tubuhnya hampir berpeluh mendengar soalan Farra. Adakah dia sedang meruntuhkan masjid pasangan lain?

"Akak.. saya mintak maaf kak kalau akak perasan dengan sikap saya.. Tapi terus-terang saya takde niat nak lukakan hati akak. Saya tahu saya salah, saya.."

"Aura"
           Sekali lagi Farra bersuara lembut memintas ayat Aura.

           Aura terdiam.

"Jadi betul lah Aura suka kan suami akak?"

           Aura menarik nafas panjang, sekali lagi mata hazzel Farra dia tatap sebelum kembali memandang lantai. Sebentar kemudian kepalanya diangguk menyatakan kebenaran sebenar.

           Terdengar juga Farra menarik oksigen sedalamnya, ketika Aura menganggukan kepalanya.

           Lama mereka berdiam sebelum Farra kembali bersuara.
"Syukur Alhamdullilah, nampaknya akak tak silap menilai."

           Segera Aura angkat muka, pandangannya kembali bertaut pada Farra. Wanita itu makin melebarkan senyum.

           Jantung Aura makin kuat berdenyut. Dalam hati tertanya-tanya, kenapa isteri Hanif tidak memarahinya? Kalau isteri lain dah tentu terbalik meja kat kafe kerana marah.

"Aura nak kahwin dengan suami akak?"

           Mendengar soalan Farra, Aura terus bangun dari duduknya. Terkejut.
"Maaf kak, saya tak faham maksud akak. Saya mintak maaf sebab suka kan suami akak. Tapi dalam kata lain, saya pun takut untuk runtuh kan rumah tangga orang lain. Saya sangat-sangat mintak maaf dengan akak."

"Aura."
           Farra mencapai lengan Aura untuk menghalang wanita muda itu dari pergi.
"Akak tak pernah terfikir Aura nak runtuh kan rumah tangga akak, akak tahu Aura suka suami akak dan akak sangat berharap Aura boleh jadi isteri kepada suami akak. Sebab akak perlu Aura, bukan akak sahaja. Anak akak dan suami akak pun perlu kan Aura."

          Apa yang isteri Hanif merepek ni?
          Perlu kan aku? Untuk apa?
           Aura terus memandang mata Farra mencari jawapan.

"Duduk dulu Aura, kita bincang elok-elok."
           Farra terus memujuk apabila dilihat Aura masih berdiri tegak tanpa bersuara.

          Hingga akhirnya  Aura akur. Punggungnya kembali menapak di kerusi. Namun mulut terus terkunci.

"Akak tak pernah salah kan Aura kerana  menyukai suami akak, dan akak bersyukur perempuan yang suka kan suami akak adalah Aura. Akak cuma nak bahagiakan suami akak serta anak akak. Akak berharap sangat Aura dapat terima pinangan akak untuk suami akak."

            Saat ni Aura rasakan bagai sebiji kelapa yang sarat dengan airnya sedang jatuh dan menimpa kepala Aura. Salah dengar kah telinganya tentang permintaan isteri Hanif itu?

           Kalau dapat Aura rasa nak cubit kedua pipinya agar dia sedar yang dia tak bermimpi.
           Memang Aura suka kan Hanif, dan Aura berharap untuk menjadi isteri kepada lelaki itu. Namun permintaan tiba-tiba Farra membuatkan Aura sedikit keliru. Tak pernah pula dalam doanya meminta supaya Allah melembutkan hati Farra untuk menerimanya sebagai madu.

           Tapi kenapa Farra sendiri datang membawa pinangan untuk suaminya sendiri?

"Err.. Akak tak takut ke untuk bermadu dengan saya?"
          Akhirnya Aura bersuara, dan sengaja nadanya ditegaskan untuk memastikan semua ini bukan gurauan.

"Tak.. akak tak takut bermadu dengan Aura akak lagi takut kalau Aura tolak pinangan akak."

          Rakus air liur Aura kembali diteguk hingga ke dasar abdomen. Dia pasti Farra serius untuk menjadikan mereka bermadu.

"Jadi.. Aura terima pinangan akak untuk suami akak?"

          Apa Aura nak jawab?
         Sedangkan dalam hatinya kini masih berbelah antara rasa gembira dan masih tak pasti.

"Suami akak setuju?"
          Untuk terakhir kalinya Aura inginkan kepastian.

           Farra mengangguk seraya mengukir senyum.
"Suami akak setuju kalau Aura benar-benar setuju."

           Senyuman Farra, Aura terus titip. Debar jantungnya kian surut. Wajah tegap Hanif Saif mula bermain di seluruh awangannya kini.
           Benarkah jalan yang dipilihnya ini?

"Akak.. boleh saya tahu kenapa akak nak saya kahwin dengan suami akak? Sedangkan akak sempurna segalanya?"
           Masih tak puas hati, Aura terus ingin kan jawapan.

          Sekali lagi Farra mengengam lembut lengan 'bakal madunya' sebelum bersuara.
"Akak tak sempurna Aura, akak tak boleh bagi sinar kegembiraan pada keluarga akak.. Dan akak nampak sinar kegembiraan itu ada pada Aura untuk suami dan anak akak."

           Sepasang mata Aura menitip renungan sayu Farra. Walaupun jawapan masih tersangkut namun Aura pasti Farra tidak mempermainkannya.

*****

"Kamu fikir masak-masak Aura! Perkara ni bukan main-main. Yang kamu nak kahwin tu suami orang. Kamu tak takut ke bergaduh dengan isteri dia nanti? Kamu tak malu ke kalau sedara-mara kita mengata?"

          Aura tunduk sambil bermain jemarinya diribaan.
          Suara Datin Kasturi memecah ruang tamu rumah agam ini.

          Sejak semalam selepas berjumpa dengan Farra, Aura teragak-agak untuk memberitahu keluarganya. Dan seperti sanggkaan Aura, keluarganya takkan setuju.

"Kas.. kita dengar dulu apa Aura nak cakap."
            Kali ni suara tua Datuk Bohari mula mengamit lembut bagi menghalang kemarahan isterinya.

"Abang.. terang-terang Aura cakap dia nak kahwin dengan suami orang. Takkan saya sebagai mak tak menghalang? Aura anak bongsu kita bang. Kita boleh cari kan lelaki yang sebaya dan single untuk dia, kenapa dia nak juga dengan suami orang?"
             Datin Kasturi mengerling sebentar kepada suaminya sebelum memandang tajam kepada Aura yang masih tunduk.

"Dik.. adik tahu kan salah kalau kita cuba meruntuhkan rumah tangga orang, abang tak kenal sangat dengan Hanif Saif, tapi abang tahu dia ada syarikat sendiri. Abang pasti dia mampu untuk berkahwin lebih dari seorang, tetapi cara adik ni salah. Adik boleh buat keluarga Hanif kacau bilau. Kalau dia ceraikan isteri dia macamana? Adik tak rasa bersalah biarkan anak diorang hidup tanpa mak dengan ayah dia?"

            Sentap!
            Perlahan Aura angkat kepalanya. Hatinya betul-betul tersentap dengan kata-kata Abang kandungnya sebentar tadi.

"Abah, Umi. Abang Long... Isteri Hanif sendiri datang kat Aura dan minta Aura untuk kahwin dengan suami dia."
           Dalam ketakutan, Aura menerangkan segalanya agar jelas bahawa bukan dia sengaja nak menggoda Hanif Saif.

           Semua pasang mata tertumpu pada Aura seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan wanita itu.

"Kalau macam tu, Abah nak jumpa dengan Hanif dan isterinya sendiri."

           Kali ni semua berpaling kepada Datuk Bohari. Nada tegas lelaki tua itu membuatkan Aura mengangguk faham.

*****

          Seperti yang dijanjikan, keesokan harinya Hanif serta Farra datang kerumah Aura untuk berjumpa dengan keluarga Aura.

           Awal-awal lagi Umi dah mengarahkan Aura untuk berdiam sahaja didalam biliknya. Datin Kasturi tak mahu anaknya masuk campur perbincangan mereka, walau pun semua ni melibat Aura.

           Gelisahnya Aura terkurung didalam bilik, hanya tuhan yang tahu. Dalam hatinya tak habis-habis berdoa semoga semua berjalan lancar.

            Sememangnya dia inginkan untuk bersama  Hanif namun jauh disudut hatinya masih mengharap restu untuk meneruskan hubungan ini.

           Aura tak mahu keluarganya bermasam muka kerana kehendak Aura.
           Jika benar jodohnya bersama Hanif, Aura mahu ianya berpanjangan dan sentiasa bahagia. Dia nampak kesudiaan Farra untuk berkongsi suami namun Aura sebenarnya masih tak pasti tentang perasaan Hanif kepadanya.

           Dia sendiri pun tak tahu kenapa Hanif setuju untuk berkahwin dengannya sedang mereka tak pernah mengikat kata sepakat.

           Sejam berlalu, kedengaran enjin kereta keluar dari parkir dan menuju ke jalan. Aura pasti Hanif dan isterinya sudah pulang.
            Apa keputusannya? Aura masih menunggu.

           Datin Kasturi masuk kedalam bilik sambil diekori oleh suaminya.
            Punggung dilabuhkan sebelah anaknya dibirai katil.

"Aura betul-betul nak kahwin dengan Hanif?"
           Jemari anaknya diriba, digengam Datin Kasturi.

"Ye Umi, Aura memang nak bersama Hanif, Aura mintak maaf. Aura bukan ketepikan Umi dan Abah, berbulan lamanya Aura simpan perasaan ni. Hampir setiap malam Aura lakukan solat sunat untuk mintak pertunjuk bagi semua ni. Tapi entah kenapa hati Aura semakin kuat untuk mendekati Hanif. Aura tak boleh nak elak Umi.."
           Akhirnya Aura bersuara, mengeluarkan segala yang terbuku dihatinya selama ini. Dia tak tahu hasil perbincangan keluarganya dengan Hanif dan Farra sebentar tadi. Namun biarlah saat ini semua tahu perasaan Aura sebenarnya.

           Datuk Bohari menarik nafas panjang sebelum menjawab kata anak bongsunya.
"Abah dan Umi izinkan untuk Aura kahwin dengan Hanif, tapi dengan satu syarat. Apa sahaja yang berlaku antara Aura dan Hanif selepas berkahwin nanti, Abah nak Aura bagi tahu pada Abah dan Umi. Aura pun tahu, Aura anak bongsu kami. Abah dan Umi tatang Aura lebih dari Kak ngah dan Along. Jika Aura sakit, kami yang akan merasa sedihnya. Abah dan Umi taknak sesuatu yang buruk terjadi pada Aura."

           Lakrimal mata Aura mula basah mendengar bait bicara Abahnya.
           Dia tahu bukan senang seorang bapa nak lepaskan anak perempuan mereka lebih-lebih lagi jika anak perempuan itu ingin berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.

           Aura faham isi hati Abah serta Umi nya. Dan Aura sendiri pun tak tahu nak luahkan bagaimana perasaannya kini, bila kedua ibu bapanya memberi restu untuk dia berkahwin dengan Hanif.

            Hanya airmata sebagai pengganti Aura bahawa dia berterima kasih pada Abah dan Uminya.

           Melihat Aura yang menahan sendu, perlahan Datin Kasturi membawa anaknya dalam dakapan. Hujung matanya turut basah.
            Walaupun masih sukar mahu melepaskan Aura namun dia redha demi kebahagiaan anaknya.

*****

          Hanya dua bulan selepas semuanya dipersetujui, Aura Mysha disatukan dengan Hanif Saif dalam majlis yang sederhana.

          Cepat?
          Ye memang cepat mereka berdua berkahwin kerana Farra sendiri memujuk supaya majlis diadakan seawal yang mungkin.

               Waktu persiapan diadakan, Farra turut ada dan sama-sama membantu Aura menyediakan kelengkapan perkahwinan wanita itu dengan suaminya.

          Hanya sekali sahaja Aura bertemu dengan Hanif sebelum majlis nikah mereka itupun kerana mereka bersama-sama mencuba baju untuk dipakai waktu pernikahan dan persandingan.

          Riak Hanif seperti biasa, hanya bercakap dengan Aura bila perlu. Senyum tiada langsung meniti dibibir lelaki itu. Sehingga Aura pun tak pasti samaada Hanif ikhlas atau tidak untuk menikahinya.

          Dan hari ini tiba juga, Aura dan Hanif dinikahkan dirumah Dato Bohari pada sebelah pagi dan kemudian mereka mengadakan majlis persandingan secara sederhana.
          Sehingga sebelum mahgrib, majlis selesai.

          Hanif berborak sebentar bersama keluarga Aura sementara Aura sudah membersihkan diri didalam bilik.

           Debarnya saat ini hanya Allah yang tahu.
           Walau Hanif berkahwin seakan terpaksa namun Aura dapat melihat wajah lelaki itu tersenyum sepanjang majlis mungkin tak mahu hadirin salah sangka.

          Kerana majoriti tetamu yang hadir di majlis pernikahan mereka, sudah tahu tentang status Hanif sebenarnya.

          Malahan Farra turut hadir memberi restu kepada kedua mempelai. Namun sebelum berakhirnya majlis, wanita itu memohon untuk pulang kerana Balqis mula merengek.

          Aura dan Hanif tidak dapat menghalang, sementa mereka masih dihujani tetamu.

*****

         Hanif masuk kedalam bilik Aura ketika isterinya sudah bersiap.

          Ketika tubuh Hanif sepenuhnya didalam bilik, Aura yang sedang duduk menghadap cermin terus meneguk liur.
          Segera tubuhnya dibangunkan.

          Hanif yang hanya memakai seluar track hitam serta T'shirt tanpa kolar begitu menyentap naluri Aura. Pertama kali dia melihat tubuh Hanif tanpa pakaian yang formal.

            Jantung mula berdetak laju, pipi Aura sudah merasa bahang.

"Err... abang nak minum? Aura ambik kan"
           Rasa bodoh pulak dengan soalan yang baru Aura aju kan, namun apa yang Aura tahu, dia harus keluar dari ruag bilik sebentar.

"Aura."
Hanif menangkap lengan Aura yang baru melintasinya untuk menghampiri pintu yang sudah tertutup.

           Serta merta langkah Aura mati, hangatnya gengaman Hanif menjalar kesetiap urat nadinya. Ah! Aura betul-betul sudah jatuh cinta dengan suaminya sendiri!

            Hanif melangkah setapak kebelakang sebelum berdiri menghadap isteri yang baru dinikahinya beberapa jam yang lepas.

            Melihat susuk Aura tanpa tudung sebenarnya sudah mengugah nafsu lelaki Hanif. Aura dilihat cukup sempurna, tapi kenapa wanita itu ingin berkahwin dengan lelaki yang sudah ada isteri serta anak sepertinya. Lagipun umur Aura hampir 8 tahun muda dari Hanif.

           Kenapa Aura mesti memilih Hanif?

"Aura.. abang nak mintak izin untuk pulang kerumah Kak Farra malam ni. Abang tak boleh tinggalkan dia"

           Wajah Aura yang hanya tunduk tadi, diangkat perlahan. Mata kelabu suaminya dilirik menandakan seribu soalan yang ingin ditanya, namun lidahnya kelu.

"Abang mintak maaf Aura, Abang betul-betul tak boleh tinggalkan Kak Farra, dia perlu kan abang setiap masa."
           Berkerut wajah Hanif meminta simpati, walaupun hatinya turut merasa bersalah untuk meninggalkan isteri keduanya.

"Abang.. boleh Aura tahu apa tujuan abang kahwin dengan Aura?"
           Bohong jika Aura tak merasakan cemburu saat ini. Tapi itu yang perlu dia tanggung sementa ingin menjadi isteri kedua.

           Mendengar soalan Aura, Hanif melepas keluhan sebelum berjalan menuju ke tingkap yang masih terbuka.
           Kedua tangannya dimasukan kedalam kocek seluar track.
"Farra mintak abang rahsiakan, tapi abang tak sanggup lagi. Isteri abang menghidap kanser payudara tahap empat. Itu pun dia tahu ketika kandungan Balqis sudah menghampiri 7 bulan. Doktor sarankan untuk Balqis digugurkan kerana Farra perlu jalani pembedahan serta kimoterapi, Tapi Farra tetap nak lahirkan Balqis sehingga menyebabkan sel barah dia merebak ketempat lain kerana lambat menjalani kimoterapi. Sekarang keadaan Farra dalam kritikal, bermacam cara abang cuba untuk selamatkan dia.Tapi semuanya tak menjadi, abang dah buntu. Sehingga lah Farra pujuk abang untuk kahwini Aura demi Balqis."

           Hanif menghentikan kata-katanya. Kepala ditunduk sebelum sebelah tangan mengosok belakang leher.
           Selama hampir setahun ni dugaan yang timbul dalam keluarganya ditolak ketepi kerana tak mahu Farra melihat kesedihan yang dia alami.
          Dan untuk malam ni Hanif meluahkan segalanya pada Aura.

          Aura pula masih terus berdiri dan sedikit kaku ketika mendengar segala coretan dari suaminya.

           Lama mereka berdiam sebelum Hanif berpaling tubuh dan kembali menghampiri isterinya.
           Kedua bahu Aura digengam erat seraya kepalanya ditunduk sedikit menyamai ketinggian wanita itu.

"Aura jangan salah sangka, memang rancangan untuk berkahwin dengan Aura adalah dari Farra. Tapi abang ikhlas sewaktu mengakad Aura menjadi isteri abang. Cuma.. abang minta Aura bagi masa untuk abang terima Aura sepenuhnya. Sebab semua ni berlaku dengan pantas. Abang buntu Aura."
           Hanif melarikan pandangannya dari sepasang mata amber milik Aura. Wajah  ditunduk memandang lantai.

           Perlahan Aura angkat dagu petak suaminya supaya mata mereka saling bertemu. Bibir Aura dibuka untuk meneruskan kata.
"Abang.. Aura izinkan abang kembali pada Kak Farra. Dengan syarat abang bawa Aura sekali."

           Hanif menitip bola mata Aura, bergitu syahdu. Dan akhirnya dia menganggukan kepala tanda setuju.

Continue Reading

You'll Also Like

7.9K 1.3K 31
Ambisi luar biasa Naila untuk memiliki Johan tanpa mengira kifarah di Hari mendatang. Akan seperti apa kisahnya yang bila rasa tertipu, sakit hati da...
[C] Gila By yerith

Short Story

28.7K 1.8K 19
Bertindak sebelum terlambat. Start: 7 April 2019 ; 18:17 End: 7 April 2019 ; 21:55 Full credit on me. // i want to thank everyone who read and vote t...
70.7K 1.4K 5
"Salah ke Aura nak jadi bini kedua? Nabi Muhammad s.a.w pun ada isteri ramai." AURA MYSHA "Aura akak tahu Aura suka kan suami akak" FARRA WARDAH "Aur...